Library of Congress September 11 Web Archive Collection This is an archived Web site from the Library of Congress. maximize
Back to previous page http://detik.daily.tripod.com/
Archived: Nov 30, 2001 at 07:14:19
Note: External links, forms and search boxes may not function within this collection
«« First « Previous # 65 of 82 Next » Last »»
10/12/2001   09/13/2002
PENERBITAN PEMUDA
24G, Jalan 4/21D, Medan Idaman,
Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4030175 Faks : 03-40220450
lutfi_detik@hotmail.com
  Majalah Harian SUARA REFORMASI RAKYAT 2001  
  Sila klik banner >>> 
 Buku-buku Politik
 Fokus Khir Toyo
 Tulis Buku Pelawat
 Baca Buku Pelawat
 Arkib Bulan Lepas

Apabila wartawan, penerbit melawan MB
19 Nov - Apabila dimaklumkan bahawa Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo mengadakan mesyuarat tergempar di kalangan ADUN Umno dan aktivis pemudanya bagi membincangkan langkah pro-aktif untuk menyekat saya dari mendedahkan apa yang saya sifatkan “amalan salahguna kuasa dan rasuah yang ketara”, saya sudah menjangka satu tindakan drastik akan diambil. [penuh]


3 Adegan Pengalaman Menarik dengan Tok Guru Nik Aziz
19 Nov - Hari itu hari terakhir untuk sesi penggambaran kami di Kelantan, buat round yang ketiga dalam projek membuat filem yang kini dirancang akan dinamakan "Seminggu Dalam Kehidupan Tok Guru Nik Aziz". Saya berazam untuk menjadikan juga penggambaran Tok Guru berkebun dan menembak tupai di kebun yang terletak kira-kira 400 meter di belakang rumahnya, hari itu. [Penuh]


Analisis Berita
Lutfi lawan Khir Toyo, BPR yang tewas
21 Nov - Kerusi Menteri Besar Selangor panas lagi. Kali ini penyandangnya, orang muda, Datuk Seri Mohd Khir Toyo disergah oleh aktivis media, Ahmad Lutfi Othman dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan.

Wawancara
Hassan Ali menyanggah jawapan Khir Toyo
19 Nov - Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo, telah menjawab beberapa pendedahan yang dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman terhadapnya. Walau bagaimanapun Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, menyanggah jawapan Khir Toyo itu. Ikuti wawancara yang pertama disiarkan dalam akhbar Memo15 itu.

Siri 8 Cerpen 'Unplugged'
"Formula Beg Mega"
15 Sept - ‘Unplugged’ bererti ditulis secara terus menerus online. Cerpen unplugged ini ditulis sewaktu di Riyadh, Arab Saudi.

Cerita Teladan
Tukang jaga kebun, bukan tukang rasa
7 Sept - PADA suatu masa Ibrahim bin Adham pernah menjadi buruh dengan mengambil upah menjaga kebun buah-buahan. Terdapat bermacam-macam buah di kebun tersebut, di antaranya delima, anggur dan lain-lain. Tugas Ibrahim adalah menjaga dan membersihkan kebun itu. Ibrahim tidak memberitahu siapa dirinya dan pemilik kebun juga tidak bertanya.

Sajak & Puisi
Tuhanku! Siapa lagi selepas ini?
7 Sept - Oleh Jentayu kz
Ambon Berdarah
5 Sept - Oleh Azizah Othman Jasin, Melaka

Ekonomi
Penyusunan semula korporat Serampang dua mata Mahathir
3 Sept - Pengambilalihan Renong Berhad oleh kerajaan dianggap pemerhati ekonomi dan politik sebagai sesuatu yang sangat penting untuk masa depan politik Dr Mahathir Mohamad.

Tokoh
Mengenang Ali Shariati
1 Sept - Dr Ali Shariati dilahirkan di Mazinan, pinggir kota berhampran Mashhad, Iran. Beliau menamatkan pendidikan rendah dan menengah di Mashhad. Ketika di Kolej Latihan Guru, beliau bercampur gaul dengan belia dari golongan berpendapatan rendah dan merasai kemiskinan dan kesukaran yang wujud

Kenyataan Akhbar
Affidavits Explode The Myth Of The ISA
29 Ogos - Kenyataan Media Barisan Alternatif (BA) - In April the authorities detained ten keADILan and reformasi activists under the Internal Security Act (ISA). Six of the ten were served with two year detention orders and are presently languishing in the detention camp in Kamunting.

Fokus Isu
KMM : Pas Menjadi Mangsa
28 Ogos - Pendedahan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin di Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa 10 ahli PAS yang ditahan ISA sejak bulan Julai 2001 adalah militan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang mahu menggulingkan kerajaan secara kekerasan telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak terutama parti?parti pembangkang

Budaya
Iran pusat kecemerlangan filem antarabangsa
26 Ogos - Selain China, Iran merupakan salah sebuah pengeksport filem-filem hebat pada tahun-tahun 1990-an. Bagaimanapun, sejarah produksi filem di Iran bermula sejak 1930-an lagi apabila beberapa komedi tanpa suara ditayangkan bersama filem-filem luar yang telah lama mengisi pawagam-pawagam Iran sejak tiga puluh tahun.

Pendedahan
Selepas isu enam syarikat yang dapat tanah tapi hanya dikuasai seorang pengarah terdedah, kini isu Talam Holding pula gugat Khir Toyo
21 Ogos - Menteri Besar Selangor yang dikatakan cukup ghairah dan gelojoh meluluskan permohonan tanah kini mencari-cari siapa dalang di dalam kerajaan negeri Selangor yang mendedahkan rahsia bahawa beliau meluluskan tanah kepada enam syarikat berbeza tetapi mempunyai pengarah yang sama baru-baru ini.

Bual Bicara
Semuanya demi kebenaran
21 Ogos - Badrul Amin telah mengorbankan kerjaya dan keselesaan keluarganya di dalam perjuangan menegakkan keadilan

Sudut Agama
Jagalah iman anda dari tercebur dalam kemurtadan
17 Ogos - Apabila seorang Islam menjadi murtad sama ada tepesong disebabkan iktikadnya, atau tutur katanya ataupun perbuatannya, maka bermakna ia telah melakukan jenayah bukannya pada dirinya sendiri tetapi juga kepada keluarganya dan masyarakat serta umat Islam umumnya.

Ulasan Buku
‘Bagi Mahathir, Islam bukan agama penyelamat?’
17 Ogos - Interviu dengan ANNUAL BAKRI HAJI HARON, seorang daripada dua orang pengarang (seorang lagi ialah Kamarul Zaman Hj Yusoff) yang mengusahakan penerbitan buku Mendekati Pemikiran Islam Dr Mahathir, terbitan Pustaka Qamar. Annual Bakri kini berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Pengetahuan
Anda tidak boleh ditangkap sewenangnya
1 Ogos - Tips daripada Majlis Peguam tentang hak kita sebagai rakyat dari segi perundangan



   Harakah Daily
   Malaysiakini.com
   AgendaDaily
   Bernama
   Tranung Kite
   WebRTV
   Minda Rakyat
   Mahazalim
   Laman Marhaen
   Webreformasi
   Komentar
   HackerzParadize
   Newskini
   Puteri Reformasi
   Forum Gerak Ref.
   Forum WebAntu
   Mohamadsabu.com
   Haprak
   Berita keADILan
   Minda Lutfi
   PAS
   KeADILan
   DAP
   PRM
   Pas Kelantan
   Pas Terengganu
   ROSSEM
   Utusan Malaysia
   Berita Harian
   The Star
   PUM
   CAP
   Aliran
   Suaram
   Solat Net
   Al-Ahkam Online
   Putera Idaman
   Bebas Media
   Media Alternatif
   Al-Tahzib
   Cabaran
   Muslimat Pas Johor
   Dun Samariang
   WebRTV Parit Buntar


Ketua Editor
Ahmad Lutfi Othman
lutfi_detik
@hotmail.com


Webmaster
Tok Ayah
tokayah
@hotmail.com


Pemb. Webmaster
Zabidi Morad
zabidi_detik
@hotmail.com


Penyelaras
Mohamad Nor Abd Samad
nonet33
@hotmail.com


Pelawat ke :-

bermula 19 Jun 2000 lalu



Hassan Ali Jawab Khir Toyo

Oleh: Wartawan Cabaran

30 Nov - Wawancara Mingguan Malaysia dengan Menteri Besar Selangor mengenai dakwaan rasuah kepadanya diharap dapat memberi banyak penjelasan, namun Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo memilih untuk tidak menjawab isu-isu asas yang dilaporkan kepada BPR. Sebaliknya beliau menimbulkan isu-isu yang tidak relevan, termasuk menyerang secara peribadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor, DATO’ DR HASSAN ALI.

Allahyarham Usman Awang dalam kenangan

Oleh: Wartawan Khas

30 Nov - KUALA LUMPUR, - Sasterawan Negara Usman Awang dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI.

‘SURAT PEMBACA : BPR selongkar Pejabat MB, semuanya sandiwara

Oleh: BEKAS KAKITANGAN SUK SELANGOR

30 Nov - Jika pun betul berita-berita yang dilaporkan oleh Harakahdaily dan Detikdaily tentang usaha bersungguh-sungguh BPR menyiasat kes rasuah Menteri Besar Selangor, Khir Toyo, saya minta rakyat yang prihatin jangan mudah percaya dengan propaganda murahan Mahathir ini.

‘Tekanan memang jejaskan pembangkang, tapi kita tidak akan menyerah’:MAHFUZ

Oleh: TepakBersulam

30 Nov - Saya tidak menafikan soal tekanan dan hambatan yang cuba dilakukan oleh BN dan Umno. Dan ia melebihi pencabulan terhadap amalan demokrasi negara kita. Untuk mengatakan sokongan rakyat mula berkurangan terhadap pembangkang, hal ini sukar untuk saya menyatakannya. Ini kerana kita tiada statistik yang jelas.

JAWI diminta henti memalukan Masjid Sungai Mulia

Oleh: Wartawan DetikDaily

30 Nov - KUALA LUMPUR: Jemaah Masjid Sungai Mulia, Jalan Gombak, tidak dapat lagi menahan perasaan mereka dengan kerenah Pengerusi masjid tersebut yang selalu membuat pengumuman yang ‘memalukan’ mereka, sebelum imam naik ke atas mimbar untuk khotbah Jumaat, pada setiap hari Jumaat, akhir-akhir ini.

Visi Dan Misi Saifuddin,Timbalan Ketua Pemuda Keadilan

Oleh: Wartawan Cabaran

30 Nov - Ezam telah meletakkan asas yang kukuh dalam perjuangan Pemuda keADILan. Dalam tempoh dua tahun, kehadiran Pemuda keADILan begitu dirasai oleh rakyat. Mendedahkan penyelewengan pemerintah, membongkar pelbagai skandal, menentang penyalahgunaan kuasa oleh segelintir peneraju pelbagai institusi kerajaan khususnya polis, kehakiman, jabatan peguam negara dan media sudah dianggap sinonim dengan perjuangan Pemuda keADILan di bawah era Ezam.

Biar kita berani tegur pemimpin daripada pembangkang mengalahkan kita

Oleh: TepakBersulam

30 Nov - Umno mesti diselamatkan dari kehancuran terutama dari dalam. Ramai pemimpin Umno terutama yang sudah lama memegang jawatan harus berundur. Berilah peluang kepada orang baru.

The hierarchy of death

Oleh: ANNE KARPF

30 Nov - They say death is a great leveller. They're wrong.Inequality pursues us after life too. Consider Ground Zero. While international attention has shifted to Afghanistan, the vast project of body-part retrieval in Lower Manhattan is probably the most exorbitant expenditure on the dead in our lifetime, and yetremains almost entirely exempt from criticism or debate. Ground Zero has been cordoned off, not only physically, but also politically and financially, though it's a provocative message to the rest of the world, where death comes cheaper.

The War for Oil Subtext in Afghanistan

Oleh: Fran Shor

30 Nov - "It would be a mistake to assume that the only motivation for the war in Afghanistan is oil. The whole agenda of military and business interests in the region and the continuing necessity to prop-up an arcane military Keynesianism, especially through the expenditure of funds for weapons, however immoral and in violation of international law, is of paramount importance to the military-industrial complex running this country.".

Sokong Khir pecat saja Exco-exco kanannya yang bocorkan rahsia itu

Oleh: ORANG TERANUNG KITE

29 Nov - Cadangan supaya Khir Toyo merombak anggota Exconya amat dialu-alukan kerana hampir semua mereka tidak boleh dipercayai lagi bagi melindungi segala amalan salahguna kuasa dan kerakusannya untuk menguasai tanah dan projek di Selangor.

Bagaimana kes salah guna kuasa, rasuah CEO Perbadanan Nasional Berhad

Oleh: -

29 Nov - Saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab begitu memandang serius dengan gejala penyalahgunaan kuasa, pemyelewangan serta pembaziran yang dilakukan oleh segelintir pegawai tinggi kerajaan dan agensinya sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar.

Khir Toyo bukan gila kuasa tapi tak tahu batasan kuasa

Oleh: KAKEK

29 Nov - Dr Mohd Khir Toyo mengatakan ia tidak pernah mengganggu bidang kuasa pegawai-pegawainya. ”Kita kena percaya pegawai-pegawai… jangan sampai kita hendak semua benda hingga dikatakan gila kuasa.” Demikian penafian Menteri Besar Selangor itu ketika menjawab soalan Dr Hasan Ali dalam persidangan DUN Selangor tempoh hari. Dalam sidang itu, isu dakwaan rasuah terhadapnya dibangkitkan Dr Hassan secara panjang lebar.

Politik Sabah: Lajim, Musa Dan Hanifah Berebut KM?

Oleh: IBNU SABAH

29 Nov - Sebuah akhbar tempatan di Kota Kinabalu, Berita Sabah keluaran terbaru 10-16 November, 2001 menyiarkan berita bertajuk 'Musa Ganti Lajim?' di muka depan. Menarik perhatian banyak pihak di negeri Di Bawah Bayu itu. Walaupun ia sekadar spekulasi politik negeri Sabah. Dan juga ramalan atau jangkaan tentang rombakan kabinet negeri dibawah KM Sabah, Datuk Chong Kah Kiat seperti yang dilaporkan oleh Berita Sabah. Penulis sempat bertanya kepada wartawan Berita Sabah itu, dan berita ini sedang menjadi bualan mulut ke mulut kalangan mereka yang dekat dengan pemimpin BN Sabah.Sehingga kini, belum ada satu kenyataan rasmi dari pemimpin utama BN Sabah mahupun oleh KM Sabah, Datuk Chong Kah Kiat sendiri.

BPR mula jalan siasatan menyelongkar minit mesyuarat Exco

Oleh: WARTAWAN DETIKDAILY

28 Nov - SHAH ALAM: Anggota Badan Pencegah Rasuah telah mula memasuki Ibu Pejabat JKR Negeri di sini, serta menyelongkar minit-minit mesyuarat di Bangunan SUK berkaitan kelulusan tanah yang menjadi kontroversi baru-baru ini ekoran dakwaan rasuah dan salahguna kuasa ke atas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Bukan Melayu bimbang mereka hilang kuasa politik di Malaysia

Oleh: Jeman Sulaiman, Berita Harian Singapura

28 Nov - MASYARAKAT minoriti di Malaysia kian dihantui dilema kaum yang dikhuatiri menggugat kedudukan masa depan mereka di negara itu. Tanda kebimbangan ini mula mencengkam kaum Cina dan India Malaysia menyusuli hasil banci penduduk terbaru yang menunjukkan kadar pertumbuhan mereka kian merosot sejak beberapa tahun lalu.

Tanda ‘Rahsia’ pada dokumen hanya utk lindungi pemimpin yang rasuah-Ezam

Oleh: AGENDADAILY

28 Nov - PETALING JAYA, Selasa 27 Nov. - Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Ezam Mohd Nor memberitahu mahkamah sesyen hari ini bahawa semua dokumen yang ditanda perkataan ‘rahsia’ adalah menurutnya “hanya untuk melindungi pemimpin-pemimpin kerajaan yang mengamalkan rasuah”.

"Saya tak puas hati dengan sikap PAS terhadap isu Negara Islam"

Oleh: IKMAL SYAFIQ

28 Nov - Saya cukup tidak berpuas hati dengan sikap dan tindakan pemimpin PAS mengendalikan isu Negara Islam sehingga membuatkan PAS kini terpencil dari golongan bukan Islam. Pemimpin PAS tiada keberanian untuk menjawab segala isu yang dikemukakan, sama ada oleh Mahathir mahupun oleh Lim Kit Siang. Saya tidak pasti apakah badan penyelidikan PAS tidak berkeupayaan menyediakan deraf jawapan terhadap segala kemusykilan yang timbul berkaitan isu Negara Islam ini.

Artikel terbaik tentang puasa

Oleh: KH. Jalaluddin Rakhmat

28 Nov - Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis bahwa dengan puasa kita belajar mengendalikan hawa nafsu serta mengendalikan setan yang menipu dan menjebak kita. Pada waktu kita puasa, kita membelenggu setan, membuka pintu surga dan menutup pintu neraka.

Bukti Gani Patail Tidak Layak Sama Sekali Menjadi Peguam Negara

Oleh:

28 Nov - "Bahawa pada satu mesyuarat yang dia hadir di Jabatan Peguam Negara pada 2hb Oktober 1998 (di mana beliau telah meminta pertuduhan terhadap Dato 'Nallakarupan di ringankan kepada suatu yang tidak boleh dikenakan hukuman mati), Dato' Abdul Gani Patail (seorang daripada pendakwa dalam prosiding ini) mengatakan beliau boleh menimbangkan permintaan itu jika Dato' Nallakarupan bersedia berkerjasama dengan Jabatan Peguam Negara dengan melibatkan saya dalam perbuatan kesalahan seksual dengan beberapa perempuan berkahwin dan yang belum berkahwin."

Perangai buruk Umno ungkit pembahagian tanah bagaikan hasil kekayaan negara macam "harta bapak" mereka

Oleh: KAKEK

28 Nov - Sudah hampir sebulan sudah berlalu akan aduan oleh Sdr Ahmad Lutfi berkaitan perilaku salah guna kuasa dan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Khir Toyo masih tidak mampu menangkis tuduhan-tuduhan tersebut. Cara dia menjawab dalam Mingguan Malaysia 18 Nov lalu jelas menggambarkan Khir sedang kepanasan. Malah dia dalam keadaan lemas, kata ADUN Sg.Burung, Dr Hassan Ali, yang juga Ketua Pembangkang di DUN Selangor.

Lantik Gani Patail untuk selamatkan Ali Abu Hassan, Rafidah Aziz, Khalil Yaakob, Khir Toyo

Oleh: MAHFUZ OMAR, Ketua Pemuda PAS

28 Nov - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) melahirkan rasa yang kesal di atas tindakan kerajaan BN melantik Datuk Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara yang baru walaupun Gani Patail adalah seorang kakitangan awam yang dipertikaikan ketelusannya oleh seluruh rakyat terutama selepas isu Datuk Seri Anwar Ibrahim. DPP Pusat berpandangan bahawa tindakan Kerajaan BN ini adalah bertujuan untuk menguatkan cengkaman mereka ke atas institusi keadilan terutama setelah beberapa pemimpin utama BN dipertikaikan oleh rakyat kerana beberapa penyelewengan.

Mengapa BPR Selangor ambil alih aduan Lutfi terhadap Khir kalau bukan untuk membersihkan imej MB itu?

Oleh: KAWAN PENGUASA BPR KEDAH

28 Nov - Bila saya membaca bahawa aduan Sdr Ahmad Lutfi Othman kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya itu telah dipindahkan ke BPR Shah Alam, saya rasa ada sesuatu yang tak kena berlaku. Apabila siasatan BPR itu membabitkan orang kenamaan, terutama sekali Menteri Besarnya, sepatutnya ia dikendalikan oleh Ibu Pejabat di Putrajaya, bukan di bawah siasatan BPR negeri di mana orang yang diadu itu ialah Menteri Besar negeri itu.

Bersihkan lumpur yang terpalit atau dakwa Khir - Mat Sabu

Oleh: Wartawan Detikdaily

27 Nov - Nampaknya isu skandal Mb selangor hangat diperkatakan,dalam wawancara satu setengah halaman dalam Mingguan Malaysia, 18 Nov lalu, Khir bukan saja tidak menjawab segala tuduhan asas kepadanya, tetapi menimbulkan isu-isu lain yang langsung tidak ada kena mengena.Disamping itu juga "Memo 15 palsu " disebarkan oleh pihak pihak tertentu untuk menghalang Ahmad Lutfi Othman daripada mendedahkan skandal Mb selangor.

Ikuti Wawancara dengan AJK PAS, MOHAMAD SABU, yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah mengenai skandal MB Selangor

Khir masih gagal jawab tuduhan Lutfi

Oleh: Kakek

27 Nov - Sudah hampir sebulan sudah berlalu akan aduan oleh Sdr Ahmad Lutfi berkaitan perilaku salah guna kuasa dan rasuah Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Sesungguhnya Khir Toyo bukan sahaja lemas tetapi ia dalam keadaan desperado sekarang ini. Khir Toyo telah menggunakan semua jentera Umno untuk menangkis tuduhan rasuah termasuk buduk-budak sekolah yang dijadikan toyol oleh Khir Toyo.

Dedah semua nama penerima anugerah tanah kepada umum untuk elak fitnah - Kit Siang

Oleh: Wartawan Khas

27 Nov - KUALA LUMPUR, - DAP mengesyorkan supaya Kerajaan Negeri Selangor membuat pengumuman terbuka nama-nama penerima anugerah tanah termasuklah dari kalangan ahli politik sama ada dari Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang untuk mengelakkan isu tersebut menjadi satu instrumen peras ugut politik. Pengerusi Kebangsaannya, Lim Kit Siang berkata, sejak isu anugerah tanah kepada individu-individu tertentu termasuklah dari pembangkang hangat diperkatakan, orang-ramai tertanya-tanya berita manakah yang betul dan boleh dipercayai dan berita manakah hanya sekadar khabar angin dan fitnah politik.

“Oleh itu adalah lebih baik Kerajaan Negeri Selangor membuat senarai umum nama-nama penerima anugerah tanah sejak zaman Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar sehinggalah kepada menteri besar yang baru sekarang…dengan itu isu ini tidak akan dijadikan satu instrumen peras ugut politik,” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Teori Israel serang WTC ada benarnya

Oleh: HARIS ZALKAPLI

27 Nov - Dakwaan bahawa Israel terlibat dalam serangan 11 September ke atas menara berkembar World Trade Center dan bangunan Pentagon di Amerika Syarikat (AS) telah lama dikemukakan oleh banyak pihak di seluruh dunia.

Namun ramai juga yang menolaknya atas alasan seperti tidak berminat dengan "teori konspirasi". Walau bagaimanapun, sejarah telah membuktikan Israel sanggup membunuh untuk mencapai matlamat politik. Membunuh bukanlah sesuatu yang sukar bagi golongan ini seperti yang telah terbukti sejak penubuhan Israel pada 1948. Lebih-lebih lagi Israel hari ini diperintah oleh Perdana Menteri Ariel Sharon, pemimpin yang terkenal dengan kekejaman. Adalah tidak wajar dakwaan ini ditolak begitu sahaja.

MB cuba 'larikan diri'

Oleh: WARTAWAN DETIKDAILY

26 Nov - SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo disifatkan sebagai cuba berselindung atau 'melarikan diri' kepada persoalan lain, kerana tidak mempunyai hujah yang munasabah bagi menjawab dakwaan-dakwaan Ahmad Lutfi Othman seperti yang terkandung dalam laporan BPR terhadapnya.

Menyentuh dakwaan Khir yang mengatakan ada orang tertentu telah diupah untuk menyebarkan fitnah ke atasnya, Shafie berkata: "Sepatutnya Khir Toyo berlapang dada jika semua yang dibuat oleh Lutfi itu bohong semata-mata. Khir tidak sepatutnya menuding jari tidak tentu pasal pada orang lain."

“Seminggu dalam kehidupan Tok Guru Nik Aziz”
Ritual pagi yang mempesona

Oleh: WARTAWAN DETIKDAILY

26 Nov - Ketika melihat semula gambar-gambar video yang diambil sepanjang mengikuti pergerakan harian Tok Guru Nik Aziz Oktober lalu, satu imej yang paling ketara dan menonjol mengenai Menteri Besar Kelantan ini ialah solat. Paling banyak gambar beliau solat dirakamkan sepanjang kami mengikuti beliau selama dua minggu itu.

Pergerakan umum Nik Aziz pada setiap hari bermula dengan perjalananya ke masjid untuk solat subuh. Jarak rumahnya dengan masjid sangat dekat. Bumbung masjid dengan bumbung rumahnya hampir bertemu. Daripada tangga pintu depan rumahnya ke tangga pintu khas masjid, seperti yang saya hitung langkahnya berdasarkan gambar video yang dirakamkan pada suatu subuh di bulan Oktober lalu, ialah 19 langkah.

Khir Toyo umpama manusia yang sedang lemas – Hassan Ali

Oleh: WARTAWAN DETIKDAILY

26 Nov - KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Dato’ Dr Hassan Ali menyifatkan tuduhan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo, bahawa ada pihak tertentu sanggup mengupah orang tertentu untuk memfitnahnya sebagai tindakan “seorang manusia yang sedang lemas”.

Khir juga dikatakan cuba mengalih perhatian masyarakat daripada membincangkan dakwaan rasuah terhadapnya dengan menuduh Dr Hassan, yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, meneroka tanah secara haram di Hulu Langat. Dalam wawancara satu setengah halaman dalam Mingguan Malaysia, 18 Nov lalu, Khir bukan saja tidak menjawab segala tuduhan asas kepadanya, tetapi menimbulkan isu-isu lain yang langsung tidak ada kena mengena.

Surat Pembaca: Jangan terpedaya dengan umpan penulis upahan Khir

Oleh: ANAK JATI KUALA LANGAT

26 Nov - Saya terbaca dalam Memo15 palsu yang ditaja oleh Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang kini teraba-raba mencari dahan untuk bergantung kerana tuduhan rasuah terhadapnya. Banyak cabaran yang dikemukakan oleh akhbar palsu tajaan Khir itu kepada Ahmad Lutfi dan pemimping PAS Selangor, terutama Dr Hassan Ali. Terpulanglah kepada Lutfi dan Dr Hassan untuk menjawabnya atau tidak kerana kita tak tahu siapa sebenarnya yang membuat tuduhan itu. Bagaimanapun, saya rasa penulis upahan Khir ini hanya mahukan supaya isu tuduhan MB makan suap itu dipesongkan kepada hal lain yang tak ada kena mengena.

Konspirasi Mahathir Yang Belum Selesai

Oleh: HAMBA SURUHAN ALLAH

26 Nov - Lazimnya Timbalan Yang di-Pertuan Agong sekarang akan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang baru. TETAPI Mahathir tidak mahu Sultan Mizan menjadi YDPA ke 12, kerana hajat Mahathir menghapuskan nama Islam telah di tolak oleh Majlis Raja-raja yang telah di pengerusikan oleh Sultan Mizan (Timbalan YDPA) dengan cara bijaksana. Masa itu Almarhum Sulan Salahudin sedang gering. Kalau YDPA ke 11 yang jadi pengerusi mungkin "ISLAM" telah berjaya dibuang sebagaimana idaman Mahathir.

"Biar pembaca menilai kedua-dua Memo15, sama ada yang palsu atau original" -- Penerbitan Pemuda

Oleh: WARTAWAN DETIKDAILY

25 Nov - SHAH ALAM: Ratusan ribu naskhah Memo15 palsu, yang ditaja oleh Menteri Besar Khir Toyo, disebarkan di seluruh masjid-masjid di sekitar Shah Alam, ketika umat Islam khusyuk menunaikan solat Tarawikh.

Difahamkan orang-orang suruhan Khir Toyo, Menteri Besar Selangor yang kini tertekan kerana dakwaan rasuah dan amalan salah guna kuasanya sudah diketahui rakyat negeri ini. Ekoran tekanan perasaan itu, Khir terpaksa mengurangkan majlis-majlis rasmi yang membabitkan pertemuan dengan orang ramai.

Skandal Seks: Mahathir diminta buat penjelasan

Oleh: WARTAWAN DETIKDAILY

25 Nov - KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad diminta membuat penjelasan mengenai laporan sebuah laman web yang mangaitkan beliau dengan dakwan salah laku seks. Laman tersebut Tranung Kite (http://clik.to/tranung) mendedahkan skandal seks Mahathir dengan isteri seorang Brigadier General tentera berbangsa Cina di awal tahun 80’an. Laman web tersebut seterusnya melaporkan kelakuan sumbang tersebut dilakukan di sebuah bungalow mewah di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Toyol edar "MEMO15" (Palsu)

Oleh: TOYOL, TOYOL

25 Nov - Pada 23 November 2001 ,jemaah solat Jumaat dan solat Tarawikh di Selangor telah dikejutkan dengan akhbar tabloid “MEMO 15”(palsu).Memo palsu ini diedarkan secara percuma kepada jemaah yang sedang solat. “MEMO 15”(palsu) tidak dinyatakan penerbit dan pencetaknya sekali.Sebaliknya MEMO 15 keluaran Penerbitan Pemuda dan Angkatan Edaran telah berada dipasaran sejak 18 November dengan tajuk besar “Siapa Beri Maklumat”.Sedangkan “MEMO 15 “(palsu) bertajuk “Konspirasi + Wang + Tanah + Tender” yang ditujukan khas kepada MB Selangor ,Khir Toyo.

Surat anak Saari Sungip kepada Menteri Dalam Negeri

Oleh: Zilal Saari

25 Nov - Saya Zilal Saari, anak keempat Saari Sungib amat-amat berharap agar ayah saya dapat dibebaskan dengan segera supaya kami dapat menjalani ibadah puasa bersama-sama. Sepanjang hidup saya, inilah kali pertama saya dan keluarga terpaksa melalui Ramadhan tanpa ayah tersayang yang dipenjarakan.

Surat Terbuka Untuk Pak Lah minta bebaskan semua tahanan ISA

Oleh: Aliza Jaffar

25 Nov - Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, bahawa Dato’ Seri dipertanggungjawabkan ke atas tahanan zalim ini. Para tahanan dan kami keluarga mereka yang tidak putus-putus berusaha dan berdo’a agar Allah akan membalas kepada Dato’ Seri dan kuncu-kuncu Dato’ Seri akan kezaliman yang telah dilakukan. Ingatlah, bahawa do’a orang-orang yang dizalimi tidak ada hijab.

Dilema PAS untuk memuaskan hati pendokong setia atau menarik pengundi baru

Oleh: ABU MUJAHED ABDULLAH AZZAM

25 Nov - Sejak era pasca Datuk Asri Hj Muda, PAS di bawah kepimpinan Ulama berjaya memisahkan diri dari bayangan Umno. Ini kerana mereka membawa satu slogan baru ke arah mewujudkan sebuah negara Islam berbanding sebelum itu yang dikatakan cuba berlawan dengan Umno, bagi membuktikan siapakah sebenarnya juara Melayu.

Di tahun-tahun 80-an sehingga sekarang seolah-olah satu kemenangan dari sudut semangat kepada PAS kerana akhirnya UMNO terpaksa mengekori PAS dalam menunjukkan bahawa mereka lebih Islam hatta ke peringkat sanggup mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam.

Mengapa tidak boleh PAS daftarkan PASTI?

Oleh: ISKANDAR A SAMAD

25 Nov - Arahan untuk menutup PASTI oleh JAIS sememangnya satu tindakan politik yang bertujuan untuk menyekat pengaruh PAS.

Walau bagaimanapun PAS sepatutnya lebih bijak dengan mencium bahawa JAIS akan melakukan sesuatu sebelum mereka benar-benar bertindak.

Mengapa ramai jurutera di Shah Alam, Sabak Bernam dan Kuala Selangor bertukar dan naik pangkat, kalau tidak kerana amalan rasuah Khir Toyo?

Oleh: AL-QAEDA

23 Nov - Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo dalam melenium ini cukup sensasi. Selain namanya yang cukup antik, perangai dan tindakan-tindakannya juga mengatasi populariti dan unpopulariti MB Selangor yang lepas-lepas. Dari seorang anak petani yang dhaif, seterusnya menjadi doktor gigi dan kini, yang terakhir beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Bagaimanapun, anugerah yang dikurniakan Allah SWT itu tidak dipergunakan sebaiknya dan sewajarnya sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

Tidak dinafikan MB Selangor adalah merupakan Menteri Besar Umno yang lebih sedikit pengetahuan Islamnya berbanding MB Umno yang lain.

Selangor pre-schools to foil PAS' influence

Oleh: Leslie Lau

23 Nov - THE Selangor government will set up its network of Islamic kindergartens across the state next year to reduce the influence of the opposition Parti Islam (PAS) among pre-schoolers.

This is the second step taken by Selangor, which has already ordered the closure of PAS-run kindergartens, said to be breeding grounds for the hate campaign against the government.

ROMBAK SISTEM KUASA!
Jika kerajaan serius membanteras rasuah

Oleh: Wartawan DETIKDAILY

22 Nov - Antara menteri yang dilihat agak lantang bercakap soal rasuah ialah Dato’ Seri RAIS YATIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami cuba beberapa kali untuk menemubualnya, tapi masih belum berjaya. Namun, dirasakan pandangan yang pernah diberikan kepada Ahmad Lutfi Othman pada bulan Jun 1997 masih relevan, maka kami menyiarkan semula wawancara khas itu, ketika Rais masih di luar kerajaan.

Rais menyimpulkan: “Cara meminimumkan rasuah ialah mengurangkan kuasa kepada menteri, pegawai pentadbir dan segaianya. Beliau juga memberi senario bagaimana hebatnya kuasa seseorang Menteri Besar: “Sekiranya MB menyuruh agar mempertimbangkan tanah tertentu untuk diberi kepada si anu, tidak ada seorang pun dalam sistem kerajaan itu yang berani menyanggah arahan MB itu.” Ikuti wawancara wartawan kami dengan Dato’ Seri RAIS YATIM

Perlantikan Gani Patail sebagai Peguam Negara penuh kontroversi

Oleh: Wartawan Khas

22 Nov - Kenaikan pangkat Datuk Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah perlantikan paling menimbulkan kontroversi bagi jawatan pegawai perundangan tertinggi negara di dalam sejarah 44 tahun tanahair.

Parlimen patut melaksanakan tugasnya untuk mengarahkan Gani menghadirkan diri untuk memberikan penjelasan penuh bukan sahaja mengenai dua episod ini, iaitu tuduhan serius mengugut Nallakaruppan supaya memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim dan campur tangan dalam menghalang proses keadilan dengan tidak mendakwa Rafidah Aziz, tetapi juga berhubung pendekatan polisi beliau tentang sama ada sebagai Peguam Negara, beliau adalah komited kepada suatu era baru keyakinan awam di dalam sistem keadilan dan perjuangan keadilan di Malaysia ataupun suatu kemerosotan kepada zaman kehakiman dan perundangan gelap yang baru sahaja berlalu.

Yang Di-pertuan Agong mangkat jam 11.57 pagi ini

Oleh: Wartawan Khas

Yang di-Pertuan Agong Sultan  Salahuddin Abdul Aziz Shah 21 Nov - KUALA LUMPUR, - Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat jam 11.57 pagi ini setelah berada dalam keadaan kritikal ketika menjalani rawatan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang di sini.

Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kemangkatan Seri Paduka menerusi siaran televisyen ke seluruh negara jam 1.51 petang ini. Beliau mengumumkan esok cuti umum dan tempoh berkabung adalah selama tujuh hari.Semua acara rasmi kerajaan hari ini dibatalkan

Notis Terkini :
Sila dapatkan maklumat tambahan dengan membaca Akhbar Memo, Cabaran, Tamadun, Harakah dll


Sila klik untuk artikal berkaitan Khir Toyo
  • Sila klik untuk artikal- artikal berkaitan penyelewengan Dato' Khir Toyo MB Selangor

  • Ruangan Iklan
     
    Klik untuk ke Laman Cabaran
    Dapatkan SEGERA di kedai-kedai buku/akhbar !
    Ke Laman CABARAN

     


    Menarik Di Dalam
  • Kenyataan Azmi Ali
  • Report BPR Rasuah MB Selangor
  • Berita-berita Afghanistan
  • Bicara tamu oleh penulis terkenal tanahair

  • Reformasi menjana kehidupan
  • Tulah Osu Sukam, Nasib Musa Aman
  • Baru Seorang Osama ben Laden Gempar Seantero Dunia
  • Dividen Tabung Amanah Saham Selangor 0%
  • Wakil rakyat PAS hidung tinggi, tak sedar diri?
  • BA dicadang buat laporan polis tentang salahlaku Khir
  • Apabila Agama Mengikut Akal Dangkal Manusia
  • Hajat BN Di Sarawak Matikan Demokrasi Gagal...
  • CD Semak Pemilih Mungkin Telah Diubahsuai
  • Tahniah di atas artikel yg terbaru ini....
  • 'Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah'
  • Lagu Merdu Dan Madah Indah Pak Lah Beracun...
  • Utusan Malaysia atau Yahudi
  • Serangan Ganas: Mesti Disiasat Secara Profesional, Jangan Membuat Tuduhan Melulu
  • UiTM berhentilah dari membodek!!!!
  • Majlis Perkahwinan: Menyelami Minda Rakyat, Sukan SEA Dan Berita Fitnah Mainan UMNO/BN...
  • Kesatuan guru dan guru harus bersatu
  • Warga Asing Mengundi Dua Kali Menguna Resit KP Palsu
  • Melihat Kebenaran Dari Lorong Kebenaran
  • Cara Berpolitik Kita Belum Merdeka Lagi...
  • "Permit bermusim" untuk jual akhbar di Amerika
  • Muslim dan Hindu berkompromi di India
  • Sudan bersedia akhiri perang 18 tahun
  • Iran, Pakistan sokong sekatan senjata terhadap Taliban
  • Suhakam: Antara Kebijaksanaan Rakyat dan Kecerdikan Ala UMNO
  • Bersama Menyambut Hari Kemerdekaan Ini
  • Apa Yang Dibanggakan Dengan Kemerdekaan Ini
  • Mahasiswa Sebagai Agen Kemerdekaan Kedua !
  • Jenaka Di Pagi Merdeka
  • Salahguna Harta Kerajaan
  • Bersabar dan terus beristiqamah
  • Kemerdekaan Yang Dikongkong...
  • Dilema Politik Pembangkang Di Sabah
  • BN akan terus berkuasa, Mahathir akan terus memerintah, jika keadaan ini berterusan
  • Riuh-rendah UMNO/BN Memburukkan Lawan Politiknya
  • Pilihanraya 2004:Peluang Untuk BA Menang?
  • UMNO Sabah Umpama "Boneka" Politik
  • Mahathir jadi jurujual Ananda Krishnan?
  • Laporan polis ini akan dibuat di balai polis Pandan Indah pada jam 10.30 pagi 19 Ogos 2001
  • Kenyataan Akhbar PAS Kawasan Ampang Jaya
  • PAS Dijadikan Kambing Hitam?
  • Mengapa Kerajaan tidak bailOut sahaja Jemaah HAJI !!!!
  • Kenapa UMNO dan BN Dibenci...
  • Antara Negara Islam dan Lim Kit Siang: Yang Mana Kekal?
  • Guru Agama Punca Pelajar Lemah?
  • Mahasiswa Luar Negara Tidak Tentang ISA?

    Perhatian :
    Sumbangan ruangan 'Artikal Pengunjung' hendaklah dihantar kepada email tokayah@hotmail.com

     Rapat Umum Tragedi Umat Islam
  • Rayuan Jentera Pilihan Raya BA di Sarawak
  • Ceramah Isu Semasa "AMERIKA DISERANG! ANGKARA SIAPA?"
  • Program : Diskusi Anjuran ALIRAN
  • Laman Web Dewan Muslimat Pas Johor

  • Terrorist Attacks In New York And Washington
  • Kenyataan Media Hjh. Aliza Jaffar - Rayuan Hj. Saari Sungib kepada Lembaga Penasihat Kamunting
  • Government Should Continue To Play A Provider Role
  • Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) menafikan penglibatan mana-mana persatuan mahasiswa daripada IPTA dalam kempen pilihanraya umum 1999 lalu
  • Penyeludupan Senjata : Pak Lah dan Najib Mesti Letak Jawatan
  • Memorendum terhadap DR Lim Kheng Yaik berhubung isu kenyataan parti PAS sebagai Ala Komunis
  • Affidavits Explode The Myth Of The ISA

  • Klik untuk besarkan logo
    Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI)

    Kenyataan KAMI rampasan akhbar berpermit
    29 Ogos - Umum mengetahui penerbitan akhbar dan majalah alternatif yang dikatakan tidak mempunyai permit penerbitan yang sah daripada Kementerian Dalam Negeri mendapat tekanan yang semakin hebat daripada pihak polis dan unit penguatkuasa KDN. Meskipun begitu, menurut tafsiran KAMI, apa-apa penerbitan yang hanya dikeluarkan sekali saja, yakni bukan diterbitkan secara bersiri tidak memerlukan permit KDN.


    Belanjawan 2002 satu permulaan untuk Mahathir isytiharkan pilihan raya awal tahun depan?
    Oleh DR SYED HUSIN ALI

    Dr Syed Husin Ali 20 Okt - Mendengar Belanjawan 2002 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri, terutama sekali pada bahagian peruntukan perbelanjaan dan pemotongan cukai bagi beberapa item tertentu, saya tertanya-tanya dalam hati:
    Adakah ini belanjawan sebagai persediaan untuk mengadakan pilihanraya umum secara mengejut pada tahun akan datang?

    Bukan Islam tidak perlu takut seruan jihad PAS
    Oleh TONG YEE SIONG

    20 Okt - PAS tidak bergantung kepada Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan feadah politik, dan kerana itu parti Islam itu tidak akan mengubah pendiriannya terhadap serangan AS ke atas Afghanistan, kata pemimpin-pemimpinnya.
    “PAS tidak pernah mengharapkan pujian atau perakuan dari AS – ia adalah pendirian kami sejak dahulu lagi,” kata Setiausaha Agung PAS, Nasharuddin Mat Isa apabila dihubungi

    Semakin ditekan semakin kita kuat: ‘Masa paling baik untuk pembangkang’
    Oleh DATUK DR HARON DIN

    Prof Dr Harun Din 19 Okt - Selepas tidak bertanding dalam pilihan raya 1999, ketika mana negara heboh dengan ura-ura beliau akan mencabar Dr Mahathir Mohamad di Kubang Pasu, nama DATUK DR HARON DIN seolah-olah kian terpinggir. Ramai yang kecewa dengan keputusannya itu, malah ada yang mengaitkannya dengan kekalahan PAS di Perlis, negeri kelahirannya.

    Fakta yang tertinggal dalam liputan media terhadap serangan pengganas
    Oleh Anil Netto

    17 Okt - Sebaik sahaja perasaan ngeri akibat serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) telah menjadi reda, saya terbongkok di kerusi malas dan menumpukan kepada liputan stesyen-stesyen Amerika terhadap tragedi itu yang disiarkan oleh satu-satunya stesyen yang menggunakan pemindahan menerusi satelit di Malaysia iaitu Astro.

    Tangkapan ISA : Kerajaan BN ikut telunjuk Amerika
    Oleh MAHFUZ OMAR

    Ketua Pemuda Pas Pusat, Hj Mahfuz 17 Okt - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengutuk keras tindakan zalim kerajaan BN yang menahan enam lagi rakyat negara ini atas tuduhan terlibat dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) tanpa mengemukakan sebarang bukti yang kukuh tentang kegiatan mereka. DPP Pusat berpandangan bahawa tindakan Kerajaan BN ini adalah selaras dengan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa Malaysia, Indonesia dan Filipina sebagai pengkalan pengganas yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama ben Ladin.

    Jangan lihat saja penderitaan mangsa ISA - ‘Kami akan bertahan seperti yang kami lakukan bersamanya bila mahu menawan puncak gunung’
    Oleh ALIZA JAAFAR

    Aliza isteri Saari Sungip 17 Okt - Perjalanan dari Ulu Kelang ke Kamunting mengambil masa selama lebih kurang tiga jam. Keluarga kami meninggalkan rumah pada jam 7.00 pagi setiap minggu untuk berjumpa suami saya yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting sejak 2 Jun 2001.

    Pancutan air asid kepada Fadzil Noor, Dell Akhbar Khan: Siapa dalang yang memberi arahan
    Oleh RUSTAM A SANI

    14 Okt - Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengecam keras tindakan ganas polis menyerang pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif dan orang ramai yang menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat pada 12 Oktober lalu.

    Interviu eksklusif Dinsman dengan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor
    Oleh DATO' HJ FADZIL MOHD NOOR

    Presiden PAS, Dato' Hj Fadzil Mohd Noor 13 Okt - Mungkin ada juga kebenarannya kenyataan itu, tetapi dalam kes DAP kita berasa walaupun DAP keluar, saya percaya ia akan terus memainkan peranan sebagai pembangkang. Walaupun ia keluar dari pakatan BA, dari segi kedudukan sebagai pembangkang saya fikir tidak berubah, sama seperti parti-parti yang kekal dalam BA, semuanya akan terus berperanan sebagai pembangkang.

    ‘Kebanyakan artis sokong kita’
    Oleh ITO

    ITO 6 Sept - Ito - penyanyi dari kumpulan Blues Gang dulu, kini menjadi penyanyi dalam kelompok Barisan Alternatif. Dari dulu lagi dia menganggap dirinya sebagai “aktivis keadilan”. Sekarang dia meneruskan perjuangan seninya yang masih sama, cuma barangkali dalam persekitaran yang berbeza

    ‘Saya diam kerana dianugerahkan tanah?’
    Oleh Shahrir Samad

    Dato Shahrir Samad 5 Sept - Sudah agak lama saya tidak mengemaskini laman web saya sehingga saya ditanya baru-baru ini oleh seorang rakan wartawan, benarkah PM mempunyai muslihat terhadap saya atau dengan kata lain, telah mendiamkan saya

    Mampukah Mak Cik Tua Saingi Puteri Genit ?
    Oleh AZIZAH AWANG

    4 Sept - KETIKA Ketua Pergerakan Wanita Umno, Rafidah Aziz mula menggariskan empat tumpuan termasuk mengemaskini keahlian Wanita Umno bahagian, ia kelihatan terlalu jelas seolah-olah pergerakan itu seperti sebuah pergerakan baru ditubuhkan semalam.

    Penyusunan semula korporat Serampang dua mata Mahathir
    Oleh Aman Rais

    3 Sept - Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengambil risiko besar bila menyetujui pelan menyelamatkan kumpulan Renong yang sedang dilanda hutang RM20 bilion itu. Bagaimanapun beliau tidak mempunyai pilihan lain. Konglomerat yang diterajui Halim Saad dan didalangi bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin itu terpaksa diselamatkan segera sebelum ia gulung tikar.

    Tekanan dalaman pakatan pembangkang
    Bicara P RAMASAMY

    3 Sept - Dasar-dasar Barisan Nasional (BN) yang memerintah, kurangnya ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam hal ehwal ekonomi dan politik, jurang generasi yang semakin melebar dan peranan pembangkang dalam mencabar dasar-dasar kerajaan secara efektif telah meningkatkan populariti pembangkang.



    SENARIO :
    Detikdaily edisi internet mula dilancar pada 19 Feb 2000 dan pelancaran semula pada 27 Julai 2001. Manakala majalah Detik diterbitkan pada Januari 1999 dan penerbitan bertahan sehingga 9 Disember 1999. Permit penerbitannya ditarik balik serta diharamkan pada 21 Mac 2000. Demi memastikan Detik terus hidup 'berdetik' maka penerbitan edisi internet diterbitkan, sekaligus memberi tamparan kepada pihak KDN yang rakus dan tidak bertimbang rasa.

    PERHATIAN :
    Detikdaily akan dikemaskini setiap hari kecuali pada hari Sabtu & Ahad. Pada hari berkenaan jika proses kemaskini dibuat hanya sekitar ulasan berita atau sisiapan khas sahaja.
    - Tok Ayah


    PERHATIAN
    Lebih releven jika menggunakan resolusi 800 X 600 pixel, Internet Explorer 5.0 ke atas dan 16 million color.
    Webmaster : tokayah@hotmail.com