Library of Congress September 11 Web Archive Collection This is an archived Web site from the Library of Congress. maximize
Back to previous page http://www.agendadaily.com/arkib.php
Archived: Oct 12, 2001 at 10:14:33
Note: External links, forms and search boxes may not function within this collection
«« First « Previous # 1 of 127 Next » Last »»
10/12/2001   12/16/2001



DARK CLOUDS AT DAWN KINI DI PASARAN

Selepas melancarkan memoir politiknya awal bulan lalu, wartawan veteran, Said Zahari muncul dengan memoir versi bahasa Inggerisnya berjudul Dark Clouds At Dawn. Kini karyanya itu boleh didapati di kedai-kedai buku utama.
Simpang Siur

Dalam konteks politik, Simpang Siur boleh dianggap sebagai satu perjalanan yang panjang dan penuh liku-liku ranjau serta pahit manis. Menerusi ruangan ini Rozaid Rahman akan menyingkap berbagai-bagai isu dan persoalan bukan sahaja mengenai politik tetapi pahit manis kehidupan dari kacamata seorang wartawan.
Carian Untuk Laman Web Mengenai Islam,Jihad Dan Afghanistan Meningkat Mendadak…

Nampaknya trend di dunia siber hampir sama dengan pasaran saham.Yang nyata ketika ini tumpuan dunia sudah berubah dari kejutan peristiwa 11 September di Amerika ke pusat krisis di Afghanistan,Pakistan dan rantau Timur Tengah. Dari pemantauan yang dibuat oleh syarikat-syarikat internet trend carian pelayar laman web juga mengikut arus itu. Tahukah anda bahawa mengikut enjian carian Lycos – dari senarai ‘top 50’ yang terbaru ,populariti kisah kejadian serangan berani mati di New York dan Washington telah menjunam.Sebaliknya kisah-kisah mengenai agama Islam dan hal ehwal negara-negara Timur Tengah khususnya Afghanistan naik mendadak.


Berita mengenai kematian Dr Badrul Amin adalah palsu – Pemuda Keadilan 
KUALA LUMPUR, Khamis 11 Okt. - Berita yang tersebar luas melalui internet dan juga laman web bebas yang mengatakan bahawa anggota Exco Pergerakan Pemuda Keadilan Malaysia (Keadilan) Dr Badrul Amin Bahron yang kini sedang ditahan di bawah ISA telah meninggal dunia adalah tidak benar.
Jet eksekutif PM tidak pernah digunakan atas kapasiti Presiden Umno  
KUALA LUMPUR, Khamis 11 Okt. - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa jet eksekutif Perdana Menteri hanya digunakan untuk tujuan rasmi atas kapasiti Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bukannya sebagai presiden Umno.
Operasi sulit terhadap Malaysia:TPM bagi amaran kepada AS  
LANGKAWI, Khamis 11 Okt. - Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak mencampuri urusan dalam Malaysia dengan melancarkan ‘operasi sulit’ terhadap pengikut-pengikut Al-Qaeda yang didakwa bersembunyi di negara ini.
61 pensyarah terlibat aktiviti anti-kerajaan 
KUALA LUMPUR,Khamis 11 Okt. - Sebanyak 61 pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didapati terlibat dengan aktiviti anti-kerajaan, kata Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamed.
Belum ada bukti kukuh Iraq terbabit dalam merancang serangan 11 Sept. di New York 
WASHINGTON,Jumaat 12 Okt. - Perjumpaan sebanyak dua kali di antara perampas pesawat penumpang, Mohammed Atta, dan pegawai perisikan di kedutaan Iraq di Praque, Republik Czechoslovakia “belum cukup bukti” untuk mengesyaki pembabitan Iraq dalam perancangan serangan 11 September, kata pegawai-poegawai Pentabiran Amerika Syarikat.
FBI keluar amaran kemungkinan serangan baru pengganas di Amerika 
WASHINGTON,Jumaat 12 Okt.- Biro Siasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan satu amaran tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di sekitar Amerika dalam tempoh beberapa hari ini.
Keselamatan rakyat asing di negara ini terjamin  
JOHOR BAHARU,Khamis 11 Okt.- Kedudukan keselamatan rakyat asing terutamanya rakyat Amerika dan Eropah di negara ini tetap terjamin dan dijaga meskipun jika berlaku ancaman terhadap golongan itu berikutan serangan yang diketuai Amerika Syarikat ke atas Afghanistan sejak Ahad lepas.
Malaysia sekali lagi minta AS hentikan serangan ke atas Afghanistan 
KUALA LUMPUR, Jumaat 12 Okt. - Malaysia hari ini menyatakan pendirian tegasnya sekali lagi kepada Amerika Syarikat (AS) supaya segera menghentikan serangan mereka ke atas Afghanistan yang kini sudah memasuki hari keenam.
Osama derma 100 juta dolar Amerika kepada Taliban – Washington Post 
WASHINGTON DC, Khamis 11 Okt. - Akhbar Washington Post hari ini mendakwa Osama bin Laden telah menyalurkan sejumlah 100 juta dolar Amerika dalam bentuk tunai dan bantuan ketenteraan kepada militia Taliban di Afghanistan sejak lima tahun kebelakangan ini - menjadikan beliau sebagai penyumbang terbesar kepada rejim tersebut.
Tempahan tiket penerbangan di seluruh dunia jatuh 30 % 
KUALA LUMPUR, Jumaat 12 Okt. - Setiausaha Agung Pertubuhan Pelancongan Dunia Francesco Frangialli berkata di sini hari ini, serangan pada 11 September lalu di Amerika Syarikat oleh sekumpulan pengganas antarabangsa telah menyebabkan tempahan tiket penerbangan di seluruh dunia jatuh 20-30 peratus.
Petikan 
Seruan jihad PAS kepada umat Islam untuk menentang serangan Amerika Syarikat terhadap Afghanistan tidak perlu dikhuatiri oleh pelabur asing di negara ini.PAS bukan ancaman kepada pelabur dan kepentingan pelaburan, kita menghormati mereka.(Seruan jihad) tidak ada kaitan dengan apa-apa kegiatan yang harus dibimbangi pelabur - kata Presiden Pas Datuk Fadzil Noor pada sidang media di lobi Parlimen Khamis.
In Next Phase of Attacks, an Emphasis on Helicopter Strikes 

By STEVEN LEE MYERS,New York Times

The Pentagon is preparing to launch risky raids into Afghanistan using low-flying Army helicopter gunships to find and attack forces allied with Osama bin Laden's terrorist network and the Taliban government, two senior Pentagon officials said today. The helicopters, operated by special operations forces from bases near — but not in — Afghanistan, would be able to strike pockets of forces after the American air and missile strikes have made more progress at wearing down the Taliban's air defenses and other major military targets.
Islam tidak mungkin maju hanya melalui syarahan dan khutbah semata-mata... 
Hubungkait Islam, politik dan kenegaraan sentiasa menjadi bahan perbincangan sejak berkurun lamanya dan tetap relevan dalam perkembangan tamadun manusia. Malah akhir-akhir ini, ia menjadi perdebatan di kalangan pelbagai pihak dengan asas-asas kepercayaan masing-masing sehinggakan ada yang lupa kepada perkara pokok yang menjadi paksi dalam Islam. MB Johor Abdul Ghani Othman ada pandangannya sendiri...
Who will rule Afghanistan? 

By PAUL McGEOUGH,The Age

He was lost on the buttoned expanses of the gold brocade sofa, just as he is lost on the world stage. Burhanuddin Rabbani has embassies around the globe, but he does not have a capital and he doesn't have a country. He is the President of Afghanistan, yet he lives in a tumbledown provincial palace in Faizabad, a mud-brick town squeezed so far into the far north-eastern corner of Afghanistan that it is almost in China. Perched in the middle of the sofa, hands clasped in his lap, his eyes were weary and his voice soft as he made a plaintive pitch for legitimacy: "The Taliban does not control 90 per cent of the country. It has only 72 per cent."
Afghanistan: Pas cuma cari populariti – Pak Lah  
LANGKAWI,Rabu 10 Oktober – Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan Pas memberi kebenaran kepada ahli-ahlinya menyertai jihad membantu Taliban di Afghanistan sebagai satu langkah untuk mencari populariti sahaja .
Al-Qaeda ancam serangan balas ke atas AS; AS buat aduan ke atas stesen tv al-Jazeera 
ISLAMABAD, Rabu 10 Okt. - Jurucakap pertubuhan yang dipelopori oleh Osama bin Laden, al-Qaeda telah menyeru seluruh umat Islam supaya bangun menyertai jihad menentang Amerika Syarikat (AS) dan pada masa yang sama mengancam akan melakukan beberapa serangan baru ke atas kepentingan negara itu di seluruh dunia.
Amerika hendak lancar operasi sulit banteras rangkaian Osama di Malaysia – New York Times 
WASHINGTON, Khamis 11 Okt. Para pengganas yang ada kaitan dalam rangkaian Osama bin Laden yang berpusat di Filipina, Indonesia dan Malaysia adalah di antara sasaran “operasi sulit” Amerika Syarikat (AS).
Analysis: US walks tightrope 

By David Shukman, BBC world affairs correspondent.

If there is one thing that the leaders of the new global anti-terror coalition must be dreading it is the sight and sound of large, angry Muslim mobs forcing their governments to stop supporting America. If this campaign against terrorism comes to be seen as a struggle between the West and Islam, it is bound to fail. In fact it could make everything worse, creating a breeding-ground for ever more hostility. The past day or so have seen noisy and sometimes violent demonstrations in the Palestinian territories, Pakistan and many other locations.
Anggota panel pelaburan Tabung Haji tidak nikmati sebarang keistimewaan khas - JPM 
KUALA LUMPUR, Rabu 10 Okt. - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa anggota-anggota panel pelaburan Tabung Haji tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam urusniaga agensi itu malah mereka tidak dibayar elaun tetap bulanan mahupun apa-apa kemudahan lain.
Danaharta lantik penasihat Standard Chartered; UEM dikeluarkan dari BSKL 15 Oktober 
KUALA LUMPUR, Rabu 10 Okt. - Pengurusan Danaharta Nasional Bhd telah melantik penasihat dan pengarah bukan eksekutif Standard Chartered Bank David Moir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya berkuatkuasa 5 Oktober lalu.
KWSP hentikan sementara khidmat BSN sebagai agen jualan komputer pribadi kepada pencarum 
KUALA LUMPUR, Rabu 10 Okt. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menggantung perkhidmatan Bank Simpanan Nasional (BSN) sebagai agen dalam skim pembelian komputer pribadi para pencarum selama dua minggu berkuatkuasa semalam bagi membolehkan kedua-dua belah pihak melihat sebarang dakwaan penyelewengan dalam transisi tersebut.
Pas tak akan keluar arahan supaya ahlinya berjihad di Afghanistan - Hadi 
KUALA TERENGGANU, Rabu 10 Okt. - Menteri Besar Terengganu Datuk Sri Abdul Hadi Awang berkata Pas tidak akan mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya pergi ke Afghanistan untuk berjuang bersama-sama militia Taliban menentang serangan tentera Amerika Syarikat (AS) ke atas negara itu.
Sentimen anti-serangan Amerika ke atas Afghanistan terus meluap… 
Tunjuk perasaan anti-Amerika terus berlaku di Jakarta untuk hari ketiga berturut-turut sejak Isnin lalu. KLIK SEKARANG untuk berita lanjut...
TV Amerika mula amalkan prinsip menapis berita demi keselamatan negara... 
Media massa di dunia ketiga agak terkejut apabila rakan-rakan mereka di Amerika Syarikat mula mengamalkan ‘penapisan berita’ (self-censorship) demi keselamatan negara - satu amalan yang diperlekeh mereka sejak 40 tahun lalu. KLIK SEKARANG untuk laporan lanjut...
Anwar saman RTM,Kerajaan kerana fitnah,dan tuntut RM100juta 
KUALA LUMPUR, Khamis 11 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim menyaman dan menuntut gantirugi RM100 juta daripada Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kerana siaran RTM pada 4 dan 5 September lalu didakwa memfitnah beliau sebagai “pemimpin tidak bermoral” dan “pelampau Islam”.
Pemuda BN serah memo bantah Amerika serang Afghan 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Khamis 11 Okt. – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) mendesak Amerika Syarikat memberhentikan sebarang bentuk tindakan termasuk serangan ketenteraan yang hanya melanjutkan keganasan dan mengakibatkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa terkorban di Afghanistan.
Tiada tindakan tentera ke atas M’sia & negara-negara lain buat masa ini – Colin Powell 
WASHINGTON DC, Khamis 11 Okt. - Setiausaha Negara (Menteri Luar) Amerika, Colin L Powell menolak sebarang kemungkinan mereka akan menggunakan tindakan ketenteraan ke atas Malaysia setelah laporan mengatakan bahawa tiga buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia menjadi sarang pergerakan pengganas termasuk pertubuhan al-Qaeda yang dipelopori oleh Osama bin Laden.
Keadilan: Chandra Muzaffar undur diri; Siapa calon paling popular sekarang? 
Oleh: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Selasa 9 Okt.- Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Dr Chandra Muzaffar telah pun mengesahkan kepada semua media massa semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu 9 November depan tetapi persoalannya kini ialah siapakah calon popular yang menjadi pilihan ahli-ahli parti itu?
Kisah Yvonne Ridley semasa dalam tahanan Taliban 
PESHAWAR,Selasa 9 Oktober- Wartawan British ,Yvonne Ridley memberitahu dia melancarkan mogok lapar selepas ditahan oleh Taliban. Katanya dia mengambil tindakan drastik itu setelah permohonannya untuk membuat panggilan telefon ditolak.
Pemuda Umno Minta Felda Kaji Semula Dasar 
MARAN,Isnin 8 Oktober - Pergerakan Pemuda Umno Malaysia meminta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengkaji semula pelaksanaan dasarnya supaya lebih relevan dan sesuai dengan kemajuan serta pembangunan negara.
Perlantikan Chor Chee Heung tidak ikut peraturan – Ketua Pemuda MCA 
KUALA LUMPUR, Selasa 9 Okt - Ketua Pemuda MCA Datuk Ong Tee Keat mendakwa keputusan Majlis Presiden parti melantik anggota jawatankuasa pusat Datuk Chor Chee Heung bagi meneliti laporan pergaduhan pergerakan itu “tidak mengikut peraturan”.
Saifuddin Nasution calon popular untuk timbalan Ezam 
VERSI TERKINI...
Oleh: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Selasa 9 Okt.Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lunas Saifuddin Nasution Ismail kini menjadi calon paling popular untuk bertanding jawatan timbalan ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Nasional. Jawatan tersebut kini disandang oleh Mustafa Kamil Ayub.
Selepas dua serangan waktu malam,Afghanistan digempur waktu siang pula 
ISLAMABAD, Selasa 9 Okt. - Serangan waktu siang telah dilaporkan berlaku di Afghanistan setelah tentera Amerika dan sekutunya melancarkan dua serangan waktu malam sebelum ini.
Serangan 11 Sept di AS mengaibkan agama Islam dan umatnya - Anwar Ibrahim 
KUALA LUMPUR, Selasa 9 Okt. - Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim berkata serangan kejam ke atas Amerika Syarikat pada 11 September adalah satu peristiwa hitam dalam sejarah Islam kerana “tindakan segelintir penganutnya telah mengaibkan agama Islam dan umatnya di mata dunia”.
Seri Paduka telah dipindahkan dari Unit Rawatan Kardiak 
JOHOR BAHARU, Selasa 9 Okt.Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini dalam keadaan sihat dan sudah pun dipindahkan dari unit rawatan kardiak (CCU) ke wad di Hospital Mount Elizabeth di sini pagi ini.
Lanskap pertahanan berubah sejak serangan pengganas ke atas Amerika - Dr Mahathir 
LANGKAWI, Selasa 9 Okt. - Institusi-institusi penyelidikan terkemuka perlu mencari sistem dan teknologi baru untuk membanteras kegiatan pengganas kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini. Perdana Menteri berkata, perlu ada sistem baru dalam mengumpulkan maklumat risikan termasuk penggunaan alat-alat elektronik baru, kapasiti peninjauan baru dan gambar-gambar yang lebih tepat daripada angkasa lepas.
Peluru berpandu sesat bunuh empat pekerja PBB – Pentagon  
TERKINI...
WASHINGTON DC, Rabu 10 Okt. - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) mengaku kemungkinan empat orang rakyat Afghanistan yang bekerja dengan pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) “terbunuh oleh salah satu butir peluru berpandu kruis yang sesat”.
Lebih 25 orang terbunuh di Kabul akibat serangan AS,Britain 
ISLAMABAD, Isnin 8 Okt. Laporan awal menyatakan lebih 25 orang terbunuh di Kabul dan tempat-tempat lain berikutan serangan Amerika Syarikat dan Britain tengah malam tadi ke atas sasaran-sasaran Taliban di Afghanistan.
Lima doktor sukarelawan Malaysia akan berlepas ke kem pelarian Afghanistan Khamis ini 
KUALA LUMPUR, Isnin 8 Okt. - Sekumpulan tujuh orang sukarelawan pertama dari Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) termasuk lima doktor dijangka berlepas ke kem pelarian Afghanistan di sempadan Pakistan Khamis ini.
Peperangan konvensional bukan kaedah terbaik atasi keganasan-PM 
KUALA LUMPUR, Isnin 8 OktoberPerdana Menteri menegaskan bahawa peperangan konvensional bukan kaedah terbaik mengatasi keganasan dan mengalahkan pengganas kerana peperangan hanya akan mengakibatkan orang yang menjadi mangsa dan pengganas sendiri mungkin terlepas.
Taliban mungkin menyerang Pakistan selepas diserang Amerika 
NEW DELHI, Isnin 8 Okt Taliban yang diserang oleh peluru berpandu Amerika Syarikat dan Britain Ahad ini mempunyai beberapa pilihan untuk bertindak balas dan ini termasuklah kemungkinan menyerang Pakistan yang membenarkan tentera AS menggunakan ruang udaranya.
Afghanistan: 12 jam selepas serangan pusingan no.1 AS  
ISLAMABAD, Isnin 8 Okt Dua belas jam sudah berlalu selepas tentera Amerika Syarikat dan Britain melancarkan serangan pusingan No.1 ke atas tempat-tempat strategik kerajaan Taliban dan kem Al-Qaeda Osama bin Laden di Afghanistan, tetapi jumlah nyawa yang terkorban dan harta-benda yang termusnah belum lagi dikhabarkan.
Empat komponen utama jadikan M’sia model pengurusan terbaik masyarakat pelbagai kaum - Ghani 
Oleh: ZAID ZAIN
JOHOR BAHARU, Ahad 7 Okt. - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata hari ini, Malaysia telah menjadi model kepada pengurusan terbaik kehidupan pelbagai etnik dan anutan agama yang diterajui oleh umat Islam kerana konsep kesederhanaan dan toleransinya.
UTAR: MCA akan timbang tawaran tanah daripada Kerajaan Pas di Kelantan – Dr Ling 
PASIR MAS, Ahad 7 Okt Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik berkata partinya bersedia menimbang tawaran tanah daripada Kerajaan Pas di Kelantan untuk penubuhan Universiti Tuanku Abdul Rahman ( Utar), Nanyang Siang Pau melaporkan hari ini.
 
KUALA LUMPUR,Ahad 7 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat kepada Presiden Amerika Syarikat George W.Bush pada Jumaat lepas untuk memberi pandangan beliau mengenai usaha menentang keganasan.
Keadilan tidak salahkan DAP seratus peratus kerana kalah di Sarawak - Ruslan Kasim 
Oleh: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Jumaat 5 Okt. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) tidak meletakkan kesalahan seratus peratus kepada DAP ekoran kekalahan teruk barisan parti-parti pembangkang dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang berlangsung 27 September lalu.
Nanyang Press rugi RM5 juta: Chua Jui Meng sangkal kenyataan Dr Ling 
Pulau Pinang, Ahad 7 Okt. - Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng menyangkal kenyataan Datuk Sri Dr Ling Liong Sik kononnya Nanyang Press Holdings Bhd sudah membuat keuntungan.
Tentang Keganasan: Dr Mahathir utus surat kepada Bush Jumaat lepas 
KUALA LUMPUR,Ahad 7 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengutus surat kepada Presiden Amerika Syarikat George W.Bush pada Jumaat lepas untuk memberi pandangan beliau mengenai usaha menentang keganasan.
Tidak benar Peguam Negara disiasat Suruhanjaya Sekuriti- Rais Yatim 
KUALA LUMPUR, Ahad 7 Okt Peguam Negara Datuk Sri Ainum Mohamad Saaid sedang bercuti sakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Rais Yatim yang turut menafikan bahawa Ainum sedang disiasat Suruhanjaya Sekuriti.
RTM siarkan forum 3 bahasa “Dunia Selepas 11 Sept” mulai malam esok - Zam 
KUALA LUMPUR, Ahad 7 Okt -- Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan forum "Dunia Selepas 11 Sept" dalam tiga bahasa mulai malam esok yang disertai pakar-pakar ekonomi, keselamatan, agama dan duta asing , kata Senator Datuk Zainuddin Maidin hari ini.
Chua: Jangan sampai gugat BN; Juga minta akhbar milik MCA layan berita dengan lebih adil 
Oleh: DOUGLAS TAY
KUALA LUMPUR, Jumaat 5 Okt. - Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng yang kini terperangkap dalam “perang mulut” dengan Presidennya Datuk Sri Dr Ling Liong Sik hari ini mengingatkan pucuk pimpinan parti supaya jangan mengejar “agenda peribadi” sehingga menggugat keutuhan dan perjuangan Barisan Nasional (BN).
Pas minta bantuan senator Thailand lobi untuk Anwar di peringkat antarabangsa 
KUALA LUMPUR, Jumaat 5 Okt. - Pas telah memohon bantuan daripada para senator dari Thailand untuk mengadakan lobi di peringkat antarabangsa agar bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim dibenarkan mendapat rawatan di luar negara.
Tak Perlu Pinda Perlembagaan Untuk Negara Islam 
KUALA LUMPUR, Jumaat 5 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Malaysia tidak perlu meminda perlembagaan untuk menjadikannya negara Islam kerana negara ini sudahpun negara Islam.
MCA tidak larang bahas isu Chua Jui Meng 
PUTRAJAYA, Jumaat 5 Okt. - Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik berkata hari ini bahawa beliau tidak akan mengenakan larangan terhadap anggota parti itu untuk membahaskan secara terbuka isu pengguguran Naib Presiden Datuk Chua Jui Meng sebagai pengerusi MCA Kedah.
MTUC bantah tindakan MAS hendak berhentikan pekerjanya 
KUALA LUMPUR, Jumaat 5 Okt. - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak bersetuju Skim Pemberhentian Pekerja Secara Sukarela (VSS) dilaksanakan sebagai langkah menyusun semula Penerbangan Malaysia (MAS) untuk menjadikannya syarikat yang menguntungkan menjelang 2004.
Pemuda Pas bangga ada ahlinya pernah berjihad menentang Rusia di Afghan 
PENGKALAN CHEPA, Jumaat 5 Okt. - Dewan Pemuda Pas Kelantan rasa bangga kerana ada ahlinya yang pernah terbabit secara langsung dengan perjuangan jihad menentang tentera Rusia di Afghanistan suatu ketika dahulu, demikian menurut laporan laman web HarakahDaily.
Sidang tergempar OIC minggu depan akan sentuh soal pengganas & Islam 
PUTRAJAYA, Jumaat 5 Okt. - Mesyuarat tergempar Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Qatar minggu depan akan meminta masyarakat dunia supaya tidak melihat pengganas atau keganasan itu sinonim dengan Islam.
Ceramah Tanpa Permit: Kes Mat Sabu ditangguh Febuari tahun depan 
KUALA KLAWANG, Khamis 4 Okt. - Perbicaraan kes anggota Parlimen kawasan Kuala Kedah Mohamad Sabu dan enam yang lain di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan menghadiri satu perhimpunan haram di Kampung Chenor dekat sini pada 16 Julai lepas telah ditangguhkan kerana seorang daripada tertuduh tidak hadir.
Hishamuddin tidak mahu krisis MCA menjejaskan perjuangan BN 
Oleh : INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Khamis 4 Okt. Ketua Pemuda Barisan Nasional, Datuk Hishamuddin Tun Hussein berharap krisis dalam MCA yang berlarutan tidak akan menjejaskan hubungan, perpaduan dan agenda perjuangan BN.
Kedudukan Chua dalam kabinet buat masa ini tidak terjejas 
KUALA LUMPUR, Khamis 4 Okt. -- Kedudukan Datuk Chua Jui Meng sebagai menteri kesihatan tidak terjejas meskipun beliau telah digugurkan daripada jawatan pengerusi MCA negeri Kedah, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini.
Kekecohan MCA: Chua suruh Liong Sik 'tengok diri dalam cermin' 
KUALA LUMPUR, Khamis 4 Okt. -- Naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng yang digugurkan daripada jawatan pengerusi MCA negeri Kedah hari ini menyuruh presidennya Datuk Sri Dr Ling Liong Sik "melihat imej diri dalam cermin" sebelum membuat tuduhan melulu terhadap orang lain.
Mahkamah Tinggi: Tahanan ke atas Nik Adli adalah sah 
KOTA BAHARU, Khamis 4 Okt. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan habeas corpus anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz supaya dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sedang dijalaninya.
Malaysia: Penindasan di Palestin sama kejam perbuatan pengganas 
Penggunaan kekerasan melampau oleh negara-negara sehingga ia menyebabkan kehilangan banyak nyawa, kecederaan dan kesengsaraan kepada masyarakat umum adalah sama kejamnya seperti perbuatan zalim kumpulan-kumpulan pengganas.Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Datuk Hasmy Agam berkata: "Ini khasnya relevan dalam konteks situasi sekarang di wilayah-wilayah Palestin yang diduduki di mana kekerasan keterlaluan telah digunakan untuk menindas satu populasi yang memperjuangkan hak mereka".
MAS hentikan penerbangan ke 12 destinasi antarabangsa 
KUALA LUMPUR, Khamis 4 Okt. - Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dalam satu langkah drastik hari ini mengumumkan keputusan untuk menghentikan penerbangan ke 12 destinasi antarabangsa dan akan memberikan perhatian hanya kepada destinasi yang menguntungkan.
Ramai ahli Umno yang tidak tahu tata etika parti - Rithauddeen 
BANGI, Khamis 4 Okt. - Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masih ramai anggota Umno sebenarnya yang tidak tahu mengenai tata etika parti mereka sehingga melakukan perkara-perkara yang melanggari perlembagaan parti.
Sultan Salahuddin akan menjalani pembedahan Sabtu ini 
SINGAPURA, Khamis 4 Okt. - Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah meminta seluruh rakyat supaya tidak gusar tentang keadaan kesihatan baginda.
Takrif Negara Islam: Pas nyatakan kesediaan untuk dialog dengan Umno 
KUALA TERENGGANU, Khamis 4 Okt. - Pas hari ini menyatakan kesediaannya untuk berdialog dengan Umno mengenai takrif negara Islam bagi mengelak kekeliruan di kalangan rakyat.
ROC kaji latihan mandatori untuk semua pengarah syarikat - Muhyiddin 
KUCHING, Jumaat 5 Okt. - Pendaftar Pertubuhan (ROC) sedang mengkaji kemungkinan mewajibkan semua pengarah dan bakal pengarah syarikat menghadiri program latihan sebelum memegang jawatan berkenaan.
Apabila Radio Era Bikin Gempar… 
Catatan Oleh :INTAN RUSLI
Jabatan Pengarang Agendadaily kelam kabut tiba-tiba apabila menerima panggilan telefon dari seorang teman lebih kurang pukul 8.50 malam memberitahu Yang Dipertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat.Dia membuat panggilan itu sejurus mendengar Radio Era menyiarkan pengumuman ringkas mengenai kemangkatan itu dan terus memberhentikan siaran buat seketika.
Cuepacs cadang sistem gaji bersih bagi kakitangan awam 
KUALA LUMPUR, Rabu 3 Oktober - Cuepacs mencadangkan satu sistem gaji bersih bagi membolehkan kakitangan awam membawa pulang pencen yang lebih baik di bawah struktur semakan gaji baru yang akan dikemukakan kepada kerajaan sebelum akhir tahun ini.
Halim Saad letak jawatan pengerusi eksekutif Renong Bhd  
KUALA LUMPUR, Rabu 3 Okt -Pengerusi Eksekutif Renong Bhd Tan Sri Halim Saad meletakkan jawatannya berkuatkuasa hari ini, bersama perletakan jawatan lapan orang pengarah bukan-eksekutif yang lain, kata kenyataan Renong kepada Bursa Saham Kuala Lumpur.
Lelaki Malaysia mati pucuk lebih suka rawatan tradisional dari viagra 
KUALA LUMPUR, Rabu 3 Oktober- Lelaki Malaysia lebih memilih kaedah tradisional untuk merawat dan mencegah masalah mati pucuk di sebalik mengambil pil viagra, demikian menurut satu kajian.
Liong Sik membalas dendam terhadap orang yang tak sehaluan dengannya, kata Ah Lek 
KUALA LUMPUR, Selasa 2 Okt. -Ketua ‘team B’ parti MCA, Datuk Lim Ah Lek hari ini membidas Datuk Sri Dr Ling Liong Sik yang memecat Datuk Chua Jui Meng daripada jawatan pengerusi MCA negeri Kedah dan menyifatkan tindakan itu sebagai “ balas dendam terhadap orang yang tidak sehaluan dengannya”.
Parti Keadilan Nasional yakin ia ada potensi cabar PBB di 15 kawasan di Sarawak 
KUALA LUMPUR,Rabu 3 Oktober- Parti Keadilan Nasional yang gagal meraih sebarang kerusi dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini yakin ia mempunyai potensi untuk mencabar Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud di 15 buah kawasan dalam pilihanraya akan datang.
Pemecatan Chua Jui Meng: Lagi reaksi pemimpin-pemimpin MCA negeri 
IPOH, Rabu 3 Okt. Enam orang pemimpin MCA negeri Perak hari ini mengutuk Presiden mereka Datuk Sri Dr Ling Liong Sik yang memecat Datuk Chua Jui meng dari jawatan Pengerusi MCA negeri Kedah.
Peraturan baru untuk pemandu kereta di lapangan terbang mulai 15 Oktober 
KUALA LUMPUR,Rabu 3 Oktober Awas ! – Mulai 15 Oktober ini mana-mana kenderaan bermotor yang diletakkan atau ditinggalkan tanpa jagaan di bahu jalan di semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara akan ditunda ke balai polis terdekat.
Umno Sedia Berdialog Dengan Pas Mengenai Isu Negara Islam 
PUTRAJAYA, Rabu 3 Oktober- Umno sedia berdialog dengan Pas mengenai isu negara Islam secara ilmiah, bukan mengikut sentimen politik, bagi menyelesaikan isu tersebut, kata penasihat agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Hamid Othman hari ini.
Indonesia tarik kerakyataan mereka yang ke Afghanistan 
JAKARTA,Selasa 2 Oktober –Kerajaan Indonesia akan membatalkan kerakyatan mana-mana warganegara itu yang pergi ke Afghanistan untuk berjuang menentang operasi tentera Amerika di sana.
Ling Liong Sik berjaya patahkan cabaran lawan kerana rahsia namanya: Hang Mai (Saya) Makan 
Analisis oleh DOUGLAS TAY
Orang-orang Cina cukup percaya pada tuah dan rezeki yang dibawa oleh nama mereka. Begitulah halnya dengan nama Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik.
Petikan 
Kerajaan bagaimanapun tidak akan tergesa-gesa dalam membuat keputusan memandangkan ia adalah suatu yang besar dan melibatkan banyak pihak.Ia satu keputusan yang besar.Harap bersabar.Tak kiralah apapun, keputusan yang kita akan buat nanti adalah bermatlamat untuk menjadikan perkhidmatan awam kita cekap dan berdaya maju, yang dapat menarik minat siapa jua untuk menyertai perkhidmatan awam.Tetapi janganlah pula kalau kerajaan tidak dapat penuhi sesuatu saranan, jangan kata kerajaan tidak mahu dengar-kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Badawi kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Cuepacs ke-22 di sini Selasa ketika diminta mengulas perkembangan terkini saranan Cuepacs yang mahukan kerajaan mengkaji semula SSB kerana dianggapnya mempunyai banyak kepincangan khususnya mengenai penilaian prestasi tahunan untuk kenaikan gaji kakitangan awam.
Konsortium DPMM enam buah negeri dapat dana RM 20 juta bantu usahawan IKS 
Laporan Oleh : INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Selasa 2 Okt. - Sebuah konsortium yang dinaungi oleh cawangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia ( DPMM) enam buah negeri - Konsortium Dewan Holding Sdn Bhd (KDH) telah memperolehi dana RM 20 juta minggu lalu untuk menjalankan usaha membantu usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) “melangkah jauh” dalam perniagaan mereka di dalam dan luar negara.
Abdul Wahid Omar dipilih CEO UEM kerana latarbelakangnya dalam sektor kewangan 
Oleh ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Selasa 2 Okt.- Pemilihan Ketua Pegawai Kewangan Telekom Malaysia Berhad, Abdul Wahid Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan (CEO) United Engineers Malaysia Bhd (UEM) yang baru adalah kerana pengalamannya yang luas dalam bidang kewangan.
Dr M bertemu Presiden Bush di Shanghai pertengahan Oktober ini 
PUTRAJAYA, Selasa 2 Okt. - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden George W Bush akan mengadakan perbincangan mengenai ancaman pengganas dunia ke atas keselamatan sejagat apabila mereka bertemu pada persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pacific (Apec) dari 20-21 Oktober ini di Shanghai, China.
Lembaga Disiplin sudah putuskan saya tidak bersalah - Raof 
Laporan Oleh Wartawan Agendadaily
KUALA LUMPUR, Selasa 2 Oktober - Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Abdul Raof Yusoh menjelaskan hari ini beliau telah didapati tidak bersalah Lembaga Disiplin Umno dari sebarang dakwaan melanggar etika pemilihan jawatan parti itu.
Lima lelaki & seorang wanita yang cuba tipu RM779 juta dari RHB Bank berjaya ditahan polis 
KUALA LUMPUR, Selasa 2 Okt. - Polis Bandaraya telah berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita yang cuba untuk menipu RHB Bank Cawangan Jalan Tun Razak di sini sejumlah RM779 juta atau 205 juta dolar Amerika menerusi dua dokumen palsu.
Ling Liong Sik pecat Chua Jui Meng sebagai Pengerusi MCA Kedah 
Laporan Oleh : Douglas Tay
KUALA LUMPUR, Selasa 2 Okt.- Pengerusi Perhubungan MCA negeri Kedah Datuk Chua Jui Meng hari ini secara rasmi dipecat oleh Presiden parti Datuk Sri Dr Ling Liong Sik mengikut kuasanya di bawah Perkara 54 Perlembagaan parti, dan jawatan itu diisi oleh setiausaha MCA negeri, Datuk Beh Heng Seong.
Peraturan baru untuk pemandu kereta di lapangan terbang mulai 15 Oktober 
KUALA LUMPUR,Rabu 3 Oktober – Awas ! – Mulai 15 Oktober ini mana-mana kenderaan bermotor yang diletakkan atau ditinggalkan tanpa jagaan di bahu jalan di semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara akan ditunda ke balai polis terdekat.
Siaran radio swasta cetuskan tandatanya mengenai kesihatan Yang Dipertuan Agong  
KUALA LUMPUR,Selasa 2 Oktober - Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini sedang beristirehat di Singapura selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital di republik itu.
Britain gugurkan cadangan untuk wajibkan rakyatnya guna kad pengenalan 
LONDON, Isnin 1 Okt. - Kerajaan Buruh pimpinan Tony Blair hari ini membuat keputusan untuk menguggurkan cadangan untuk memperkenalkan kad pengenalan wajib kepada semua rakyatnya, kata Menteri Dalam Negeri Lord Rooker.
Mullah Mohammmad Omar beri amaran terakhir kepada AS 
KANDAHAR (Afghanistan), Isnin 1 Okt. -Pemimpin tertinggi Taliban telah mengeluarkan kenyataan amaran kepada Amerika Syarikat (AS) lewat malam semalam supaya berfikir masak-masak sebelum mengambil sebarang keputusan untuk menyerang Afghanistan.
Perbincangan Raja Afghanistan dengan AS dan pembangkang Taliban berhasil 
ROM, Ahad 30 Sept. -- Raja dalam buangan dari Afghanistan, Mohammed Zahir Shah, telah mengadakan perbincangan yang berhasil dengan rombongan Kongres Amerika Syarikat dan puak pembangkang yang menentang Taliban.
Selepas Pas, kini DAP juga mahu isu negara Islam dibawa ke sidang Dewan Rakyat  
KUALA LUMPUR, Isnin 1 Okt.-DAP hari ini menyertai Pas dalam mengunjurkan satu perdebatan terbuka mengenai konsep sebuah negara Islam diperbahaskan dalam sidang parlimen yang akan berlangsung minggu depan.
Rombakan besar biro Pemuda MCA: Penyokong Liong Sik digugur 
KUALA LUMPUR, Sabtu 29 Sept. Penyokong-penyokong Presiden parti Datuk Sri Dr Ling Liong Sik dalam Pergerakan Pemuda MCA digugurkan daripada beberapa biro penting berikutan satu rombakan besar yang diumumkan ketua pergerakan Datuk Ong Tee Kiat hari ini.
Ahli-ahli Gerakan diminta jangan bertindak balas terhadap acuman MCA-Keng Yaik 
KUALA LUMPUR, Ahad 30 Sept. Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Sri Dr Lim Keng Yaik hari ini menasihatkan ahli-ahlinya mengawal emosi mereka terhadap sebarang acuman MCA di Pulau Pinang dan “ jangan bertindak balas”.
Kerajaan Kelantan tak pernah halang program kebudayaan kaum lain – Nik Aziz 
KOTA BAHARU, Isnin 1 Okt. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri tidak pernah menghalang sebarang program kebudayaan dijalankan di negeri ini dan sangat kesal jika ada pihak yang menyekat program seumpama itu daripada dijalankan.
Pelajar di Pakistan : Ibubapa jangan ambil sikap lepas tangan- Pak Lah 
KUALA LUMPUR,Isnin 1 Oktober-Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi meminta para ibubapa tidak mengambil sikap lepas tangan dan sentiasa memantau perkembangan anak mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi di Pakistan bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam kegiatan berunsur militan.
Di Sebalik Bilik Krisis Rumah Putih... 
Jika anda peminat setia siri mini The West Wing yang disiarkan oleh TV3 setiap Selasa anda sudah pasti dapat bayangkan apakah yang sedang berlaku di bilik krisis Rumah Putih sekarang. Presiden Amerika sedang bermesyuarat dengan penasihat-penasihat keselamatannya untuk mencari pelbagai teori baru yang boleh menghubungkan mereka dengan punca serangan berani mati paling ganas dalam sejarah Amerika itu. Kuasa dunia itu belum pernah dimalukan sejak insiden Pearl Habour. Tetapi bezanya ialah jika dalam serangan ke atas Pearl Habour di Kepulauan Hawaii itu Amerika kenalpasti siapa yang menyerang mereka tetapi dalam insiden serangan ke atas mercu tanda paling popular mereka – Pusat Dagangan Dunia New York – mereka tidak tahu ia angkara siapa. ROZAID RAHMAN yang pernah menjejakkan kaki di Pusat Dagangan Dunia New York pada tahun 1992 memberi anda analisanya.
Menjelang Serangan Amerika: Jualan Murah Candu di Afghanistan…  
Diketika seluruh dunia bertumpu kepada kemungkinan Amerika bila-bila masa sahaja sekarang menyerang Afghanistan, sebenarnya terdapat satu “medan perang” lain yang mungkin menjalar keluar dari bumi Taliban itu . Samada disedari atau tidak ,selain dari kawasan Segi Tiga Emas di Utara Thailand dan negara-negara Utara Latin Amerika seperti Colombia – Afghanistan sudah sekian lama terkenal sebagai pengeluar candu. Tahukah anda kebimbangan yang berbangkit dicelah keriuhan paluan gendang perang ialah dunia mungkin menghadapi limpahan candu dan heroin.Dalam menghadapi keadaan yang tidak menentu sekarang ramai pedagang candu dan pejuang-pejuang Taliban dikatakan terpaksa bertindak menghabiskan stok simpanan mereka secara “cheap sale”.
Amaran Mahathir kepada ahli-ahli BN: Kurangkan persaingan sesama sendiri 
KUALA LUMPUR, Sabtu 29 Sept. Pengerusi Barisan Nasional Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan parti-parti komponen supaya mengurangkan persaingan sesama mereka dalam menonjolkan diri sebagai juara kaum masing-masing.
Ekonomi Malaysia akan tumbuh 0.6 peratus sahaja pada 2001-Morgan Stanley 
KUALA LUMPUR, Ahad 30 Sept. - Ekonomi Malaysia dijangka akan mencapai pertumbuhan sebanyak 0.6 peratus sahaja bagi tahun 2001 kerana keadaan di luarnegara menjadi semakin buruk berikutan serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat 11 September lalu, kata bank pelaburan Morgan Stanley dalam laporannya yang dikeluarkan Jumaat lalu.
Nik Aziz Minta UMNO Bawa Isu Perlembagaan Kelantan Ke Mahkamah 
KOTA BAHARU,Ahad 30 Sept- Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Umno Kelantan dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa isu pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan ke mahkamah untuk mengetahui pindaan itu sah atau tidak.
PAS Mahu PM Isytihar Malaysia Negara Islam Di Parlimen 
ALOR SETAR, Ahad 30 Sept - PAS tetap dengan pendiriannya mahukan Umno mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di Parlimen, kata Presidennya Datuk Fadzil Noor hari ini.
Polis Ada Senarai Nama Pelajar M'sia Terima Latihan Taliban 
KUALA LUMPUR,Ahad 30 Sept - Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai hari ini berkata polis mempunyai senarai nama dan maklumat mengenai beberapa pelajar negara ini yang terlibat dengan latihan bersifat ketenteraan yang melampau di Pakistan dan Afghanistan.
FBI buat pertama kalinya kaitkan para perampas pesawat AS dengan Osama 
WASHINGTON DC, Jumaat 28 Sept. - Biro Siasatan Persekutuan (FBI) buat pertama kalinya hari ini mengaitkan beberapa orang daripada 19 lelaki Arab yang disyaki terlibat merampas pesawat Amerika lalu merempuhnya ke menara kembar New York dan kompleks Jabatan Pertahanan di sini mempunyai hubungan dengan rangkaian al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama Bin Laden.
Konsep negara Islam yang diamalkan BN diterima semua kaum-Dr Ling 
KUALA LUMPUR, Sabtu 29 Sept -- Konsep Islam yang diamalkan oleh pemerintah Barisan Nasional diterima oleh semua kaum dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik hari ini.
Rakyat Malaysia dilatih oleh Taliban semasa belajar di Pakistan-Duta Afghanistan 
KUALA LUMPUR, Sabtu 29 Sept -- Kebanyakan rakyat Malaysia dan rakyat negara Islam lain yang dilatih oleh Taliban adalah mereka yang belajar di Pakistan dan dipengaruhi pelampau agama dan politik, kata Duta Afghanistan ke Malaysia Abdul Sattar Murad.
SEPTEMBER 11, 2001:THE DAY AMERICA FELT THE PAIN 
That Tuesday night started out like any other for me. I was at home. As was our usual routine, my wife and I had just finished dinner and while she was in the kitchen, I was going through the Astro sports channels looking for something to watch. And then I received a call on my hand phone. It was Zainal. He was direct to the point. “Are you on 41? Turn it on now! It looks like a terrorist attack. What else can it be!” I fumbled with my remote and CNN came on. “ I have got it.” I said to Zainal and he hung up, leaving me watching one tower of the World Trade Center burning after an aircraft had smashed into it. What does one say as a New York landmark burns on TV and in real-time. Nothing, but only to watch with questions as yet unanswered.
Sidang Pemuda & Wanita Gerakan: Awasi anasir yang memperalatkan emosi ?Kerk Choo Ting 
KUALA LUMPUR, Jumaat 28 Sept. - -Timbalan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Kerk Choo Ting hari ini membidas anasir-anasir yang memperalatkan ideologi politik, emosi negatif, kebencian dan kemarahan untuk menimbulkan anarki dan keganasan di negara ini.
Pengerusi MCA Kedah: Chua Jui Meng digugurkan Selasa depan? 
ALOR SETAR, Jumaat 28 Sept. Kalangan pemimpin dan ahli MCA di negeri Jelapang Padi ini heboh memperkatakan bahawa Pengerusi MCA Kedah Datuk Chua Jui Meng mungkin digugurkan daripada jawatannya Selasa depan.
Adik beradik Osama bin Laden pernah diberi kontrak membina terowong KLIA-PM 
KUALA LUMPUR, Sabtu 29 Sept. Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa adik-beradik Osama, salah seorangnya yang bernama Omar bin Laden, pernah diberi kontrak membina terowong di Lapangan terbang Antarabangsa KLIA.
Lembaga Disiplin gugurkan jawatan Ketua Umno Jelutong, Silam & Bandau 
KUALA LUMPUR, Jumaat 28 Sept. - Dua orang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan tiga ketua Umno bahagian adalah di antara 13 orang lagi anggota parti itu yang dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin Umno kerana melanggar tata etika parti pada pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini.
Persidangan Perwakilan Gerakan: Keng Yaik seru rakyat tolak ideologi pelampau  
KUALA LUMPUR, Sabtu 29 Sept. -- Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia Datuk Sri Dr. Lim Keng Yaik menggesa rakyat negara ini menolak politik anti-pembangunan dan ideologi pelampau yang memupuk keganasan yang mungkin memudaratkan struktur masyarakat.
Jumlah pekerja yang masih hilang kini hanya 5,422 orang - Datuk Bandar NY 
NEW YORK, Jumaat 28 Sept. - Datuk Bandar Rudy Giuliani telah mengeluarkan angka baru mangsa keruntuhan menara kembar New York yang dikategorikan sebagai masih ‘hilang’ daripada 6,333 kepada hanya 5,422 orang sehingga semalam, demikian dilaporkan oleh agensi berita AFP.
Ekoran Serangan Pengganas di AS: Persidangan CHOGM ditangguhkan 
MELBOURNE, Jumaat 28 Sept. - Para pegawai Komanwel menangguhkan persidangan ketua-ketua kerajaan Komanwel yang dijadualkan berlangsung di Brisbane, Australia minggu depan ekoran ketidaktentuan global selepas serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat (AS), demikian menurut laporan Agensi Berita Nasional (Bernama).
Keadilan tewas kerana rakyat ditakut-takutkan – Hafsah Harun 
KUCHING, Jumaat 28 Sept. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hari ini mendakwa politik dan taktik menakut-nakutkan pengundi adalah punca kejayaan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri itu yang selesai semalam dengan menyaksikan BN hampir menyapu bersih kesemua kerusi kecuali dua yang dimenangi oleh DAP dan calon Bebas.
Keganasan akan berterusan walaupun Afghanistan ditawan - PM 
KUALA LUMPUR,Jumaat 28 Sept - Malaysia menyokong tindakan Amerika Syarikat untuk memburu pengganas tetapi tidak bersetuju jika serangan dibuat ke atas Afghanistan atau mana-mana negara dalam usaha mengatasi keganasan.Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata keganasan akan berterusan walaupun Afghanistan ditawan dan jatuh ke tangan barat.
Wakil tunggal DAP akui hadapi tugas berat dalam dewan 
BINTULU, Jumaat 28 Sept. - Wakil tunggal DAP yang menang dalam pilihanraya Sarawak semalam, Chiew Chiu Sing, menyedari bahawa hari-hari yang mendatang mungkin penuh dengan cabaran dan jalan berliku namun begitu berikrar akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengundinya.
Harapan Parti Keadilan Nasional nak seberang Laut China Selatan terkubur di Bumi Kenyalang… 
Laporan Oleh:INTAN RUSLI
KUCHING,Khamis,27 Sept - Sehari menjelang pilihanraya Sarawak hari ini ,sebuah akhbar tempatan memetik Presiden Parti Keadilan Nasional ,Datin Seri Dr Wan Azizah menyampaikan satu mesej dari suaminya,Datuk Sri Anwar Ibrahim agar rakyat negeri ini “Ngap Sayot” Barisan Nasional.Namun begitu keputusan penuh pilihanraya kali ke lapan negeri ini terbukti sebaliknya.
“Wakil rakyat BN jangan mungkir janji dan pergi joli selepas ini,” - PM 
KUALA LUMPUR, Jumaat 28 Sept. - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengucapkan tahniah di atas kejayaan Barisan Nasional (BN) Sarawak menguasai semula kerajaan negeri itu dengan keputusan yang lebih cemerlang serta turut mengingatkan wakil-wakil rakyatnya supaya menunaikan janji yang diberikan mereka semasa berkempen.
Barisan muda sudah bersedia ambil alih Gerakan – Keng Yaik  
KUALA LUMPUR, Khamis 27 Sept. - Presiden Gerakan Datuk Sri Dr Lim Keng Yaik berkata, jawatankuasa pusat parti itu telah menolak hasratnya untuk meletak jawatan sebagai menteri perusahaan utama walaupun beliau beranggapan barisan muda sudah bersedia untuk mengambilalih kepimpinan parti itu.
BN Sarawak kuasai majoriti 2/3...Taib Mahmud menang besar di Balingian 
Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak yang dipimpin oleh Tan Sri Taib Mahmud kini telah berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga setelah memenangi 60 daripada 62 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri apabila semua keputusan selesai diumumkan pada jam 11.00 malam ini.
Bush beri kuasa pada jeneral udaranya tembak pesawat yang ancam negara 
GUNUNG CHEYENNE, COLOMBIA, Khamis 27 Sept. - Presiden George W. Bush hari ini telah memberi kuasa penuh kepada dua orang jeneral tentera udaranya membuat keputusan menembak mana-mana pesawat penumpang yang didapati mengancam keselamatan bandar-bandar Amerika Syarikat tanpa perlu merujuk kepadanya lagi.
Cita-cita Abang Abu Bakar hancur berkecai...Abang Johari menang di Satok 
KUCHING, Khamis 27 Sept. - Bekas Menteri Pertahanan Datuk Abang Abu Bakar Abang Mustapha yang dikatakan mampu membuat kejutan pada pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak kali ini dengan bertanding sebagai calon Bebas di Asajaya telah tewas teruk di tangan calon Barisan Nasional (BN) Abd. Karim Rahman Hamzah. Calon BN itu menang dengan majoriti 3,665 undi.
Kegagalan perisikan AS: Senator mahu Lembaga Penyiasatan ditubuhkan  
WASHINGTON DC, Khamis 27 Sept. - Sambil menyifatkan kegagalan perisikan Amerika Syarikat menghidu serangan berani mati pengganas antarabangsa ke atas dua bandar besar negara itu 11 September lalu sebagai memeranjatkan, Senator Robert Torricelli hari ini mencadangkan penubuhan sebuah lembaga penyiasat bagi mencari di mana kelemahan agensi-agensi berkenaan.
Sarawak:RM 70,000 wang SPR hangus hanya kerana seorang pengundi yang tidak muncul… 
BELAGA,Khamis 27 Sept - Satu-satunya pengundi berdaftar di kawasan pedalaman Sarawak, Long Luar, di bawah Dewan Undangan Negeri Belaga tidak muncul untuk mengundi apabila pasukan bergerak Suruhanjaya Pilihanraya tiba di kawasan itu pagi ini bagi membolehkannya mengundi.
Serangan WTC dan Pentagon dirancang di Britain? 
LONDON,Khamis 27 Sept Sebelas dari 19 orang pengganas yang menyerang New York dan Washington secara “kamikaze” 11 September lalu dipercayai datang ke Britain sebelum melancarkan tindakan berani mati itu.
Terbaru: Presiden Bush dakwa Osama bin Laden perancang serangan 11 September 
WASHINGTON,Khamis 27 SeptPresiden George W Bush hari ini telah menaikkan taraf dakwaan terhadap Osama bin Laden dari “orang yang paling disyaki” kepada perancang (mastermind) serangan berani mati keatas New York dan Washington 11 September lalu.
P'raya S'rawak: BN: 60 kerusi; Bebas: 1; DAP: 1; Keadilan: 0; Star: 0; Pas: 0 
KUCHING, Khamis 27 Sept. - Barisan Nasional (BN) Negeri Sarawak telah berjaya menyapu bersih hampir kesemua kerusi pada pilihanraya negeri yang berlangsung hari ini. Laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) www.spr.gov.my melaporkan sejumlah 60 kerusi telah dimenangi oleh BN setelah keputusan penuh diumumkan pada jam 11.00 malam ini. Sentiasa REFRESH ikon anda untuk ikuti keputusan selari...
Anak Nik Aziz telah dihantar ke Kamunting semalam untuk ditahan selama 2 tahun 
KUALA LUMPUR, Selasa 25 Sept. - Bukit Aman petang ini mengesahkan bahawa Nik Adli Nik Abdul Aziz, anak kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Eksekutif kanan dari Sime Darby kini disebut-sebut bakal CEO UEM yang baru 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Rabu 26 Sept. - Seorang eksekutif kanan dari Sime Darby Bhd kini disebut-sebut akan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) United Engineers (Malaysia) Bhd (UEM) yang baru berikutan kejayaan Syarikat Danasaham Sdn Bhd mengambilalih konglomerat pembinaan itu menerusi tawaran sukarela baru-baru ini.
MAS mungkin kurangkan penerbangan ke tempat berisiko  
PUTRAJAYA,Rabu 26 Sept- Penerbangan Malaysia (MAS) mungkin mengurangkan penerbangan di laluan berisiko tinggi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Ling Liong Sik.
Media Barat mula sedar AS tiada bukti penglibatan Osama melainkan pita rakaman di KLIA 
Anggota-anggota Pentadbiran Bush hari ini sekali lagi bertelingkah mengenai maklumat yang mengaitkan nama Osama bin Laden dengan serangan berani mati para pengganas 11 September lalu di New York dan Washington dan sejauh mana mereka boleh mendedahkan maklumat itu kepada Pakatan Negara-negara Atlantik Utara (Nato).
Pasport khas untuk mereka yang buat umrah 
MADINAH, Rabu 26 Sept. - Malaysia akan mengeluarkan pasport pintar khas yang lebih canggih dan moden untuk rakyat mengerjakan umrah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.
Penduduk Kabul hilang sabar lalu menerajang “seal” kerajaan AS pada bekas pejabat kedutaan  
KABUL, Rabu 26 Sept. — Dalam suasana anti-Amerika dan perasaan dikuasai oleh emosi dan amarah yang amat sangat, penduduk ibu kota Afghanistan hari ini telah memanjat bangunan kosong yang pernah menjadi pejabat Kedutaan Amerika di sini lalu menerajang turun “seal” Kerajaan AS yang merupakan lambang kebanggaan rakyatnya.
Rakyat Malaysia diajak bertani di tanah seluas 10.5 juta hektar di Myanmar 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Rabu 26 Sept. Dalam satu tawaran yang jarang-jarang datang dari sebuah negara yang diperintah oleh rejim tentera, Kerajaan Myanmar hari ini telah mengajak usahawan Malaysia melabur dalam industri pertanian di negara tersebut yang memiliki tanah subur seluas 10.5 juta hektar.
Mahkamah Tinggi tangguh permohonan habeas corpus 2 tahanan ISA ke 14 Oktober 
KUALA TERENGGANU, Rabu 26 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menangguhkan selama dua minggu permohonan habeas corpus untuk membebaskan Solihan Abdul Ghafar dan Alias Ngah yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mampukah Parti Keadilan Nasional Bertapak Di Sarawak?  
Laporan Oleh: INTAN RUSLI
KUCHING,Rabu 26 SeptDisebalik segala ramalan yang jelas menunjukkan Barisan Nasional sudah pasti akan kembali berkuasa selepas pilihanraya negeri itu kali ke lapan esok – tandatanya yang popular sekali ialah mampukah Parti Keadilan Nasional bertapak di Bumi Kenyalang.
Pelakon & pengarah filem Erma Fatima dilantik exco Puteri Umno 
KUALA LUMPUR, Selasa 25 Sept. - Pelakon, pengarah dan penerbit filem serta drama popular, Erma Fatima Rahmad hari ini dilantik sebagai anggota exco pusat Puteri Umno bagi mengantikan tempat seorang lagi artis popular yang meletakkan jawatan, Erra Fazira.
Petikan 
Pembangunan yang dibuat kerajaan pada masa ini bukan pembaziran tetapi lebih kepada memberikan keselesaan kepada umat Islam terutama bagi memudahkan mereka beribadah untuk mendekatkan diri dengan Allah.Segala rancangan itu juga bertujuan untuk mengangkat martabat umat Islam itu sendiri kerana ummat Islam bukan umat yang harus berada di pinggiran, tetapi semestinya berada di tengah-tengah dan menjadi paksi kepada manusia.- kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-44 di Kuantan.
Terdapat Lebih 3 Juta Orang Keturunan Arab di Amerika 
Presiden Institut Arab Amerika Dr James Zogby telah menyifatkan peristiwa serangan berani mati pengganas di New York dan Washington pada 11 September sebagai “double tragedy” bagi masyarakat Arab di Amerika. Apa tidaknya berikutan kejadian yang mengemparkan dunia itu masyarakat Arab warganegara Amerika telah menghadapi tekanan ancaman keatas keselamatan mereka di merata tempat. Dr Zogby sendiri menerima berbagai ancaman maut dan sedang berusaha mengadakan kawalan keselamatan di pejabatnya. Di Chicago, polis terpaksa menyuraikan kira-kira 300 orang yang berarak ke sebuah masjid dan bom api dilaporkan dilontar ke dalam pusat masyarakat orang Arab di situ manakala di Texas tembakan dilepaskan kearah masjid.Dalam pada itu ramai orang Arab mengadu mereka menerima ancaman menerusi telefon dan internet. <
Anwar tuntut RM100 juta & permohonan maaf daripada RTM kerana didakwa memfitnahnya 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Selasa 25 Sept. - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM100 juta serta permohonan maaf daripada stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana didakwa memfitnahnya dalam dua program yang disiarkan awal bulan ini.
Arab Saudi putuskan hubungan dengan Kerajaan Taliban 
ISLAMABAD, Selasa 25 Sept. - Kerajaan Arab Saudi yang merupakan salah satu daripada tiga buah negara dalam dunia yang mengiktiraf Kerajaan Militia Taliban, hari ini memutuskan semua hubungannya dengan Afghanistan – menjadikan negara Asia Tengah itu benar-benar terpinggir daripada sokongan mana-mana kerajaan.
Kerajaan umum pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM4.3 bilion berkuat kuasa serta merta 
PUTRAJAYA, Selasa 25 Sept. - Kerajaan, dalam usaha menepis kemungkinan kesan negatif kelembapan ekonomi global yang akan berlaku, telah mengumumkan satu pakej rangsangan berjumlah RM4.3 bilion berkuat kuasa serta merta.
Laporan media AS yang mengatakan Bush tuduh M’sia melindungi pengganas adalah berita palsu 
Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa Washington DC tidak pernah menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang melindungi pengganas. Untuk Laporan Lanjut KLIK SEKARANG
Rakyat Amerika telah menjadi mangsa keangkuhan Kerajaan mereka - Pas 
KUALA LUMPUR, Selasa 25 Sept. - Pas hari ini menyifatkan rakyat Amerika telah menjadi mangsa kepada dasar keangkuhan dan penindasan kerajaan mereka terhadap negara-negara kecil di dunia, terutamanya negara-negara umat Islam.
Tiada bukti pengganas miliki akaun di Malaysia - PM 
PUTRAJAYA, Selasa 25 Sept. - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata tidak ada sebarang bukti ditemui setakat ini bahawa pengganas menyimpan wang di Malaysia untuk maksud kegiatan ganas mereka.
RM7.41 b untuk tambah insuran penerbangan MAS; SIA henti penerbangan ke Pakistan  
KUALA LUMPUR, Selasa 25 Sept. - Kerajaan bercadang menawarkan pampasan sehingga RM7.41 bilion bagi menampung insuran yang melindungi semua penerbangan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terhadap peperangan dan pengganasan apabila penginsuran-penginsuran penerbangan sedunia menghadkan jumlah pampasan bagi risiko peperangan, kata Datuk Sri Dr Ling Liong Sik.
Fobia Umno dalam pilihanraya Sarawak…  
Laporan Oleh: INTAN RUSLI
KUCHING,Selasa 25 Sept Mereka yang ada pengalaman ke Sabah sewaktu musim pilihanraya pasti akan merasainya sejurus tiba di sini.Malah “kesunyian” itu sudah terasa sejak di lapangan terbang sebelum berlepas ke ibunegeri Sarawak ini .Suasana di lobi-lobi hotel dan bilik-bilik gerakan pilihanraya yang sempat dilawati juga begitu.
Ancaman militan tidak ke tahap di luar kawalan - Panglima ATM 
KUALA LUMPUR, Isnin 24 Sept. - Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Mohamed Zahidi Zainuddin hari ini meminta semua rakyat Malaysia supaya tidak terlalu bimbang kerana kegiatan militan di negara ini tidak sampai ke tahap yang membimbangkan atau di luar kawalan pihak berkuasa.
AS enggan percaya dakwaan Taliban bahawa Osama kini telah menghilangkan diri 
WASHINGTON DC, Isnin 24 Sept. - Kerajaan Amerika Syarikat enggan mempercayai dakwaan bahawa suspek utama serangan berani mati ke atas Pusat Dagangan Dunia New York dan juga Jabatan Pertahanan (Pentagon) pada 11 September lalu iaitu Osama bin Laden telah menghilangkan diri daripada tempat persembunyiannya di Afghanistan.
Kegagalan komunikasi FBI-CIA punca serangan pengganas tidak dapat dikesan - Washington Post 
Laporan penyiasatan akhbar terkemuka Amerika – Washington Post – mendedahkan hari ini bahawa kegagalan agensi-agensi perisikan Amerika iaitu CIA dan FBI mematahkan serangan berani mati 19 pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) New York dan Pentagon 11 September lalu berpunca daripada ketiadaan komunikasi di antara agensi-agensi ini.
Keputusan DAP keluar BA bukan kerana kegagalannya memahami konsep negara Islam – Kerk Kim Hock 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Isnin 24 Sept. - Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock menjelaskan hari ini adalah tidak tepat apabila Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kegagalan DAP memahami dan menjelaskan konsep sebuah negara Islam kepada ahli-ahlinya dan juga masyarakat Cina adalah punca mengapa mereka terpaksa menarik diri daripada pakatan pembangkang.
Malaysia tidak akan berdiam diri jika terbukti ada pengganas bersembunyi di sini - PM 
SEMOP (Bahagian Sarikei, Sarawak), Isnin 24 Sept. - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Malaysia bertanggungjawab untuk menangkap sesiapa saja yang disyaki menjadi pengganas oleh Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) jika terbukti mereka adalah pengganas.
Peniaga yang dilarang memasuki S'wak terlepas masuk tanpa disedari pegawai imigresen semalam 
Oleh: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Isnin 24 Sept. Ahli perniagaan dan juga aktivis budaya serta pendidikan Cina, Tan Seng Hin yang diharam daripada memasuki Negeri Sarawak oleh kerajaan negeri itu sejak Febuari tahun ini telah berjaya meloloskan diri akibat kecuaian pihak imigresen dan kini dikatakan “sedang menyembunyikan diri” daripada dijejaki oleh pihak berkuasa negeri.
Raja buangan Afghanistan sedia tubuh kerajaan baru 
ROM, Isnin 24 Sept. - Raja Afghanistan dalam buangan, Mohammad Zahir Shah, yang akan menemui wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak lama lagi, bersedia menubuhkan kerajaan baru jika Kerajaan Taliban dapat ditumbangkan, kata seorang pembantunya di sini hari ini.
Taliban kerah 300,000 pejuang; memberi amaran kepada AS membunuh Osama tidak menamatkan ancaman 
KANDAHAR (Afghanistan), Isnin 24 Sept. - Militia Taliban telah mengerahkan lebih 300,000 orang pejuang untuk ke medan perang sambil memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa serangan ke atas Afghanistan atau membunuh Osama Bin Laden tidak akan menamatkan sebarang ancaman serangan ke atas kuasa dunia itu lagi.
TERBARU: Bush keluarkan arahan eksekutif bekukan aset 27 individu & organisasi di AS 
WASHINGTON DC, Isnin 24 Sept. - Presiden George Bush tengah malam tadi telah menandatangani satu perintah eksekutif untuk membeku aset 27 individu dan organisasi yang dikenalpasti mempunyai hubungan dengan Osama Bin Laden dan juga pergerakan pengganas antarabangsa.
91,000 tan sisa konkrit runtuhan WTC diangkut; 261 mayat saja ditemui, 6,333 disahkan hilang 
NEW YORK, Ahad 23 Sept. - Sejumlah 91,000 tan sampah dan konkrit dari runtuhan menara kembar New York telah dibawa keluar dari sekitar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini sejak operasi menyelamat dan membersihkan kawasan Manhattan bermula 12 hari lalu.
Adios BA… 
Komentar Oleh: ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Isnin 24 Sept. - DAP menyifatkan perkataan “kesal” tidak pernah wujud dalam kamus politik. Oleh yang demikian mereka melihat keputusan untuk keluar dari pakatan Barisan Alternatif (BA) adalah satu keputusan yang tepat demi masa depan parti itu.
AS akan serang terowong Osama dengan bom peledak gua GBU-28 
NEW YORK, Ahad 23 Sept. Dalam usahanya memusnahkan sarang-sarang Osama bin Laden di dalam gua dan terowong di pergunungan Afghanistan, tentera Amerika Syarikat bercadang menggunakan bom peledak gua yang dikenali sebagai GBU-28.
Bill Clinton mengaku beliau pernah keluarkan arahan eksekutif bunuh Osama Bin Laden 
NEW YORK, Ahad 23 Sept. - Bekas Presiden Amerika, Bill Clinton mengakui bahawa beliau pernah mengeluarkan arahan eksekutif kepada para perisik negara itu supaya menjejaki dan membunuh Osama Bin Laden pada tahun 1998 tetapi gagal kerana mereka tidak pernah berjaya menemui tempat persembunyiannya.
FBI sahkan penumpang Flight 93 Utd. Airlines bergelut dengan perampas sebelum pesawat terhempas 
WASHINGTON DC, Ahad 23 Sept. - Biro Siasatan Persekutuan Amerika (FBI) mengesahkan bahawa para penumpang Penerbangan 93 United Airlines telah berjuang untuk menumpaskan pengganas-pengganas yang cuba merampas pesawat tersebut pada 11 September lalu sebelum ia terhempas di Pennsylvania.
Komando SAS Britain bertempur dengan Taliban  
LONDON, Ahad 23 Sept. - Empat orang komando dari Pasukan Tindakan Khas (SAS) Britain dilaporkan telah bertempur dengan askar-askar Taliban di luar Kabul, Afghanistan Jumaat lalu, kata akhbar The Sunday Times di sini hari ini.
Nik Aziz minta semua umat Islam berdoa dan hulur bantuan kepada Afghan 
KOTA BAHARU, Ahad 23 Sept. Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya umat Islam memberi sokongan kepada Afghanistan, yang menjadi sasaran serangan Amerika Syarikat berikutan keengganan pemerintah militia Taliban menyerahkan Osama bin Laden kepada negara kuasa dunia itu.
Polis Malaysia akan siasat dakwaan FBI – Tim. KPN 
KUALA LUMPUR, Ahad 23 Sept. - Polis akan menyiasat dakwaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bahawa beberapa orang yang disyaki terbabit dalam pengeboman di negara itu minggu lepas pernah berada di Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Jamil Johari hari ini.
Sourish Water Deal, Problems At Tabung Haji & The Case Of The Moving Target  
Singapore’s Senior Minister Lee Kuan Yew made his second visit to Kuala Lumpur in less than a year and, as after the first visit, his comments this time around created its own controversy. It is unbecoming of his stature that he should rationalise his quick deals over water and KTM’s land with the Malaysian PM by stating that he reckons it is better to do a deal with the present Malaysian leadership rather than wait for the outcome of the next Malaysian elections which may not provide the next Malaysian government with sufficient moral authority to decide on the outstanding bilateral issues.
Taliban tolak syarat: Tentera AS mendarat di Uzbekistan 
LAPORAN TERKINI... Angkatan tentera Amerika Syarikat (AS) hari ini telah mendarat di Uzbekistan, sebuah negara bekas Kesatuan Soviet yang bersempadan dengan Afghanistan – sekali gus mengesahkan bahawa peperangan mungkin akan berlaku bila-bila masa sahaja.
Cuti umum untuk semua Sabtu ini; Sekolah Ahad dan Isnin  
KUALA LUMPUR, Rabu 19 Sept. - Hari Ahad dan Isnin ini (23 dan 24 September) telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai cuti umum untuk sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Menteri Belia dan Sukan Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata cuti umum untuk sekolah rendah dan menengah itu diputuskan pada mesyuarat mingguan kabinet hari ini memandangkan penglibatan ramai guru dan pelajar sekolah dalam menjayakan Sukan SEA ke-21 yang berakhir Isnin lepas.
Akhirnya DAP mengumumkan penarikan diri daripada BA 
Oleh: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Sabtu 22 Sept. - Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu itu telah tiba. DAP hari ini mengumumkan bahawa mereka telah membuat keputusan untuk menarik diri daripada Barisan Alternatif (BA) sekaligus memusnahkan segala jalan yang dirintis oleh Anwar Ibrahim untuk membawa semua parti pembangkang bergabung di bawah satu pakatan.
Amerika Beri Amaran Kepada Taliban Diketika Kapal Perangnya Mula Belayar... 
WASHINGTON,Rabu 19 Sept - Amerika hari ini memberi amaran kepada Taliban bahawa “sekarang adalah masa untuk bertindak,bukan berunding”mengenai penyerahan Osama bin Laden diketika beberapa buah kapal perangnya belayar ke destinasi yang dirahsiakan.
Berita buruk untuk pekerja MAS 
KUALA LUMPUR, Sabtu 22 Sept.-Berita buruk untuk semua kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS). Ekoran serangan pengganas di Amerika Syarikat pada 11 September lalu, syarikat penerbangan itu mungkin terpaksa mengambil langkah lebih awal untuk mengurangkan pekerjanya.
Bezakan antara ajaran Islam & apa yang dilakukan atas nama Islam – Yusuf Qardawi 
Susunan: ABU BAKAR RASHID Serangan terselaras sekumpulan individu tertindas atau mustadh'afin ke atas dua mercu tanda utama Amerika Syarikat tidak mendapat restu hampir semua ulama terkemuka di seluruh dunia. Begitu juga gerakan-gerakan Islam terkenal seperti Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan dan Hizbullah yang menewaskan Israel di Lubnan, kesemuanya memberikan reaksi yang menolak tindakan menyerang orang awam atau menggunakan pesawat penumpang untuk melakukan serangan.
Hancurkan pengganas atau negara berdaulat: Menteri-menteri Presiden Bush bertelingkah 
WASHINGTON D.C., Khamis 20 Sept. - Kalangan menteri dan timbalan menteri Presiden George Bush sedang bertelingkahan sesama sendiri dalam soal bila Amerika Syarikat patut menyerang sarang pengganas sebagai tindakan balas terhadap serangan ke atas New York minggu lalu.
Kemenangan BN pada masa depan akan banyak bergantung kepada kaliber & tindak tanduk MB - Zam 
BUKIT MERAH, Sabtu 22 Sept. - Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin hari ini berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Umno pada pilihan raya umum akan datang akan lebih banyak bergantung kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan negeri.
Presiden Bush Tuntut Taliban Penuhi Empat Pekara Dengan Segara Atau… 

Presiden George W. Bush memberi kata dua empat pekara yang “tidak terbuka untuk dirundingkan” kepada pihak Taliban dan menuntut agar ia dipenuhi segera atau menghadapi tindakan Amerika.Ini adalah tuntutan terbaru Amerika setelah sebelum ini mahu Osama bin Laden diserahkan padanya.Berita Lanjut...KLIK SEKARANG...
Tindakan AS halang kelasi Malaysia mendarat di negara itu amat tidak wajar – TPM 
KEPALA BATAS, Sabtu 22 Sept.- Tindakan pihak berkuasa pelabuhan Amerika Syarikat (AS) yang tidak membenarkan kelasi kapal negara ini mendarat di pelabuhan negara itu adalah sesuatu yang tidak adil, kata Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Timbalan Perdana Menteri itu berkata langkah tersebut menunjukkan seolah-olah semua rakyat negara ini dicurigai.
UAE yang selama ini mengiktiraf Taliban telah putuskan hubungan diplomatik 
DUBAI, Sabtu 22 Sept. - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang merupakan salah satu daripada tiga buah negara di dunia yang selama ini mengiktiraf kewujudan Kerajaan Taliban di Afghanistan hari ini mengumumkan bahawa ia telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan militia itu.
"Musuh Amerika bukan rakyat Afghan tapi pengganas" - Pemuda Umno 
KUALA LUMPUR, Khamis 20 Sept. - Pergerakan Pemuda Umno hari ini menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya membuat pertimbangan yang kukuh dalam usaha memburu pihak yang bertanggungjawab dengan serangan ganas di New York dan Washington DC supaya tindakan yang diambil tidak menjadi "tindakan balas dendam yang membabi buta".
Kerajaan umum tujuh tokoh duduki panel pelaburan Tabung Haji 
KUALA LUMPUR, Khamis 20 Sept. - Tujuh orang tokoh yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk perniagaan, syarie dan kewangan diumumkan sebagai anggota panel pelaburan Tabung Haji hari ini.
M’sia tambah RM1 bilion untuk hadapi kesan ekonomi ekoran serangan pengganas ke atas AS 
KUALA LUMPUR, Khamis 20 Sept. - Malaysia telah memperuntukkan dana tambahan berjumlah RM 1 bilion untuk menjanakan pertumbuhan ekonominya ekoran insiden serangan pengganas di New York dan juga Washington DC 11 September lalu, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim.
Osama bin Laden Sudah Lari Dari Afghanistan Empat Hari Lalu? 
BOMBAY,Jumaat 21 September – Osama bin Laden yang dikehendaki “hidup atau mati” oleh Amerika kerana didakwa terlibat dalam serangan pengganas keatas New York dan Washington Selasa lalu mungkin telah melarikan diri dari Afghanistan empat hari lalu.
Amerika puas hati kerjasama polis Malaysia – Kedutaan AS 
KUALA LUMPUR, Khamis 20 Sept. - Amerika Syarikat (AS) amat berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh polis Malaysia berhubung maklumat yang diperlukan oleh negara itu mengenai pergerakan kumpulan-kumpulan yang disyaki sebagai pengganas.
Amaran Kumpulan Radikal Islam Indonesia Jika Afghanistan Diserang  
JAKARTA,Rabu 19 Sept - Beberapa buah kumpulan radikal Islam Indonesia telah memberi amaran mereka akan menyerang kepentingan-kepentingan Amerika di negara itu sekiranya Amerika mengambil tindakan ketenteraan di Afghanistan.
Calon Tajaan Tidak Perlu Disokong – Pak Lah 
MUKAH,Selasa 18 Sept - Semua calon bebas yang ditaja oleh pihak tertentu pada pilihanraya negeri Sarawak 27 Sept ini tidak perlu diberi sokongan kerana mereka tidak mampu membawa kebaikan kepada rakyat, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Insiden Pengganas Serang AS: K'jaan Bush laksana undang-undang ala ISA untuk rakyat asing 

Pentadbiran George Bush hari ini memperolehi kuasa undang-undang yang membenarkannya dalam keadaan darurat menahan mana-mana pendatang dengan izin tanpa perlu dibicarakan seperti kuasa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia.
Keadilan dakwa polis sekat ceramah terbuka mereka dengan alasan ia sebuah parti baru di Sarawak 
SARIKEI, Rabu 19 Sept - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) mendakwa polis telah menyekat ceramah terbuka parti itu pada pilihanraya negeri ini dengan alasan bahawa Keadilan adalah sebuah parti baru di Sarawak dan oleh yang demikian jumlah orang yang ramai datang mendengar kempen mungkin akan membawa masalah.
P’raya Sarawak: Keadilan janji jawatan KM untuk dua penggal saja 
KUCHING, Rabu 19 Sept.- Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hari ini menegaskan di dalam manifestonya pada pilihanraya Sarawak 27 September ini bahawa ia akan menghadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal sahaja jika diberi mandat untuk mentadbir negeri itu.
Serahkan Osama: Pemimpin spiritual Taliban minta AS bersabar sedikit 
KABUL, Rabu 19 Sept. - Pemimpin spiritual puak Taliban, Mullah Mohammad Omar, hari ini merayu kepada Amerika Syarikat supaya bersabar dalam soal menuntut penyerahan suspek utama mereka dalam kes serangan berani mati di New York dan Washington DC minggu lalu iaitu Osama bin Laden kerana ia adalah sesuatu yang sukar dan bukan mudah untuk dilakukan, demikian lapor Afghan Islamic Press hari ini.
Tindakan Balas Terhadap Pengganas : China & Mesir minta AS kemuka bukti kukuh terlebih dahulu 
WASHINGTON DC, Rabu 19 Sept.- Usaha Amerika Syarikat untuk mendapatkan sokongan padu serata dunia bagi tindakan balasnya terhadap Osama bin Laden terbantut hari ini apabila sebilangan pemimpin dunia memintanya mengemukakan bukti kukuh sebelum mereka boleh menyokong serangan ketenteraan ke atas sarang Osama di Afghanistan.
War Without Warfare 
By BBC Correspondent,Tom Carver in Washington It is Tuesday 11 September, and I am standing on a rooftop watching the Pentagon burn. But I don't feel frightened, because this is not a war in any sense that I have ever known. This is war without the warfare. A battle without an army. Death without an occupying force. The missile was one of America's own civilian planes, turned against herself. Passengers were hurled at stockbrokers and military clerks working at their desks. How could Mr Bush's missile shield have stopped that?
Keadilan dakwa polis sekat ceramah terbuka mereka dengan alasan ia sebuah parti baru di Sarawak 
SARIKEI, Rabu 19 Sept - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) mendakwa polis telah menyekat ceramah terbuka parti itu pada pilihanraya negeri ini dengan alasan bahawa Keadilan adalah sebuah parti baru di Sarawak dan oleh yang demikian jumlah orang yang ramai datang mendengar kempen mungkin akan membawa masalah.
Petikan 
Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad adalah sukar diganti kerana Umno memang kekurangan tokoh-tokoh yang berkebolehan dan visionary[tetapi saya] yakin timbalannya, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi akan menjadi matang dalam memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.­ Abdullah kenalah membawakan ide-ide baru yang inovatif seperti Mahathir, ­beliau akan berjaya sebagai Perdana Menteri - kata wartawan veteran Tan Sri Abdul Samad Ismail kepada malaysiakini.com Selasa, 18 September .
Amerika hampir pasti serang Afghan; Tapi mari lihat siapa di belakang Presiden Bush 

Oleh: ROZAID RAHMAN
ANALISIS BERITA: Isnin 17 Sept. - Nampaknya Amerika Syarikat sudah tidak sabar-sabar lagi hendak berperang dengan Afghanistan. Hakikat bahawa Amerika menghantar envoi Pakistan untuk berunding dengan militia Taliban hanyalah untuk memastikan mereka tidak dituduh enggan memberi peluang terakhir kepada Osama bin Laden supaya menyerah diri. Namun begitu sebelum Amerika memulakan langkah pertama mereka untuk membalas dendam, adalah menarik juga untuk kita ketahui siapakah penasihat utama Presiden George W Bush di saat-saat mereka bersiap sedia untuk ke medan perang.
Berita Baik Untuk Para Penjamin Pinjaman Kecil... 
KOTA KINABALU, 18 Sept – Para pemberi pinjaman hanya akan dibenarkan memburu peminjam terlebih dahulu sekiranya sesuatu pinjaman gagal dibayar balik bila Akta Kebankrapan 1967 dikaji semula dengan tujuan melindungi penjamin kecil yang melibatkan jaminan biasiswa dan yang berbentuk kepentingan sosial.
BN menang empat kerusi tanpa tanding selepas penamaan calon ditutup 
KUCHING, Selasa 18 Sept. - Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini telah pun memenangi empat kerusi tanpa bertanding pada pilihanraya negeri Sarawak
BN menang empat kerusi tanpa tanding selepas penamaan calon ditutup 
KUCHING, Selasa 18 Sept. - Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini telah pun memenangi empat kerusi tanpa bertanding pada pilihanraya negeri Sarawak sebaik sahaja tempoh penamaan calon ditutup tengah hari tadi. Kawasan-kawasan yang dimenangi BN ialah Batu Kawa, Ba'Kelalan, Batang Air dan Muara Tuang.
Harga saham naik turun mengikut rentak kenyataan Afghanistan  
KUALA LUMPUR, Selasa 18 Sept. Indeks Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur berakhir dengan 607.64 mata pada jam 5.00 petang ini setelah menjunam ke paras 594 mata pada jam 3.00 petang tadi berikutan berita yang menyebut kerajaan Taliban Afghanistan memberi amaran kepada Amerika Syarikat tentang jihad yang akan tercetus sekiranya AS menyerang Kabul.
Norian Mai sahkan salah seorang pengganas dalam tragedi di AS pernah datang ke Malaysia 

KUALA LUMPUR, Selasa 18 Sept. - Polis Malaysia hari ini mengesahkan bahawa beberapa nama yang disenaraikan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI) sebagai pengganas yang bertanggungjawab merempuh kawasan-kawasan strategik di New York dan Washington DC minggu lalu dengan pesawat yang dirampas pernah datang ke sini untuk bertemu seseorang.
P'raya Sarawak: Tiga calon bebas tentang Taib Mahmud 
KUCHING, Selasa 18 Sept. - Tempoh penamaan calon selama dua jam bagi pilihanraya negeri Sarawak berakhir pada 11 pagi ini dengan tiga calon bebas termasuk seorang petani wanita mengemukakan borang pencalonan untuk mencabar Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Pakistan Hadapi Risiko Kacau Bilau Jika Bantu Amerika Serang Afghanistan 
Pakistan menghadapi risiko kemungkinan meletusnya kacau bilau yang mengugat kestabilan di negara itu sendiri dalam memberi persetujuan membenarkan Amerika menjadikannya “pentas” untuk melancarkan serangan keatas Afghanistan.Ia bukan sahaja menghadapi ancaman serangan dari pihak Taliban sebagai tindak balas tetapi kehadiran kira-kira 20 juta suku kaum Pathan di Pakistan yang merupakan suku sama dengan Taliban boleh menjerumuskan negara itu ke dalam kancah perang saudara.
Pertukaran Kadri Bertanding Calon Bebas Satu Strategi - Azmin 
Oleh: Intan Rusli
KUALA LUMPUR, Selasa 18 Sept - Pengarah pilihanraya parti Keadilan Nasional (Keadilan), Azmin Ali menjelaskan penarikan diri Kadri Jili sebagai calon Keadilan dan bertanding atas tiket Bebas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Balingian dalam pilihanraya negeri Sarawak pada 27 September ini adalah “satu strategi politik”.
Foto-foto Suasana Pasca Serangan Pengganas 
NEW YORK, Jumaat 14 Sept.
Gambar - gambar reaksi orang ramai dan keluarga terdekat yang sempat dirakamkan selepas kejadian serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia New York dan Pentagon.
Harga saham di bursa Asia terus menjunam menjelang urusniaga pertama Wall Street  
KUALA LUMPUR, Isnin 17 Sept. - Harga saham di bursa-bursa utama di Asia terus menjunam hari ini, dengan indeks Nikkei di Tokyo jatuh ke paras yang paling rendah dalam tempoh 18 tahun kepada 9,504.41 mata setelah kehilangan 504.48 mata, menjelang pembukaan urusniaga Wall Street yang pertama sejak serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat.
Malaysia kekal dengan polisi berkecualinya - TPM 
KUALA TERENGGANU, Isnin 17 Sept - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan hari ini bahawa Malaysia akan terus kekal dengan polisi tidak campur tangannya dalam urusan negara lain tetapi pada masa yang sama memberi amaran tegas kepada mana-mana kumpulan militan bahawa mereka juga tidak mempunyai tempat di negara ini.
Nasib Empat orang rakyat Malaysia masih belum diketahui  
NEW YORK, Isnin 17 Sept. - Empat daripada 25 orang rakyat Malaysia yang bekerja di menara kembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) masih belum dapat dihubungi keluarga mereka atau pejabat Konsulat Malaysia di sini.
Pegawai2 Pakistan masuk ke Kandahar untuk bawa pesanan AS: Serah Osama atau terima akibatnya?/font> 

ISLAMABAD, Isnin 17 Sept. - Sekumpulan pegawai-pegawai tinggi Pakistan telah pun tiba di Bandar Kandahar hari ini yang merupakan ibu pejabat Taliban untuk menyampaikan amanat kepada Osama bin Laden supaya menyerah diri atau menerima akibatnya.
P’raya Sarawak: Keadilan umum senarai calon tanpa seorang pun wakil wanita 
Oleh: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Isnin 17 Sept. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hari ini mengumumkan senarai calon mereka untuk bertanding di 28 daripada 62 kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya Sarawak 27 September ini tanpa meletakkan seorang pun calon wanita. Keputusan ini agak mengejutkan juga kerana ramai yang menjangkakan bekas anggota kabinet Kerajaan Negeri Taib Mahmud iaitu Datuk Hafsah Harun akan turut bertanding di salah satu kerusi. Namun begitu hasrat tersebut tidak menjadi nyata. Hafsah kini menerajui Keadilan Negeri Sarawak.
Serah Osama: Taliban tolak tuntutan Amerika, tapi keputusan belum muktamad 
ISLAMABAD, Selasa 18 Sept. Afghanistan hari ini menolak tuntutan Amerika Syarikat yang disampaikan melalui Pakistan supaya Osama bin Laden diserahkan oleh kerajaan Taliban atau menghadapi serangan ketenteraan Amerika
UEM: 90.72 % pemegang saham setuju terima tawaran sukarela: Pengurusan baru akan dilantik 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Isnin 17 Sept. - Syarikat Danasaham Sdn Bhd – agensi yang dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih United Engineers (Malaysia) Bhd (UEM) bagi pihak kerajaan - telah menerima 90.72 peratus persetujuan tawaran sukarela daripada para pemegang saham bebas syarikat pembinaan itu bagi membolehkannya meneruskan dengan rancangan pengambilalihan tersebut.
Pas bimbang serangan ke atas AS digunakan UMNO sebagai isu politik 
KUALA LUMPUR, Isnin 17 Sept. Pas kini berada dalam kebimbangan kerana serangan ke atas Amerika Syarikat oleh pengganas-pengganas mungkin digunakan Umno untuk mengecapnya (Pas) sebagai parti Islam yang radikal.
Terbaru Dari Amerika: Peguam Negara mohon FBI diberi kuasa maksimum untuk jejaki pengganas  

Peguam Negara Amerika, John Ashcroft berkata beliau akan membentangkan cadangan kepada kongres negara itu supaya meluluskan undang-undang baru yang membolehkan penyiasat-penyiasat persekutuan melakukan intipan menggunakan rakaman sulit serta menjejaki mereka yang disyaki sebagai pengganas di sekitar kawasan sempadanannya. KLIK SEKARANG untuk laporan penuh...
Walau apa pun yang berlaku Islam tetap jadi mangsa - Crescent International 
Dari Jendela Media Asing
Alihbahasa: ABU BAKAR RASHID Puluhan ribu manusia mungkin maut dalam serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington pada 11 September lalu. Identiti mereka yang bertanggungjawab ke atas apa yang jelas merupakan operasi yang dirancang rapi dan dilaksanakan dengan penuh kepakaran terus tidak diketahui, walaupun FBI dan lain-lain agensi perisikan di Amerika telah mengenalpasti rakan-rakan Arab Osama bin Laden sebagai dalangnya.
Bila Hati Sudah Marah Macam-Macam Boleh Jadi 
Protes ala-Thai… Nampak gayanya sekarang ini sudah ada macam-macam cara nak tunjuk rasa marah. Orang yang nak protes pun ada stail masing-masing. Ada yang berdemonstrasi, ada yang berarak bawa sepanduk dan seribu satu macam gelagat lagi untuk menunjukkan rasa tidak puashati terhadap sesuatu isu atau masalah. Dalam banyak-banyak cara ini, harap-harap janganlah tindakan seorang ibu yang berasal dari Selatan Thailand ini menjadi ikutan. Tindakan Sompot Pratip memprotes ini telah mencetuskan suasana yang gempar .
Perampas Pesawat Rempuh Pentagon Pernah Dilihat di Malaysia?  
KUALA LUMPUR, 16 Sept. -Malaysia turut menjadi fokus dalam siasatan serangan berani mati pengganas keatas Amerika bila CNN melaporkan seorang dari perampas kapal terbang yang merempuh Pentagon telah dilihat berada di negara ini tidak lama dahulu.
Amerika Syarikat sudah alami kemelesetan ekonomi - Univ. California  
LOS ANGELES, Jumaat 14 Sept. - Ekonomi Amerika Syarikat sudah mengalami kemelesetan dan akan terus menguncup sehingga awal tahun depan kerana perniagaan-perniagaan memotong perbelanjaan pelaburan, demikian menurut sebuah laporan.
How US intelligence blundered 
Billions spent on counter-terrorism couldn't stop the worst atrocity on US soil, Marian Wilkinson - Sydney Morning Herald, writes. "This obviously was a failure of great dimension," a member of the US Senate Intelligence Committee, Richard Shelby, told reporters after a briefing from CIA director George Tenet on the worst terrorist act in US history. "We had no specific warning of the United States being attacked." As 4,000 FBI agents and 3,000 support staff fanned out across the US in the hunt for the perpetrators of the horrific attacks on the World Trade Centre and the Pentagon, some of the country's leading politicians were already asking: was this America's greatest intelligence failure?
Kabinet Pakistan setuju bekerjasama penuh dengan AS  
ISLAMABAD, Ahad 16 Sept. Kabinet Kerajaan Pakistan mengambil keputusan untuk memberikan "kerjasama sepenuhnya" kepada Presiden Bush untuk membolehkan Amerika Syarikat bertindak balas terhadap pengganas-pengganas yang bertangungjawab ke atas kehancuran mercu tanda New York dan Washington DC dan pengorbanan beribu-ribu nyawa Selasa lalu.
Nama 19 pengganas yang merampas empat pesawat AS telah dikenalpasti & didedahkan kepada media 

Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah mengeluarkan 19 nama yang disyaki terlibat dalam merampas empat buat pesawat lalu merempuhnya ke menara kembar Pusat Dagangan Dunia New York dan juga kompleks Jabatan Pertahanan (Pentagon) sehingga meragut nyawa beribu-ribu manusia Selasa lalu. Tetapi apa yang merunsingkan tujuh juta umat Islam di Amerika sekarang ialah sentimen anti-Islam dan Arab semakin memuncak seperti yang dapat anda saksikan dalam gambar di atas. Sebuah kereta pick-up milik seorang rakyat Amerika telah menulis perkataan 'Revenge' atau 'Balas Dendam' di hadapan keretanya. Dan yang menjadi sasaran balas dendam ini ialah masyarakat Islam Amerika yang tidak bersalah. Untuk laporan lanjut mengenai perkembangan di Amerika sila KLIK SEKARANG.
Osama Bin Laden Nafi Terlibat Dalam Serangan Pengganas Keatas Amerika  
KABUL,Ahad 16 Sept.- Diketika Presiden George W.Bush berikrar untuk mencari Osama bin Laden sampai ke lubang cacing ,jutawan Arab yang mendapat perlindungan di Afghanistan itu menafikan beliau terlibat dalam serangan pengganas keatas New York and Washington Selasa lalu.
Pilihanraya Sarawak: Bekas set.pol KM bertanding atas tiket Keadilan di Samariang 
Oleh: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Jumaat 14 Sept. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hampir pasti meletakkan calon di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pada 27 September ini dengan bekas setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Haji Wan Zainal Sanusi akan diletakkan bertanding di Samariang
Presiden Saddam Hussein: Tindakan balas AS adalah "perang salib" terhadap negara Islam 
Baghdad,Ahad 16 Sept. - Presiden Saddam Hussein menegaskan bahawa AS tidak harus melancarkan "perang salib baru" terhadap umat Islam sebaliknya AS hendaklah mengambil iktibar daripada kesengsaraan rakyat Iraq dan Palestin akibat tindakan AS dan Israel.
Serangan Pengganas di AS: Hits AgendaDaily & jualan akhbar meningkat secara mendadak 
KUALA LUMPUR, Jumaat 14 Sept. - Insiden serangan pengganas di New York dan Washington DC, Selasa lalu telah menyebabkan tumpuan seluruh masyarakat kepada media tidak kira cetak, elektronik atau internet meningkat secara luar biasa dan mendadak.
Dr Mahathir cadangkan persidangan sedunia bincang keganasan antarabangsa 
KUALA LUMPUR, Jumaat 14 Sept. - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad mengajak pemimpin-pemimpin dunia mengadakan persidangan sedunia bagi membincangkan isu peningkatan keganasan antarabangsa - yang paling baru serangan berani mati ke atas New York dan Washington DC Selasa lalu. Perdana Menteri menegaskan bahawa dunia perlu menganggap keganasan sebagai satu jenayah yang mesti ditangani oleh seluruh dunia.
Kotak hitam Pesawat-pesawat 93 dan 77 dijumpai 
WASHINGTON, Jumaat 14 Sept. - Pihak berkuasa pengangkutan Amerika Syarikat hari ini menjumpai perakam data penerbangan (kotak hitam) Pesawat 93 yang membawa 45 penumpang dan anak kapal yang terhempas di luarbandar Pennsylvania Selasa lalu, dan perakam suara dan data penerbangan Pesawat 77 yang merempuh kompleks Pentagon.
Perkembangan terbaru insiden di New York: Harapan tipis untuk temui mangsa yang selamat 

Harapan untuk menemui mangsa-mangsa yang terselamat dari runtuhan menara kembar Pusat Dagangan Dunia New York selepas dirempuh oleh dua buah pesawat penumpang yang dirampas pengganas kini semakin malap.
Mampukah Dr Siti Zaharah Mengajak Rakyat Malaysia “Katakan Ya Untuk Kanak-Kanak 
Sebagai seorang menteri, Datuk Dr Siti Zaharah Sulaiman berada dalam kedudukan yang jelas untuk melihat secara menyeluruh apa yang sedang berlaku di sekelilingnya. Mungkin kerana ini, beliau tidak perlu memikir panjang untuk meluahkan rasa tidak puashati terhadap cara orang dewasa melayani kanak-kanak. Menurutnya banyak yang perlu diperbetulkan. Ramai yang masih memandang sambil lewa kewujudan kanak-kanak di depan mereka. “Kanak-kanak adalah pewaris, cara kita melayani mereka hari ini akan mencorak tindak tanduk dan personaliti mereka pada masa depan,” katanya. Kenapa Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini mahu berbicara tentang dunia kanak-kanak? Klik sekarang untuk ikuti temuramah,Rosli Ismail dengannya.
Serangan ke atas AS: Banyak kumpulan terbabit  
WASHINGTON, Jumaat 14 Sept. - Banyak kumpulan pengganas yang terbabit dengan serangan kejam ke atas mercu tanda Amerika Syarikat Selasa itu, kata pegawai kanan Pentadbiran Bush yang enggan mengisytiharkan orang kaya Arab Saudi, Osama bin Laden sebagai dalang utama.
Foto-foto eksklusif serangan pengganas di New York 
NEW YORK, Rabu 12 Sept. - Seluruh bandaraya New York kini diisytiharkan darurat ekoran tindakan pengganas menyerang dua buah menara kembar Pusat Dagangan Dunia dengan dua buah pesawat penumpang yang dirampas awal pagi semalam.
Kesan ekonomi akibat serangan ke atas WTC & Pentagon 
Dari Jendela Media Asing
Susunan: ABU BAKAR RASHID Serangan terselaras ke atas beberapa mercu tanda utama Amerika Syarikat boleh mengakibatkan respon yang emosional daripada komuniti pelaburan antarabangsa ke atas negara-negara umat Islam seperti Indonesia dan Malaysia, akhbar Singapura Business Times (BT) 12 September memetik kenyataan pegawai mengenai ekonomi serantau di GK Goh, Song Seng Wun.
Negara-negara Islam turut kutuk serangan jenayah pengganas 
DUBAI, Khamis 13 Sept. - Negara-negara Islam di Teluk hari ini turut mengutuk serangan jenayah yang dilakukan pengganas ke atas Amerika Syarikat dan menegaskan bahawa "Islam menolak pembunuhan orang-orang yang tidak berdosa".
Penumpang cuba halang Pengganas di pesawat 93 United Airlines sebelum terhempas di Pennsylvania 
NEW YORK, Khamis 13 Sept. - Penumpang-penumpang di dalam pesawat 93 kepunyaan United Airlines dipercayai telah menyerang pengganas-pengganas untuk mengambil alih kawalan pesawat itu sebelum ia terhempas di luarbandar Pennsylvania pada pagi 10.15 waktu Amerika Selasa lalu.
Serangan ke atas AS: Banyak kumpulan terbabit  
WASHINGTON, Jumaat 14 Sept. - Banyak kumpulan pengganas yang terbabit dengan serangan kejam ke atas mercu tanda Amerika Syarikat Selasa itu, kata pegawai kanan Pentadbiran Bush yang enggan mengisytiharkan orang kaya Arab Saudi, Osama bin Laden sebagai dalang utama.
Amerika kini terima apa yang mereka idam-idamkan lewat filem Hollywood 
Analisis Berita
WASHINGTON DC, Rabu 12 Sept. - Serangan berani mati sebilangan pengganas ke atas simbol kewangan dan ketenteraan Amerika Syarikat iaitu menara kembar Pusat Dagangan Dunia New York dan Jabatan Pertahanan Amerika atau Pentagon semalam adalah satu tamparan hebat terhadap kemegahan diri dan keunikan jentera keselamatannya yang diagung-agungkan selama ini menerusi filem-filem aksi Hollywood.
Kejutan Panggilan Bom Palsu di Menara Kembar Petronas 
KUALA LUMPUR, Rabu 12 Sept. - Beribu-ribu orang termasuk pekerja-pekerja di Menara kembar Petronas berebut-rebut keluar dari menara itu pagi ini setelah satu panggilan telefon mendakwa terdapat bom di situ, kira-kira 12 jam selepas beberapa mercu tanda di New York dan Washington D.C. musnah diserang pengganas dengan pesawat-pesawat penumpang.
Malaysia kutuk serangan ke atas AS - Mahathir 
KUALA LUMPUR, Rabu 12 Sept. - Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia mengutuk serangan pengganas ke atas Amerika Syarikat yang mengakibatkan kemusnahan besar semalam.
Malaysia paling terdedah kepada kemelesetan ekonomi AS selepas serangan pengganas  
KUALA LUMPUR, Rabu 12 Sept. - Malaysia yang terlalu bergantung pada eksportnya ke Amerika Syarikat akan menjadi salah sebuah negara yang paling terdedah kepada kemelesetan ekonomi kuasa besar itu selepas serangan pengganas yang memusnahkan menara Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon.
Peguam Negara sahkan hanya 4 pesawat yang dirampas pengganas; Kesemuanya bawa penumpang 
WASHINGTON DC, Rabu 12 Sept. - Pesawat pertama yang dirampas untuk merempuh menara utara Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada jam 9.00 pagi Selasa waktu Amerika Syarikat adalah Boeing 767-200 kepunyaan American Airlines dan membawa 81 penumpang serta 9 anak kapal dan dua juruterbang dalam penerbangan dari lapangan terbang antarabangsa Logan, Boston ke Los Angeles.
Pesawat yang terhempas di Pentagon sebenarnya sedang menuju ke arah pejabat Presiden Amerika 

Pesawat penumpang yang dirampas pengganas lalu menghempap sebahagian kompleks Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) sebenarnya sedang bergerak dengan laju ke arah Rumah Putih – kediaman dan pejabat rasmi presiden Amerika Syarikat
Serangan berani mati di AS : 1,500 orang disahkan terkorban, beribu-ribu lagi cedera 


NEW YORK, Rabu 12 Sept. - Pihak berkuasa Amerika Syarkat sekarang sedang giat mengira rakyatnya yang terkorban, tercedera dan hilang, dan setakat ini kira-kira 1,500 orang disahkan terkorban.
Serangan Pengganas: Mas batalkan semua penerbangan ke AS; Wisma Putra buka talian 24 jam 
KUALA LUMPUR, Rabu 12 Sept. - Syarikat Penerbangan Malaysia (Mas) telah membatalkan kesemua penerbangannya ke Amerika Syarikat dan begitu juga sebaliknya ekoran tindakan segera Agensi Penerbangan Amerika menutup semua lapangan terbang di negara itu setelah para pengganas merampas lapan buah pesawat dan merempuhkan dua pesawat ke bangunan berkembar Pusat Dagangan Dunia New York pagi semalam.
Azmin Ali: Parti pembangkang lain dapat berdiri sendiri tanpa sokongan pasukan Abang Abu Bakar 
KUCHING, Selasa 11 Sept. - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) tidak bimbang dengan pendirian kumpulan 45 calon bebas pimpinan bekas Menteri Pertahanan Datuk Abang Abu Bakar Mustapha untuk tidak bekerjasama dengan barisan pembangkang pada pilihan raya Sarawak 27 September ini.
Bernama nafi laporannya sengaja direka-reka sepertimana yang didakwa Kit Siang 
KUALA LUMPUR, Selasa 11 Sept. - Bernama hari ini menafikan dakwaan Pengerusi DAP Lim Kit Siang bahawa agensi berita nasional itu telah "mereka-reka pemalsuan paling besar" melalui laporannya mengenai Malaysia oleh Majlis Pertahanan Amerika (ADC) yang berpusat di Washington DC.
Bernama nafi laporannya sengaja direka-reka sepertimana yang didakwa Kit Siang 
KUALA LUMPUR, Selasa 11 Sept. - Bernama hari ini menafikan dakwaan Pengerusi DAP Lim Kit Siang bahawa agensi berita nasional itu telah "mereka-reka pemalsuan paling besar" melalui laporannya mengenai Malaysia oleh Majlis Pertahanan Amerika (ADC) yang berpusat di Washington DC.
Ekonomi AS akan pulih hujung tahun ini ¨C Pakar ekonomi  
New York, Selasa 11 Sept. - Ahli-ahli ekonomi Amerika Syarikat menegaskan bahawa ekonomi kuasa besar itu tidak akan memasuki zaman kemelesetan, sebaliknya ia akan mula pulih pada hujung tahun ini.
Juruterbang pesawat yang rempuh menara kembar NY mungkin sudah dibunuh 
Oleh Wartawan BBC News Online: SHEILA BARTER dan JENNY MATTHEWS
NEW YORK, Rabu 12 Sept. - Juruterbang pesawat American Airliners yang merempuh menara kembar Pusat Dagangan Dunia New York awal pagi semalam mungkin telah pun mati dibunuh pada ketika dan saat pesawat tersebut merempuh menara berkenaan, demikian menurut para pakar penerbangan hari ini.
Kerajaan suruh pengeluar turunkan harga VCD bagi cegah cetak rompak - Muhyiddin  
KUALA LUMPUR, Selasa 11 Sept. - Industri muzik dan video digesa menurunkan harga cakera padat video (VCD) dan cakera padat (CD) tulen di pasaran tempatan bagi menggalakkan orang ramai membelinya dan membantu mencegah cetak rompak. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan berpendapat harga VCD dan CD tulen di pasaran tempatan masih terlalu tinggi.
Pusat Dagangan Dunia New York runtuh dirempuh dua pesawat yang dirampas pengganas 

VERSI TERKINI DARI NEW YORK... Dua buah kapalterbang yang dirampas pengganas merempuh bangunan kembar Pusat Dagangan Dunia yang terkenal di sini pada jam 9.00 pagi Selasa waktu Amerika secara berasingan dalam tempoh 18 minit - menyebabkan kedua-dua mercu tanda itu runtuh dan musnah sama sekali. KLIK SEKARANG untuk laporan terkini...
Renong peroleh persetujuan para pemegang saham untuk jual UEM 
KUALA LUMPUR, Selasa 11 Sept. - Pemegang-pemegang saham Renong Bhd hari ini bersetuju menjual ekuiti sebanyak 38 peratus dalam United Engineers (M) Bhd kepada Syarikat Danasaham Sdn Bhd.
Selepas menara kembar NY dirempuh 2 pesawat, sebuah lagi rempuh kompleks Jabatan Pertahanan 


WASHINGTON DC, Rabu 12 Sept. - Sebuah pesawat telah merempuh bangunan Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) sehingga mengakibatkan letupan besar hari ini sementara satu kebakaran berlaku berhampiran Rumah Putih menyebabkan kakitangan di dalamnya bergegas-gegas menyelamatkan diri.
Tanggungjawab pemerintah ingatkan rakyatnya supaya takutkan tuhan, kata Nik Aziz - AFP 
Dari Jendela Media Asing
KOTA BHARU, Selasa 11 Sept. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi tanggungjawab sebuah pemerintahan mengingatkan rakyatnya supaya sentiasa takut kepada tuhan dan bukan kepada kerajaan ataupun pihak berkuasa seperti polis.
Sekretariat BA bertemu petang ini untuk bincangkan pelbagai isu 
Oleh: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Selasa 11 Sept. - Sekretariat Barisan Alternatif (BA) akan bertemu petang ini untuk membincangkan pelbagai isu semasa termasuklah pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak serta soal hubungan antara Pas dan DAP.
Apakah laporan Bernama satu pembohongan besar dalam sejarah kewartawanan M'sia - Kit Siang 
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang berkata, Agensi Berita Nasional (Bernama) sepatutnya menjalankan siasatan dalaman sama ada wakilnya di Washington DC telah melakukan satu penipuan yang paling besar dalam sejarah kewartawanan Malaysia dengan menyiarkan satu berita mengenai negara ini dengan memetik laporan daripada “kumpulan berpengaruh Amerika” yang sebenarnya tidak dikenali.
Dilema Musa Hitam menjadi pengerusi Suhakam… 
Laporan Oleh: DOUGLAS TAY
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Mungkin jawatan pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak sesuai dipegang oleh seorang bekas timbalan perdana menteri seperti Tan Sri Musa Hitam, kerana beliau sentiasa tersepit di antara harapan yang tinggi daripada rakyat dalam menegakkan hak asasi dan spekulasi kononnya beliau sedang berikhtiar untuk kembali ke arus perdana politik nasional.
Dr M ke Rusia bukan untuk mengesahkan pembelian pesawat penggempur Sukhoi Su-30 
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad bukan ke Rusia untuk menandatangani perjanjian pembelian pesawat penggempur paling canggih di dunia – Sukhoi Su-30 – walaupun beliau dijadualkan menyaksikan kehebatan pesawat tersebut, demikian kata Menteri Luar Datuk Sri Syed Hamid Albar hari ini.
Fadzil Noor: Pas letak tiga calon sahaja di Sarawak 
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Presiden Pas Datuk Haji Fadzil Noor berkata partinya hanya akan bertanding di tiga kawasan pada pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak 27 September ini bagi membolehkan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada calon mereka.
Krisis di Tebing Barat Semakin Meruncing: Lapan lagi terbunuh 
Dari Jendela Media Asing
TEBING BARAT, Isnin 10 Sept. - Krisis di Tebing Barat dan juga Semenanjung Gaza tidak menunjukkan tanda-tanda untuk reda apabila beberapa insiden letupan bom dan serangan balas oleh tentera Israel meragut lapan nyawa lagi, demikian menurut laporan terkini British Broadcasting Corporation (BBC) hari ini.
M'sia perlu cepat menyusun semula hutang sektor korporatnya - Pak Lah 
HONG KONG, Isnin 10 Sept. - Malaysia perlu mempercepatkan penyusunan semula hutang korporatnya, mengekalkan kestabilan politik dan terus mengamalkan dasar mesra pelabur melalui liberalisasi sektor ekonominya. Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata, masalah hutang tidak berbayar (NPL) dan penyusunan semula korporat seluruh rantau masih lagi menghantui rantau ini.
Nik Aziz beri jaminan kepada masyarakat bukan Islam 
KOTA BHARU, Isnin 10 Sept. - Pemimpin spiritual Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini memberi jaminan kepada penduduk bukan Islam bahawa Pas akan mengamalkan tolerasi agama jika mereka diberikan mandat untuk memerintah negara ini.
Perodua akan kehilangan penguasaan pengurusan pengeluaran kepada Daihatsu 
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Daihatsu Motor Co Ltd dari Jepun akan mengambilalih pengurusan bahagian pengeluaran Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd atau Perodua dibawah cadangan penyusunan semula projek kereta nasional kedua itu, demikian satu sidang akhbar diberitahu hari ini.
Rashid Hussain kini di ambang meninggalkan RHB dan empayar perbankannya 
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Pengerusi Eksekutif Rashid Hussain Bhd (RHB), Tan Sri Abdul Rashid Hussain kini di ambang untuk mencapai persetujuan dengan Kumpulan Bank Utama untuk menjual kepentingannya berjumlah 23.95 peratus dalam syarikat perbankannya itu.
Suhakam akan siasat aduan kaum pribumi Sarawak... 
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menyiasat aduan penduduk-penduduk pribumi Sarawak yang mendakwa kononnya hak mereka ke atas tanah sendiri telah dicabuli pihak-pihak tertentu. Pengerusi Suhakam Tan Sri Musa hitam yang mengumumkan demikian berkata, kajian menyeluruh akan dijalankan oleh kumpulan-kumpulan kecil Suruhanjaya di negeri itu selepas pilihanraya negeri nanti. KLIK SEKARANG untuk laporan penuh...
Bila Pengerusi Suhakam Bersua Dengan Timbalan Perdana Menteri… 
Apa agaknya yang dibisikkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam sehingga Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi begitu tekun mendengarnya. Sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia tentu ada sesuatu yang hendak disampaikan Musa pada Abdullah yang juga Menteri Dalam Negeri. Banyak isu yang berbangkit antara Suhakam dengan kerajaan kebelakangan ini. Gambar ini dirakamkan ketika mereka duduk sebelah menyebelah di upacara pelancaran Hari Hak Asasi Manusia Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pagi Ahad 9 September.
InI Baru Kes Malang Tidak Berbau… 
LONDON,Sabtu 8 September –Seorang wanita tua dipercayai mati setelah tangannya tersepit dicelah katil sofa ketika mencari alat remote control televisyen.Dipercayai wanita berusia 75 tahun itu tersepit di situ selama tiga hari dan tidak dapat menjangkau telefonnya untuk memanggil orang membantunya.
Keputusan sama ada kes OSA Ezam digugurkan atau tidak telah ditunda kepada 21 September 
KUALA LUMPUR, Isnin 10 Sept. - Keputusan sama ada Ketua Pemuda Keadilan, Mohamad Ezam Mohd Nor akan dibebaskan dari tuduhan memecah rahsia rasmi kerajaan atau diminta supaya membela diri yang sepatutnya diketahui hari ini telah ditangguhkan ke 21 September depan.
Kes Tabung Haji Sedang Disiasat Oleh Beberapa Agensi 
KUALA LUMPUR SABTU 8 Sept - Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak perlu menyiasat Tabung Haji kerana masalahnya sudah diserahkan kepada agensi yang berkaitan termasuk Jabatan Audit Negara untuk disiasat.
Masa depan media internet tidak boleh bergantung kepada iklan lagi - Forum 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Sabtu 8 Sept.- Sebuah forum mengenai “Masa Depan Media Elektronik” hari ini diberitahu bahawa syarikat-syarikat dot.com atau portal berita hanya boleh hidup pada masa akan datang jika mereka mampu menawarkan perkhidmatan pengetahuan dan maklumat kepada para pembaca.
Pak Lah akan cari tarikh yang sesuai untuk jumpa Fadzil Noor 
KUALA LUMPUR, Ahad 9 Sept. - Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan menetapkan tarikh yang sesuai untuk bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor yang mahu berbincang tentang larangan ceramah politik. Timbalan Perdana Menteri yang ditemui selepas perasmian Hari Hak Asasi Manusia yang pertama berkata beliau sedang mencari tarikh yang sesuai untuk pertemuan tersebut.
Perbicaraan Habeas Corpus anak MB Kelantan ditangguh pada 25 September 
KOTA BHARU, Ahad 9 Sept. - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menangguhkan perbicaraan permohonan habeas corpus bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Nik Abdul Aziz dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas kes yang dihadapinya, pada 25 Sept ini.
Perbualan Telefon Juga Boleh Sebabkan Kemalangan - AAM 
PULAU PINANG, 9 September - Penggunaan kit tanpa pegang semasa menggunakan telefon bimbit tidak semestinya dapat menghindari kemalangan jalan raya, menurut Pengurus Persatuan Automobil Malaysia (AAM) Kuala Lumpur Harun Noordin.
Pergolakan Kuasa Dalam MCA: Dari Tai Chi kepada Shao Lin… 
Analisis Oleh: DOUGLAS TAY
KUALA LUMPUR, Jumaat 7 Sept. - Ada pemerhati memberitahu, dua puak yang bertelingkah di dalam MCA, iaitu puak Presiden Datuk Sri Dr Ling Liong Sik dan Timbalan Presiden Datuk Lim Ah Lek mengorak langkah masing-masing mengikut silat Tai Chi yang lemah-lembut itu sebelum 23 Jun lalu.
Perhimpunan tanpa permit belum sesuai dengan Malaysia - TPM 
Versi terkini Oleh: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Ahad 9 Sept. – Kerajaan hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) supaya perhimpunan tanpa permit dibenarkan di negara ini.
Teguran kerajaan terhadap laporan Suhakam kritis tapi positif - Musa Hitam  
KUALA LUMPUR, Ahad 9 Sept. – Teguran Kerajaan terhadap laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perhimpunan haram di Lebuh Raya Kesas, dekat Klang, November lepas adakah kritis tetapi positif, kata Pengerusinya Tan Sri Musa Hitam.
Guthrie terpaksa jual tanah untuk jelaskan sebahagian daripada RM2 bilion hutangnya 
KUALA LUMPUR, Jumaat 7 Sept. - Pengarah Eksekutif (Perkhidmatan Korporat dan Kewangan) Kumpulan Guthrie Bhd, Ghazali Awang berkata hari ini, mereka terpaksa membuat keputusan untuk melupuskan pegangan dalam kawasan seluas 1,000 hektar bernilai antara RM700 juta hingga RM900 juta untuk membolehkannya mengurangkan jumlah hutangnya yang kini berjumlah RM2 bilion.
Majlis Pertahanan Amerika yang kecam pembangkang Malaysia adalah agensi pinggiran – Kit Siang 
PETALING JAYA, Sabtu 8 Sept. - Pengerusi Kebangsaan DAP Lim Kit Siang hari ini menganggap cubaan pemerintah Malaysia mendapatkan bantuan kumpulan-kumpulan pinggiran pelampau sayap kanan Amerika Syarikat dalam menarik perhatian Presiden Bush sebagai satu “tragedi negara dan memalukan”.
Sebuah badan Amerika sifatkan Pas parti “reaksioner paling terancang yang tentang negara moden” 
KUALA LUMPUR, Jumaat 7 Sept. - Sebuah kumpulan Amerika yang berpengaruh dalam satu laporan khas kepada anggota Kongres Amerika Syarikat, telah menggambarkan Malaysia sebagai "negara paling stabil daripada segi politik dan demokrasi di Asia" walaupun masyarakatnya berbilang kaum dan mengingatkan akan ancaman oleh Pas terhadap demokrasi Malaysia.
Semua agensi yang terlibat dengan laporan Suhakam akan kemuka pandangan – TPM 
KUALA LUMPUR, Sabtu 8 Sept. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan bahawa semua agensi kerajaan yang terlibat menilai laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung perhimpunan di Lebuhraya Kesas-Jalan Kebun November tahun lalu akan mengemukakan pendapat mereka dalam satu pertemuan tidak lama lagi.
85,000 kerja baru diwujudkan berbanding 24,000 yang diberhentikan 
KOTA BAHARU, Jumaat 7 Sept. - Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn berkata, sejumlah 85,000 peluang pekerjaan baru telah ditawarkan dalam pelbagai sektor dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.
Sanggup Tanggung Malu di Khalayak Ramai Daripada Ke Penjara… 
Kerana tidak mahu disumbat ke dalam penjara selama tiga hari, Leslie Thompson memilih untuk menggantung pada dirinya satu papan tanda yang berkata “ Saya Bersalah Kerana Mencuri Barang Dalam Kedai”. Atas kesalahan itu Leslie diwajibkan berjalan selama tiga jam di depan kedai di Arkansas, Amerika di mana dia ditangkap. Menurut laporan agensi berita AP, ini adalah kali kedua dia ditangkap kerana mencuri dari kedai tahun ini. Hakim Ralph Ohm juga mengenakan hukuman denda RM 900 ke atas Leslie kerana kesalahan itu.
Tiga pengarah eksekutif MRCB letak jawatan berkuatkuasa serta merta 
KUALA LUMPUR, Jumaat 7 Sept. - Tiga pengarah eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta merta hari ini, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
RM2.3 Juta Untuk Iklan Satu Muka di Majalah Parade 

Mungkin ada di kalangan kita yang pernah tengok majalah Parade. Ia diedarkan bersama 340 buah akhbar terbitan hari Ahad di seluruh Amerika. Jumlah edarannya ialah 37 juta naskhah iaitu yang terbanyak sekali di dunia. Kalau edaran sudah sebanyak itu, tahu sahajalah berapa pula kadar bayaran iklan yang dikenakan jika ada yang mahu mengiklankan produk mereka di dalam majalah ini. Jika diletak kadar itu di Malaysia, pasti tidak ramai yang berani masuk. Apa tidaknya untuk iklan satu muka surat empat warna, bayaran yang dikenakan ialah lebih kurang RM2.3 juta. Ini menjadikannya penerbitan yang paling mahal sekali di dunia untuk pasang iklan.
Dasar negara Islam Pas sudah jelas dalam perlembagaan parti – Fadzil Noor 
KOTA BAHARU, Jumaat 7 Sept. - Presiden Pas Datuk Fadzil Noor berkata hari ini, konsep negara Islam yang ingin ditubuhkannya jika memerintah negara ini tidak perlu dijelaskan kerana ia sudah jelas termaktub di dalam perlembagaan parti itu. Oleh itu katanya, Pas tidak merasa perlu untuk menyatakan secara khusus konsep negara Islam yang diinginkannya.
Gerakan militan: Rakyat M’sia masih mencari jawapan sebenar – Asia Times  
Dari Jendela Media Asing
Susunan: ABU BAKAR RASHID Akhbar serantau Asia Times (AT) semalam menulis, ramai yang masih tercari-cari jawapan sebenar di sebalik tindakan media massa Malaysia memfokuskan perhatian mereka kepada ekstremis agama dan juga gerakan militan.
Kerajaan Tentera Myanmar mahu berkongsi kuasa dengan Suu Kyi?  
BANGKOK, Khamis 6 Sept. – Kerajaan Tentera Myanmar dilaporkan bercadang untuk “berkongsi kuasa” dengan pemimpin pembangkangnya Aung San Suu Kyi dan kini sedang menunggu jawapan daripada pejuang demokrasi Myanmar itu. Cadangan positif ini merupakan pencapaian yang paling kukuh yang dihasilkan berikutan beberapa siri perbincangan tertutup di antara kedua pihak itu sejak Oktober tahun lalu, yang dimulakan atas usaha Duta Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Tan Sri Razali Ismail.
“Lee Kuan Yew tak perlu masuk campur” – Muhyiddin 
KUALA LUMPUR, Jumaat 7 Sept. - Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, rakyat dan negara ini tidak perlukan nasihat daripada orang luar atau campurtangan dalam urusan politiknya. Misalnya kata beliau, Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew tidak perlu masuk campur dalam urusan Malaysia kerana pemimpin negara ini lebih mengetahui masalah yang berlaku di sini.
6,432 penagih baru dikesan; 67.3 % adalah Melayu 
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - Sebanyak 6,432 penagih baru telah dikesan dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini daripada 13,612 penagih yang dikesan di seluruh negara di bawah sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (Nadi).
Agama Kristian kini tidak dipedulikan lagi – Ketua Paderi Katolik England 
LEEDS (Britain), Khamis 6 Sept. - Agama Kristian kini telah “dipinggirkan” secara total sebagai sumber panduan hidup dan moral dalam kehidupan masyarakat, demikian ditegaskan oleh ketua Gereja Katolik England dan Wales.
Barisan Alternatif kesal Lee Kuan Yew bimbang Malaysia diterajui oleh pembangkang 
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - Barisan Alternatif (BA) menyifatkan kenyataan Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew semalam bahawa negaranya menyegerakan penyelesaian isu-isu dua hala dengan Malaysia kerana khuatir ia akan berhadapan dengan masalah jika perlu berunding dengan sebuah kerajaan yang tidak dipimpin oleh Umno sebagai satu kenyataan yang tidak matang dan tidak wajar.
Berakhirnya sudah era pengurusan ekonomi ala Tun Daim 
Komentar Oleh ROZAID RAHMAN
Kenyataan tegas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berhubung pendekatan baru pengurusan korporat dan ketelusan yang ingin diterapkan kerajaan dalam urusan ekonomi dan kewangannya pada satu forum globalisasi semalam memberi indikasi jelas bahawa era pengurusan ekonomi ala Tun Daim Zainuddin sudahpun tiba ke penghujung jalan.
Pak Lah Lancarkan Kad Pintar Pelbagaiguna “MYKAD”...  
Malaysia malam ini mencatat satu lagi rekod pertama dalam penciptaan yang inovatif dengan pelancaran Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan (KPPK) yang akan dikenali sebagai "MYKAD". Kad ini - yang pertama seumpamanya di dunia - menggabungkan kad pengenalan, lesen memandu, maklumat imigresen, maklumat kesihatan, MEPS, tunai dan prasarana kekunci awam dalam satu kad. KLIK sekarang untuk laporan lanjut...
Pertemuan Dr M – Blair akan hasilkan beberapa kerjasama baru – Pesuruhjaya Tinggi Britain 
Oleh: ALAN TING (Bernama)
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - London yakin bahawa hubungannya dengan Kuala Lumpur akan diperkukuhkan lagi dengan lawatan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad ke Britain minggu depan
RM90 juta biasiswa menunggu bakal pelajar sains & teknologi 
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar memperuntukkan sejumlah RM90 juta untuk biasiswa di bawah Rancangan Malaysia ke Lapan (2001 – 2005). Menterinya Datuk Sri Law Hieng Ding menyeru pelajar-pelajar jurusan sains dan teknologi yang berminat menyambung pelajaran ke peringkat ijazah lanjutan agar memohon biasiswa dari kerajaan ini.
Status setiausaha agung & naib ketua Pemuda yang dipecat: Ong Tee Keat jawab Ling Liong Sik 
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda MCA Datuk Ong Tee Keat hari ini melahirkan rasa terkejut terhadap kenyataan Presidennya Datuk Sri Dr Ling Liong Sik yang meragui kesahihan usul undi tidak percaya ke atas setiausaha agung Pemuda dan naib ketua Pemuda pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA 3 Ogos lalu.
Wan Adnan dilantik presiden baru Mahkamah Rayuan 
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - Hakim Besar Malaya Tan Sri Wan Adnan Wan Ismail dilantik sebagai presiden baru Mahkamah Rayuan, menggantikan Tan Sri Mohamed Lamin Yunus yang bersara. Ketua Hakim Negara Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah, yang mengumumkan demikian kepada pemberita di kamar beliau di sini, juga berkata hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dilantik mengambil alih jawatan Wan Adnan.
4 ahli veteran yang dikatakan neutral akan duduki J'kuasa Khas siasat pergaduhan Pemuda MCA 
Eksklusif Oleh: DOUGLAS TAY
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Majlis Presiden MCA telah menyenaraipendek empat ahli veteran parti, termasuk dua bekas naib presiden dan seorang bekas setiausaha agung, bagi menganggotai Jawatankuasa Khas yang diberi tanggungjawab menyiasat pergaduhan pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda MCA 3 Ogos lalu.
Adik anggota KMM ditahan untuk siasatan kes penemuan senapang & peluru 
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Polis hari ini menahan adik kepada Lofti Ariffin yang dikaitkan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) untuk membantu siasatan terhadap penemuan selaras senapang dan 150 butir peluru pada 30 Ogos lepas.
Fadzil Noor: Ada cubaan gantikan persatuan mahasiswa Islam dengan persatuan tajaan universiti 
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor hari ini mendakwa, terdapat ura-ura pihak tertentu untuk mengwujudkan satu pertubuhan lain yang diberi nama Akademi Mahasiswa Islam Nasional (AMIN) di kampus-kampus bagi mengambil alih inisiatif gerakan Islam dari tangan persatuan mahasiswa Islam yang didakwa terpengaruh dengan gerakan bawah tanah.
Lee Kuan Yew: Semoga ia tidak berlaku pada tahun 2004... 
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew hari ini menegaskan bahawa negaranya ingin menyelesaikan segera isu-isu dua hala yang tertangguh dengan Malaysia bagi mengelakkan kemungkinan berurusan dengan ‘rakan baru’ bukan dari gabungan kerajaan pimpinan Umno yang mungkin boleh menimbulkan masalah.
Malaysia-Singapura setuju tukar tanah KTMB di Tanjong Pagar 
VERSI TERKINI
PUTRAJAYA, Rabu 5 Sept. - Malaysia bersetuju menyerahkan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura kepada kerajaan Singapura dengan mendapatkan ganti tanah yang sama nilai di kawasan Shentonway di republik berkenaan, kata Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.
Pemuda Keadilan tidak akan menyekat suara kritis dari kampus jika diberi mandat memerintah 
Oleh: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menyeru Universiti Teknologi MARA (UiTM) supaya menarik balik tindakan memecat seorang pensyarah dan tindakan disiplin terhadap 47 kakitangan lain, termasuk pertukaran tempat kerja dan pembubaran dua persatuan pelajar. Naib Ketua Pemuda Keadilan, Low Chee Chong melalui kenyataan akhbarnya hari ini menganggap tindakan UiTM itu sebagai melampau dan tidak perlu. Malah beliau berkata, sekiranya Keadilan diberi mandat untuk memerintah suara kritis kampus ke atas pemerintah tidak akan disekat sama sekali.
Selepas tragedi Ellie di puncak Kinabalu, seorang lagi warga asing didapati hilang di Sabah 
SANDAKAN, Rabu 5 Sept. - Selepas Sabah menjadi perhatian antarabangsa dan media tempatan ekoran tragedi yang menimpa seorang gadis berusia 17 tahun dari Britain yang hilang di puncak Gunung Kinabalu, tiga minggu yang lalu, kini ia kembali mencuri fokus media apabila seorang lagi warga asing dilaporkan masih hilang sejak seminggu yang lalu.
Set.Pol PM & Setiausaha Akhbar Pak Lah dilantik sebagai pengarah Utusan Melayu 
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Khalid Mohd hari ini dilantik sebagai salah seorang pengarah eksekutifnya manakala setiausaha politik perdana menteri dan setiausaha akhbar timbalan perdana menteri dilantik menduduki kerusi lembaga pengarah Utusan yang baru.
SPR: Keputusan penuh pilihanraya Sarawak hari yang sama 
KUCHING, Rabu 5 Sept. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka keputusan pertama pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 27 Sept ini diketahui seawal-awalnya jam 9 malam pada hari berkenaan. Setiausaha SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan penuh pilihan raya DUN Sarawak pula dijangka diketahui pada 11 malam jika tidak ada sebarang masalah teknikal berlaku.
Suruhanjaya Syarikat M’sia ganti ROB & ROC mulai 2 Januari 2002 
KUALA LUMPUR, Khamis 6 Sept. - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang akan mengambilalih tugas dan tanggungjawab Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) serta Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) akan memulakan operasi pada 2 Januari tahun depan.
Adun Beseri kata beliau tidak tahu punca sebenar kenapa isu dirinya tiba-tiba dibangkitkan 
Laporan Oleh: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. - Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Beseri, Zahidi Zainul Abidin memberitahu hari ini bahawa beliau tidak tahu punca sebenar mengapa dakwaan mengenai prestasi kerjanya tiba-tiba dibangkitkan dalam mesyuarat mingguan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) minggu lalu.
Dewan Negara dibentuk untuk golongan minoriti suarakan pandangan mereka 
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata, Dewan Negara dibentuk untuk memberi suara kepada golongan minoriti dan mereka yang tidak berpeluang dipilih menjadi anggota Dewan Rakyat menyuarakan pandangan mereka di Parlimen.
Josephine akan tinggalkan kerusi pengarah Malaysian Plantations Bhd 
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. – Josephine Premla Sivaretnam yang dianggap wanita yang mendapat keyakinan dan kepercayaan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan meninggalkan kerusi lembaga pengarah Malaysian Plantations Bhd (Mplant) –yang menguasai kumpulan Bank Alliance - pada hujung bulan ini.
Kelegaan & kebimbangan dalam iklim ekonomi Malaysia 
Dari Jendela Media Asing
Susunan: ABU BAKAR RASHID Adakah Malaysia menuju kemelesetan? Tidaklah sehingga begitu, Far Eastern Economic Review (FEER)edisi 6 September memetik ahli-ahli ekonomi sektor swasta sebagai berkata
Kutipan tol Lingkaran Damansara Kerinci bermula Ahad ini 
KUALA LUMPUR, Rabu 5 Sept. - Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Sprint) - syarikat konsesi bagi Lingkaran Damansara Kerinci - hari ini mengumumkan bahawa kutipan tol bagi kedua-dua laluan itu akan bermula Ahad ini mulai jam 12.01 pagi.
Malaysia tidak jamin boleh jual air mentah kepada Singapura selepas 2061 
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. - Malaysia mungkin tidak dapat lagi membekalkan air mentah kepada Singapura apabila kontraknya tamat menjelang tahun 2061, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
MILF tidak pernah jalin hubungan dengan militia Malaysia 
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menegaskan hari ini bahawa mereka tidak pernah menjalin sebarang hubungan dengan kumpulan militan Malaysia kerana MILF bergerak atas dorongan untuk menyelesaikan masalah Bangsa Moro di Selatan Filipina sahaja, kata Naib Pengerusinya, Murad Ebrahim.
On Record With the Foreign Media  
About a month ago, I consented to be interviewed by two foreign television news services. One was Bloomberg, and the other was CNN. The former interviewed me as a prelude to the Umno general assembly and the latter, as part of a programme that CNN wanted to do to mark Datuk Sri Dr Mahathir’s twenty-year tenure as Malaysia’s prime minister. At least that was what Lisa Barron of CNN told me. It was interesting how my two interviews turned out to be used by the two different foreign news media. This difference inadvertently showed their attitude and perception of Malaysia.
P'raya Sarawak: Pembangkang letak calon satu lawan satu dengan BN 
BERITA TERKINI
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. - Pakatan parti-parti pembangkang akan meletakkan calon mereka ‘satu lawan satu’ dengan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya Negeri Sarawak ke lapan yang akan diadakan 27 September depan.
Pak Lah: KDN mungkin terima beberapa cadangan Suhakam untuk dilaksanakan 
KUALA LUMPUR, Selasa 4 Sept. - Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kementeriannya mungkin akan menerima beberapa cadangan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebagaimana yang terkandung dalam laporan mengenai insiden perhimpunan haram di Lebuhraya Kesas-Jalan Kebun, November tahun lalu.
Pilihanraya Sarawak: 18 Sept. penamaan calon; 27 Sept. hari mengundi 
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Selasa menetapkan 27 September sebagai tarikh pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak dan 18 September sebagai tarikh penamaan calon.
Singapura perlukan guru bahasa Melayu dengan dialek Riau dari Indonesia 
SINGAPURA, Selasa 4 Sept. - Singapura tahun ini memerlukan 60 guru bahasa Melayu dari Indonesia untuk ditempatkan pada sejumlah lembaga pendidikannya dengan gaji yang ditawarkan sebesar 2,000 dolar Singapura atau sekitar 10 juta rupiah sebulan, demikian menurut agensi berita Antara.
DUN Sarawak dibubarkan: SPR umum tarikh pilihanraya esok 
Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri yang ke-8 diadakan. Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika mengumumkan demikian berkata, Yang Dipertua Negeri Tun Abang Haji Salahuddin Mohammad memperkenankan pembubaran dewan yang mempunyai sejumlah 62 anggota itu.
DUN Sarawak dibubarkan: SPR umum tarikh pilihanraya esok 
Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri yang ke-8 diadakan. Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud ketika mengumumkan demikian berkata, Yang Dipertua Negeri Tun Abang Haji Salahuddin Mohammad memperkenankan pembubaran dewan yang mempunyai sejumlah 62 anggota itu.
ISIS: Pertumbuhan KDNK hampiri ‘kosong’ 
KUALA LUMPUR, Isnin 3 Sept. – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini akan menghampiri “angka kosong” kerana kegawatan yang berpanjangan dalam sektor kecil pengeluaran, kata timbalan pengarah Institut Pengajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Datuk Dr Zainal Aznam hari ini.
Jenaka Taib menunjukkan beliau berkeyakinan tinggi BN akan menang besar 
KUCHING, Isnin 3 Sept. - Senda gurau dan lawak jenaka Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini jelas memperlihatkan betapa beliau mempunyai keyakinan yang cukup tinggi bahawa Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan besar pada pilihanraya Negeri Sarawak.
Kementerian ragu dakwaan Utusan tetapi semua VC diarah siasat... 
KUALA LUMPUR, Isnin 3 Sept. - Kementerian Pendidikan meragui dakwaan kononnya lebih 2,500 penuntut universiti awam tempatan terbabit dalam gerakan bawah tanah menerusi pertubuhan yang tidak berdaftar. Menterinya Tan Sri Musa Mohamad bagaimanapun berkata beliau telah mengarahkan semua Naib Canselor universiti tempatan supaya menyiasat perkara itu bagi mempastikan keadaan adalah terkawal.
Lee Kuan Yew diberi taklimat mengenai ancaman KMM 
KUALA LUMPUR, Isnin 3 Sept. - Menteri Pertahanan Datuk Sri Najib Tun Razak hari ini memberi taklimat kepada Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew mengenai ancaman Kumpulan Militan Malaysia (KMM) serta langkah yang diambil oleh Malaysia untuk membendung aktiviti kumpulan itu.
Merdeka, Jalur Gemilang & mob psychology 
Celoteh Oleh:
ABU BAKAR RASHID
Sabtu lalu, 31 Ogos 2001, Hari Merdeka. Bagi anak-anak saya, Hari Merdeka ialah peluang ke Suria KLCC. Mereka begitu teringin melihat secara 'in person' DJ Radio Era, Halim Osman, Linda Onn, Kudsiah Kahar dan Khairil Rashid yang akan mengacarakan persembahan di situ.
MT Umno batalkan keputusan lama; Putuskan pengerusi negeri urus bahagian bermasalah 
VERSI TERKINI
KUALA LUMPUR, Isnin 3 Sept. - Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini telah memberikan mandat kepada pengerusi setiap Badan Perhubungan Umno negeri untuk menguruskan segala urusan berkaitan dengan Umno bahagian yang ketuanya didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dengan kegiatan melanggar etika parti pada pemilihan bahagian April lalu.
Muktamad: Pas akan bawa Keng Yaik ke mahkamah kerana tuduh mereka komunis 
KUALA LUMPUR, Isnin 3 Sept. – Pas hari ini mengesahkan bahawa keputusan mereka untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Presiden Gerakan Datuk Sri Dr Lim Keng Yaik kerana kenyataan beliau yang menyamakan tindakan dan operasi Pas dengan cara komunis adalah muktamad.
Pahang arah hari Jumaat sebagai hari DO & ketua jabatan bertemu rakyat 
KUANTAN, Isnin 3 Sept. – Kerajaan Negeri Pahang dalam usaha mengembangkan konsep pentadbiran mesra rakyat mengarahkan semua ketua jabatan termasuk pegawai daerah untuk menjadikan hari Jumaat sebagai hari untuk bertemu dengan rakyat.
UEM terus kekal seperti sekarang jika rancangan tawaran sukarela Danasaham gagal 
Oleh: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Isnin 3 Sept. - Danasaham Sdn Bhd - anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd - hari ini menasihati para pemegang saham/waran United Engineers (Malaysia) Bhd bahawa sekiranya Danasaham tidak berjaya mengambilalih sekurang-kurangnya 90 peratus daripada saham-saham UEM, tawaran sukarela yang kini disyorkan kepada mereka akan mengalami kegagalan.
Bapa Anggota KMM Direman Untuk Siasatan Polis 
BALING, Ahad 2 Sept – Bapa anggota kumpulan militan malaysia (KMM), Lotfi Ariffin, ditahan polis dengan perintah reman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan.
Bila sama-sama dikuasai perasaan marah… 
NEW YORK, Khamis 30 Ogos – Seorang wanita yang sedang menghadapi tekanan perasaan dan mengancam hendak melompat dari sebuah jambatan di sini semalam telah bertindak melompat ke dalam sungai untuk membunuh diri setelah dia diejek oleh para pemandu yang marah supaya "terjun" kerana telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
DAP Bertanding di 13 Kerusi Dewan Negeri Sarawak 
SIBU, Ahad 2 Sept. - DAP akan meletakkan calon di 13 daripada 62 kawasan di Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusi Negerinya Richard Wong Ho Leng hari ini.
Jangan Anggap Tabung Haji Macam Bank -PM 
LANGKAWI, Ahad 2 September – Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan umat Islam yang menabung melalui Tabung Haji supaya tidak tersalah anggap mengenai fungsi sebenar badan itu dengan menganggapnya seperti sebuah bank perdagangan,
Keng Yaik: Ada Usahawan Peralatkan MCA Untuk Gulingkan Ketua Menteri Pulau Pinang 
Presiden Parti Gerakan Datuk Sri Dr Lim Keng Yaik mendedahkan satu komplot yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang ‘frust’ di Pulau Pinang yang memperalatkan MCA untuk menggulingkan ketua menteri pulau itu, Tan Sri Koh Tsu Koon.
“Hubungan di antara MCA dan Gerakan menjadi tegang selepas pilihanraya umum 1999 dan pada saat-saat inilah golongan usahawan oportunis yang marah akan kerajaan Pulau Pinang kerana menghalang projek-projek mereka untuk mengaut keuntungan mempergunakan beberapa orang pemimpin MCA di pulau itu bagi menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui parti Gerakan.
Lawatan Kuan Yew Diharap Bawa Pakej Penyelesaian 
PETALING JAYA, 2 Sept. - Lawatan Menteri Kanan Singapura diharap akan membawa pakej penyelesaian bagi isu-isu dua hala yang menghadapi kebuntuan pada masa lalu, kata Menteri Luar Datuk Sri Syed Hamid Albar.
Mara Cadang Tubuh Universiti Vokasional Dan Teknikal 
KUALA LUMPUR, 2 September - Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menghantar kertas cadangan penubuhan Universiti Vokasional dan Teknikal Mara kepada Kementerian Pendidikan dua bulan lepas.
Pengumuman: Gangguan Teknikal Pada Server Agendadaily 
KUALA LUMPUR,Ahad 2 September – Server laman Agendadaily mengalami masalah teknikal sejak semalam yang antara lain menyebabkan gambar-gambar tidak dapat dimuatkan di muka depan seperti biasa.
Rahsia di sebalik pertemuan wakil rakyat BN dengan MB Perlis untuk membicarakan isu Adun Beseri 
KOMENTAR: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Khamis 30 Ogos - Apabila wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perlis semalam mengadakan pertemuan dengan Menteri Besarnya Datuk Sri Shahidan Kassim untuk membicarakan isu prestasi seorang wakil rakyat mereka iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Beseri, Zahidi Zainul Abidin, ia telah dianggap sebagai sesuatu yang pelik sehingga menarik perhatian Awang Sulung - penulis pojok dalam ruangan Bisik-Bisik Utusan Malaysia.
“Deklarasi Putra” Untuk Tingkat Kecemerlangan Pendidikan Melayu 
KUALA LUMPUR,Ahad 2 September - Kongres Pendidikan Melayu Pertama yang berakhir hari ini telah meluluskan resolusi "Deklarasi Putra" iaitu penubuhan persatuan bagi meningkatkan kecemerlangan pendidikan kaum Melayu, Tabung Pendidikan dan Pembangunan Melayu dan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Melayu.
“Saya akan terus berjuang & ingin lihat K'tan amal cara hidup Islam sepenuhnya” – Nik Aziz 
KOTA BHARU, Isnin 3 Sept. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berikrar bahawa beliau akan terus berjuang bersama Pas sehingga ke akhir hayatnya bagi melihat Kelantan menjadi negeri pertama mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Isu Komunis: Pemuda Pas akan berarak ke pejabat Gerakan jika Kheng Yaik tidak minta maaf 
KUALA LUMPUR, Khamis 30 Ogos - Pemuda PAS memberi amaran akan berarak beramai-ramai ke ibupejabat Parti Gerakan di sini dalam tempoh tiga hari lagi untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada presiden parti itu, Dr Lim Kheng Yaik, sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kerana menuduh PAS parti ala komunis.
Lee Kuan Yew Lawat Malaysia Empat Hari Mulai Ahad Ini 
KUALA LUMPUR, Jumaat 31 Ogos - Malaysia percaya bahawa lawatan Menteri Kanan Singapura Lee Kuan Yew selama empat hari ke negara ini bermula Ahad akan mempertingkatkan lagi hubungan antara kedua -dua negara jiran itu dan rakyat.
Dua Ditahan Terlibat Perhimpunan Haram di Dataran Merdeka 
KUALA LUMPUR,Jumaat 31 Ogos - Dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram yang disertai oleh kira-kira 200 orang di Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, hari ini.
Hadi Awang Berucap di Konvensyen ISNA di Chicago 
KUALA LUMPUR,Jumaat 31 Ogos - Menteri Besar Terengganu yang juga Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang akan berucap di Konvensyen Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) ke 38 di Chicago.
Katakan Ya...Kepada 10 Tindakan Asas Untuk Tingkat Taraf Hidup Kanak-Kanak  
PETALING JAYA,Sabtu 1 Sept - Kempen “Katakan Ya Bagi Kanak-Kanak” yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya memberi perhatian kepada kanak-kanak dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di sini yang riuh rendah dengan suara dan gelagat kira-kira 5,000 kanak-kanak yang hadir .
KMM Ada Rancangan Jadikan Malaysia-Indonesia-Filipina Negara Islam 
KUALA LUMPUR,Sabtu 1 September - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Kumpulan Militan Malaysia (KMM) mempunyai rancangan yang “cukup besar tetapi tidak realistik” untuk mewujudkan sebuah negara Islam yang menyatukan Malaysia-Indonesia-Filipina.
Presiden MCA kata kerugian Nanyang hanya “situasi sementara”  
KUALA LUMPUR, Khamis 30 Ogos – Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik berkata, kerugian RM2.33 juta yang dialami oleh Nanyang Press Holdings Bhd adalah “situasi sementara” sahaja yang akan dipulihkan dalam tempoh suku pertamanya dari Julai hingga September nanti.
Syed Anwar Jamalullail Dilantik Pengerusi Baru Penal Pelaburan Tabung Haji  
SERDANG,Sabtu 1 September - Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Partners Berhad Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail dilantik sebagai pengerusi panel pelaburan Tabung Haji yang baru berkuatkuasa hari ini
16 ditahan sembahyang dua Imam di Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai 
KUALA LUMPUR, Khamis 30 Ogos – Polis telah menahan seramai 16 orang di Masjid Ar-Rahman, Lembah Pantai di sini semalam kerana terlibat dalam sembahyang Isyak dua imam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin berkata perbuatan mereka itu mengingkari dan menghina perintah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Kumpulan Renong catat kerugian RM331.85 juta sehingga Jun tahun ini 
KUALA LUMPUR, Khamis 30 Ogos - Konglomerat kontroversi Renong Bhd telah mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM331.85 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun tahun ini berbanding dengan keuntungan bersih berjumlah RM249.239 juta yang dicatat pada tahun sebelumnya.
PM Ajak Rakyat Perbaharui Komitmen Pertahankan Negara Supaya Terus Merdeka… 
Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad mengajak semua rakyat Bumiputra dan bukan-Bumiputra memperbaharui komitmen mereka untuk terus bersatu-padu, memajukan dan mempertahankan Malaysia supaya negara ini terus merdeka, berdaulat , makmur dan dihormati dunia. Dalam perutusan sempena Hari Kebangsaan Ke-44, Perdana Menteri menegaskan, bukan mudah bagi kerajaan mentadbir sebuah negara yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa tetapi Malaysia dalam masa yang singkat berjaya mencapai tahap kemajuan yang amat membanggakan.
Semangat Bersatu Warnai Sambutan Hari Kemerdekaan ke-44 
KUALA LUMPUR,Jumaat 31 Ogos - Rakyat Malaysia pada Jumaat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-44 dengan penuh semangat bersatu padu seperti yang tergambar melalui acara perbarisan dan pelbagai sambutan lain di seluruh negara.Acara-acara itu yang disertai pelbagai kumpulan masyarakat termasuk dari sektor awam, swasta dan badan-badan sukarela, memancarkan suasana disiplin yang tinggi di kalangan rakyat untuk terus melangkah bersama bagi memajukan negara selaras dengan tema "Keranamu Malaysia".
Tarikh bubar Dewan Undangan Negeri Sarawak diketahui Isnin 
VERSI TERBARU
KUCHING, Khamis 30 Ogos - Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan akan diketahui Isnin ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini.
TPM mahu Tabung Haji selesaikan segera isu kehilangan RM7.73 juta 
KUALA LUMPUR, Khamis 30 Ogos - Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi mahu Tabung Haji segera menangani isu kehilangan RM7.725 juta serta menyelesaikan masalahnya yang lain untuk mengelak kemungkinan pihak tertentu menjadikannya sebagai isu yang mengemparkan rakyat.
Petikan 
Semua rakyat Malaysia harus menaruh impian untuk mewujudkan sebuah negara yang aman, bersatu dan makmur yang menjamin prinsip hormat-menghormati, keadilan dan kesamarataan bagi semua. Walaupun 44 tahun adalah tempoh yang singkat dalam sejarah sebuah negara, rakyat Malaysia boleh berbangga kerana dapat mengatasi pelbagai cabaran politik, ekonomi dan sosial. Rakyat Malaysia harus menerima hakikat dan menghargai bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dan kita mempunyai tanggungjawab bersama bagi menjamin keadilan bagi semua.- kata Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock dalam satu kenyataan sempena menyambut kemerdekaan negara ke 44.
KOTA KINABALU, Rabu 29 Ogos - Calon Parti 
KOTA KINABALU, Rabu 29 Ogos- Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) yang kalah Dr Chong Eng Leong hari ini mengemukakan satu petisyen pilihan raya untuk memohon perintah mahkamah supaya mengisytiharkan pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Yong Teck Lee pada pilihan raya kecil Likas baru-baru ini sebagai tidak sah dan batal.
Arqam: Pelajar tajaan JAIS perlu bayar balik biasiswa 
Laporan Oleh: ROSLAN BIAN
SHAH ALAM, Rabu 29 Ogos- Enam pelajar tajaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Jordan yang didapati terlibat dalam usaha menghidupkan semula pertubuhan Ar-Arqam perlu membayar semula semua biasiswa yang sudah diperolehi sebelum ini berikutan penarikan balik biasiswa masing-masing oleh jabatan berkenaan.
Kes rompakan Pengerusi Pernas: Polis berjaya tahan lima suspek termasuk seorang wanita 
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Ogos - Polis telah berjaya menahan lima orang lagi berhubung kes rompakan RM2 juta di kediaman Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pernas International Holdings Berhad Tunku Tan Sri Shahriman Tunku Sulaiman. Salah seorang daripada lima yang ditahan itu termasuklah seorang wanita. Kesemua mereka adalah warga Indonesia berumur antara 30 dan 35 tahun. Mereka ditahan secara berasingan di sekitar Sri Damansara, Kepong dan Setapak.
Laporan Suhakam Tidak Berpijak Di Bumi Nyata - Norian 
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Ogos - Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai berkata hari ini laporan hasil siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai aduan pencabulan hak asasi semasa polis menyuraikan perhimpunan haram di Lebuhraya Kesas berhampiran Jalan Kebun pada November tahun lalu sebagai berat sebelah.
Malaysia and Indonesia Ahead of Thailand In Corporate Restructuring – The Nation Bangkok 
In the most unfamiliar terrain, some Asean member countries are making advances in finance and corporate debt restructuring with Indonesia and Malaysia leading the pack. Some good news has also come out of the Philippines. No matter what the Asean leaders may be preaching, they haven't neglected the bottom-line.
Menyamar sebagai wartawan profesion yang lumayan di benua China…  
Apabila penganjur-penganjur sidang akhbar di negeri China menghulurkan wang sogokan untuk mempastikan berita mereka disiarkan, penyangak-penyangak yang menyamar sebagai wartawan nampaknya telah berjaya menjadikannya sebagai satu profesion yang lumayan dengan mengaut ratusan ribu yuan setiap tahun. KLIK sekarang untuk laporan lanjut...
Nanyang Press Holdings catat kerugian RM2.33 juta  
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Ogos - Nanyang Press Holdings Bhd – syarikat penerbitan yang menimbulkan kontroversi apabila ia dikuasai oleh MCA sedikit masa lalu telah mencatatkan kerugian bersih berjumlah RM2.33 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun 2001 berbanding keuntungan bersih RM21.75 juta yang dibuatnya dalam tempoh yang sama tahun lalu.
EGM MCA Bahagian PJ Utara dibatalkan – Dr Ling 
PUTRAJAYA, Rabu 29 Ogos – Perhimpunan Agung Luarbiasa (EGM) MCA bahagian Petaling Jaya Utara yang dijadualkan pada 6 September depan telah dibatalkan, kata Datuk Sri Dr Ling Liong Sik hari ini atas alasan pemimpin-pemimpin bahagian itu sudah berjaya menyelesaikan isu ‘cawangan hantu’.
Fadzil Nor: Dr Mahathir mahu hapuskan Pas 
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Ogos - Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Nor hari ini menyifatkan tekanan-tekanan politik yang sedang dihadapi oleh partinya sebagai satu gerakan untuk menghapuskan Pas. Serentak dengan itu beliau telah mengarahkan seluruh ahli dan penyokong Pas supaya mengadakan solat hajat berjemaah beramai-ramai di markas, surau dan masjid untuk memohon kepada tuhan agar menghindarkan kejadian itu daripada berlaku.
Ketua Keluarga Malaysia Menerima Adat Minum Teh Ikut Tradisi Cina 
Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berasa amat terharu apabila beliau terima adat minum teh mengikut tradisi masyarakat Cina di depan lebih 2000 orang wakil pertubuhan-pertubuhan Cina di Putrajaya - suatu upacara tradisional yang dianggap sebagai penghormatan paling tinggi yang pernah diberikan kepadanya sepanjang kerjaya politik beliau.
Laporan siasatan kebakaran DTC UM diserah kepada Bukit Aman semalam  
KUALA LUMPUR, Rabu 29 Ogos - Laporan siasatan berhubung kebakaran yang memusnahkan Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya telahpun siap dan kini berada di tangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya.
Petikan 
Kerjasama Pas dengan DAP masih berjalan seperti biasa walaupun ada yang mendakwa hubungan kedua-dua parti itu sudah retak berikutan isu penubuhan negara Islam.Saya tak faham apa yang ada di dalam diri DAP tetapi apa yang saya tahu kami masih bersama dalam banyak hal.Apa yang nyata ialah peranan media Cina yang dimiliki MCA untuk mencetus rasa kurang senang masyarakat Cina berhubung kerjasama Pas dengan DAP dalam pakatan pembangkang.- kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Terengganu Rabu.
2000 Wakil Pertubuhan Cina Sembah Teh Kepada PM Petang Ini 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY
PUTRAJAYA, Rabu 29 Ogos - Seramai 2,000 wakil pertubuhan-pertubuhan Cina di seluruh negara akan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad petang ini sempena Hari Merdeka yang ke-44.
9 September diisytihar Hari Hak Asasi Manusia; Dua forum dijadualkan berlangsung 
KUALA LUMPUR, Selasa 28 Ogos – Tarikh 9 September depan akan diisytiharkan sebagai Hari Hak Asasi Manusia Malaysia dengan dua forum dijadualkan berlangsung sepanjang minggu tersebut. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ketika mengumumkan demikian menyatakan bahawa tarikh tersebut adalah bagi memperingati ulangtahun kedua penubuhan badan bebas itu.
Hukum Penjara Mereka Yang Kafirkan Umat Islam di Terengganu 
KUALA TERENGGANU, Selasa 28 Ogos - Sesiapa sahaja yang didapati bersalah di negeri ini kerana mengkafirkan umat Islam kini boleh di denda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Isu Negara Islam: DAP beri peluang satu lagi pertemuan dengan Pas 
BERITA TERKINI
Oleh: DOUGLAS TAY
PETALING JAYA, Selasa 28 Ogos - Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi DAP malam ini membuat keputusan untuk mengadakan satu lagi pertemuan dengan Pas berhubung isu negara Islam dengan harapan ia akan dapat menyelamatkan pakatan parti-parti pembangkang dalam Barisan Alternatif (BA).
Jawatan Puteri Umno Wajar Dipertandingkan Kerana Ia Bukan NGO- Rafidah 
IPOH,Selasa 28 Ogos - Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berkata jawatan dalam Puteri UMNO wajar dipertandingkan kerana ia adalah badan politik dan bukan NGO .
Semua Wakil Rakyat BN Kena Kemuka Laporan Mulai Bulan Depan 
KUALA LUMPUR,Selasa 28 Ogos - Semua anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) perlu mengemukakan laporan bulanan mengenai kegiatan dan perkhidmatan untuk rakyat kawasan masing-masing kepada ibu pejabat BN mulai bulan depan.
Antara survival diri & survival bersama, mana satu pilihan DAP 
KOMENTAR: ROZAID RAHMAN
- Para pemimpin utama DAP rasa-rasanya telahpun membulatkan hati apabila mereka melangkah masuk ke bilik mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini untuk memutuskan masa depan mereka bersama Barisan Alternatif (BA). Isu mengenai ‘keahlian’ DAP dalam pakatan longgar barisan pembangkang itu menjadi begitu getir apabila Pas yang merupakan komponen utama dalam BA mencanangkan semula kempen terbuka mengenai rancangan mereka melaksanakan sistem pemerintahan negara Islam sekiranya mendapat mandat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan.
Bekas Set.Pol Tun Razak akan dilantik Ketua Pengarang Kumpulan NSTP 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Selasa 28 Ogos - Pengarah Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Tan Sri Abdullah Ahmad yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Abdul Razak kini telah disebut-sebut sebagai bakal ketua pengarang yang baru untuk kumpulan akhbar terbesar di Malaysia itu.
Jururawat HUSM fail saman RM100 juta terhadap doktor yang dituduh cuai 
KOTA BAHARU, Selasa 28 Ogos - Seorang jururawat Hospital Universiti Sains Malaysia memfailkan saman berjumlah RM100 juta di Mahkamah Tinggi terhadap seorang doktor kerajaan dan tiga pihak lagi kerana kecuaian dengan mendakwa dia telah terkena satu suntikan yang boleh menyebabkannya dijangkiti HIV.
Profesor dari UCLA berhujah mengenai keganasan & hubungannya dengan Islam 
DARI JENDELA MEDIA ASING
Susunan: ABU BAKAR RASHID
Akhbar Singapura, The Straits Times (ST) 27 Ogos, menyiarkan sebuah rencana yang agak menarik mengenai keganasan atau terrorism yang ditinjau dari pandangan seorang ilmuan Islam. Rencana dengan tajuk "Terrorism is at odds with Islamic tradition" (Keganasan tidak serasi dengan tradisi Islam) itu ditulis oleh Khaled Abou El Fadl, pemangku profesor di Fakulti Undang-Undang University of California, Los Angeles (UCLA) yang terkenal dan dihormati kerana kecemerlangan akademiknya.
Petikan 
Perdebatan mengenai pencapaian akademik pelajar Melayu tidak harus dipanjangkan dan harus dihentikan secepat mungkin. Semua pihak sebaliknya perlu duduk berbincang dan melaksanakan strategi tertentu untuk menyelesaikan masalah itu.Apa yang harus kita lakukan ialah memikirkan cara menyelesaikan dengan rancangan atau strategi tertentu, bukan melaung-laung ibarat meludah ke langit, kena muka sendiri.-kata Naib Canselor Universiti Malaya Prof Datuk Dr Anuar Zaini Mohamed Zain ketika merasmikan Wacana Ceder ke-2 di Universiti Malaya di sini Selasa.
Curut dan Jambang Fidel Castro Jadi Sasaran Pembunuh 
Bukan rahsia lagi bahawa Amerika Syarikat cukup “geli” dengan Cuba, negara komunis yang menjadi jiran terdekatnya. Kisah orang Cuba yang hendak mencari kebebasan melarikan diri dengan bot dan segala macam cara seperti kemasukan pendatang tanpa izin Indonesia ke Malaysia selalu dilaporkan oleh media massa Amerika. Pada 13 Ogos lalu, pemimpin Cuba yang karismatik, Fidel Castro menyambut harijadinya yang ke-75. Satu komentar wartawan CNN berbunyi : "The only positive thing that one can say about Castro is that he's 75 and doesn't have much longer to go on this road." Tetapi tahukah anda bahawa Fidel Castro sentiasa menjadi sasaran pembunuh upahan dan agen-agen rahsia tetapi kesemuanya gagal? Untuk ikuti kisah lanjut ini sila KLIK sekarang...
Apabila remaja dibenar curahkan isi hati… 
OLEH: INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos – Pengurusan KLCC akan menyediakan sudut khas untuk orang awam khasnya remaja mencurahkan apa sahaja melalui tulisan tidak lama lagi.
Kerajaan Negeri Kelantan nafi keluar arahan tutup Persatuan St John Ambulans 
KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos - Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menafikan bahawa ia telah mengeluarkan arahan menutup Persatuan St John Ambulans ataupun mana-mana kumpulan beruniform di semua sekolah. Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakhri Harun berkata, malah kerajaan negeri menggalakkan pertubuhan-pertubuhan beruniform bergerak aktif di sekolah kerana ia dapat memupuk semangat yang positif dalam masyarakat.
Kerajaan telah belajar dari kesilapan projek penswastaan pada masa lalu – Dr M 
KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan telah belajar daripada kesilapan masa lalunya berhubung projek penswastaan negara dan tidak akan melepaskan kawalannya untuk projek-projek yang akan diswastakan pada masa depan.
Penganalisa pasaran hairan ekonomi M’sia berkembang 0.5 peratus – Financial Times 
DARI JENDELA MEDIA ASING
Susunan: ABU BAKAR RASHID Tanpa diduga, ekonomi Malaysia masih mampu berkembang pada kadar 0.5 peratus untuk suku kedua tahun ini. Pertumbuhan pada kadar itu disifatkan oleh Financial Times (FT) 24 Ogos sebagai menghairankan mereka yang meramalkan bahawa Malaysia akan turut menderitai kemelesetan seperti jirannya, Singapura.
Rais Yatim dakwa laporan Suhakam tak ikut prosedur & bertujuan timbulkan sentimen politik 
OLEH: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini dituduh tidak mengikut prosedur yang sempurna dan hanya “main tangkap muat” ketika menjalankan siasatan dan temuramah dengan saksi berhubung peristiwa perhimpunan haram di Jalan Kebun berhampiran Lebuhraya Kesas November tahun lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Rais Yatim yang membuat dakwaan itu menambah, cara Suhakam merakamkan keterangan saksi berhubung peristiwa tersebut adalah dicurigai dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Gerakan Militan di Universiti: Hentikan dakwaan yang mengelirukan - Pemuda Keadilan 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos - Pergerakan Pemuda Keadilan Nasional (Keadilan) memandang berat dakwaan yang dibuat oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM)baru-baru ini berkenaan dengan penglibatan sebilangan pensyarah dan pelajarnya dengan gerakan Islam militan, radikal atau ektrimis. Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Mustafa Kamil Ayyub berkata dalam satu kenyataan hari ini, jika dakwaan tersebut terbukti benar, semua pihak yang berkaitan hendaklah mengkaji punca-punca dan setakat mana seriusnya gejala tersebut.
MAS rugi RM413.81 juta dalam tempoh tiga bulan 
KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos - Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) telah mencatatkan kerugian bersih RM413.81 juta dalam tempoh tiga bulan dari April hingga Jun tahun ini berbanding dengan RM128.02 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Petikan 
"Saya rasakan masalah gaji dan elaun bukan menjadi punca kakitangan tidak berpuas hati tetapi punca besar adalah hubungan antara ketua jabatan dengan pekerja," - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk N. Siva Subramaniam mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dalam temubual dengan pasukan komunikasi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) baru-baru ini mengenai masalah pengurusan sumber manusia menjadi punca yang lebih besar menyebabkan terdapat kakitangan perkhidmatan awam yang "anti-kerajaan" berbanding kecenderungan politik.
Apabila Anggota Parlimen India Mengamuk, Speaker Lontar Buku... 
KHABAR DARI BENUA HINDUSTAN
NEW DELHI, Ahad 26 Ogos – Sedang kita risau tentang bermacam-macam kelakuan ahli-ahli Parlimen di mana-mana negara di dunia ini, pengundi-pengundi di India mempunyai alasan yang lebih banyak untuk memarahi wakil-wakil rakyat mereka. Wakil-wakil rakyat di India sudah terkenal dengan kelakuan buruk dan kelakar mereka – ada yang meloncat-loncat dari kerusi mereka di dalam Parlimen, mengemukakan pertanyaan yang bukan-bukan, dan kadang-kala berlawan tumbuk.
Azalina beri amaran kepada anggota Puteri jangan bertanding jawatan bahagian tahun 2003 
ALOR SETAR, Sabtu 25 Ogos - Pergerakan Puteri Umno telah mengeluarkan arahan kepada semua anggotanya supaya tidak bertanding merebut apa-apa jawatan dalam pemilihan Umno bahagian pada tahun 2003. Ketua Penaja Puteri Umno, Azalina Othman Said berkata hari ini arahan tersebut dikeluarkan agar Puteri Umno lebih menumpukan perhatian kepada usaha-usaha membantu Umno menentang pembangkang.
Berita Buruk Bagi Pekerja: Hitachi, Toshiba & Fujitsu mula buang kakitangan di seluruh dunia 
Gergasi elektronik Jepun, Hitachi kini bersiap sedia untuk menyertai dua lagi pengeluar komputer dan barangan elektronik terkemuka dunia – Toshiba dan Fujitsu – dengan mengumumkan rancangan untuk memberhentikan 20,000 kakitangannya di seluruh dunia. KLIK sekarang untuk berita lanjut...
Lesen Jualan Langsung Kini Terlalu Banyak – Muhyiddin 
KUALA LUMPUR, Isnin 27 Ogos - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan memperketatkan syarat permohonan lesen jualan langsung bagi mencegah perniagaan berunsur skim cepat kaya. Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu dibuat kerana semakin banyak syarikat jualan langsung yang berdaftar menyeleweng daripada skim pemasaran asal selepas beroperasi untuk suatu jangka masa.
Pemimpin Umno yang disabit bukan hanya terbabit dalam politik wang 
KUALA LUMPUR, Sabtu 25 Ogos - Anggota-anggota Umno yang dikenakan hukuman atau dilucutkan jawatan oleh Lembaga Disiplin parti itu baru-baru ini bukan hanya disebabkan mereka terbabit dengan politik wang, kata pengerusi lembaga itu Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail.
Pemuda DAP batal kongres 9 September setelah terima bantahan keras 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY
PETALING JAYA, Ahad 26 Ogos – Pemuda Sosialis DAP yang mahu mengadakan pemilihan bebas bagi lima jawatan pentingnya menghadapi bantahan keras daripada “pihak-pihak tertentu” dan terpaksa membatalkan kongres yang dijadualkan berlangsung pada 9 September depan.
Suhu Perbalahan MCA Meningkat Dalam Isu Cawangan Hantu di PJ Utara 
Versi Terkini
LAPORAN OLEH: ALEX HOO
PETALING JAYA, Ahad 26 Ogos - Pertelingkahan di antara puak Presiden MCA Datuk Sri Dr. Ling Liong Sik dan puak Timbalan Presiden Datuk Lim Ah Lek meningkat satu suhu lagi apabila konflik kedua puak itu merebak ke MCA bahagian PJ Utara berikutan isu cawangan hantu didedahkan.
Tokoh Wartawan Indonesia Berpuisi di Malaysia: Yang Hadir Cuma 20 Orang 
KOMENTAR: WAN HAMIDI HAMID
Hanya sekitar 20 orang sahaja tetamu yang menghadiri majlis baca puisi wartawan dan sasterawan terkenal Indonesia Goenawan Mohamad di sini pada malam Khamis lalu. Daripada jumlah itu, tidak ada seorang pun yang bergelar “sasterawan” tersohor atau “penulis terkenal” meluangkan masa untuk sesi selama sejam bersama penulis, kolumnis dan penyair dari tanah Jawa itu, walaupun hampir berpuluh di kalangan mereka dijemput oleh penganjur
Umno Akan Timbang Rayuan Mereka Yang Kena Tindakan Disiplin - Mahathir 
KUALA LUMPUR, Ahad 26 Ogos – Presiden Umno Datuk Sri Mahathir Mohamad menegaskan bahawa pintu parti belum tertutup bagi 11 orang pemimpin peringkat bahagian yang diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin dan mereka boleh merayu kepada lembaga rayuan.
Zaman "3 Isteri 4 Gundik" Sudah Berlalu - Ketua Wanita Huazhong 
KUALA LUMPUR, Ahad 26 Ogos - Seorang pemimpin wanita Cina hari ini mahu semua pemimpin Cina dalam pertubuhan-pertubuhan sosial menonjolkan teladan dengan mengamalkan sistem “satu suami, satu isteri” kerana zaman “ tiga isteri empat gundik” sudah berlalu.
Anak Selangor yang lulus cemerlang dijamin dapat kerja di negeri sendiri - MB 
LAPORAN OLEH: ROSLAN BIAN KOTA KINABALU, Sabtu 25 Ogos - Anak Selangor yang berjaya dalam bidang pengajian masing-masing dijamin akan mendapat pekerjaan di negeri kelahiran mereka sendiri, demikian kata Menteri Besar Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo. Dr Khir berkata, rakyat Selangor terutama pelajar yang berjaya tidak perlu khuatir lagi untuk mendapatkan pekerjaan yang baik kerana kerajaan negeri kini mengutamakan anak kelahiran negeri itu untuk berkhidmat di Selangor.
Dalam Van Polis Pun Jadi….. 
LONDON, Jumaat 24 Ogos– Harapkan pagar, akhirnya pagar makan padi. Dua orang anggota polis di pekan Barnard Castle, Durham dibuang kerja kerana “buat kerja” dengan lapan orang gadis dalam van polis sewaktu menjalankan tugas rondaan.
DAP, BA & Negara Islam: Selasa depan jadi penentu muktamad 
LAPORAN: ROZAID RAHMAN
KUALA LUMPUR, Jumaat 24 Ogos - Jawatankuasa Pusat DAP, akan bermesyuarat Selasa (28 Ogos) ini untuk memutuskan masa depannya bersama Barisan Alternatif (BA). Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang berkata hari ini, mesyuarat itu akan menimbang sama ada mereka akan terus kekal bersama BA, keluar dari pakatan BA atau membentuk satu lagi pakatan asing dengan gabungan yang wujud sekarang.
Indonesia harus faham bebanan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara ini - Syed Hamid 
OLEH ZAID ZAIN
KOTA TINGGI, Sabtu 25 Ogos - Indonesia sewajarnya menghormati dan mematuhi hak sesebuah negara untuk memperkenalkan apa jua bentuk hukuman termasuk cadangan Malaysia menyebat pendatang tanpa izin dan majikan yang didapati bersalah, kata Menteri Luar, Datuk Sri Syed Hamid Albar hari ini.
Keseronokan bertukar kepada tragedi: Bapa Ellie ceritakan saat-saat kehilangan anaknya... 
KOTA KINABALU, Sabtu 25 Ogos - Ellie James yang ditemui meninggal dunia berhampiran puncak Gunung Kinabalu selepas hilang selama tujuh hari berhasrat mengambil cuti selama setahun dari pengajian tingginya untuk melakukan tugas-tugas sukarela di perkampungan terpencil Sabah serta melakukan kajian ke atas tumbuh-tumbuhan semulajadi, demikian dinyatakan oleh keluarganya dalam satu kenyataan semalam.
“Singapura Sebat,Perhubungan Dengan Singapura Bagaimana?”- PM 
IPOH,Sabtu 25 Ogos- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini tidak timbul cadangan Malaysia hendak menyebat pendatang tanpa izin boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia dan Indonesia kerana Singapura pun mengenakan hukuman sebat.
Sidang internet Tamil terbesar di dunia bermula esok di PWTC 
KUALA LUMPUR, Sabtu 25 Ogos - Persidangan dan pameran terbesar dunia mengenai Internet Tamil di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula esok. Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad akan merasmikan persidangan tiga hari itu yang dijangka dihadiri oleh kira-kira 800 perwakilan dari 10 negara.
Azim Zabidi bidas media massa: Tak akan letak jawatan di BSN 
VERSI TERKINI
Oleh INTAN RUSLI
KUALA LUMPUR, Jumaat 24 Ogos - Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang yang dilucutkan jawatan, Datuk Abdul Azim Zabidi, membidas pihak media kerana membuat laporan yang terpesong dari pertuduhan Lembaga Disiplin Umno terhadap dirinya. Dalam sidang akhbar petang ini, Azim membacakan keputusan Lembaga Disiplin yang menyebutkan dia cuma didapati menyalahguna kuasa dengan menganjurkan bersama Datuk Ruslan Ali Omar satu majlis dan perjumpaan jamuan di bangunan BSN itu yang membabitkan ahli-ahli Umno dengan pemilihan bahagian.
Laporan Suhakam menguji sejauh mana K'jaan Malaysia menghormati hak asasi - Asia Times 
DARI JENDELA MEDIA ASING
Susunan: ABU BAKAR RASHID
Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai cara polis menyuraikan orang ramai yang berhimpun di Lebuhraya Kesas berhampiran Jalan Kebun, November tahun lalu telah meletakkan tanggungjawab kepada kerajaan Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad untuk membuktikan sejauh mana ia menghormati suruhanjaya yang ditubuhkannya sendiri, kata akhbar yang berpengkalan di Bangkok, Asia Times (AT) hari ini (24 Ogos).
Memancing Dikena Lesen Mulai Tahun Depan 
KUALA LUMPUR, Jumaat 24 Ogos – Ribuan peminat hobi memancing tidak lama lagi tidak boleh lagi terus ke laut untuk memancing ikan begitu sahaja sebaliknya mereka akan diwajibkan mendapat lesen dari Jabatan Perikanan dan hanya dibenarkan menangkap setengah jenis ikan dan saiz tertentu sahaja.
Pencuri Laptop Di Mahkamah Semalam Bukan Anak Saya –Khalid Jafri 
KUALA LUMPUR, Jumaat 24 Ogos - Penulis buku sensasi 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM, Khalid Jafri hari ini menafikan laporan beberapa buah akhbar tempatan bahawa lelaki yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencuri sebuah komputer laptop, sebagai anaknya.
Saudagar kaya Hong Kong ramalkan golongan sederhana & pendapatan tinggi akan kehilangan kerja 
HONG KONG, Jumaat 24 Ogos - Saudagar yang terkaya di Hongkong, Li Ka-Shing hari ini memberi amaran bahawa pekerja-pekerja yang berpendapatan sederhana dan tinggi di wilayah pentadbiran khas (SAR) China itu akan kehilangan pekerjaan mereka tahun depan berikutan kegawatan ekonomi yang semakin buruk. South China Morning Post (SCMP) memetik ramalan beliau bahawa dalam tempoh enam bulan dan setahun yang akan datang masalah pengangguran akan menjadi lebih serius dan kuasa membeli golongan itu akan terjejas dengan teruknya.
Tidak Perlu Cara Militan Kerana Amalan Demokrasi Negara Sihat –Pak Lah 
KUALA LUMPUR, Jumaat 24 Ogos – Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hairan wujud kecenderungan untuk mengunakan cara militan sedangkan amalan demokrasi di negara ini adalah sihat dan baik tanpa memerlukan sesiapa menggunakan cara militan untuk memelihara keamanan.
Kemenangan awal untuk Taib Mahmud di Balingian? 
Oleh EDWARD SUBENG, Bernama
MUKAH (Sarawak), Jumaat 24 Ogos - Selama dua jam pada pagi Selasa lalu, 400 orang di pusat sivik di sini dihiburkan dengan permainan silat oleh para pesilat tempatan. Ia adalah majlis perasmian pesta silat selama tiga hari di wilayah tengah negeri ini oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Namun kejutan besar selepasnya ialah apabila pemimpin masyarakat, Temenggong Ali Suhaili mengumumkan bahawa Taib akan menjadi calon kawasan Balingian pada pilihan raya negeri yang dijangka diadakan bulan depan.
Henry & kakaknya Ellie menggigil empat jam di puncak Kinabalu sebelum mereka terpisah… 
KOTA KINABALU, Khamis 23 Ogos- Ellie James, gadis berusia 17 tahun yang ditemui meninggal dunia di atas curam berhampiran puncak Gunung Kinabalu setelah hilang selama tujuh hari berkemungkinan besar menemui ajalnya akibat terdedah kepada cuaca sejuk. Agensi Berita Reuters memetik sumber-sumber hospital sebagai berkata, walaupun laporan pihak patologis belum lagi dikeluarkan tetapi mereka mengesyaki hipotermia adalah punca kematian Ellie.
Isu DAP-Pas: Nik Aziz minta ahli Pas baca Harakahdaily & Malaysiakini saja… 
KOTA BHARU, Khamis 23 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata isu mengenai negara Islam sebenarnya cuba dihangatkan oleh media massa untuk menggambarkan hubungan di antara parti itu dengan DAP bertambah renggang. Sehubungan itu, beliau menasihatkan ahli dan penyokong Pas supaya tidak lagi membaca suratkhabar harian. Sebaliknya, kata Nik Aziz pemimpin dan penyokong Pas perlu menggunakan kemudahan internet seperti laman web Harakahdaily dan Malaysiakini untuk mendapatkan maklumat secara tepat.
Laporan Suhakam dapat dibincang selepas polis & JPM selesai kaji 
MELAKA, Khamis 23 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berharap pihaknya akan dapat membincangkan laporan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai insiden di Lebuh Raya Kesas-Jalan Kebun pada November lepas, dalam sehari dua lagi selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perdana Menteri selesai menelitinya.
Mat Sabu akan jadi ahli politik pertama dibicarakan selepas larangan ceramah umum berkuatkuasa 
KUALA KLAWANG, Khamis 23 Ogos - Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu akan menjadi ahli politik yang pertama dibicarakan atas kesalahan mengambil bahagian dalam ceramah politik tanpa permit selepas larangan ceramah dikuatkuasakan di seluruh negara awal bulan lalu.
Negara Islam: DAP beri akuan teruskan dialog tapi Pas mesti jawab kemusykilan sejelas-jelasnya 
KUALA LUMPUR, Khamis 23 Ogos - DAP hari ini memberi akuan bahawa ia akan tetap meneruskan perbincangan dan dialog dengan semua parti politik termasuk Pas dalam isu-isu negara dan masa depan masyarakat Malaysia yang majmuk. Pengerusinya Lim Kit Siang menegaskan, DAP tidak pernah menutup pintu perbincangan dengan mana-mana parti politik, kumpulan mahupun mana-mana pihak jika ia melibatkan masa depan negara dan rakyat.
Senyum selalu dan baik sangka pada orang…hidup kita akan aman-MB Selangor 
Tiba 18 Ogos genaplah setahun senario politik Selangor dikejutkan dengan pengumuman bahawa seorang doktor gigi yang baru penggal pertama menjadi ahli dewan undangan negeri dilantik sebagai menteri besar. Oleh kerana secara tiba-tiba diangkat ke atas dengan memintas semua nama besar dalam politik Umno Selangor, pasti ramai yang meneropong untuk menilai prestasinya. Ketika diwawancara oleh Penerbit AgendaDaily.Com, ROSLI ISMAIL baru-baru ini, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, sehingga hari ini beliau tidak tahu kenapa Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad memilihnya sebagai menteri besar. KLIK sekarang untuk ikuti interbiu penuh AgendaDaily dengan Dr Khir Toyo yang antara lain berkata; “Kalau nak menilai sesuatu cuba bayangkan terlebih dahulu bahawa apabila Tuhan turunkan hujan pun ada orang yang merungut…jadi apatah lagi kita sebagai manusia biasa."
Dr M tidak boleh menjustifikasikan tindakan polis Malaysia - PRM 
KUALA LUMPUR,Khamis 23 Ogos - Datuk Sri Dr Mahathir tidak boleh menjustifikasikan tindakan polis yang melanggari hak-hak asasi manusia ketika insiden perhimpunan haram di Jalan Kebun-Lebuhraya Kesas November lalu dengan mengatakan bahawa tindakan polis di Itali lebih keras dan kejam. Parti Rakyat Malaysia (PRM) dalam kenyataannya hari ini menegaskan, kekejaman dan ketidakadilan dalam apa jua bentuk sekali pun tidak boleh dijustifikasikan dengan membuat perbandingan dengan tahap kekejaman di negara lain.
Polis kini akan bekerja dalam tekanan kerana dipantau oleh Suhakam dan media asing - PM 
KUALA LUMPUR, Khamis 23 Ogos – Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, pasukan polis sememangnya tertekan semasa menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara kerana kini mereka perlu bimbang akan pemantauan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) serta wakil media asing yang sentiasa menunggu untuk mengambil gambar polis memukul orang awam.
Tom Cruise Belanja RM 800,000 Hibur Dua Anaknya Selama Empat Jam 
LOS ANGELES,Khamis 23 Ogos- Pelakon filem “Mission Impossible” , Tom Cruise membelanjakan lebih dari RM800,000 membawa dua orang anak angkatnya ke sebuah taman hiburan di California selama empat jam.
Umno: Lembaga Disiplin perlu jelas kesalahan individu untuk elak tohmahan 
Laporan Oleh: INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Khamis 23 Ogos – Kesalahan yang disabitkan ke atas pemimpin-pemimpin Umno bahagian dan cawangan oleh Lembaga Disiplin parti perlu di perjelaskan kepada ahli-ahli Umno untuk mengelak tohmahan dan salah anggap baik kepada individu terlibat mahupun kepada Umno.
Petikan 
Apabila merdeka, ia bukan bererti tamat sudah perjuangan bangsa, sebaliknya ia perlu diteruskan untuk mengisinya sehingga hari kiamat.Bangsa yang merdeka itu mesti menjadi bangsa yang berdaulat dan bermartabat, tidak guna merdeka tapi hidup masih miskin.Perpaduan orang Melayu menjadi faktor kekukuhan perpaduan nasional, dan sebab itulah orang Melayu sendiri perlu memastikan kewibawaan di tahap tinggi dan meyakinkan - kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu merasmikan Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan di Melaka Khamis.
Ellie James ditemui tertiarap di paras 4,090 meter selepas tujuh hari hilang 
VERSI TERKINI: KOTA KINABALU, Rabu 22 Ogos - Pasukan mencari dan menyelamat akhirnya menemui gadis Inggeris berusia 17 tahun, Ellie James yang hilang di puncak Gunung Kinabalu sejak tujuh hari lalu pada jam 10.21 pagi ini. Menurut jurucakap renjer Taman Negara Kinabalu, mayat Ellie ditemui berhampiran puncak St John pada paras 4,090 meter dari paras laut.
Isu Cawangan Hantu: Satu lagi EGM untuk MCA? 
Laporan Oleh: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Rabu 22 Ogos – MCA akan mengadakan satu lagi perhimpunan agung luarbiasa (EGM) pada 9 September depan tetapi di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara sahaja untuk membahaskan isu penubuhan 17 cawangan ‘hantu’. Setiausaha MCA Bahagian PJ Utara, Lim Choon Kin yang juga ahli Dewan Undangan Negeri bagi Damansara Utama telah mengeluarkan notis EGM itu menurut Perkara 70.2 Perlembagaan parti kepada 31 cawangannya.
Kit Siang: DAP hentikan dialog setelah Nik Aziz tak minat jawab persoalan tentang negara Islam 
KUALA LUMPUR, Rabu 22 Ogos – DAP ini hari ini mengingatkan Pas bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja mahu hegemoni kaum dalam politik negara ini ditamatkan tetapi mereka juga tidak ingin melihat fenomena itu digantikan oleh hegemoni agama yang dibawa oleh konsep negara Islam Pas. Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang berkata, pihaknya sudah beberapa kali bertanya kepada pemimpin-pemimpin Pas sama ada ia bercadang menggantikan perbezaan di antara bumiputra dan bukan-bumiputra dengan dikotomi baru di antara yang beragama Islam dengan bukan-Islam.
Laporan Siasatan Jalan Kebun: Suhakam dipengaruhi pemikiran ala Barat – Dr M 
KUALA LUMPUR, Rabu 22 Ogos - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan laporan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengenai perhimpunan haram di lebuh raya Kesas-Jalan Kebun tahun lepas banyak dipengaruhi oleh pemikiran Barat dan bukan bagi kepentingan negara.
Negara Islam Pas adalah pemerintahan demokrasi yang mengutamakan masyarakat majmuk – Hadi 
KUALA TERENGGANU, Rabu 22 Ogos- Menteri Besar Datuk Sri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, sistem pentadbiran Islam yang dicadangkan oleh parti itu adalah sebuah sistem pemerintahan "demokrasi yang mengutamakan kepentingan masyarakat majmuk". Katanya Pas akan melaksanakan perundangan Islam dengan mengambil kira kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini yang melindungi hak setiap kaum.
Sesuatu yang dikenalpasti sebagai zalim tak perlu dipertahankan - Suhakam 
KUALA LUMPUR, Rabu 22 Ogos - Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Hamdan Adnan hari ini menegaskan tidak ada pihak perlu mempertahankan sesuatu yang telah dikenal pasti sebagai zalim.
Suhakam tolak dakwaan PM: Rumusan hasil daripada fakta bukan pengaruh Barat – Tan Sri Anuar 
KUALA LUMPUR, Rabu 22 Ogos- Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menegaskan, badan bebas itu membuat rumusan hasil daripada fakta yang terbentang di hadapannya berhubung isu-isu hak asasi manusia yang tiada kaitan langsung dengan pemikiran ala Barat. Pesuruhjayanya, Tan Sri Anuar Zainal Abidin berkata; “Kami membuat rumusan semata-mata berdasarkan fakta-fakta yang terbentang di hadapan mata hasil daripada soal-siasat dan temuramah yang intensif dengan saksi termasuk polis.”
Umno: Kamaruddin Mohd Noor dilucut jawatan; Kes Fauzi Rahman ditutup sementara 
KUALA LUMPUR, Rabu 22 Ogos - Selepas Ketua Umno Bukit Bintang Datuk Azim Zabidi dilucutkan jawatannya kerana didakwa bersalah melanggar disiplin parti ketika pemilihan pucuk pimpinan bahagian Mei lalu, Lembaga Disiplin parti hari ini mengumumkan perlucutan jawatan Datuk Kamaruddin Mohd Noor sebagai ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan.
Untung-Rugi Industri Media Malaysia: Satu Analisis Semasa 
Industri media di Malaysia telah memberi tanda-tanda awal bahawa ia akan berhadapan dengan masa depan yang sukar dan penuh cabaran apabila pemain-pemain utama di pasaran mencatat kerugian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Dalang terbesar kepada kemuraman sektor media dipersalahkan di bahu pengiklan dan juga kenaikan harga kertas di pasaran antarabangsa.
Sembahyang Dua Imam Boleh Dikenakan Denda Atau Penjara 
PUTRAJAYA,Rabu 22 Ogos - Sekumpulan pelajar Universiti Malaya dan para penyokong sebuah parti politik yang dilaporkan menunaikan sembahyang dua imam di Masjid Al-Rahman dekat sini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Taufik Dilaporkan Akui Ahli KMM Dan Turut Bergiat Di Filipina 
JAKARTA,Selasa 21 Ogos - Rakyat Malaysia yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam pengeboman dua buah gereja dan sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini, Taufik Abdul Halim, 26, dilaporkan telah mengakui bahawa dia adalah anggota kumpulan militan KMM dan turut bergiat di Filipina selain di Malaysia dan Indonesia.
Petikan 
Setiap agensi persekutuan dan kerajaan negeri wajar mengadakan hari mesra rakyat, sehari dalam seminggu bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan masalah.Hari mesra itu bertujuan membolehkan orang ramai datang ke pejabat untuk bertemu ketua-ketua jabatan mahupun Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi melaporkan masalah yang mereka hadapi.Amalan hari mesra di Perak, Selangor dan Johor telah menunjukkan keberkesanan.Ini sesuatu yang kita galakkan supaya negeri-negeri lain ikut sama amalan tiga negeri itu untuk memudahkan orang ramai menyelesaikan masalah mereka.-kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman semasa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvensyen Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) 2001.Perak memperuntuk setiap Selasa, Selangor pada hari Jumaat dan Johor pula pada setiap Sabtu untuk orang ramai berurusan pada hari mesra itu.
Azmin kemuka petisyen untuk ketepikan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya 
KUALA LUMPUR, Selasa 21 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Kelang Mohamed Azmin Ali hari ini mengemukakan rayuannya berhubung hukuman penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen kerana memberi keterangan palsu. Petisyen itu difailkan di sini oleh Tetuan Praba dan Associates mengandungi 22 alasan mengapa hukuman penjara itu harus diketepikan.
DAP-Pas: Nik Aziz kesal tapi yakin ia dapat diatasi kerana orang DAP cerdik & berpelajaran 
KOTA BAHARU, Selasa 21 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan hari ini menyatakan rasa kesal dan tidak puas hatinya dengan sikap pemimpin DAP keras terus-menerus mengenakan pelbagai tekanan terhadap Pas berhubung konsep negara Islam. Bagaimanapun beliau yakin masalah yang timbul antara DAP dan Pas boleh diatasi kerana katanya "orang DAP ini orang cerdik dan berpelajaran".
Gadis Inggeris yang hilang di puncak Gunung Kinabalu tinggalkan kesan 
KOTA KINABALU, Selasa 21 Ogos - Pasukan mencari dan menyelamat yang kini sedang bertungkus lumus menjejaki gadis Inggeris berusia 17 tahun yang didapati hilang di puncak Gunung Kinabalu sejak enam hari lalu telah menemui kesan baru tapak kaki yang ditinggalkannya. Ini menambahkan lagi keyakinan bahawa gadis itu, Ellie James masih lagi hidup dan mungkin tidak dapat mencari jalan keluar dari puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.
Kes permohonan Habeas Corpus Nik Adli didengar 9 September 
KOTA BHARU, Selasa 21 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 9 September untuk mendengar permohonan 'habeas corpus' Nik Adli Nik Abdul Aziz, 34, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 4 Ogos lalu.
Pilihan raya Sarawak: Sah Taib Mahmud tanding di kawasan baru 
KUCHING, Selasa 21 Ogos - Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak mengumumkan hari ini bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bertanding di Balingian dan bukan lagi di Asajaya pada pilihan raya negeri akan datang.
Suhakam berhak kemuka cadangan; kabinet bincang esok 
VERSI TERKINI: KUALA LUMPUR, Selasa 21 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhak untuk mengeluarkan laporan hasil siasatannya dan mengemukakan cadangan bagi menangani masalah hak pencabulan hak asasi berhubung sebarang kejadian di negara ini.
Tuduhan Pas ibarat parti komunis: Presiden Gerakan kini terdedah ancaman saman 
KUALA LUMPUR, Selasa 21 Ogos - Pas tidak akan berdiam diri dengan dakwaan yang dibuat oleh Presiden Parti Gerakan, Datuk Sri Lim Keng Yeik yang menyamakan parti itu dengan parti komunis.dan akan mengemukakan tindakan saman. Ketua Penerangan Pas, Azizan Abdul Razak berkata hari ini, adalah tidak patut sama sekali seorang yang bertaraf seperti Lim membuat kenyataan serius seumpama itu.
“Saya bagaikan harimau yang tersungkur digertak anjing” – Lim Guan Eng 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY
KUALA LUMPUR, Selasa 21 Ogos – Prodigi DAP, Lim Guan Eng hari ini menolak pelantikan semula sebagai naib pengerusi kebangsaan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dengan meminjam peribahasa Cina yang mengibaratkan dirinya sebagai “harimau yang tersungkur digertak anjing”. Meskipun beliau tidak menyebut siapa “anjing” itu, para perwakilan yang bersidang di Kongres Kebangsaan Ke-13 DAP di Hotel Federal Sabtu dan Ahad lalu sedar bahawa pribahasa yang digunakan oleh Guan Eng itu ditujukan khusus kepada Ketua Pemuda Teng Chang Khim.
Cadangan Kontrak Akujanji Untuk Guru Terus Mendapat Bantahan  
KUALA LUMPUR,Isnin 20 Ogos - Cadangan Kementerian Pendidikan untuk menggubal peraturan "Akujanji" sebagai syarat kontrak perkhidmatan guru sekolah kerajaan terus mendapat bantahan.
Polis Sahkan KMM Ada Hubungan Dengan Gerakan Militan Di Indonesia 
KOTA KINABALU,Isnin 20 Ogos - Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai hari ini mengesahkan terdapat hubungan kerjasama antara Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dengan gerakan militan di Indonesia.
Di atas kealpaannya, nasib politik Azim Zabidi kini ibarat dipalu ombak… 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Isnin 20 Ogos - Di atas sekeping kertas, nasib politik ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azim Zabidi kini ibarat dipalu ombak. Di atas kealpaan yang sedikit, beliau menerima padah yang besar. Keputusan Lembaga Disiplin Umno untuk melucutkan jawatannya sebagai ketua Umno Bahagian Bukit Bintang yang dimenanginya Mei lalu secara logiknya boleh dikatakan telah melenyapkan masa depan politik seorang tokoh muda yang suatu ketika dahulu dilihat sebagai bakal pemimpin pelapis negara.
K'jaan akan teliti laporan Suhakam - TPM 
MELAKA, Isnin 20 Ogos - Kerajaan akan meneliti laporan siasatan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengenai insiden pencabulan hak asasi ke atas orang-ramai yang berkumpul dalam satu perhimpunan berhampiran Lebuh Raya Kesas November tahun lalu. Menurut Agensi Berita Nasional (Bernama), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata bukannya mudah bagi polis untuk menjalankan tugas terutamanya sewaktu perhimpunan haram.
Kakitangan KWSP akan piket tiga hari di seluruh negara 
KUALA LUMPUR, Isnin 20 Ogos- Kesatuan Kakitangan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang tidak berpuas hati dengan Skim Sistem Saraan mereka, akan mengadakan piket selama tiga hari mulai 4, 5 dan 6 September depan setelah Kementerian Kewangan gagal memberikan penjelasan berkenaan tuntutan pelarasan gaji mereka.
Pakai baju dengan wajah Anwar tak boleh dijadikan alasan untuk tahan orangramai - Suhakam 
KUALA LUMPUR, Isnin 20 Ogos – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menegaskan bahawa seorang remaja tidak boleh dianggap bersalah atau melanggar undang-undang hanya kerana dia memakai kemeja-T yang mempunyai gambar atau wajah Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Peristiwa Jalan Kebun: Suhakam salahkan polis cabul hak asasi manusia 
Oleh; WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Isnin 20 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini mengkritik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disifatkan telah mencabuli hak asasi manusia dalam lapan aspek ketika menangani peristiwa perhimpunan di Jalan Kebun berhampiran Lebuh Raya Kesas pada 5 November tahun lalu. Serentak dengan itu, dalam laporan setebal 66 halaman yang dikeluarkan petang ini, Suhakam juga menuduh polis berat sebelah dalam menguatkuasakan undang-undang pada kejadian itu.
Suhakam prihatin dengan anggota polis 
Laporan Oleh DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Isnin 20 Ogos – Panel Suhakam yang menyiasat pencabulan hak asasi manusia berhubung pertelingkahan orangramai yang menyertai satu perhimpunan dengan anggota polis di Jalan Kebun, Klang, November tahun lalu turut menunjukkan prihatinnya terhadap anggota-anggota polis yang “ tidak cukup rehat dan makan”.
Pas tukar taktik dan cara - Straits Times Singapore 
Dari Jendela Media Asing SUSUNAN: ABU BAKAR RASHID Kali ini Pas kelihatan menukar taktik atau cara pendekatannya. Kali ini Pas menukar taktik kepada cara yang lebih lembut dalam menghadapi pengharaman ceramah politik. Pas mengambil pendirian tidak berkonfrontasi atau turun ke jalan raya untuk menunjukkan protes. Di sebalik kesediaan untuk berbincang, Pas sebenarnya lebih menjurus kepada usaha untuk memulihkan imejnya. Parti itu sedar, aktiviti kumpulan militan dan perang jihad yang cuba dikaitkan dengannya telah mula menghantui rakyat bukan Islam.
Petikan 
Cadangan melaksanakan akujanji sebagai syarat kontrak perkhidmatan guru sekolah kerajaan bukan sesuatu yang memberatkan atau yang boleh memalukan profesion perguruan, Cadangan itu timbul kerana terdapat sebahagian kecil guru yang didapati menentang kerajaan. Sungguhpun bilangan itu kecil namun ini tidak boleh dianggap tidak berbahaya kerana ia umpama api yang perlu dipadamkan ketika masih kecil.-kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Abdul Aziz Samsuddin. kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu di Kuala Lumpur. Beliau hairan mengapa perkara itu menjadi kontroversi sedangkan ia mempunyai tujuan yang baik bagi profesion perguruan serta masyarakat terutama untuk masa depan.
Anak Nik Aziz kemuka permohonan Habeas Corpus supaya dibicarakan 
KOTA BAHARU, Ahad 19 Ogos - Anak Menteri Besar Kelantan Nik Adli Nik Abdul Aziz yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini memfailkan permohonan habeas corpus bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya beliau dibicarakan atas kes yang dihadapinya.
Cadangan Kontrak Akujanji Untuk Guru Terus Mendapat Bantahan 
KUALA LUMPUR,Isnin 20 Ogos - Cadangan Kementerian Pendidikan untuk menggubal peraturan "Akujanji" sebagai syarat kontrak perkhidmatan guru sekolah kerajaan terus mendapat bantahan.
DAP bersedia hadapi pilihan raya umum sebatang kara - Teng Chang Khim 
KUALA LUMPUR, Ahad 19 Ogos - DAP tidak menghadapi sebarang masalah untuk menghadapi pilihan raya umum sebatang kara sekiranya ia membuat keputusan keluar dari Barisan Alternatif (BA) akibat kebuntuan isu negara Islam yang didokong oleh Pas. Ketua Pemudanya, Teng Chang Khim berkata, sebelum BA, DAP sudah lebih 30 tahun aktif sendirian tanpa menyertai mana-mana gabungan dalam menghadapi pilihan raya umum.
Kekal atau Keluar BA: Kongres DAP serah mandat pada pimpinan 
TERKINI: OLEH DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Ahad 19 Ogos - Lebih 300 orang perwakilan Kongres Kebangsaan DAP malam ini menyerahkan mandat sepenuhnya kepada Jawatankuasa Kerja Pusat baru parti itu untuk terus berunding dengan Pas tentang penubuhan negara Islam atau menarik diri dari Barisan Alternatif (BA). Setiausaha Agung DAP, Kerk Kim Hock memberitahu sidang akhbar di akhir kongres itu, usul yang dibentangkan Pengerusi Nasional Lim Kit Siang dan disokong timbalannya Karpal Singh itu diluluskan setelah 40 orang perwakilan membahaskannya.
Media asing punca kelembapan pelaburan asing di Asia & Afrika – PM 
KAMPALA, Isnin 20 Ogos - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad menegur media asing kerana terus-menerus menyiarkan laporan buruk mengenai Malaysia dan Afrika yang telah mengusir para pelabur berpotensi.
Pak Lah bidas Hadi dakwa kes KMM sengaja ditimbulkan 
KEPALA BATAS, Ahad 19 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa pendedahan kerajaan mengenai kegiatan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) sebagai sengaja diadakan.Timbalan Perdana Menteri berkata masalah yang timbul daripada isu KMM itu ialah masalah keselamatan negara.
Penasihat PM yang dikenali sebagai ‘Dr No’  
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad benar-benar serius menyusun semula syarikat-syarikat korporat yang dilahirkan oleh Persyarikatan Malaysia. Tetapi belum sempat penganalisis menyudahkan ulasan mereka terhadap apa yang berlaku dalam Renong dan Penerbangan Malaysia, Dr Mahathir sekali lagi mencipta kejutan apabila Datuk Sri Abdul Rahman Maidin yang begitu glamor dengan publisiti meluas melalui rangkaian media cetak dan elektroniknya dicabut kuasa eksekutif dalam sekelip mata dari MRCB.
From Prince to Prisoner bukan tujuan menghasut… 
LAPORAN OLEH LIAISMA: KUALA LUMPUR, Ahad 19 OGOS - Penulis buku From Prince To Prisoner, Raja Petra Kamarudin, pengarah Free Anwar Campaign (FAC) memberitahu, pihak berkuasa tidak perlu takut atau bimbang dengan buku terbarunya itu kerana beliau meyakini hampir 70 peratus ahli Umno dan pegawai kerajaan juga menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) secara senyap.
Pas Tunggu Keputusan Kongres DAP Sebelum Buat Pendirian 
MARANG, Ahad 19 Ogos - Pas mahu menunggu keputusan Kongres Kebangsaan DAP ke-13 hari ini sebelum menyatakan pendiriannya terhadap isu penubuhan negara Islam yang menimbulkan perbalahan antara dua parti pembangkang itu
Petikan 
"Mereka yang tidak sukakan Malaysia tentunya akan berkata ia sebuah negara tidak demokratik. Hakikatnya ialah sejak kemerdekaan, Malaysia mengendalikan 10 pilihanraya dan ramai calon pembangkang telah menang malahan dua negeri kini dikuasai oleh mereka. Jika kami tidak demokratik, pembangkang tidak akan menang. Pembangkang telah meminta bantuan negara-negara asing tertentu dan media Barat, dan mereka telah membidas kami kononnya kami tidak demokratik. Bagi mereka, demokrasi bermakna bahawa setiap kali pilihanraya diadakan, kerajaan perlu ditukar. Bagi kami, demokrasi bermakna semua orang bebas memilih kerajaan. Jika tidak sukakan kami, pilihlah yang lain." - Dr Mahathir Mohamad dalam sidang akhbar di akhir lawatan empat harinya ke Yemen.
DAP perlu buat reformasi menyeluruh - Kerk Kim Hock 
KUALA LUMPUR, Sabtu 18 Ogos – DAP perlu menjalani reformasi dari atas hingga ke bawah dan dari bawah hingga ke atas sekiranya ia mahu mengamalkan budaya politik baru dan bersesuaian dengan kehendak masa dan rakyat. Setiausaha Agungnya Kerk Kim Hock berkata, DAP tidak kekurangan rancangan tindakan yang konkrit tetapi apa yang diperlukan sekarang ialah bakat dan tenaga kerja yang berani melaksanakan usaha reformasi itu.
Industri Bahan Lucah Dunia Bernilai RM 76 Billion Setahun... 
Lebih satu perempat rakyat Britain yang menggunakan internet didapati melayari laman web lucah. Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pemantau internet, NetValue juga mendapati bahawa 3,879 dari 9,411 laman web yang dilawati sepanjang bulan Jun adalah laman web lucah. Lebih memeranjatkan didapati bahawa golongan pelajar antara pelayar terbesar laman web berkenaan. Dari segi perbandingan bagi seluruh benua Eropah orang Jerman nampaknya mempunyai selera terbesar untuk laman web lucah diikuti oleh Norway, Sweden, Spain, Denmark, Britain, Peranchis dan Itali. Kegilaan ini sudah melangkah jauh hingga rancangan berita dilucahkan melalui pengenalan “Naked News”yang meletup. Bayangkan pembaca berita tanggal pakaian depan kamera. Kebimbangan timbul di negara-negara Barat terhadap gejala yang semakin popular ini. Klik sekarang untuk ikuti rencana penuh mengenainya..
Keadilan Dalam Hati Masyarakat Tionghua 
Masyarakat Tionghua merupakan satu masyarakat yang bersifat pelbagai. Tidak seperti orang Melayu yang hanya beragama Islam, orang-orang Tionghua mempercayai berbilang agama seperti Buddha, Kristian, Tao, Islam dan kepercayaan animisme. Maka konsep “keadilan” dalam lubuk hati orang Tionghua adalah berbeza-beza dari satu orang ke satu orang yang lain. Namun demikian, oleh kerana kebanyakan orang Tionghua adalah berlatarbelakangkan pendidikan bahasa Cina, jadi layanan kerajaan atau mana-mana parti politik terhadap akhbar-akhbar Cina, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan-pertubuhan Cina senantiasa dijadikan ukuran oleh masayarakat itu untuk menguji erti kata “keadilan”. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Nasional NG LUM YONG menulis...
Kit Siang minta Pas tolak ansur jika hendak selamatkan pakatan BA 
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Sabtu 18 Ogos – DAP yang amat terganggu oleh ketegasan Pas untuk mendirikan sebuah negara Islam di Malaysia jika mereka berpeluang memerintah telah meminta parti itu bertolak-ansur dengan menerima hakikat bahawa konsep negara Islam tidak dapat dilaksanakan di negara ini yang diduduki oleh lebih 40 peratus rakyat bukan-Islam.
Pucuk Pimpinan DAP: Semua muka lama menang 
KUALA LUMPUR, Sabtu 18 Ogos - Lapan belas muka lama termasuk dua calon Melayu dan dua tokoh baru dipilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat DAP yang bakal berunding secara langsung dengan Pas tentang konsep negara Islam. Pemangku Setiausaha Pengelola parti Tan Kok Wei memberitahu sidang akhbar petang ini bahawa ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun mendahului senarai pemenang dengan mendapat 336 undi dan beliau diikuti pemimpin veteran DAP iaitu bekas ahli Parlimen Bayan Baru Ahmad Nor yang mendapat 334 undi.
Kongres DAP sedikit kecoh apabila Guan Eng tarik diri 
OLEH DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Sabtu 18 Ogos - Naib Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang pernah dipenjarakan di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan menarik diri dari pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat parti hari ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi undang-undang.
Mufti & ulama diminta jelaskan konsep jihad yang sebenar 
KUANTAN, Sabtu 18 Ogos - Para mufti di negara ini diminta memainkan peranan penting dan aktif dalam memberikan penjelasan mengenai konsep sebenar "Jihad" kepada orang-ramai. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata, tanpa penjelasan itu orang-ramai, terutamanya yang taksub dengan fahaman atau konsep jihad, akan mudah dikelirukan.
Polis Melbourne siasat kematian pelajar Malaysia 
MELBOURNE, Sabtu 18 Ogos - Polis Melbourne kini sedang menyiasat kematian seorang pelajar Malaysia yang menjadi mangsa kemalangan langgar lari di pinggir Frankston hujung minggu lepas.
Putera Jefri dari Brunei terpaksa terima saman RM2.18 bilion 
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 18 Ogos - Belum pun habis dirundung malang dan malu apabila harta-harta milik syarikat Putera Jefri – adik kepada Sultan Brunei – dilelong minggu lalu, kini putera raja itu terpaksa pula menerima saman berjumlah RM2.18 bilion daripada pihak-pihak yang pernah berurusniaga dengannya di luar negara.
Beberapa perkara menarik akan dapat disaksikan dalam Kongres K’saan DAP 
LAPORAN OLEH: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Jumaat 17 Ogos – Kongres Kebangsaan Ke-13 DAP yang bermula esok akan membawa beberapa pembaharuan “budaya politik” dan yang paling menarik ialah para perwakilan akan menyanyikan lagu parti dalam bahasa Malaysia Bersatu Bertindak Berjaya buat pertama kalinya.
Enam ketua Umno Cawangan di Wangsa Maju tidak daftar sebagai pemilih 
LAPORAN OLEH: INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Jumaat 17 Ogos - Ketua Umno Wangsa Maju, Datuk Astamam Abdul Aziz mendedahkan enam ketua Umno cawangan dan tiga daripadanya adalah Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) di bahagian tersebut masih tidak mendaftar sebagai pengundi. “Kita (Umno Wangsa Maju) mempunyai 68 cawangan dan enam daripada ketua cawangan dan tiga daripadanya AJK bahagian tidak mendaftar diri sebagai pengundi, jelas sekali menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab ahli yang menggelar dirinya pemimpin,?katanya.
KDN kenalpasti 10 akhbar politik tanpa permit di pasaran sekarang 
IPOH, Jumaat 17 Ogos - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa menghadapi kesukaran untuk mengesan penerbit akhbar-akhbar tabloid dan pengeluar video cakera padat (vcd) berunsur politik yang diterbitkan tanpa permit kerana mereka menggunakan alamat palsu.
Kerajaan akan lupuskan 30 % sahamnya dalam Malaysia Airports kepada pengendali dari Belanda 
KUALA LUMPUR, Jumaat 17 Ogos - Kerajaan kini dalam proses terakhir untuk menandatangani perjanjian awal untuk menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Berhad kepada pengendali lapangan terbang Belanda, Schiphol Group, demikian menurut laporan agensi berita hari ini.
Kumpulan Mujahidin: Polis Buru Lima Orang Termasuk Bekas Jurutera  
KUALA LUMPUR, Jumaat 17 Ogos – Polis sedang memburu lima orang termasuk seorang bekas jurutera dan dua orang pendakwah bebas rakyat Indonesia yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan mengenai pelbagai kes jenayah termasuk pembunuhan Anggota Dewan Undangan Negeri Lunas Dr Joe Fernandez.
Media asing sifatkan pengharaman vcd politik sebagai perang besar ke atas pembangkang 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID
Mula-mula, video cakera padat (vcd) lucah digempur. Penjualan VCD lucah yang begitu terbuka dianggap punca kepada jenayah seks. Ketika itu, tidak ramai yang menyangka tindakan tersebut hanyalah suatu permulaan kepada suatu peperangan yang lebih besar. Hanya minggu hujung lalu barulah para pemain politik dan mereka yang terlibat dalam dunia politik mula menyedari bahawa suatu peperangan yang lebih besar sedang dilancarkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad.
Pecah Rahsia Rasmi: Nasib Ezam ditentukan 10 September  
KUALA LUMPUR, Jumaat 17 Ogos - Ketua Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Mohamad Ezam Mohd Nor, yang kini sedang menjalani hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun akan mengetahui untung nasibnya dalam kes perbicaraan berhubung Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada 10 September depan.
SURAT LAMAN UTAMA: Kepada DAP, tanyalah diri sendiri, selepas ini apa pula… 
DARIPADA: LEE YUEN YAW Sebagai pengikut politik DAP dari generasi pelapis kedua (era 1980an) saya pada mulanya merasa amat terpengaruh dengan ketegasan pucuk pimpinan parti atau mereka yang diamanahkan memimpin parti di peringkat bahagian mengemukakan satu resolusi yang meminta parti ini memisahkan diri mereka dari Barisan Alternatif (BA).Tetapi setelah saya kembali rasional daripada dicengkam rasa emosi dan pemikiran sempit chauvanisma diri, maka saya menjadi gementar dengan apa yang cuba diketengahkan oleh resolusi tersebut.
Wan Azizah jawab tuduhan Washington Times ke atas suaminya 
KUALA LUMPUR, Jumaat 17 Ogos - Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menafikan sebarang pembabitan dan hubungan suaminya, Datuk Sri Anwar Ibrahim dengan kumpulan fundamentalis radikal Islam sepertimana yang dilapor dan didakwa oleh sebuah akhbar yang berpangkalan di Washington DC semalam. Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini bagi menjelaskan isu tersebut berkata, tulisan itu amat jelas sekali berniat jahat dan mempunyai motif untuk menjejaskan kredibiliti Anwar di arena antarabangsa.
Petikan 
Pendekatan Umno dalam bidang pendidikan itu tidak seharusnya disalahanggap oleh kumpulan tertentu sebagai tidak Islam.Ini adalah misi kita dan pendekatan ini paling menepati kehendak agama kita.Agama Islam pun bermula dengan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan ayat Iqra' iaitu bacalah.- kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada persidangan media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno Terengganu Jumaat
Washington Post kritik hebat tindak-tanduk politik Dr M 
Dari Jendela Media Asing
Susunan: ABU BAKAR RASHID
Dengan apa juga ukuran, kata Washington Post (WP) – akhbar harian paling berpengaruh di Amerika Syarikat - kebangkitan pembangkang di Malaysia telah menjadikan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad "semakin gementar". Walaupun Barisan Nasional (BN) pimpinan Dr Mahathir yang "berorientasikan sekular" menguasai dua pertiga majoriti di dalam parlimen, tetapi akhbar itu melihat parti-parti pembangkang semakin menembusi pangkalan kuasa BN sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Industri Bahan Lucah Dunia Bernilai RM 76 Billion Setahun... 
Lebih satu perempat rakyat Britain yang menggunakan internet didapati melayari laman web lucah. Satu kajian yang dijalankan oleh syarikat pemantau internet, NetValue juga mendapati bahawa 3,879 dari 9,411 laman web yang dilawati sepanjang bulan Jun adalah laman web lucah. Lebih memeranjatkan didapati bahawa golongan pelajar antara pelayar terbesar laman web berkenaan. Dari segi perbandingan bagi seluruh benua Eropah orang Jerman nampaknya mempunyai selera terbesar untuk laman web lucah diikuti oleh Norway, Sweden, Spain, Denmark, Britain, Peranchis dan Itali. Kegilaan ini sudah melangkah jauh hingga rancangan berita dilucahkan melalui pengenalan “Naked News”yang meletup. Bayangkan pembaca berita tanggal pakaian depan kamera. Kebimbangan timbul di negara-negara Barat terhadap gejala yang semakin popular ini. Klik sekarang untuk ikuti rencana penuh mengenainya..
Jakim diarah siasat penjualan tanah kubur di Kedah 
KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos- Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) akan diminta menyiasat penjualan tanah kubur di sebuah kariah di Alor Setar Kedah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin.
Kebakaran DTC UM: Belum ada laporan rasmi dari polis - TPM 
PUTRAJAYA, Khamis 16 Ogos - Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai punca kebakaran yang memusnahkan Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM) pada 29 Jun lalu kerana masih belum menerima laporan penuh daripada polis mengenainya.
Pak Lah sambut baik cadangan Pas untuk muzakarah dengannya 
Laporan Oleh: DOUGLAS TAY
KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos – Umno akan menyambut baik sebarang usaha segera untuk berdamai di kalangan orang Melayu sebagaimana yang terbaru dicadangkan oleh Pas, kata Datuk Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi hari ini. Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan anggota-anggota Jawatankuasa Pengurusan Umno mengenai surat Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor yang meminta pertemuan segera dengan beliau (Abdullah).
Pas akan cabar penahanan 10 orang di bawah ISA di mahkamah 
KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos - Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak akan berdiam diri berhubung isu penangkapan beberapa pemimpin Pemudanya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan cuba menjalankan gerakan militan ala Afghanistan di Malaysia sebaliknya sedang bersiap sedia untuk mengemukakan tindakan undang-undang.
Pas akan cabar penahanan 10 orang di bawah ISA di mahkamah 
KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos - Parti Islam SeMalaysia (Pas) tidak akan berdiam diri berhubung isu penangkapan beberapa pemimpin Pemudanya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan cuba menjalankan gerakan militan ala Afghanistan di Malaysia sebaliknya sedang bersiap sedia untuk mengemukakan tindakan undang-undang.
Proses daftar pemilih sepanjang tahun mulai 2002 
KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan mengadakan proses pendaftaran pemilih sepanjang tahun mulai tahun depan, kata Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri Datuk Noh Omar.
Tak peduli maut asalkan boleh masuk... 
LAPORAN OLEH: ROSLAN BIAN PELABUHAN KLANG, Khamis 16 Ogos - Tragedi rakyat Indonesia yang mati lemas ketika cuba menyeludup ke negara ini apabila tongkang atau bot yang mereka naiki karam, masih tidak menakutkan mereka malah ramai yang sanggup berbuat demikian asalkan boleh masuk dan bekerja di negara ini.
The Post-Daim Era & Haprak Politics... 
It has been such a long time since I last updated my web site that I was recently asked very discreetly (by e-mail, not over the telephone) by a journalist friend whether it is true that the PM has a trump card on me, or in other words, has silenced me. Apparently, my absence from the web is because, according to the talk heard by my journalist friend, that I have been alienated a large piece of land in Johor and the PM knows about it. And that is the trump card that he has over me! It is not fair to blame the PM for even my present bout of laziness and it has been really just that that I have not been writing.
‘Keluarga saya rapat dengan keluarga Anwar sejak dahulu lagi’ – Saidatul Badru Tun Said Keruak  
Wawancara petang itu di rumah beliau di Bukit Pantai, Bangsar tertangguh dengan satu panggilan telefon. Sungguhpun saya tidak mendengar topik yang dibualkan namun dari air muka yang berubah riang mesra kepada agak sugul, saya menyangka sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Tepat dugaan saya. Anak saudaranya yang berusia 10 tahun sedang sakit agak serius di Kota Kinabalu. “Memang saya sangat risau kalau keluarga saya atau kawan yang rapat dengan saya atau mana-mana ahli keluarga sakit atau bermasalah, saya rasa mahu terbang saja ke sana sekarang juga,” kata Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak. Atas sifat keprihatinan itu jugalah mungkin ramai yang akan mengerti mengapa Saidatul mengambil keputusan untuk berada di sisi Dr Wan Azizah Wan Ismail tatkala suaminya Datuk Sri Anwar Ibrahim terpenjara. Ikuti wawancara penuh INTAN RUSLI dengan beliau...
“Saya Bukan Penulis Hantu di Utusan” – Zam 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos– Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan Datuk Zainuddin Maidin hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah membuat ulasan dalam mana-mana media mengenai desas-desus kemungkinan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam hendak kembali aktif dalam politik. “Baik secara lisan atau bertulis saya tidak pernah menyentuh soal itu,” tegasnya.
Washington Times pula ingatkan Amerika jangan sokong Anwar 
WASHINGTON DC, Khamis 16 Ogos - Amerika Syarikat diberi amaran supaya jangan tertipu untuk kali ketiga dengan menyokong usaha bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk memusnahkan kestabilan kerajaan Malaysia, kerana negara maju itu pernah terperangkap dengan dua pengalaman pahit di Iran dan Afghanistan yang ditadbirkan fundamentalis Islam yang radikal.
Untung-Rugi Industri Media Malaysia: Satu Analisis Semasa 

Industri media di Malaysia telah memberi tanda-tanda awal bahawa ia akan berhadapan dengan masa depan yang sukar dan penuh cabaran apabila pemain-pemain utama di pasaran mencatat kerugian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Dalang terbesar kepada kemuraman sektor media dipersalahkan di bahu pengiklan dan juga kenaikan harga kertas di pasaran antarabangsa.
Caruman terkumpul KWSP sehingga Jun ialah RM177.9 bilion 
KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos - Caruman terkumpul Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga Jun lepas ialah sebanyak RM177.9 bilion, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chan Kong Choy hari ini. Jumlah itu merupakan caruman daripada 10.1 juta anggota dengan bilangan majikan berdaftar sebanyak 324,965, katanya semasa menjawab soalan Senator Hassan Shukri (Pas) pada persidangan Dewan Negara.
J’kuasa Khas Pemuda MCA siasat pergaduhan di perhimpunan agung terima tekanan luar biasa 
Laporan Oleh: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos – Jawatankuasa Khas Pemuda MCA yang diketuai Setiausaha Agung barunya, Liow Tiong Lai, menyiapkan “catatan keterangan saksi” petang ini berhubung dengan pergaduhan di perhimpunan agung pergerakan itu setelah menyoal 20 orang ahli dan perwakilan yang terbabit. Bagaimanapun, sumber-sumber memberitahu AgendaDaily bahawa jawatankuasa khas itu menghadapi tekanan yang luarbiasa dalam menjalankan penyiasatannya kerana pergaduhan tersebut membabitkan dua puak.
Kabinet setuju tindakan Tabung Haji naikkan tambang haji 
KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos - Kabinet hari ini membuat keputusan untuk mengekalkan kenaikan tambang haji tahun depan antara RM860 dan RM990 seorang berikutan tambahan kos operasi termasuk tambang kapal terbang dan penginapan yang tidak dapat dielakkan lagi.
Kementerian keluar surat rasmi benarkan presiden mahasiswa UM sambung belajar 
EKSKLUSIF Oleh: INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos – Presiden Persatuan Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (PPMUM), Mohd Fuad Mohd Ikhwan telah mendapat kebenaran rasmi dari Kementerian Pendidikan untuk menyambung semula pengajiannya bermula Isnin lalu.
Membenarkan Kit Siang memimpin DAP semula: Satu kesilapan atau situasi terdesak? 
KOMENTAR: ROZAID RAHMAN Tiada siapa pun yang mengikuti perkembangan politik DAP mahu mempertikaikan bahawa Kit Siang adalah seorang pemimpin yang ulung, dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan kerana prinsip dan dasar perjuangannya. Malah semua pihak boleh memahami seandainya kehadiran Kit Siang di sisi Kerk adalah untuk memandu dan memimpinnya dalam mengendalikan urusan parti. Tetapi sekali lagi ia adalah satu kesilapan besar seandainya jurupandu itu terus memandu kenderaan tanpa membenarkan pemandu yang diuji menguji kemampuannya memandu pula.
Tahanan ISA adalah Kumpulan Mujahidin Malaysia bukan Kumpulan Militan Malaysia – Bukit Aman 
KUALA LUMPUR, Khamis 16 Ogos - Polis Diraja Malaysia mengekalkan istilah Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) walaupun akhbar-akhbar tempatan termasuk agensi berita nasional Bernama sejak dua hari lalu menukar nama KMM sebagai Kumpulan Militan Malaysia dalam setiap laporan mereka.
Tim.Menteri Perumahan dakwa kebakaran DTC perbuatan sabotaj 
KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas hari ini mengumumkan bahawa kebakaran yang memusnahkan bangunan bersejarah – Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya (UM) pada 29 Jun lalu adalah perbuatan sabotaj.
Tindakan memperkenalkan meritokrasi tidak terlewat - Pak Lah 
KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos – Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi malam ini menegaskan bahawa Umno sama sekali tidak ketinggalan atau terlewat dalam memperkenalkan sistem meritokrasi bagi pengambilan pelajar-pelajar bumiputra ke institusi-institusi pengajian tinggi.
Letupan Bom : Polis Indonesia Buru Tiga Lagi Rakyat Malaysia 
Penglibatan rakyat Malaysia dalam beberapa kejadian letupan bom di Jakarta semakin terbongkar. Setelah dikejutkan dengan penangkapan bekas pelajar Universiti Teknoloji MARA (UITM), Taufik Abdul Halim dari Kluang, Johor, polis Indonesia percaya ada lagi rakyat Malaysia yang terlibat.
Peristiwa di hari jadi Anwar dapat liputan menyeluruh media-media asing 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Perjuangan untuk reformasi politik mesti diteruskan walaupun disekat dan ditekan. Itulah pesanan Datuk Sri Anwar Ibrahim dari dalam penjara sempena hari jadinya yang ke-54 Jumaat lalu, British Broadcasting Corporation (BBC) melaporkan. Sambutan hari jadi Anwar pada Jumaat lalu tetapi disambut oleh para penyokongnya pada hari Ahad di Sungai Buloh diberi liputan meluas dan terperinci oleh media-media antarabangsa utama termasuk Reuters, AP, BBC dan CNN.
Petikan 
Penjualan arak masih dibenarkan di kalangan premis yang dikendalikan oleh bukan Islam dengan syarat mendapat kelulusan lesen daripada pihak berkuasa tempatan. Pada masa ini sebanyak 12 lesen penjualan minuman keras iaitu tiga lesen borong dan sembilan lesen runcit dikeluarkan yang tempoh sah antara Julai dengan Disember ini, meliputi lima jajahan.Kebenaran penjualan arak itu dinyatakan menerusi pekeliling kerajaan negeri Tahun 1993 bagi menggantikan pekeliling 1992, yang pernah menguatkuasakan larangan penuh penjualan semua jenis arak di negeri itu.-kata Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Wilayah Kelantan, Takiyuddin Hassan hari ini bagi mengulas kekeliruan yang masih timbul berhubung aduan pengusaha restoran di Tanah Merah kira-kira seminggu lepas yang mendakwa Majlis Daerah jajahan itu telah mengeluarkan notis supaya mereka menghabiskan stok arak dan minuman keras yang ada bagi mengelak minuman berkenaan dirampas dan lesen premis mereka dibatalkan.
Apakah Kaitan Seniman Mustafa Maarof Dengan Jalan Maarof Di Bangsar? 
Bangsar dan Jalan Maarof begitu sinonim dengan warga Kuala Lumpur . Manakan tidak Jalan Maarof adalah jalan utama bagi kawasan perumahan elit KL. Ianya bermula di lampu isyarat penghujung Jalan Travers sehinggalah penamatnya di persimpangan Jalan Damansara.
Jalan yang sentiasa sibuk tanpa mengira waktu dan sentiasa disebut kerana berbagai aktiviti terdapat di kiri kanannya – rumah penginapan, pusat hiburan, berbagai aktiviti perniagaan termasuk pusat membeli belah dan pusat pendidikan.
Namun dicelah kemasyhuran Jalan Maarof yang sekian lama meniti bibir warga kota, ramai yang tertanya siapa gerangan tuanpunya nama yang tertera di jalan tersebut.
Angkatan Tentera Perlu Kaji Punca Kejadian Amuk di Labuan - Pak Lah 
KUALA LUMPUR, Selasa 14 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Haji Ahmad Badawi meminta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengkaji punca berlakunya insiden mengamuk melibatkan kalangan anggotanya di Labuan, Ahad lepas.
Aset perbankan Islam Malaysia kini berjumlah RM51.97 bilion 
KUALA LUMPUR, Rabu 15 Ogos - Jumlah aset perbankan Islam di Malaysia kini berjumlah RM51.97 bilion sehingga Jun 2001, iaitu 7.3 peratus daripada jumlah aset keseluruhan perbankan. Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Shafie Mohd Salleh, jumlah aset perbankan berlandaskan Islam bank-bank perdagangan berjumlah RM21.6 bilion, manakala jumlah aset skim itu bagi syarikat-syarikat kewangan adalah RM8.5 bilion.
Guru dari Amerika kagum dedikasi guru Malaysia tapi berpendapat bilik darjah kita terlalu sesak 
KUALA LUMPUR, Selasa 14 Ogos - Bilik darjah di Malaysia terlalu sesak bagi pengajaran dan pembelajaran efektif, demikian menurut pandangan sekumpulan 16 guru Amerika yang mengadakan lawatan mengenali selama enam minggu ke beberapa negeri di Malaysia baru-baru ini.
MCA: Mulut tempayan boleh ditutup tapi mulut internet dan manusia macamana? 
Analisis Berita: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Selasa 14 Ogos - Arahan Majlis Presiden MCA melarang perbincangan terbuka isu-isu parti di kalangan ahlinya dijangka dapat mengurangkan kegiatan membuka pekung di dada, tetapi pihak yang mencurigai langkah ini khuatir lebih banyak berita sumber akan muncul melalui internet.
Rafzan Ramli digantung semula dari UiTM 
SHAH ALAM, Selasa 14 Ogos – Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertindak menggantung semula pengajian aktivis pelajar, Rafzan Ramli selepas dia diterima semula meneruskan pelajarannya. Rafzan sebelum ini telah digantung pengajian selepas dia didakwa terlibat menyertai perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Jun lalu. Tetapi pelajar tahun dua jurusan kejuruteraan elektrik itu telah diterima semula selepas kesnya dibawa ke pengetahuan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Rombakan dalam Pemuda Keadilan tak libatkan kedudukan Ezam M. Nor 
Oleh: WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Selasa 14 Ogos - Jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) yang disandang oleh Ezam M. Nor yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan dipangku oleh pemimpin lain, demikian diputuskan oleh jawatankuasa pusat pergerakan itu dalam mesyuaratnya baru-baru ini.
Sepasukan polis M'sia kini berada di Jakarta untuk soalsiasat suspek kes bom pasaraya Atrium 
JAKARTA, Selasa 14 Ogos - Sepasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di ibu kota Indonesia ini untuk menyemak semula identiti seorang suspek yang dikatakan rakyat Malaysia dan bertanggungjawab mengebom dua buah gereja di Timur Jakarta pada 22 Julai dan sebuah komplek membeli-belah - Atrium Plaza - di pusat bandar pada 1 Ogos, demikian lapor wakil Agensi Berita Nasional (Bernama) di sini hari ini
Simpati Seorang Tukang Sapu… 

Kita sudah biasa melihat orang menadah tangan meminta belas ihsan orang yang lalulalang memberi sedekah tetapi gambar yang dipetik dari akhbar The Nation, Bangkok ini memaparkan rasa simpati seorang tukang sapu sampah pada seekor anak anjing. Dia memungut anak anjing itu setelah ibunya mati dilanggar kereta di kawasan Bang Lampu, ibukota Thailand itu. ”Donation ..up to you, money for buy milk, food to poor dog. “ Begitulah bunyi ayatnya. Walaupun bahasa Inggeris yang digunakan oleh tukang sapu itu meminta sumbangan yang diletakan di tepi anak anjing itu agak berterabur, tetapi sekurang - kurangnya dia telah memberi sinar kehidupan pada haiwan yang tidak berdaya itu.
Taib Mahmud: Kawasan yang akan ditandinginya diketahui minggu depan 
KUCHING, Rabu 15 Ogos - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) yang dipimpinnya akan mengumumkan minggu hadapan kedudukan kerusi yang akan ditandinginya dalam pilihan raya negeri akan datang. Katanya Majlis Tertinggi (MT) PBB akan bermesyuarat pada 21 Ogos ini bagi membincangkan persiapan terakhir pilihan raya itu serta kawasan yang akan beliau tandingi.
Umno: Semua kes politik wang akan selesai awal minggu depan 
KUALA LUMPUR, Selasa 14 Ogos - Lembaga Disiplin Umno menjangkakan mereka dapat menyelesaikan semua kes terhadap anggota parti yang didakwa terlibat dengan politik wang dan melanggar arahan peraturan berkempen semasa pemilihan bahagian parti April lalu, selewat-lewatnya awal minggu depan.
Renong & Universal Studios gabung tenaga bina bandar tercanggih di Johor tahun depan 
Kumpulan Renong Berhad dan gergasi industri hiburan Hollywood –Universal Studios - akan bergabung tenaga untuk membina dan memajukan satu kawasan perindustrian perfileman bernilai 2.2 bilion dolar Amerika di Selatan Johor, demikian dilaporkan oleh Dow Jones Newswire hari ini. KLIK sekarang untuk laporan penuh...
Asiaweek sifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan kepada badan kehakiman 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Penghakiman Mahkamah Persekutuan 6 Ogos lalu terus mendapat sorotan media luar. Ia bukan penghakiman yang paling menarik perhatian di abad ini. Di lain-lain negara, penghakiman itu hanyalah perkembangan undang-undang yang kecil yang tidak menarik perhatian rakyat. Tetapi di Malaysia, kata Asiaweek 17 Ogos, ia dilihat sebagai mercu tanda, walaupun kecil. Ia adalah kemenangan yang sangat penting kepada kebebasan badan kehakiman.
Biru Tua Warna Baru Pakaian Seragam Jabatan Kastam 
LANGKAWI, Isnin 13 Ogos - Kira-kira 8,000 pegawai dan kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dijangka mendapat pakaian seragam baru berwarna biru tua selewat-lewatnya November depan bagi mencerminkan imej korporat jabatan itu.
Ibu Pejabat Harakah diserbu kakitangan KDN 
KUALA LUMPUR, Isnin 13 Ogos - Pihak berkuasa hari ini melancarkan operasi mengeledah Ibu Pejabat organ rasmi Pas – Harakah – untuk mencari sama ada ia menerbitkan vcd politik. Langkah itu adalah ekoran pengharam pengeluaran vcd haram dan juga vcd politik daripada diterbit dan dijualkan di premis-premis terbuka.
Ketagihan ‘chatting’ dalam internet kini di tahap bahaya - MBM  
Laporan Oleh ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Isnin 13 Ogos - Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini meminta masyarakat berhati-hati dengan gejala ketagihan internet (internet addiction) yang kini menular dalam masyarakat. Naib Presidennya Norizan Sharif berkata, ketagihan internet bermaksud seseorang sukar berpisah dengan internet dan menunjukkan tanda-tanda gelisah apabila tidak menggunakan internet.
Penulis sensasi Khalid Jafri menang saman fitnah RM200,000 terhadap Harakah 
KUALA LUMPUR, Isnin 13 Ogos - Penulis sensasi Khalid Jafri Bakar Shah, yang menghasilkan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", hari ini memenangi kes saman fitnahnya terhadap Pas dan organ rasmi parti itu – Harakah. Dengan kemenangan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan pihak defendan membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 kepada bekas pengarang majalah Kumpulan Utusan itu.
Pos M’sia yang diswastakan dapat lesen baru perkhidmatan pos sehingga Julai 2035 
KUALA LUMPUR, Isnin 13 Ogos

- Pos Malaysia Bhd yang diswastakan baru-baru ini telah diberi lesen baru perkhidmatan pos yang akan tamat pada 23 Julai 2035 oleh Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
Presiden MCA keluar arahan haramkan sebarang perbincangan mengenai isu parti di luar 
KUALA LUMPUR, Isnin 13 Ogos - Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik hari ini mengeluarkan arahan keras mengharamkan apa jua diskusi atau perbincangan terbuka mengenai isu yang melibatkan parti itu kepada semua ahli. Kata beliau, keputusan tersebut dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Presiden yang dianggotai oleh presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan naib-naib presiden.
Puteri Umno Tidak Mahu Jadi Tukang Sorak... 
Azalina Othman Said telah melalui ujian yang getir dalam melahirkan Puteri Umno. Sebelum dan setelah kelahiran secara rasmi pada 9 April 2001 ia telah diselubungi oleh segala macam "ribut". Dari desas desus Pergerakan Wanita Umno merasa cemburu melihat kewujudannya, ia dicengkam oleh kontroversi pelantikan Erra Fazira sebagai salah seorang ahli exconya hinggalah pada hal peribadi Azalina yang didakwa begitu dan begini menjadi buah mulut orang. Ketika berbual sejenak dengan AgendaDaily di pejabatnya 31 Julai lalu, peguam dan bekas pengacara rancangan televisyen "Dateline Malaysia" ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda beliau gementar melalui sepak terajang politik.
Sah lelaki terlibat pengeboman di Indonesia rakyat Malaysia dari Johor 
KUALA LUMPUR, Isnin 13 Ogos – Lelaki yang ditahan oleh Kerajaan Indonesia kerana disyaki terlibat dalam beberapa kejadian pengeboman di negara itu adalah rakyat Malaysia yang berasal dari Kluang, Johor.
South Africa Still Divided 
By Allan Little- BBC There is a new joke on the South African political scene. It goes like this. A white South African greets a black acquaintance. "Isn't it great?" the white man says. "We're one people now". The black man replies quietly. "Yes - so are we".This new thinking comes from the top. President Thabo Mbeki has characterised South Africa as a two-nation society, still racially divided. It is very different from the one nation rhetoric of the Mandela dream time. There is now much argument about whether Mr Mbeki has broken the spell of the Mandela achievement or simply woken South Africa up from its blissful wilful delusion.
Petikan 
Datuk Nik Aziz perlu menghormati tindakan polis kerana undang-undang memberi peruntukan bagi penangkapan sesiapa sahaja yang dipercayai terlibat atau menjadi ancaman kepada keselamatan negara.Menjadi hak polis di bawah undang-undang untuk menyiasat.Sama ada Nik Adli ditahan di bawah ISA ataupun didakwa ke mahkamah malah dibebaskan, itu bergantung kepada hasil siasatan polis -kata Timbalan ketua perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Annuar Musa di Kota Baharu hari ini kerana menggangap tidak wajar Menteri Besar Kelantan itu menjadikan tangkapan anaknya, Nik Adli mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai isu politik..
Petikan 
”Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh pembabitan seorang rakyat Malaysia dalam beberapa kejadian pengeboman di Indonesia baru-baru ini. Siasatan itu bertujuan memastikan motif tindakan lelaki itu dan mengapa rakyat Malaysia bertindak demikian di negara lain. Kita ingin tahu apakah dia bertindak seorang diri atau sebahagian daripada kumpulan lain yang lebih besar yang bergerak di Malaysia atau di tempat lain.” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP)
Azam Puteri UMNO Pastikan Johor Terus Jadi Kubu Kuat Parti 
Laporan Oleh: Zaid Zain JOHOR BAHRU, Ahad 12 Ogos - Pergerakan Puteri Umno Johor yang dilancarkan petang ini bertekad untuk mematahkan sebarang percubaan parti pembangkang untuk bertapak di negeri kelahiran Umno itu menjelang pilihanraya 2004.
Dasar memaafkan hutang korporat dikritik hebat oleh Asiaweek 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Sesungguhnya, kata Asiaweek, masalah yang lebih besar ialah apa yang dipanggil oleh mereka yang pakar di dalam pengurusan korporat sebagai "bencana moral". Jika seseorang itu tahu bahawa suatu hari hutangnya akan dimaafkan, mengapa berusaha untuk membayarnya? Itulah sebabnya mengapa sesetengah syarikat yang mempunyai hubungan politik yang kuat terus meminjam. Mereka tahu mereka tidak mempunyai aliran tunai atau perniagaan yang boleh mendatangkan hasil yang secukupnya untuk membayar balik pinjaman kepada bank-bank. Tetapi mereka tetap meminjam kerana sesetengah dari mereka tahu bahawa mereka sebenarnya tidak perlu membayar balik.
Jais tambah 30 penguatkuasa kesan penceramah engkar larangan 
Laporan Oleh: ROSLAN BIAN SHAH ALAM, Ahad 12 Ogos- Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menambah 30 pegawai serta anggota unit penguatkuasa dalam usaha mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu yang berceramah atau berkhutbah tanpa tauliah di masjid dan surau-surau di seluruh negeri itu.
Jangan Kaitkan UMNO Dengan Pilihanraya Sarawak – Pak Lah 
KAJANG,Ahad 12 Ogos - Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini adalah satu pembohongan sesiapa sahaja mendakwa mewakili Umno dalam pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi .
Kerajaan ada maklumat NGO mana terima wang dari luar negara 
SINTOK, Ahad 12 Ogos – Senarai nama Badan Bukan Kerajaan (NGO) tempatan yang memperolehi bantuan kewangan daripada pihak-pihak tertentu dari luar negara untuk menjalankan aktiviti negatif yang boleh membawa keadaan huru hara kini berada di tangan Wisma Putra.
Malaysiakini, AgendaDaily, Saksi.Com & Radiqradio tidak boleh dibenarkan mati – Forum Media 
Laporan Oleh: ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Ahad 12 Ogos - Revolusi internet yang telah melahirkan akhbar-akhbar dan majalah elektroknik yang pertama di negara ini tidak boleh dibenarkan “mati” jika kebebasan media hendak terus diperjuangkan, kata Editor Malaysiakini.Com, Steven Gan.
Perjanjian damai perlu ada impak bukan sekadar damai di atas sekeping kertas - Pemimpin MORO 
CYBERJAYA, Ahad 12 Ogos - Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) perlu memberikan impak segera ke atas rakyatnya bagi membolehkannya berpeluang untuk berjaya, kata Naib Pengerusi MILF, Murad Ebrahim.
Perjanjian damai perlu ada impak bukan sekadar damai di atas sekeping kertas - Pemimpin MORO 
b>CYBERJAYA, Ahad 12 Ogos - Perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) perlu memberikan impak segera ke atas rakyatnya bagi membolehkannya berpeluang untuk berjaya, kata Naib Pengerusi MILF, Murad Ebrahim.
Empat Penentang Taliban Digantung Di khalayak Ramai di Kabul 
Kerajaan Taliban Afghanistan telah melaksanakan hukuman gantung di khalayak ramai ke atas empat orang penjenayah di kawasan pusat bandar Kabul pagi kelmarin.Mereka didapati bersalah kerana melancarkan satu siri serangan bom untuk puak pembangkang tahun lalu yang mengakibatkan seorang terbunuh.Gambar agensi berita AP ini menunjukkan mayat salah seorang penjenayah itu tergantung pada tali dari kren sebuah kenderaan tentera. Apakah ini satu peringatan kepada mereka yang menentang Taliban ?
Program Rakan Muda Di KLCC Untuk Atasi Gejala Remaja Lepak 
KUALA LUMPUR,Sabtu 11 Ogos- Pergerakan Pemuda UMNO akan menganjurkan beberapa program Rakan Muda pada hujung minggu di kawasan Kuala Lumpur City Centre dalam usaha untuk mengubah “wajah” mercutanda utama ibukota itu yang kini terkenal sebagai pusat lepak para remaja
Semangkuk mi goreng, kek keju dan kacau bilau di sambutan hari lahir  
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR , Ahad 12 Ogos - Konvoi 200 buah kenderaan ke pekan Sungai Buloh hari ini oleh para penyokong Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk meraikan ulangtahun hari lahirnya yang ke 54 bertukar menjadi kecoh dan kacau bilau untuk seketika apabila beberapa kenderaan polis termasuk trak penyembur air pemedih mata FRU ‘bertembung?dengan konvoi berkenaan di Jalan Bandar Baru, pekan itu.
Megawati Lawat Malaysia 27-28 Ogos Ini 
KUALA LUMPUR,Sabtu 11 Ogos- Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri akan melawat Malaysia pada 27 dan 28 Ogos ini dalam rangka kunjungannya ke negara-negara Asean, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hadi Wayarabi Al-Hadar hari ini.
Opposition’s Fear of Meritocracy 
Analysis By WAN HAMIDI HAMID When Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad proposed a system based on meritocracy for the next intake of university students, many politicians were caught off guard. The opposition parties, all the while lambasting Dr Mahathir for being unfair in all aspects of life, reacted hysterically. Parti Islam SeMalaysia (Pas) accused the Prime Minister of betraying the Malays.
Sejarah MRCB & kepercayaan politik - FEER 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Akhirnya Datuk Sri Abdul Rahman Maidin terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada jawatannya sebagai presiden Malaysian Resources Corp. Bhd (MRCB). Walaupun masih menjadi pengerusi, tetapi tidak ada lagi kuasa eksekutif di tangannya. Kuasa eksekutifnya telah diambilalih oleh dua orang anak muda yang tidak dikenali iaitu Abdul Rahman Ahmad, 31, dan Shahril Ridza Ridzuan, 30. Kedua-dua mereka adalah lulusan Universiti Cambridge yang berprestij dan terkenal itu.
Terserah Pada Indonesia Soal Bekas Pelajar UITM Terlibat Pengeboman – Pak Lah  
PULAU PINANG,Sabtu 11 Ogos- Malaysia menyerahkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk mengambil tindakan terhadap bekas penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang terlibat dalam pengeboman pusat membeli-belah Atrium Pasar Senan, Jakarta bulan lepas.
VCD Ceramah Politik Juga Dilarang Jual Tempat Terbuka 
ALOR SETAR,Sabtu 11 Ogos - Video cakera padat (VCD) yang mengandungi cermah politik turut dilarang dijual di tempat terbuka kerana ia juga tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Chor Chee Heung
Anwar Ibrahim sambut harijadi buat kali ketiga dalam penjara hari ini 
Oleh AR RONGGOWARSITO KUALA LUMPUR, Jumaat 10 Ogos - Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini menyambut ulangtahun hari kelahirannya yang ke-54 di dalam sel buat kali ketiga seorang diri sementara mereka yang mengenalinya, sanak saudara dan para penyokong setia berhimpun di surau, rumah serta tempat-tempat ibadat membaca doa dan bersembahyang hajat untuk kesihatan dan kesejahteraannya.
Balah antara DAP & Pas beralih kepada isu minuman keras pula 
PETALING JAYA, Jumaat 10 Ogos – Perbalahan di antara DAP dan Pas mengenai penubuhan negara Islam memasuki pusingan kedua hari ini apabila larangan ke atas penjualan minuman keras yang dikuatkuasakan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dibantah oleh DAP.
Masjid Negara Buka Pusat Siber Untuk Orangramai 
KUALA LUMPUR, Jumaat 10 Ogos – Sekalipun ia merupakan tempat ibadat, Masjid Negara sendiri nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam era teknologi maklumat. Selaras dengan perkembangan itu masjid berkenaan telah mewujudkan pusat sibernya sendiri yang dibuka untuk kegunaan ramai.
Pulau Pinang Rancang Bina Putrajaya Mini 
PULAU PINANG,Jumaat 10 Ogos - Kerajaan negeri merancang membina sebuah Putrajaya mini untuk menempatkan pejabatnya di kawasan tanah tebus guna seluas 36 hektar di pulau itu yang terletak antara selatan Jambatan Pulau Pinang dan Bayan Bay Resort.
Seorang Lagi Tahanan ISA Dibebaskan 
KUALA LUMPUR,Sabtu 11 Ogos - Seorang lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohamed Sobri Abu Hassan, dibebaskan polis semalam.
Tutut serah surat tawaran Tommy Soeharto untuk serah diri kepada Polis Jakarta 
JAKARTA, Jumaat 10 Ogos - Anak lelaki bongsu dan kesayangan Soeharto, Tommy yang kini berada dalam persembunyian telah dilaporkan membuat tawaran untuk menyerah diri kepada polis untuk disoalsiasat berhubung kes pembunuhan seorang hakim Mahkamah Agung yang pernah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya.
Petikan 
Saya harap dari 17 Ogos hingga 16 Sept kita lupakan semua perbezaan iaitu perbezaan kaum, miskin kaya ataupun fahaman politik sama ada kita ini orang UMNO, Pas, DAP atau Keadilan.Jadi untuk sebulan ini saya mintalah semuanya tunjukkan kasih kita kepada negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang kerana bendera kita kepunyaan kita semua.Kerajaan negeri Kelantan dan Terenganu yang dipimpin oleh Pas telah menyatakan komitmen masing-masing untuk turut serta dengan kerajaan pusat bagi menyambut perayaan hari kemerdekaan itu.-kata Menteri Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Bulan Kemerdekaan kepada para wartawan selepas melancarkan sambutan Hari Merdeka anjuran kumpulan Hotel Federal di Kuala Lumpur.
Goenawan Mohamad jadi penulis tamu Saksi.Com yang dilancar semula 
KUALA LUMPUR, Jumaat 10 Ogos - Majalah berita internet yang berjuang untuk mempertingkatkan kesedaran tentang kebebasan akhbar di Malaysia - Saksi.Com (www.saksi.com) akan muncul semula esok setelah setahun menghentikan operasinya. Menurut Pengarang Saksi.Com, Eddin Khoo, majalah internet ini diwujudkan sebagai pusat wartawan bebas (CIJ) dan pelancaran semulanya akan diadakan di Auditorium Majlis Peguam esok.
Kumpulan Mujahidin: Kerajaan Bertindak Setelah Punyai Bukti Kukuh 
KUANTAN, Khamis 9 Ogos – Polis hanya bertindak menangkap beberapa orang termasuk anak lelaki Menteri Besar Kelantan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) setelah mempunyai bukti yang kukuh.
“Hujah yang nampak pintar & berapi sebenarnya tak banyak membantu” – Hakim Abdul Aziz Mohamad 
LAPORAN OLEH: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Jumaat 10 Ogos – Peguam-peguam yang berhujah di mahkamah diingatkan supaya lebih mengutamakan penyusunan fakta yang teratur dan prinsip undang-undang yang tepat daripada menumpukan perhatian kepada pidato yang berapi-api.
Abang Abu Bakar Masih Berangan - Taib Mahmud  
KUCHING, Khamis 9 Ogos - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini peluang "Kumpulan Bebas Abang Abu" untuk memenangi pilihan raya negeri dan membentuk kerajaan negeri adalah sangat tipis.
Anita Sarawak kahwin lagi; Suami pilih nama Mahathir 
SINGAPURA, Khamis 9 Ogos - Diva pop Anita Sarawak berkahwin dengan pengurus peribadinya, Martin Cox, beberapa hari lalu di sebuah masjid di Las Vegas. Cox, 47, yang berasal dari Britain memilih nama Islamnya, Mohamad Mahathir Abdullah.
Apa kata Arroyo selepas tiga hari berada di Malaysia 
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Khamis 9 Ogos

- Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo hari ini menamatkan lawatan rasmi tiga harinya ke Malaysia dan memberi amaran kepada para spekulator matawang bahawa beliau juga mungkin akan mengikut jejak langkah Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dalam menangani isu matawang peso dengan memperkenalkan langkah sepertimana yang diambil oleh Malaysia.
Isu ISA & kes perbicaraan ISA dapat liputan meluas media antarabangsa 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Kini tuduhan bahawa terdapatnya ahli Pas yang terlibat dalam kegiatan militan untuk menentang kerajaan dikhuatiri akan menambah parahkan lagi "perasaan tidak senang DAP kepada Pas yang sebelum ini telah pun mengancam untuk keluar dari Barisan Alternatif (BA)", South China Morning Post (SCMP) melaporkan hari ini (9 Ogos).
Komedi di Bukit Jalil... 
Dua orang sahabat - Jed dan Midi telah bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad 22 Julai lalu untuk menyaksikan pertandingan bolasepak persahabatan di antara kelab gergasi dunia dan juga juara Eropah, Manchester United (MU) melawan pasukan pilihan kebangsaan. Jed adalah penyokong Liverpool manakala Midi baru memilih pasukan Fulham sebagai kelab yang akan disokongnya masuk musim baru Liga Perdana Inggeris bulan depan. Jadi, jika mereka bukan peminat MU dan juga bukan penyokong setia pasukan kebangsaan, kenapakah mereka bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil? Untuk mengetahui jawapannya, sila baca catatan ini…
Penyusunan Baru MRCB Dapat Tingkat Ketelusan –TPM 
KUALA LUMPUR,Khamis 9 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan perubahan - perubahan di Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) sebagai sesuatu yang dapat menyumbang ke arah mempertingkatkan ketelusan dan tadbir urus korporat di kumpulan pelbagai aktiviti itu.
Perbelanjaan mengerjakan haji naik antara 10 hingga 11.5 peratus 
KUALA LUMPUR, Khamis 9 Ogos - Kerajaan telah meluluskan kenaikan perbelanjaan haji antara 10 hingga 11.5 peratus untuk musim haji 1422 hijrah atau tahun 2002 kerana faktor kenaikan kos termasuk tambang kapal terbang dan penginapan di tanah suci - menjadikan bayaran yang dikenakan untuk jemaah dari semenanjung sekitara RM9,445.
Ahli keluarga tahanan ISA semuanya tidak percaya mereka adalah kumpulan militan 
LAPORAN OLEH: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Khamis 9 Ogos – Rombongan keluarga tahanan-tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang mengemukakan aduan rasmi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) petang ini telah menggambarkan kepada pesuruhjaya-pesuruhjaya badan bebas itu bagaimana polis bertindak terhadap mangsa-mangsa yang ditangkap baru-baru ini atas dakwaan terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Bekas Pengarah Kumpulan Utusan Sertai Keadilan 
...VERSI TERKINI Bekas pengarah Kumpulan Akhbar Utusan Melayu, Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah hari ini memilih untuk mengumumkan perpisahannya dengan Umno dan menyertai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dengan gayanya tersendiri – iaitu memetik pengungkapan semula anekdot perpisahan Don Gregorio kepada anak muridnya bernama Moncho dalam filem klasik Sepanyol Kupu-kupu. Dan mulai hari ini, kata Raja Ahmad, beliau merasa lega kerana tidak perlu lagi bersekongkol dengan politik ampuisme. KLIK SEKARANG UNTUK LAPORAN PENUH
Jual Video Lucah Depan Sekolah Pula… 
Laporan Oleh: ROSLAN BIAN SHAH ALAM, Khamis, 9 Ogos - Kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor sedang memantau kegiatan penjual cakera video lucah di depan sekolah dengan pelajar-pelajar sebagai pelanggan mereka.
Pemuda Umno Perkenal Program Tuisyen Di Seluruh Negara 
KUALA LUMPUR, Khamis 9 Ogos - Pergerakan Pemuda Umno akan memperkenalkan program tuisyen intensif di setiap Bahagian Umno bagi membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Halim Saad masih berhutang dengan UEM – Kementerian Kewangan 
KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos - Kedudukan bekas Naib Pengerusi Syarikat United Engineers Malaysia Berhad (UEM), Tan Sri Halim Saad sebagai penghutang kepada syarikat itu akan terus kekal berdasarkan opsyen jualan yang dipersetujuinya sebelum ini, demikian Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.
Meritokrasi bermakna sama rata tetapi tidak semestinya adil 
Nampaknya pemimpin utama Parti Keadilan Nasional RUSLAN HJ KASIM berpendapat meritokrasi mungkin memberi hak sama rata tetapi tidak semestinya memberi keadilan kepada rakyat lebih-lebih lagi kepada golongan yang telah beratus tahun terpinggir oleh angkara penjajah. Katanya ini persoalan pokok yang harus difahami. Apa yang lebih penting ialah keadilan diberikan kepada rakyat, hak rakyat mesti ditunaikan tanpa sebarang alasan bukan mengubah sesuatu yang telah dipersetujui oleh semua kaum ketika negara mencapai kemerdekaan. Ikuti tulisan serta hujah-hujahnya secara terbuka dan berterus-terang ini...
Meritokrasi: Jangan sampai murid luar bandar jadi mangsa keadaan – Dr Syed Husin 
Laporan Oleh ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos - Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Syed Husin Ali hari ini mengingatkan kerajaan supaya jangan sampai meritokrasi menjadi ancaman kepada kemasukan murid-murid luar bandar ke pusat-pusat pengajian tinggi awam sekiranya ia dilaksanakan nanti.
Moro-Kerajaan Filipina tandatangani perjanjian damai di hadapan Dr M & Arroyo 
VERSI TERBARU: KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos - Presiden Gloria Macapagal Arroyo yang tiba di sini hari ini untuk siri lawatan rasminya yang pertama ke luar negara sejak menyandang jawatan itu telah menerima dokumen perjanjian damai di antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaannya selepas menyaksikan wakil kedua-dua belah pihak menurunkan dakwat ke atas dokumen bersejarah untuk menamatkan pemberontakan bersenjata berusia 30 tahun di Pulau Mindanao.
Penembak Hakim Kes Tommy Suharto Belajar Menembak di Afghanistan 
Polis Indonesia malam semalam telah menggeledah sebuah rumah di kawasan perumahan mewah, Pondok Indah di Jakarta Selatan yang dikatakan disewa oleh anak bongsu bekas Presiden Suharto, Tommy. Di situ polis telah menjumpai sejumlah senjata api termasuk M-16, bom tangan, dinamit, peta dan sebagainya. Hari ini polis telah berjaya memberkas dua orang yang mendakwa mereka diupah oleh Tommy untuk menembak mati hakim Syaifuddin Kartasasmita dua minggu lalu. Hakim itu yang menghukum Tommy penjara 18 bulan atas kesalahan rasuah. Ketua Polis Jakarta, Sofjan Jacob memberitahu salah seorang dari orang upahan itu pernah dibiayai oleh Tommy belajar menembak di Afghanistan. Selain itu ditemui dokumen stok bahan letupan yang diperolehi dari Kashmir, Pakistan. Tommy yang menghilang diri selepas keputusan mahkamah tahun lalu dan masih dalam buruan polis belum ditemui. Klik Untuk Berita Penuh
Pengharaman borong ceramah & kesannya ke atas politik Malaysia 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Kerajaan Malaysia nampaknya telah mengharamkan ceramah ketika Umno sedang bergelut dengan situasi yang sensitif, kata akhbar antarabangsa serantau, Asia Times (AT) terbitan 4 Ogos. Peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan yang begitu berkuasa dan pengambilalihan United Engineers Malaysia Bhd (UEM) menjadi isu yang diperhatikan dan mungkin juga ada kaitan dengan keputusan pengharaman ceramah politik.
Polis mula siasatan insiden kekacauan Perhimpunan Agung Pemuda MCA 
Laporan Oleh DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos – Polis Daerah Gombak mula menyiasat insiden pergaduhan dua kumpulan perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA di Hotel Flamingo Sabtu lalu dengan mengambil kenyataan daripada anggota jawatankuasa pusat pergerakan itu, Toh Chin Yaw hari ini.
KAMI dakwa polis rampas majalah dan akhbar yang ada permit penerbitan 
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos - Operasi rampasan akhbar-akhbar politik yang tidak sealiran dengan parti pemerintah oleh pihak polis berhampiran Pejabat Perhubungan Pas Kelantan di Kota Bharu, dua hari lalu berbeza dengan kes-kes rampasan selama ini, yang kerap dilakukan oleh Unit Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kata jurucakap KAMI, Ahmad Lutfi Othman, apa yang berlaku pada 5 Ogos lalu adalah sesuatu yang agak luar biasa sedikit kerana polis merampas akhbar-akhbar dan majalah yang mempunyai permit.
Fuad dilaporkan sambung belajar semula walaupun tiada pengesahan dari menteri 
KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos – Presiden Persatuan Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (PPMUM), Mohd Fuad Mohd Ikhwan dilaporkan telah menyambung semula pengajiannya bermula hari ini. Pelajar tahun akhir pengajian syariah itu dikatakan boleh menyambung semula pengajiannya selepas bertemu dengan Dekan Fakulti Pengajian Islam UM semalam (Isnin).
Penahanan terbaru ISA adalah bermotifkan politik – Nik Aziz 
KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata penahanan terbaru 10 orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) termasuk seorang anak lelakinya adalah bermotifkan politik.
Petikan 
“Kesalahan yang dilakukan tetap satu kesalahan dan polis harus bertindak. Ia tidak bertujuan melindungi kepentingan Barisan Nasional. Ia bagi melindungi negara dan rakyat dari sebarang ancaman. Ia untuk kemakmuran yang berterusan tanpa diganggu oleh rusuhan dan bergaduhan,” kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi kepada pemberita selepas satu majlis di Sri Kembangan hari ini mengulas penangkapan anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Abdul Aziz di bawah ISA kerana terlibat dalam Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Anak MB Kelantan Ditahan ISA Kerana Anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia - PM 
Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Datuk Nik Aziz ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dia merupakan anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia yang terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. "Setakat mana dia terlibat, belum dapat kita tentukan," katanya. Perdana Menteri menegaskan walaupun Nik Aziz berkata bahawa adalah perkara biasa bagi orang Islam berjuang di Afghanistan, Menteri Besar Kelantan itu tidak tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh anaknya.
Buktikan Kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia – Lim Kit Siang 
Petaling Jaya ,Isnin 6 Ogos - DAP mendesak kerajaan membuktikan bahawa kewujudan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM )sebagai sebuah kumpulan agama militan yang mempunyai pertalian pengganas antarabangsa yang didakwa terlibat dengan kejadian pembunuhan, huru-hara dan rompakan agar ia tidak dilihat sebagai satu helah terhadap pembangkang
Mahkamah Persekutuan Benarkan Lima Tahanan ISA Kemuka Keterangan Baru 
KUALA LUMPUR, Isnin 6 ogos

– Lima orang aktivis reformasi yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan memfailkan keterangan baru dalam rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan mereka untuk dibebaskan.
Bila Pakaian Dalam Dan Kondom Ditemui Sekitar KLCC... 
Laporan oleh : ROSLAN BIAN KUALA LUMPUR,Ahad 5 Ogos - Penemuan pakaian dalam wanita dan lelaki serta kondom di sekitar kawasan taman sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) mendedahkan kepada umum bagaimana kawasan berkenaan kini menjadi tempat remaja termasuk mereka di bawah umur melakukan perbuatan tidak senonoh.
Jabatan Penjara Nafi Kesihatan Ezam Membimbangkan 
KUALA LUMPUR, Isnin 6 Ogos - Jabatan Penjara berkata keadaan kesihatan Ketua Pemuda Keadilan Ezam Mohd Noor yang ditahan di kem tahanan Kamunting, Taiping, mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2 Jun lepas, dilaporkan stabil.
Keputusan Kes Fauzi Rahman Sebulan Lagi - Rithauddeen 
KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Lembaga Disiplin Umno menjangka dapat menyelesaikan semua aduan berhubung perjalanan pemilihan bahagian Umno dalam tempoh sebulan lagi. Pengerusinya Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata ini termasuk dakwaan oleh Ketua Umno bahagian Kuantan Datuk Fauzi Abdul Rahman kononnya berlaku amalan politik wang pada pemilihan Umno bahagian berkenaan.
Larangan Penjualan VCD Di Tempat Terbuka Dikuatkuasakan Seluruh Negara 
KUALA LUMPUR, Isnin 6 Ogos –“Perang” membenteras gejala cakera padat cetak rompak terus dipergiatkan apabila Pasukan Petugas Khas Anti-Cetak Rompak hari ini bersetuju menguatkkuasakan segera larangan ia dijual di tempat terbuka di seluruh negara.
Pemuda MCA Akan Siasat Pergaduhan Sabtu Lalu Sampai Ke Lubang Cacing 
Laporan Oleh :Douglas Tay KUALA LUMPUR, Isnin 6 Ogos – Jawatankuasa Khas Pergerakan Pemuda MCA yang diketuai pemangku setiausaha agungnya Encik Liow Tiong Lai akan menyiasat punca dan bibit pergaduhan di perhimpunan agung ke-38 pergerakan Sabtu lalu sehingga ke lubang cacing.
Politik Rajuk Pas-DAP & Negara Islam… 
KOMENTAR: ABU BAKAR RASHID Menyingkap sejarah hubungan Pas dan DAP, pada tahun 1986, DAP adalah parti yang sangat diharapkan oleh Naib Presiden Pas waktu itu, Ustaz (kini Datuk) Nakhaie Ahmad untuk menyertai pakatan pembangkang yang dianjurkannya. DAP menolak kerana tidak dapat menerima konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas. "Tak nak sudahlah. Kalau depa tak dak pun, bukan kita tak boleh buat," kata Nakhaie yang waktu itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana majoriti pemimpin Pas menjauhkan diri dari terlibat dalam melaksanakan lamunan politiknya itu.
Sidang Dewan Negeri Pahang Kecoh Isu Muflis Ahli Exco 
Laporan Oleh: ROZAID RAHMAN KUANTAN, Isnin 6 Ogos - Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kecoh seketika apabila lapan orang wakil rakyat pembangkang bertindak keluar dewan sebagai memprotes tindakan speaker menolak usul membincangkan isu seorang ahli exco kerajaan negeri yang didakwa muflis.
Fuad dilaporkan sambung belajar semula walaupun tiada pengesahan dari menteri 
KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos – Presiden Persatuan Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (PPMUM), Mohd Fuad Mohd Ikhwan dilaporkan telah menyambung semula pengajiannya bermula hari ini. Pelajar tahun akhir pengajian syariah itu dikatakan boleh menyambung semula pengajiannya selepas bertemu dengan Dekan Fakulti Pengajian Islam UM semalam (Isnin).
Nik Aziz atau isteri akan turun bersama ahli keluarga tahanan ISA ke Suhakam Khamis ini 
KUALA LUMPUR, Selasa 7 Ogos - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau isterinya dijangka akan bersama-sama dengan sembilan lagi keluarga mangsa tahanan terbaru ISA mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Khamis ini jam 12 tengah hari.
Nik Aziz Sahkan Anaknya Pernah Ke Afghanistan Dan Anggap Publisiti Penahanan Untungkan Pas 
KOTA BAHARU,Ahad 5 Ogos - Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui anak lelakinya, Nik Adli, 34, yang ditahan pihak berkuasa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pernah mengunjungi Afghanistan ketika menuntut di Pakistan .
KUALA LUMPUR, Ahad 5 Ogos – Kereta terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) “Kelisa” akan dilancarka 
KUALA LUMPUR, Ahad 5 Ogos

– Kereta terbaru keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) “Kelisa” akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Ogos ini. Kereta empat pintu 1000cc itu akan dijual pada harga antara RM36,000 dan RM 39,000 sebuah.
Dalam Politik Jangan Cakap...
Apa Ada Pada Nama....
 
Nampaknya ia sudah menjadi satu trend yang berterusan di Asia. Dikalangan negara-negara jiran kita nampaknya setakat ini cuma Thailand sahaja yang belum berjangkit. Untuk pergi jauh dalam politik nampaknya nama keluarga terbukti menjadi faktor yang boleh membelakangkan soal-soal lain. Yang terbaru ialah perlantikan Megawati Sukarnoputri sebagai Presiden Indonesia.
Adun Indera Kayangan, Perlis Nafi Letak Jawatan 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos -

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan, Datuk Khor Liang Tee yang mengidap penyakit kanser dan dikatakan akan mengumumkan peletakan jawatannya hari ini muncul di hadapan para wartawan dengan wajah yang ceria dan sekaligus menolak kebenaran desas-desus tersebut.
George Best Dengan Wajah Terbarunya 
Sekali imbas tanpa jambang tebal yang menjadi identitinya mungkin ramai yang tidak sedar beliau adalah legenda pasukan bolasepak Manchester United, George Best. Inilah wajahnya terbaru ketika hendak berlepas dari lapangan terbang Heathrow ,London untuk bercuti di Malta.
Kalau Tidak Kerana Lau Ma Perhimpunan MCA Pasti Berapi... 
Perhimpunan Agung ke-48 MCA yang dihadiri 1,832 orang perwakilan petang semalam berakhir dengan tenang, tanpa sebarang serangan fizikal dan tidak ada kerusi yang melayang. Namun begitu, di sebalik ketenangan ini perpecahan parti itu kepada dua puak menjadi semakin ketara dan tidak dapat dinafikan lagi.Klik untuk ikuti analisa berita oleh DOUGLAS TAY yang meliputi perhimpunan itu.
Kecewa Punya Pasal Campak Anak Dalam Lubang Sampah 
SINGAPURA,Ahad 5 Ogos- Seorang wanita yang mencampakkan anak perempuannya yang berusia lapan tahun ke dalam lubang sampah di rumah mereka di sebuah flet lima tingkat di sini minggu lepas, didakwa di mahkamah semalam kerana cubaan membunuh.
Kegiatan Kumpulan Mujahidin Malaysia Sudah Tahap Serius- Pak Lah 
SHAH ALAM,Ahad 5 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan kerajaan bertindak menahan tokoh-tokoh penting kumpulan militan agama yang dikenali sebagai Kumpulan Mujahidin Malaysia kerana kegiatan kumpulan itu sudah sampai di tahap serius
Kerajaan Iktiraf Ijazah Perubatan Tujuh Universiti Di China 
MUAR,Ahad 5 Ogos- Kerajaan telah memutuskan untuk mengiktiraf pelajar perubatan Malaysia dari tujuh universiti di China untuk berkhidmat sebagai doktor di hospital awam di negara ini.
Pemuda Umno Cabar Pembangkang Turut Bantu Pelajar Melayu 
KUALA LUMPUR,Ahad 5 Ogos–Jangan asyik hendak main politik tetapi marilah sama berganding bahu memberi sumbangan untuk memperbaiki prestasi para pelajar melayu – Inilah cabaran Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Hishammuddin Tun Hussein pada parti-parti pembangkang hari ini sekiranya mereka ikhlas untuk turut sama menyelesaikan masalah itu.
Perhimpunan MCA Minta Dua Lagi Jawatan Timbalan Menteri 
KUALA LUMPUR, Sabtu 4 Ogos – Para perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahunan MCA hari ini meminta kerajaan mewujudkan jawatan timbalan menteri penerangan dan timbalan menteri hal ehwal wanita untuk diisi oleh calon parti itu sekiranya benar ia dianggap sebagai komponen penting dalam Barisan Nasional (BN).
Politik Rajuk Pas-DAP & Negara Islam… 
KOMENTAR: ABU BAKAR RASHID Menyingkap sejarah hubungan Pas dan DAP, pada tahun 1986, DAP adalah parti yang sangat diharapkan oleh Naib Presiden Pas waktu itu, Ustaz (kini Datuk) Nakhaie Ahmad untuk menyertai pakatan pembangkang yang dianjurkannya. DAP menolak kerana tidak dapat menerima konsep negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas. "Tak nak sudahlah. Kalau depa tak dak pun, bukan kita tak boleh buat," kata Nakhaie yang waktu itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya kerana majoriti pemimpin Pas menjauhkan diri dari terlibat dalam melaksanakan lamunan politiknya itu.
Terbaru: Anak MB Kelantan Ditahan ISA 
Kuala Lumpur,Sabtu 4 Ogos - KUALA LUMPUR, Sabtu 4 Ogos – Anak Menteri Besar Kelantan, Nik Adli Datuk Nik Aziz adalah di antara dua orang terbaru yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Ada unsur-unsur ekstremisme dalam Pas - PM 
KUALA LUMPUR, Sabtu 4 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa bahawa terdapat unsur-unsur ekstremisme di dalam Pas yang tidak cenderung kepada proses demokrasi di negara ini.
DR M Arah MCA Selesaikan Perbalahan Mereka... 
Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad meminta MCA menyelesaikan sebarang masalahnya secara "menarik rambut dalam tepung " demi kekuatan Barisan Nasional dan kepentingan negara. Perdana Menteri berkata masa depan negara bergantung kepada BN dan untuk menentukan BN menjadi satu pakatan yang kuat, parti-parti komponennya termasuk MCA harus juga kuat dan kukuh. "MCA merupakan parti yang terpenting bersama-sama dengan Umno...peliharalah MCA ini, kalaupun ada masalah saya yakin masalah boleh diselesaikan tanpa melemahkan MCA, saya berdoa supaya MCA terus maju dan kuat," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-48 MCA di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Kebebasan Berhimpun: Suhakam dibidas tidak hiraukan keselamatan negara 
KUALA LUMPUR, Sabtu 4 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini dibidas kerana tidak mengambilkira langsung akan keselamatan negara dalam laporan mereka berhubung kebebasan berhimpun yang dikeluarkan semalam.
Pas sifatkan cubaan kaitkan parti itu dengan kumpulan ekstremis satu tindakan terdesak 
KUALA LUMPUR, Sabtu 4 Ogos - Parti Islam SeMalaysia (Pas) hari ini menyifatkan dakwaan Perdana Menteri yang cuba mengaitkan parti itu dengan kumpulan ektremis adalah satu tindakan terdesak untuk menjejaskan imej lawan politiknya.
TPM Tolak Dakwaan Kerajaan Jadikan Ahli Pas Sasaran ISA 
KEPALA BATAS, Sabtu 4 Ogos - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan kerajaan menjadikan ahli Pas sebagai sasaran dalam siri tangkapan terbaru yang melibatkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kecoh Sidang Pemuda MCA: Liong Sik kesal manakala setiausaha agung Pemuda bawa kes ke mahkamah 
Presiden MCA, Datuk Sri Dr Ling Liong Sik berkata, beliau sedih dan kesal dengan insiden pergaduhan dan baling membaling kerusi yang tercetus pada Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pergerakan Pemuda MCA ke-38 yang berlangsung di Hotel Flamingo, Jalan Hulu Kelang, Kuala Lumpur hari ini sementara dalam reaksi yang berasingan, setiausaha agung Pemuda MCA enggan melepaskan jawatannya walaupun AGM itu meluluskan usul untuk memecatnya dan juga naib ketua Pemuda. KLIK sekarang untuk laporan lanjut...
Perhimpunan Agung MCA terjejas dengan panggilan ancaman bom 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos - Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA yang berlangsung di dewan utama Hotel Flamingo, Jalan Hulu Kelang pagi ini telah dihentikan dengan serta merta apabila diancam oleh satu panggilan bom.
Sidang Pemuda MCA: Usul singkir 2 pemimpin beri tamparan hebat pada Dr Ling 
LAPORAN OLEH: DOUGLAS TAY KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos -

Presiden MCA Datuk Sri Dr Ling Liong Sik menerima tamparan hebat petang ini apabila lebih 600 orang perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda parti itu meluluskan usul tergempar memecat dua orang pemimpin pergerakan itu yang memang diketahui menyokong pasukan Dr Ling.
Sidang Wanita MCA lulus 17 resolusi termasuk cadangan pendekkan tempoh khidmat pemimpin 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos - Pergerakan Wanita MCA hari ini meluluskan 17 resolusi termasuk meminta supaya perlembagaan parti dipinda bagi membolehkan tempoh perkhidmatan para pemimpin parti dikaji semula. Berbeza dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA yang penuh dengan kekecohan, drama dan baling membaling kerusi, Perhimpunan Agung Wanita MCA berlangsung dalam suasana tenang.
Tiada surat letak jawatan dari Adun Indera Kayangan – PM 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini, beliau tidak menerima surat peletakan jawatan daripada anggota Dewan Undangan Negeri Perlis kawasan Indera Kayangan Datuk Khor Liang Tee.
Dua puak dalam gerakan Islam Moro Filipina bersatu hari ini di hadapan Najib Tun Razak 
CYBERJAYA, Jumaat 3 Ogos - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Jumaat menandatangi satu dokumen yang akan membuka ruang bagi perpaduan antara dua badan yang mewakili penduduk Islam di Mindanao.
Kerajaan Negeri Sembilan wartakan fatwa mufti untuk haramkan muzik Black Metal 
SEREMBAN, Jumaat 3 Ogos Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan untuk mewartakan fatwa mufti-Mufti seluruh Malaysia yang mengharamkan muzik dan budaya Black Metal. Menteri Besar Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad berkata, kerajaan negeri menyokong sepenuhnya keputusan yang dicapai pada persidangan mufti itu yang diadakan di Pulau Pinang baru-baru ini.
Negara Islam: 70 ulama, tokoh agama & ahli akademik dakwa Malaysia telah capai status tersebut 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos Sejumlah 70 orang ulama, tokoh agama dan ahli akademik tempatan hari ini bersetuju dalam satu muzakarah bahawa Malaysia telah mencapai takrif negara Islam, demikian menurut laporan Agensi Berita Nasional (Bernama). Muzakarah yang dipengerusikan oleh penasihat agama kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman menyetujui bahawa taraf negara Islam itu berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang diambil sejak dari zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyah.
Pas sifatkan cubaan kaitkan parti itu dengan kumpulan ekstremis satu tindakan terdesak  
KUALA LUMPUR, Sabtu 4 Ogos - Parti Islam SeMalaysia (Pas) hari ini menyifatkan dakwaan Perdana Menteri yang cuba mengaitkan parti itu dengan kumpulan ektremis adalah satu tindakan terdesak untuk menjejaskan imej lawan politiknya.
Suhakam mahu peraturan berhubung perhimpunan awam dilonggarkan 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), dalam laporan yang dikeluarkan hari ini, mencadangkan supaya peraturan dan undang-undang berhubung dengan perhimpunan awam dipinda bagimengurangkan sekatan.
Petikan 
"Saya sedih dengan apa yang berlaku...ia merupakan satu tindakan terdesak semata-mata kerana tidak mahu meluluskan sesetengah resolusi yang dicadangkan. Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab, saya akan membuat laporan polis selepas ini dan membiarkan polis menyiasatnya," kata Ketua Pemuda MCA, Datuk Ong Tee Keat berhubung kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Hotel Flamingo, dekat Kuala Lumpur, pagi Jumaat 3 Ogos.
Apabila YB tunjuk isyarat jari ‘hantu’ dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA… 
LAPORAN OLEH: ALEX HOO KUALA LUMPUR, Khamis 2 Ogos – Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA yang dipengerusikan oleh presiden parti Datuk Sri Dr Ling Liong Sik, Selasa lalu, seorang ‘YB’ telah menunjukkan jari hantu ke arah Ketua Pemuda MCA Datuk Ong Tee Keat yang sedang mengulas usul-usul yang dikemukakan oleh para perwakilan parti, termasuk usul yang kontroversial yang mahu menghadkan tempoh khidmat penyandang jawatan presiden parti kepada tiga penggal sahaja.
Berjayakah penstrukturan syarikat gergasi membawa kembali pelabur asing ke Malaysia? 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Ketika stesen televisyen swasta pertama Malaysia, TV3 dan Kumpulan The New Straits Times disebut-sebut akan dijual, tiba-tiba pelabur telah menunjukkan kembali minat mereka untuk melabur di Malaysia, lapor Reuters.
Dr M jawab soal toleransi, perkongsian kuasa, pertemuan dengan Bush & meritokrasi 
KUALA LUMPUR, Khamis 2 Ogos - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata hanya mereka yang pekak dan buta mata serta buta hati sahaja yang tidak mahu mengakui Malaysia aman dan berjaya kerana majoriti rakyat negara ini terus berpegang kepada sikap toleran dan menolak segala yang ekstrim dalam apa jua kegiatan politik.
Kabinet sokong meritokrasi; Umno mahu adakan penerangan berhubung isu tersebut 
KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos - Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini menyokong cadangan agar dasar meritokrasi dilaksanakan bagi menentukan kemasukan pelajar ke universiti awam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kenyataan Pak Lah beri harapan baru buat Mohd Fuad  
LAPORAN OLEH: INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Khamis 2 Ogos – Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Mohd Fuad Ikhwan yang masih “digantung” dari pengajian walaupun dibebaskan tanpa syarat dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata hari ini, penjelasan Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berhubung isu penggantungan pengajiannya semalam akan menghapuskan kekeliruan tentang status dirinya.
Najib akan saksikan tandatangan awal Perjanjian Damai Filipina-Moro, Jumaat 
KUALA LUMPUR, Khamis 2 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Sri Najib Tun Razak akan menyaksikan satu upacara bersejarah iaitu tandatangan awal pada memorandum persefahaman perjanjian damai di antara Kerajaan Filipina dengan wakil-wakil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) esok.
Perkembangan Sekitar Isu Larangan Ceramah 
Johor Bharu, Khamis 2 Ogos - Ahli jawatankuasa Pemuda Pas Johor, Norashid Sakip ditahan di bawah seksyen 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pagi tadi, demikian disahkan oleh Ketua Pemuda Pas negeri Mazlan Aliman.
Tindakan Baru Keatas Mereka Yang Buang Sampah Merata-rata…. 
KUALA LUMPUR, Khamis 2 Ogos – Berani buat berani tanggung. Inilah bentuk tindakan baru yang akan dikenakan keatas mereka yang membuang sampah merata-rata.
Wayang Kulit Maestro Sought Acupuncture Treatment 
Abdullah Ibrahim, the master dalang (puppet master) of Kelantan’s wayang kulit has made a miraculous recovery after surviving a near-fatal stroke late last year. While his body has fully recovered after being completely paralysed for four months, Abdullah or better known as Dalang Dollah Baju Merah still slurs in his speech as his tongue contracts from time to time.Unfortunately, maestros like Abdullah who should be given the recognition they deserve, had virtually no support from the authorities, writes WAN HAMIDI HAMID
Jumaat ini menjadi penentu masa depan Senator Yew dalam Pemuda MCA 
Analisa Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos – Puak Ketua Pemuda MCA, Datuk Ong Tee Keat dijangka dapat menguasai Perhimpunan Agung (AGM) pergerakan tersebut Jumaat ini dan mempastikan majoriti perwakilan memberi pengesahan mereka kepada Perhimpunan Agung Luarbiasa (EGM) 23 Jun lalu yang membantah pembelian Nanyang Press Holdings.
Sidang Pemuda MCA lulus usul singkir 2 pemimpin selepas pelbagai insiden 
KUALA LUMPUR, Jumaat 3 Ogos - Setelah diancam oleh panggilan bom sejurus selepas Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Pemuda MCA dirasmikan pagi ini, persidangan itu telah dicemarkan pula dengan pertelingkahan dan kerusi yang berterbangan.
Petikan 
\"Ia (latihan) tidak bermakna negara Islam yang mengadakan latihan bersama tentera dengan Amerika Syarikat, akan hilang keIslaman.Negara Arab juga mengadakan latihan bersama dengan tentera Amerika malah Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain turut menempatkan pengkalan tentera Amerika di negara masing-masing tetapi itu tidak bermakna mereka bukan lagi negara Arab atau negara Islam.-Menteri Luar Syed Hamid Albar ketika mengulas mengenai kritikan oleh lidah rasmi PAS, Harakah mengenai \"Latihan Carat 2001\" baru-baru ini membabitkan tentera Malaysia dan tentera Amerika di beberapa tempat negara ini seperti Mersing, Melaka dan Lumut.
Di sebalik kejayaan Tan Sri S.M. Salim 
Hari ini, Isnin, 30 Julai, ialah hari lahirnya yang ke 73. Di sebalik usianya yang sudah agak lanjut itu, penyanyi veteran yang masih evergreen, S.M. Salim mungkin satu-satunya penghibur seangkatan dengan Allahyarham Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang masih bertahan di persada seni tanah air. Namun, sebelum tiba ke kemuncak kejayaannya itu, S.M. Salim telah terlebih dahulu menempuh pelbagai ranjau dan duri serta pelbagai kenangan pahit.
Dollah KFC tidak mahu pisang berbuah dua kali… 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos - Bekas Ketua Umno Bahagian Muar, Datuk Abdullah Omar masih belum membuat keputusan untuk merayu kepada sekretariat khas yang diwujudkan oleh Majlis Tertinggi (MT) untuk mengkaji rayuan ahli yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti kerana melanggar peraturan berkempen pada pemilihan parti April lalu.
Keadilan akan sambut ulangtahun hari lahir Anwar yang ke-54, 10 Ogos 
KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan memperingati hari ulang tahun kelahiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim yang ke-54 pada 10 Ogos ini dengan bacaan doa dan solat hajat di seluruh negara.
SURAT LAMAN UTAMA: Negara Islam - kontrak sosial baru 
Oleh CK TAN: Apakah kedua-dua orang Melayu/Islam dan orang bukan Melayu/Islam telah bersedia melakukan pindaan yang besar terhadap perlembagaan kita supaya satu kontrak sosial yang baru, tetapi selaras dengan nilai-nilai sejagat dalam ajaran Islam, dapat dilahirkan? Apakah kita boleh menggelar kontrak sosial baru itu sebagai “negara Islam”? Saya tetap percaya kepada dakwah dan dialog sebagai satu-satu cara bagi menembusi jalan buntu ini. Namun demikian, ia akan memakan masa yang agak lama, hatta selama satu generasi atau lebih. Malahan memerlukan tenaga dakwah yang banyak.
Kepimpinan Rashid Hussain dalam RHB Bank akan berakhir? - AWSJ 
Dari Jendela MEDIA ASING KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos - Kepimpinan Tan Sri Rashid Hussain di dalam RHB Bank Bhd – bank komersial yang ketiga terbesar di Malaysia – mungkin akan berakhir apabila sebuah anak syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak menguasai 23 peratus kepentingan dalam syarikat induk bank itu, Rashid Hussain Bhd minggu lalu, demikian menurut laporan akhbar harian ekonomi dan kewangan, The Asian Wall Street Journal (AWSJ) hari ini.
Ketegasan Undang-undang Lawan VCD Lucah & Cetak Rompak 
Kebanjiran vcd lucah dan cetak rompak di pasaran sejak akhir-akhir ini kelihatan seperti sudah tidak terkawal dan tidak dapat dikawal lagi. Yang lebih malang lagi penjualan vcd haram dan lucah kini sama seperti berniaga pisang goreng atau nasi lemak ?boleh didapati di mana-mana sahaja sama ada di tepi jalan, lorong atau pasar malam. Oleh yang demikian apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi sendiri terpaksa membuat pengumuman keras bahawa kerajaan akan mengisytiharkan perang habis-habisan ke atas pengeluar, pengedar dan penjual vcd haram dan lucah, ia cukup melegakan masyarakat dan juga ibu-bapa. Ikuti komentar ROZAID RAHMAN...
Pak Lah kata UM tak wajar singkir pelajar hanya kerana dia adalah bekas tahanan ISA 
KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata hari ini Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Mohamad Fuad Ikhwan tidak sepatutnya disingkirkan daripada pengajiannya hanya kerana bersandarkan alasan bahawa dia adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pas akan teruskan ceramah kerana tiada pilihan lain – Fadzil Noor 
KUALA LUMPUR, Rabu 1 Ogos - Pas akan meneruskan juga dengan siri ceramahnya di seluruh negara walaupun arahan larangan ceramah politik telah dikuatkuasakan mulai awal bulan lalu oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Presidennya Datuk Fadzil Noor berkata, kerajaan haruslah lebih bersikap fleksibel kepada parti-parti politik kerana "itu sahaja saluran bagi kita untuk menyampaikan maklumat.”
Allahyarham M. Osman Tidak Mahu Lagunya Disiarkan 
KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - Penyanyi popular 60an M. Osman yang meninggal dunia Sabtu lepas, tidak mahu lagu-lagunya disiarkan lagi, kata isterinya Afida Es. "Itu amanatnya kepada kami, dan saya berharap semua pihak akan faham," kata Afida ketika ditemui oleh Agensi Berita Nasional (Bernama) di rumahnya di Taman Seri Gombak di sini.
Ceramah atau program turun ke padang malam ini? 
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - Ceramah atau program turun ke padang? Itulah istilah yang menjadi mainan para ahli politik pembangkang apabila sebahagian besar ahli Parlimen mereka secara beramai-ramai dijadualkan turun di sekitar Negeri Selangor malam ini walaupun larangan ceramah politik telah dikuatkuasakan di seluruh negara sejak awal bulan ini.
Kekuatan & Kelemahan Dua Seteru Politik 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Itulah kekuatan, itulah juga kelemahan, akhbar Singapura, The Straits Times 27 Julai membuat kesimpulan. Kepada Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad adalah kekuatannya. Dia jugalah yang menjadi kelemahan parti itu. Ketegasan Pas untuk menegakkan negara Islam memang menjadi kekuatannya. Tetapi, cita-cita itulah juga yang menjadi kelemahannya
Malaysia harap rundingan damai Filipina-Moro dapat diselesaikan ketika lawatan Presiden Arroyo 
KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - Malaysia menaruh harapan rundingan damai di antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dapat ditandatangani semasa lawatan Presiden Gloria Arroyo Macapagal ke Malaysia minggu depan.
Masa depan BA terletak di tangan Pas & DAP 
Komentar: ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - DAP hari ini sekali lagi menegaskan bahawa ia akan tetap meneruskan kempennya untuk mendesak rakan seangkatannya dalam Barisan Alternatif (BA) iaitu Pas supaya menguggurkan rancangan mereka dengan konsep sebuah negara Islam.
Masa depan BA terletak di tangan Pas & DAP 
Komentar: ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - DAP hari ini sekali lagi menegaskan bahawa ia akan tetap meneruskan kempennya untuk mendesak rakan seangkatannya dalam Barisan Alternatif (BA) iaitu Pas supaya menguggurkan rancangan mereka dengan konsep sebuah negara Islam.
Ramai Yang Tidak Sedar Hari Ini Sambutan Hari Pahlawan…  
KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - Setiap tahun, 31 Julai tidak dibiarkan berlalu tanpa diadakan sambutan Hari Pahlawan bagi memperingati dan menghargai jasa pahlawan negara yang terkorban dan tercedera ketika mempertahankan kedaulatan negara.
Shahrir Samad akui Dr M kini lebih terbuka 
EKSKLUSIF Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad yang memang dikenali seorang yang amat kritikal terhadap dasar penswastaan kerajaan, hari ini mengakui telah wujud "perkembangan yang lebih terbuka dan positif "sejak Tun Daim Zainuddin meletakan jawatan sebagai menteri kewangan 1 Jun lalu.
Ugut Operasi VCD Haram: Polis Kelang Berkas Dua Lelaki 
KELANG, Selasa 31 Julai - Polis telah mula bertindak keatas mereka yang mengugut para pegawai penguatkuasa yang menjalankan tugas membenteras kegiatan mengedar VCD cetak rompak dan mesin video judi haram.
“Saya tidak bersalah…itu yang pasti dan saya yakin akan diterima semula” – Presiden PMUM 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Selasa 31 Julai – Presiden Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Mohd Fuad Mohd Ikhwan telah mengemukakan surat rayuan kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad dalam usahanya untuk meneruskan pengajian di universiti tersebut. Pelajar tahun akhir pengajian Syariah itu berkata, beliau berkeyakinan surat rayuan yang ditulis atas nasihat Naib Canselor UM, Datuk Dr Zaini Mohd Zain akan mendapat jawapan positif daripada menteri pendidikan dalam tempoh terdekat ini.
Bagaimana Gus Dur dipujuk isterinya supaya berundur… 
Abdurrahman Wahid atau Gus Dur masuk ke bilik tidur dengan tekad untuk terus berada di Istana Presiden walaupun Parlimen Indonesia atau Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) sejam sebelum itu telah memecatnya sebagai presiden. "Mereka boleh potong (bekalan) elektrik dan air. Mereka boleh hantar tentera dengan senjata. Mereka boleh tembak saya. Saya tetap di sini," beliau menegaskan demikian kepada isterinya, Nuriyah. Tetapi Gus Dur terperanjat apabila Nuriyah, yang amat jarang memberikan nasihat mengenai politik sepanjang 21 bulan pemerintahannya yang penuh hura-hara, Menasihatinya supaya menukar fikiran.
BA’s Hide-and-Seek Game... 
Analysis By WAN HAMIDI HAMID Sweeping reality under the carpet seems to be solution for opposition coalition Barisan Alternatif (BA). While the issue of setting up an Islamic state in Malaysia, proposed by Parti Islam SeMalaysia (Pas) and opposed by Democratic Action Party (DAP) has yet to be resolved, the other two BA partners Parti Keadilan Nasional (Keadilan) and Parti Rakyat Malaysia (PRM) have come up with a “solution”.
Mesyuarat Pemimpin DAP & Pas Gagal Selesai Isu Negara Islam 
KUALA LUMPUR, Isnin 30 Julai – Satu mesyuarat antara para pemimpin utama DAP dan Pas hari ini gagal mencari satu penyelesaian mengenai isu negara Islam yang mencetuskan ketegangan antara kedua -dua parti gabungan Barisan Alternatif (BA) itu.
Negara kehilangan 300,000 penumpang bila empat syarikat tamatkan penerbangan ke KLIA 
KUALA LUMPUR, Isnin 30 Julai- Empat syarikat penerbangan asing yang menamatkan perkhidmatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tahun lepas telah mengakibatkan negara kehilangan antara 200,000 hingga 300,000 penumpang ke negara ini, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Umno Tak Akan Sokong Calon Bebas di Sarawak – Dr Mahathir 
KOTA KINABALU, Isnin 30 Julai - Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini bahawa Umno tidak akan memberikan sokongan kepada mana-mana calon bebas pada pilihan raya negeri Sarawak yang dijadualkan tahun ini.
Umur Persaraan Wajib Kakitangan Awam Kini 56 Tahun 
KUALA LUMPUR, Isnin 30 Julai - Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Akta Pencen (Pindaan) 2001 yang bertujuan meminda Akta Pencen 1980 (Akta 227) bagi melanjutkan umur persaraan wajib kakitangan dalam perkhidmatan awam daripada 55 tahun kepada 56 tahun.
Ajaran Banuar Bikini Perangkap Wanita Bermasalah 
Laporan Oleh ROSLAN BIAN SHAH ALAM, Isnin 30 Julai - Suami beragama Islam di Selangor dinasihati supaya mengawasi isteri masing-masing agar tidak terperangkap dengan ajaran sesat dikenali Haji Banuar Bikini yang dikesan di Bukit Kapar, Klang akhir tahun lalu.
Gara-gara cari harta karun tiga lelaki sesat di Gunung Senyum 
TEMERLOH, Isnin 30 Julai - Gara-gara terpengaruh dengan rancangan televisyen dan ingin mencari harta karun, tiga lelaki yang sesat dan terpaksa bermalam di Hutan Lipur Gunung Senyum, 40 km dari sini, sebelum mereka ditemui oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi ini.
Peraturan Baru Pemuzik Luar: Konsert Scorpions Jumaat Ini Dapat Permit 
KUALA LUMPUR, Isnin 30 Julai ?Konsert kumpulan popular Jerman, The Scorpions di Stadium Bukit Jalil akan terus diadakan sepertimana yang dijadualkan Jumaat ini sekalipun kerajaan mengetatkan pengeluarkan permit untuk artis luar negara.
Petikan 
Pemuda berpendirian bahawa sistem ini(kuota) mesti dipertahankan kerana jurang perbezaan bagi peluang pendidikan, khususnya dalam bidang sains dan teknologi di antara pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah masih ketara.-Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Hishamudin Tun Hussein berkata di Kuala Lumpur hari ini ketika meminta Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad supaya menimbang dengan lebih teliti cadangan melaksanakan sistem meritokrasi ke atas kemasukan pelajar Bumiputera ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
600 unit Proton Juara telah dijual dua minggu selepas dilancar 
MELAKA, Ahad 29 Julai- Proton Juara - kenderaan pelbagai guna (MPV) dan model terbaru dari syarikat pengeluar kereta nasional yang dilancarkan dua minggu lalu oleh Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah mencapai jualan sebanyak 600 unit.
BA perlu pilih kerjasama lain jika gagal selesai isu negara Islam - Kit Siang 
KUALA LUMPUR, Ahad 29 Julai - Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, para pemimpin Barisan Alternatif (BA) perlu mencari pilihan kerjasama lain jika masih terus gagal menyelesaikan isu berhubung negara Islam.
Bank-bank belanja RM1 bilion untuk skim berhenti sukarela – Financial Times 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Prospek ekonomi Malaysia dilapor semakin menjunam. Ketika harga barang ‘mengamuk’ di pasar, dalam lima bulan pertama tahun ini sahaja 12,952 orang dibuang kerja. Lebih menakutkan, 50,000 pekerja kilang dijangka hilang pekerjaan. Walaupun putus rezeki tetapi adalah bencana yang menyeksakan, kadar pengangguran meningkat dan terus meningkat akibat kehilangan pekerjaan.
Demokrasi tidak akan jatuh dari langit seakan barakah dari Allah... 
Kegawatan politik Indonesia sampai ke kemuncaknya Isnin lalu (23 Julai) apabila Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) membuat keputusan muktamad memecat Gus Dur dan mengantikan beliau dengan Megawati Sukarnoputri. Apakah masa depan yang menanti negara jiran ini? Dapatkah golongan aktivis, kiyai dan cendekiawan liberal dan progresif merombak kembali sistem politik republik itu? Atau apakah wacana liberal mereka akan turut terbenam juga? Ahli akademik Dr Farish A. Noor telah membangkitkan persoalan ini kepada kiyai muda Nahdatul Ulama, Syafiq Hasyim di kota Leiden, Belanda. Ikuti Bahagian III dan terakhir siri dialog antara mereka berdua sekarang.
Lawatan Kerja Rasmi Pertama Megawati Dicemari Tunjuk Perasaan 
JAKARTA, Jumaat 27 Julai - Lawatan kerja rasmi yang pertama Presiden Megawati Sukarnoputri hari ini telah dicemari oleh tunjuk perasaan pelajar yang membuat beberapa tuntutan termasuk menghancurkan terus saki baki rejim bekas Presiden Suharto.
Projek Perkampungan Hollywood Malaysia kini diambang kemusnahan? 
KUALA LUMPUR, Ahad 29 Julai - Perkampungan Hollywood Malaysia – Entertainment Village – atau E-Village yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dan bintang filem Hong Kong Jackie Chan dalam satu majlis besar-besaran September lalu kini dikatakan berada diambang senja untuk gulung tikar.
Rendra: Rakyat Hanya Hamba... 
Penyair terkemuka Indonesia, Rendra “mengamuk” lagi. Kali ini di Taman Ismail Marzuki, Jakarta. Lebih dikenali dengan nama julukannya Si Burung Merak, penyair ini menyuarakan rasa tidak puashati terhadap keadaan di Indonesia. Baginya keadaan ini bukan baru terjadi, malah sejak zaman Mataram, kezaman penjajahan Belanda terus masa Sukarno hingga Suharto. “Di masa revolusi, rakyat menjadi massa revolusi. Di zaman Suharto, rakyat jadi massa pembangunan. Hingga akhirnya di masa sekarang, rakyat jadi massa reformasi”. Ikutilah luahan hatinya yang disiarkan dalam akhbar harian terkemuka Indonesia, Suara Pembaruan.
Rundingan Damai: Arroyo akan sampaikan ucapan terima kasih kepada PM 
MANILA, Ahad 29 Julai - Presiden Gloria Macapagal Arroyo akan menyampaikan ucapan terima kasihnya secara pribadi kepada Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad di atas usaha Kerajaan Malaysia bertindak sebagai orang tengah kepada rundingan damai Manila dengan kumpulan pemisah Islam Selatan negara itu.
Soal Pindaan Terserah Pada Sultan Kelantan - Dr Mahathir 
KUALA LUMPUR, Ahad 29 Julai- Soal sama ada pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan yang bertujuan untuk mengurangkan kuasa dan fungsi Sultan akan menjadi undang-undang terserah kepada keputusan Sultan Kelantan sendiri, kata Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad.
DAP & Pas adakan pertemuan sulit mengenai perbezaan ideologi mereka hari ini 
KUALA LUMPUR, Isnin 30 Julai- Dua buah parti pembangkang yang bertelagah berhubung pembentukan sebuah negara Islam hari ini dilaporkan mengada satu pertemuan sulit di sini untuk “menyelesaikan” apa jua perbezaan mereka mengenai isu tersebut dan sekaligus berusaha untuk menyelamatkan pakatan Barisan Alternatif (BA).
Seorang rakyat Malaysia belanja makan tengah hari percuma di Malaysia Hall apabila… 
LONDON, Ahad 29 Julai - Kantin Malaysia Hall yang popular di kalangan pelajar Malaysia telah dipanjangkan hayatnya sekurang-kurangnya dua bulan lagi sehingga September ini dan terdapat juga yang menyebut hayatnya mungkin akan terus berpanjangan sehingga penghujung 2003.
petikan 
Sistem meritoktasi yang memilih pelajar berdasarkan prestasi akademik dan bukannya kerana kuota bertujuan supaya pelajar Melayu lebih prihatin untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Masyarakat termasuk badan politik Melayu perlu melihat perkara ini dari segi positif, kita jangan anggap tiap-tiap cadangan hanya negatif, itu adalah perangai yang perlu kita kikis-Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad berkata kepada para wartawan pada sambutan Hari Keluarga Kementerian Pendidikan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dekat Kuala Lumpur.
Ahmad Lutfi Othman lancar semula Detikdaily.com 
KUALA LUMPUR, Jumaat 27 Julai - Detikdaily.Com (http://detik.daily.tripod.com), sebuah laman majalah web yang lahir hasil daripada pengharaman majalah Detik versi cetak, hari ini mengumumkan pelancaran semulanya dengan wajah dan kandungan baru.
Exco Negeri Kedah, Rosnah Majid beransur sihat; Menepis khabar angin yang beliau kini tenat 
KUALA LUMPUR, Jumaat 27 Julai - Ahli Exco Kerajaan Negeri, Rosnah Majid kini berada dalam keadaan sihat dan memuaskan setelah menerima rawatan buah pinggang di sebuah hospital pakar di Negeri China.
Jonah Dibebaskan Dari ISA Hari Ini - Ketua Polis KL 
KUALA LUMPUR, Sabtu 28 Julai - Aktivis pelajar, Mohd Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) awal bulan ini telah dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Meor Che Hussein Mahayuddin berkata kepada pemberita bahawa Mohd Khairul dibebaskan tanpa syarat dari ibu pejabat polis itu.
Kerajaan perkenalkan undang-undang baru bendung jenayah pesakit mental 
SEREMBAN, Sabtu 28 Julai - Kerajaan akan membentangkan Rang Undang-Undang Kesihatan Mental 2001 pada persidangan Dewan Rakyat kali ini dengan tujuan untuk membendung kejadian jenayah yang dilakukan oleh pesakit mental.
Ku Li ulangi Sultan Kelantan tak akan perkenan pindaan negeri 
KOTA BHARU, Sabtu 28 Julai - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Sultan Kelantan tidak akan memberikan perkenan baginda kepada pindaan perlembagaan Negeri Kelantan yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri bulan lalu.
Lawatan Kerja Rasmi Pertama Megawati Dicemari Tunjuk Perasaan 
JAKARTA, Jumaat 27 Julai - Lawatan kerja rasmi yang pertama Presiden Megawati Sukarnoputri hari ini telah dicemari oleh tunjuk perasaan pelajar yang membuat beberapa tuntutan termasuk menghancurkan terus saki baki rejim bekas Presiden Suharto.
Seluruh industri akan rebah jika ekonomi Asia demam berpanjangan - Businessweek 
Dari Jendela Media Asing Susunan: ABU BAKAR RASHID Jepun dan Singapura kini dilanda kemelesetan, kata Businessweek (BW) edisi terbaru 30 Julai. Hampir kesemua negara utama Asia dirundung ekonomi yang menguncup. Malah, China yang begitu laju memacu reformasi ekonomi juga tidak terlepas daripada merasai kelembapan ini.
Semua urusan lebuh raya dan kutipan tol di bawah kendalian UEM akan berjalan seperti biasa 
KUALA LUMPUR, Jumaat 27 Julai - Semua projek lebuhraya dan sistem kutipan tol yang dikendalikan oleh United Engineers (M) Bhd (UEM) akan berjalan seperti biasa walaupun syarikat yang banyak menanggung hutang itu kini dalam proses pengambilalihan oleh Khazanah Nasional Bhd. Melalui Syarikat Danasaham Sdn Bhd.
Semua urusan lebuh raya dan kutipan tol di bawah kendalian UEM akan berjalan seperti biasa 
KUALA LUMPUR, Jumaat 27 Julai - Semua projek lebuhraya dan sistem kutipan tol yang dikendalikan oleh United Engineers (M) Bhd (UEM) akan berjalan seperti biasa walaupun syarikat yang banyak menanggung hutang itu kini dalam proses pengambilalihan oleh Khazanah Nasional Bhd. Melalui Syarikat Danasaham Sdn Bhd.
Tandatangan perjanjian dulu, baru boleh masuk universiti – Dr Mahathir 
SHAH ALAM, Sabtu 28 Julai - Pelajar yang hendak memasuki universiti mungkin dikehendaki menandatangani perjanjian dengan kerajaan untuk memastikan mereka benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran.
Kerajaan ambil tindakan radikal berhubung masa depan pelajar Bumiputra 
Presiden Umno Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran bahawa tindakan radikal akan diambil bagi menyelamatkan pelajar Melayu daripada terus tercicir.KLIK sekarang untuk laporan penuh.
Petikan 
Jepun akan terus dijadikan contoh oleh Malaysia dalam proses pembinaan negara. Bagaimanapun Malaysia akan berhati-hati dan mengelak daripada melakukan kesilapan serupa yang dilakukan Jepun..Anda juga boleh belajar daripada kesilapan orang lain, apa yang kita lihat di Jepun hari ini ialah terdapat banyak kesilapan dan kami akan mengelak daripada melakukan kesilapan serupa – Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata dalam satu temubual dengan televisyen NHK Jepun.
BA tak akan restui pindaan perlembagaan untuk tubuh Negara Islam atau Malaysian Malaysia  
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Jumaat 27 Julai - Dua anggota komponen Barisan Alternatif (BA) Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini menyeru semua rakan mereka di dalam pakatan itu supaya kembali bersatu dan mengenepikan perbezaan yang boleh menjurus ke arah perpecahan sesama mereka.
Rundingan damai puak pemisah-Kerajaan Filipina masih diteruskan di N. Sembilan 
PORT DICKSON, Jumaat 27 Julai - Kerajaan Filipina dan puak pemisah SRundingan damai puak pemisah-Kerajaan Filipina masih diteruskan di N. Sembilanelatan Filipina dari sayap Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), meneruskan rundingan damai mereka di sini hari ini untuk mencari jalan keluar kepada kemelut yang telah berlanjutan selama 23 tahun itu.
Semua pemegang saham UEM akan dapat tawaran RM4.50 sesaham - Danasaham 
KUALA LUMPUR, Jumaat, 27 Julai - Semua pemegang saham United Engineers Malaysia Bhd (UEM) akan mendapat harga tawaran yang sama iaitu RM4.50 sesaham termasuk pemegang saham minoriti.
Zuki ketuai sekretariat bebas teliti rayuan ahli Umno yang dihukum 
KUALA LUMPUR, Jumaat 27 Julai - Sebuah sekretariat bebas akan ditubuhkan bagi meneliti rayuan anggota Umno berkaitan dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap mereka oleh Lembaga Disiplin Umno, demikian ditegaskan oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
'Jangan menangis untuk Gus Dur, menangislah untuk Indonesia' 
JAKARTA, Khamis 26 Julai – “Jangan menangis untuk Gus Dur, tetapi menangislah untuk Indonesia....!” Jerit seorang penyokong bekas Presiden Abdurrahman Wahid dicelah-celah perhimpunan untuk mengucapkan selamat jalan di kawasan Monumen Nasional sebelum beliau berlepas ke Amerika petang ini.
Another Round of DAP’s Internal Squabble 
By WAN HAMIDI HAMID Democratic Action Party (DAP) is slowly drifting towards a political nowhere-land. It has almost become a non-player in the national political arena until the recent controversy over the Islamic state issue. Party leaders such as Lim Kit Siang, Karpal Singh and Lim Guan Eng were vocal in their stance against the Islamic state proposal by its Barisan Alternatif (BA) partner Parti Islam SeMalaysia (Pas).
Dr Mahathir kurang senang Pekan Rabu hendak ditukar kepada namanya 
ALOR SETAR, Khamis 26 Julai - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan rasa kurang senangnya dengan cadangan untuk menukar nama Pekan Rabu kepada nama timang-timangannya iaitu “Che Det”.
Kesan keputusan Likas kepada senario politik Malaysia - Asia Times 
Dari Jendela Media Asing Susunan: Abu Bakar Rashid Berikutan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang yang mengisytiharkan daftar pengundi Likas tidak sah dan didorong oleh kebimbangan lebih banyak lagi tindakan undang-undang diambil ke atas daftar pemilih bagi kawasan-kawasan lain di Sabah yang mengakibatkan terdedahnya apa yang selama ini disembunyikan, Asia Times (AT) 25 Julai melaporkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji kemungkinan untuk meminda perlembagaan bagi menyekat tindakan mencabar daftar pemilih di mahkamah.
Pas minta DAP timbang masak-masak untuk tinggalkan BA; Buku konsep negara Islam akan terbit 
KUALA LUMPUR, Khamis 26 Julai - Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor meminta rakannya dalam Barisan Alternatif (BA), DAP supaya berfikir semasak-masaknya untuk keluar dari pakatan longgar pembangkang itu kerana masih terdapat ruang perundingan mengenai apa jua masalah berhubung dasar parti dan juga perancangan politik mereka.
Pemuda Umno Sasar Satu Juta Ahli Baru 
KUALA LUMPUR, Khamis 26 Julai - Bunyi kenyataan ini mungkin agak bombastik tetapi Pergerakan Pemuda Umno menyimpan cita-cita untuk mengumpul anggota seramai satu juta orang menjelang akhir tahun ini menerusi usaha gerak kerja pilihan raya oleh 165 bahagiannya di seluruh negara.
Peralihan Kuasa Indonesia Selesai: Hamzah Haz Naib Presiden; Gus Dur Bertolak Ke Amerika… 
Indonesia telah berjaya melepasi dengan aman satu drama peralihan kuasa yang mendebarkan hari ini apabila Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Hamzah Haz dipilih sebagai naib presiden Indonesia yang baru sementara bekas presiden Abdurrahman Wahid berlepas ke Amerika. Dalam pemilihan pusingan ketiga di Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pagi ini, Hamzah Haz mendapat 340 undi menewaskan Ketua Umum Parti Golkar, Akbar Tandjung yang mendapat 237 undi dalam persaingan dua penjuru di mana dalam pusingan pertama, lima orang calon bertanding. KLIK sekarang untuk laporan lanjut.
Suhakam akan mulakan siasatan sendiri berhubung penahanan ISA 
KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berjanji untuk menyiasat kes penahanan enam orang ahli politik dan aktivis sosial di bawah ISA dan seorang pelajar di bawah akta yang sama.
TPM Umum 'Perang' Hapus Video Lucah 
KUALA LUMPUR, Khamis 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi mengumumkan hari ini kerajaan akan mewujudkan undang-undang yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dengan kegiatan pengedaran dan penjualan video lucah dalam usaha menghapuskan terus kegiatan itu.
“Saya Belum Muak Tunggu Keputusan Lembaga Disiplin Umno”- Fauzi Rahman 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Khamis 26 Julai - Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman hari ini menafikan desas desus yang mengatakan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Beserah kerana kononnya sudah muak Lembaga Disiplin belum membuat keputusan lagi ke atas kesnya.
Kini boleh beli tiket bas ekspres Plusliner & Nice melalui internet 
KUALA LUMPUR, Khamis 26 Julai - Plusliner Sdn Bhd, anak syarikat Park May Bhd telah memperkenalkan sistem tiket "on-line" untuk perkhidmatan bas ekspresnya bagi memudahkan pelanggan berurusan membeli tiket dengan lebih selesa.
Anwar kemuka rayuan supaya kesnya dipercepatkan; Kesihatan semakin terjejas 
KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai - Bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipenjarakan, Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini mengemukakan petisyennya kepada Mahkamah Rayuan supaya mempercepatkan perbicaraan rayuan kes sodominya setelah tertangguh lebih 10 bulan ekoran kelewatan hakim Mahkamah Tinggi mengeluarkan penghakiman bertulis.
Black Metal: Is it a threat or a joke? 
Analysis By WAN HAMIDI HAMID The problem with some of the conservative segments of the society is that side issues like black metal are seen to be more dangerous than corruption, abuse of power and assaults on democracy and freedom. After all, black metal is a joke, and therefore a black metal menace in Malaysia is even a funnier joke. A joke, whether it is funny or not, is definitely not a threat to the national security.
Dewan Rakyat diberitahu kerajaan akan ambilalih LRT 
KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kerajaan akan turut mengambilalih operasi system transit aliran ringan (LRT) daripada dua syarikat operatornya dengan dibiayai oleh penerbitan bon berjumlah RM6 bilion.
Isu Sokong Pas Masuk Syurga: Pas Gertak Nak Saman Utusan 
KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai

- Pas hari ini mengertak akan membawa akhbar harian Utusan Malaysia ke mahkamah jika mereka tidak menyiarkan permohonan maaf kerana menyiarkan satu laporan yang disifatkan sebagai percubaan untuk membuat rakyat membenci dan menjauhkan diri daripada parti berkenaan.

Kunjungan Presiden Arroyo ke M'sia bulan depan kena mengena dengan rundingan damai Moro 
KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai - Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo akan melakukan kunjungan rasmi ke negara ini pada 6 hingga 10 Ogos depan, demikian menurut sumber-sumber Wisma Putra hari ini.
MPT Keadilan putuskan ceramah & penerangan politik akan diteruskan 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai – Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan meneruskan ceramah umum penerangan politik semasa negara setelah Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) mengambil ketetapan tidak akan tunduk dengan keputusan larangan ceramah politik di seluruh negara sebagaimana yang dikuatkuasakan bulan ini.
"Saya Akan Mati Kali Ini Jika Terkena Stroke" - Gus Dur 
JAKARTA, Rabu 25 Julai – Presiden Indonesia yang dipecat, Abdurrahman Wahid memberitahu teman-teman rapatnya jika sekali sahaja lagi beliau diserang angin ahmar, beliau bimbang akan meninggal dunia.
Berehat Depan Istana Merdeka…. Sementara Menunggu Keputusan Pemilihan Naib Presiden 
JAKARTA, Rabu, 25 Julai – Biasanya pemilihan jawatan Naib Presiden Indonesia tidak dilihat sebagai sesuatu yang menarik perhatian ramai. Sejak Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1947 biasanya jawatan yang tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif itu diisi oleh tokoh yang “ditunjuk” oleh Presiden. Malah pemilihan Megawati Sukarnoputri sebagai Naib Presiden 21 bulan lalu selepas pilihanraya umum pertama secara terbuka di Indonesia juga adalah satu proses yang sudah dijangka. Ini sebagai balasan kerana terpaksa memberi laluan kepada Abdurrahman Wahid yang dipilih oleh Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) menjadi Presiden sekalipun undi yang diraih oleh partinya jauh lebih kecil dari parti Megawati. Bagaimanapun pemilihan jawatan Naib Presiden yang sedang melalui pusingan kedua di MPR sekarang dilihat sebagai satu ujian dalam proses mempraktikan demokrasi di negara ini.
Naib Presiden Indonesia : Hamzah Haz Atau Akbar Tandjung ? 

JAKARTA, Khamis, 26 Julai-Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP) Hamzah Haz akan berentap dengan Ketua Parti Golkar, Akbar Tandjung, dalam pemilihan pusingan ketiga iaitu pusingan penentu jawatan Naib Presiden Indonesia hari ini apabila mereka berdua gagal memperolehi 50 peratus undi Majlis Pemesyuaratan Rakyat (MPR) semasa pemilihan pusingan kedua malam semalam. Hamzah Haz mendapat 254 undi manakala Akbar Tandjung mendapat 203 undi. Calon ketiga, bekas jeneral dan Menteri Politik, Sosial dan Keamanan, Susilo Bambang Yudhoyono yang mendapat 147 undi dalam pemilihan pusingan itu terkeluar dari perlumbaan merebut jawatan berkenaan. Seramai 609 dari keseluruhan 659 ahli MPR membuang undi. Speaker MPR, Amien Rais mengumumkan malam semalam pemilihan pusingan ketiga ditangguhkan kepada jam 9 pagi esok (Khamis). Kesemuanya lima calon bertanding semasa pusingan pertama yang diadakan sebelum itu. Tiga layak ke pusingan kedua. Para pemerhati menilai pemilihan pusingan ketiga antara dua tokoh utama parti ini pasti mencetuskan suasana yang mendebarkan kerana ia mempunyai kesan keatas senario politik Indonesia. Ini kerana PPP adalah berteraskan Islam manakala Golkar dikira parti peninggalan era bekas Presiden Suharto.
Telekom M’sia disebut-sebut akan ambilalih New Straits Times 
Oleh Wartawan AgendaDaily KUALA LUMPUR, Rabu 25 Julai - Telekom Malaysia Berhad telah menerima satu kertas cadangan untuk mengambilalih akhbar The New Straits Times dari tangan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).
Terbaru : Hamzah Haz Dipilih Naib Presiden Indonesia 
Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Hamzah Haz dipilih sebagai Naib Presiden Indonesia dalam pemilihan pusingan ketiga di Majlis Pemesyuaratan Rakyat Indonesia (MPR) pagi ini. Beliau yang mendapat 340 undi menewaskan Ketua Umum Parti Golkar, Akbar Tandjung 237 undi dalam persaingan dua penjuru itu yang asalnya dalam pusingan pertama lima orang calon bertanding.
\ 
JAKARTA, Rabu 25 Julai – Presiden Indonesia yang dipecat, Abdurrahman Wahid memberitahu teman-teman rapatnya jika sekali sahaja lagi beliau diserang angin ahmar, beliau bimbang akan meninggal dunia.
Petikan 
"Jangan terpengaruh dengan janji Pas kononnya sesiapa yang menyokong parti itu akan masuk syurga kerana setakat ini tiada siapa yang boleh membuktikan bahawa janji itu adalah benar. Sampai bila pun janji itu mustahil ditunaikan kerana belum ada ahli parti itu yang sudah meninggal dunia dapat mengesahkan apa yang telah dijanjikan itu" - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata di majlis pecah tanah Program Penempatan Semula Setinggan (PPSS) In-Situ di Kampung Ampang Campuran, Selangor.
Di sebalik kekalahan Likas, Keadilan dakwa boleh tawan Sabah pada 2004 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Selasa 24 Julai – Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menyifatkan mereka mampu memberi impak yang besar menjelang pilihan raya umum 2004 di Sabah walaupun calon mereka tewas teruk pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Likas Sabtu lalu.
Gus Dur Masih Anggap Dirinya Presiden Indonesia 
JAKARTA, Selasa 24 Julai - Presiden yang disingkirkan, Abdurrahman Wahid masih menyifatkan dirinya seorang “presiden” Indonesia yang sebenar dan masih berdegil tidak akan meninggalkan Istana Merdeka – kediaman rasmi pemimpin negara, demikian menurut laporan agensi berita antarabangsa petang ini.
Institusi keluarga dan masyarakat perlukan penstrukturan semula? 
Pemimpin wanita dalam Parti Islam SeMalaysia (Pas) Dr Mariah Mamud berpendapat, institusi keluarga dan masyarakat di negara ini semakin runtuh kerana kerajaan tidak menyediakan satu modul yang dapat dijadikan panduan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumahtangga tentang didikan dan kawalan anak-anak. Ikuti wawancara INTAN RUSLI dengan beliau sekarang
Islam itu rasional, demokratik & progresif... 
Dalam Bahagian I, Dialog Dr Farish A Noor dengan ilmuan Islam muda Indonesia, Syafiq Hasyim telah membicarakan dengan panjang lebar bagaimana sesetengah ulama yang ortodoks telah menjadikan kaum wanita Islam terpinggir dan tidak berperanan ke arah sebuah masyarakat yang progresif. Mereka juga membicarakan isu yang agak sensitif iaitu ulama dan ilmuan Islam tidak semestinya "perfect" dan tidak boleh dikritik. Ikuti Bahagian II dialog itu sekarang...
Ketua Pemuda DAP Melawan Arus? 
KUALA LUMPUR, Selasa 24 Julai – Ketua Ketua Pemuda DAP, Teng Chang Khim nampaknya seperti melawan arus apabila beliau membuat kenyataan meminta Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Kit Siang agar tidak menerima sebarang pencalonan untuk apa jua jawatan pada kongres kebangsaan parti itu bulan depan.
Mokhzani Berbicara Mengenai Ayahnya... 
Dalam temuramah eksklusif Straits Times Singapura dengan Mokhzani Mahathir baru-baru ini, beliau telah bercakap dengan panjang lebar dan berterus terang mengenai ayahnya yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-20 sebagai Perdana Menteri Malaysia. Akhbar itu juga turut menyingkap kejayaan dan kegagalan Dr Mahathir sepanjang perkhidmatannya sebagai pemimpin Malaysia. Klik sekarang untuk ikuti wawancara menarik ini.
Pejuang MORO dan Kerajaan Filipina berunding di Port Dickson hari ini 
KUALA LUMPUR, Selasa 24 Julai - Agensi Berita Reuters melaporkan bahawa pegawai-pegawai Kerajaan Filipina kini telah berada di Malaysia untuk memulakan rundingan damai dengan puak pemisah Selatan negara itu dalam usaha terakhir mereka mencari jalan damai di wilayah yang diancam dengan penculikan dan keganasan.
PM jelaskan kenapa MAS terpaksa diselamatkan; Tapi tiada sebab untuk siasat Tajudin Ramli… 
KUALA LUMPUR, Selasa 24 Julai - Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) terpaksa diselamatkan secara tergesa-gesa kerana kerajaan khuatir kedudukan syarikat penerbangan itu akan bertambah parah ekoran aliran tunainya yang semakin lemah, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Soal ISA Bergema Lagi di Dewan Rakyat 
KUALA LUMPUR, Selasa 24 Julai - Soal Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bergema lagi di Dewan Rakyat hari ini bila tujuh orang wakil rakyat pembangkang serentak mempersoalkan keperluannya kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Zainal Abidin Zin.
Gagal memahami institusi elit Indonesia adalah punca kejatuhan Gus Dur 
Kesilapan pertama beliau sebaik sahaja menduduki kerusi presiden 21 bulan yang lalu ialah dengan melakukan pelbagai rombakan dalam angkatan bersenjata sehingga mencetuskan kegelisahan di kalangan para jeneral. Mereka tidak biasa dengan budaya yang dibawa oleh Gus Dur. Presiden sebelum Gus Dur iaitu B.J. Habibie walaupun telah memulakan pembaharuan politik selepas mengambilalih jawatan daripada Suharto amat berhati-hati di dalam sebarang keputusannya dalam mencampuri urusan tentera dan polis.Malah Habibie meneruskan tradisi kerajaan sebelumnya dengan melantik Panglima ABRI, Jeneral Wiranto sebagai anggota kanan kabinet. Tetapi Gus Dur gagal menghayati tradisi ini kerana beliau tidak tergolong di dalam kelas elit pemerintahan Indonesia. Beliau datang dari kalangan keluarga ulama atau pemimpin agama yang sepanjang sejarah pembentukan negara itu menjadi satu institusi yang tersendiri tanpa campur tangan secara langsung dalam urusan harian elit pemerintah. KLIK sekarang untuk ikuti analisa ROZAID RAHMAN.
Isu Black Metal: BH Singapura Bimbang Apa Yang Berlaku di Malaysia 
Dari Jendela Media Luar Negeri Susunan ABU BAKAR RASHID Dalam ruangan Lidah Pengarangnya, akhbar Singapura, Berita Harian semalam, 23 Julai, menyifatkan pendedahan gejala 'black metal' yang merosakkan akidah remaja di Malaysia sungguh memeranjatkan.
Apabila George Soros Sendiri Terkena? 
Awas! Di negara kita ia belum lagi mengganggu ketenangan fikiran ramai orang, tetapi di Amerika,pengarah terkemuka, Steven Spielberg ,pengacara televisyen yang popular Oprah Winfrey malah pedagang matawang antarabangsa ,George Soros yang cukup kita kenali itupun sudah kena.Sekarang ini ia sudah menjalar ke United Kingdom pula. Jadi sebelum ia merebak ke sini berhati-hatilah bila anda mendedahkan segala maklumat peribadi dalam internet. Lupakan tentang mencuri atau nak bergadai nyawa pergi merompak.Ia dikenali sebagai jenayah millennium baru.
Ambilalih Renong & UEM: Ia adalah langkah untuk menyelamatkan pekerja - PM 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa langkah kerajaan mengambilalih kepentingan dalam Kumpulan Renong tiada kena mengena dengan amalan kronisma atau korupsi tetapi adalah bertujuan untuk menyelamatkan beribu kakitangannya daripada menjadi mangsa keadaan.
KAMI minta parti politik tidak tunduk kepada larangan ceramah politik 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai - Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) hari ini menyeru parti-parti politik terutamanya dari kalangan Barisan Alternatif (BA) supaya meneruskan rancangan ceramah umum mereka walaupun kerajaan telah mengeluarkan arahan melarang semua bentuk ceramah politik daripada dianjurkan bermula bulan ini.
Khazanah tawar beli saham UEM 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai- Kerajaan menerusi Khazanah Nasional Berhad hari ini membuat tawaran rasmi untuk membeli saham United Engineers Malaysia (UEM) pada harga RM4.50 sesaham.
Megawati Sukarnoputri Presiden Kelima Indonesia 
Setelah 21 bulan mengharungi badai menjadi naib presiden Indonesia sekali pun parti pimpinannya menang besar dalam pilihanraya umum 1999, Megawati Sukarnoputri hari ini dilantik menjadi presiden Indonesia yang kelima setelah Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) sebulat suara bersetuju memecat Abdurrahman Wahid dalam sidang sesi khas yang dramatik. Gus Dur yang dilaporkan tidur di Istana Merdeka sewaktu pengundian dijalankan di MPR, dalam reaksi awalnya menegaskan beliau menolak sebarang keputusan MPR untuk memecatnya dan akan terus “berkubu"di kediaman rasmi presiden itu.
MPT Keadilan bersidang hari ini untuk bincangkan isu Likas dan percantuman PRM 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai - Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Nasional (Keadilan) bersidang petang ini di mana antara lain agenda utama mesyuarat itu adalah untuk membuat bedah siasat kekalahan teruk mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Likas Sabtu lalu.
Pelantikan baru Azman Yahya kuatkan lagi spekulasi beliau akan terajui UEM-Renong 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai - Pelantikan Abdul Hamidy Hafiz, pengarah operasi Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) sebagai pengarah urusannya yang baru berkuatkuasa 1 Ogos depan menggantikan Datuk Azman Yahya menguatkan lagi spekulasi pasaran bahawa Azman akhirnya akan dilantik sebagai peneraju United Engineers Malaysia (UEM) Berhad dan Kumpulan Renong yang baru sebaik sahaja segala proses pengambilalihan oleh kerajaan selesai.
Tiada peranan untuk Halim Saad - Danasaham 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai> - Syarikat Danasaham, syarikat pemacu khas yang akan mengendalikan urusan pembelian saham-saham United Engineering Malaysia (UEM) Berhad bagi pihak Khazanah Nasional hari ini menjelaskan bahawa tokoh korporat kontroversi Tan Sri Halim Saad tidak akan memainkan sebarang peranan dalam rancangan penyusunan semula UEM-Renong oleh kerajaan.
Mahathir, Kit Siang put pressure on Pas 
Analysis By WAN HAMIDI HAMID Prime Minister Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad once again lambasted Parti Islam SeMalaysia (Pas) for failing to meet his challenge to put in writing the explanation of an Islamic state. The conservative Islamist party is still silent on the issue, despite repeated challenges from the ruling Umno leader.
Pemuda DAP mahu Kit Siang berundur 
KUALA LUMPUR, Isnin 23 Julai - Ketua Pemuda DAP, Teng Chang Khim hari ini meminta Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang agar tidak menerima sebarang pencalonan untuk apa jua jawatan menjelang kongres kebangsaan parti itu bulan depan.
Suasana Terbaru Sekitar Kemelut Politik Indonesia 
JAKARTA, Isnin 23 Julai – Ketua Polis Jakarta Inspektor Jeneral Sofjan Jacoeb berkata hari ini bahawa pasukan polis negara itu tetap di bawah perintah Jeneral Surojo Bimantoro.
Isu Negara Islam : Nik Aziz Tolak Desakan PM 
GUA MUSANG, Ahad 22 Julai - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata hari ini parti itu tidak perlu menjelaskan secara bertulis mengenai bentuk negara Islam kerana kejayaan dan keberkesanan pemerintahannya di Kelantan dan Terengganu sudah cukup menjadi petunjuk.
Kementerian haramkan dua jenama minuman Red Bull dari pasaran 
KUALA LUMPUR, Jumaat 20 Julai - Kepada para peminat minuman ringan, awas! Minuman penambah tenaga “Red Bull Blue Can” keluaran Austria dan “Red Bull Blue Band” keluaran Thailand telah diharamkan penjualannya buat sementara waktu oleh Kementerian Kesihatan berikutan laporan yang mengaitkannya dengan kematian tiga orang di Sweden baru-baru ini.
Kesan E-Mail Dan SMS Pada Cara Hidup Orang Singapura 
SINGAPURA, Ahad 22 Julai – Kewujudan e-mail dan sistem pesanan suara ringkas (SMS) pada telefon bimbit telah menyebabkan semakin kurangnya orang menulis surat untuk di pos di negara ini.
Proton Juara Mini-MPV Dijual pada Harga RM49,203 
KUALA LUMPUR, Sabtu 21 Julai Proton Juara, kenderaan kategori mini-MPV keluaran terbaru Proton yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini dijual pada harga RM 49,203 sebuah.
VCD Haram : TPM Jamin Polis Akan Bertindak Keatas Pengancam 
KUALA LUMPUR, Ahad 22 Julai -Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan bahaya bahan pornografi sama dengan pengedaran dadah dan memberi amaran pihak polis akan bertindak tegas keatas sendiket berkenaan yang cuba mengancam keselamatan pihak berkuasa yang menjalankan tugas membenteras kegiatan mereka
Akhirnya Jonah disingkirkan dari IKM 
KUALA LUMPUR, Jumaat 20 Julai - Akhirnya pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau lebih dikenali dengan panggilan “Jonah” oleh rakan-rakannya telah disingkir daripada pusat pengajian itu ketika beliau masih lagi berada di dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Berita-Berita Menjelang Sidang Sesi Khas MPR  
JAKARTA,Ahad 22 Julai - Suasana politik Indonesia bertambah tegang malam ini ketika Presiden Abdurrahman Wahid sekali lagi menyatakan bahawa sidang istimewa untuk membicarakannya esok sebagai tidak sah.
Ceramah Politik: Polis Mula Bertindak 
KUBANG PASU, Jumaat 20 Julai – Polis terus bertindak tegas menguatkuasakan peraturan larangan ceramah politik secara terbuka ke atas parti-parti politik apabila menahan seramai 18 orang ahli Pas kerana berada di majlis ceramah di Markas Pas Darus Salam, Tunjang, dekat sini malam semalam.
Pemuda Keadilan & Pas akan teruskan ceramah tanpa permit 
KUALA LUMPUR, Jumaat 20 Julai Pergerakan Pemuda Keadilan Malaysia hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan mematuhi arahan larangan ceramah oleh menteri dalam negeri sebaliknya akan meneruskan program ceramah politik sebagaimana yang dirancang di seluruh negara walaupun tanpa permit.
Sah: Megawati Dilantik Presiden Baru Indonesia... 
TERBARU DARI JAKARTA - Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) pada jam 5.55 petang ini sebulat suara memecat Abdurrahman Wahid dan melantik Megawati Soekarnoputri sebagai presiden baru Republik Indonesia. Dengan ini Megawati telah isytiharkan sebagai presiden Republik Indonesia yang kelima dan wanita pertama yang diangkat ke kerusi tersebut manakala Abdurrahman akan dikenang oleh sejarah sebagai presiden pertama republik itu yang dipecat dari jawatannya oleh anggota-anggota Parlimen. Para anggota MPR telah menyambut keputusan itu dengan teriakan "Allahhu Akhbar." Setakat ini reaksi awal Gus Dur ialah beliau enggan mengiktiraf keputusan tersebut dan memutuskan untuk terus tinggal di Istana Merdeka - kediaman rasmi presiden. Megawati, 54, anak kepada presiden Indonesia yang pertama, Soekarno telah mengangkat sumpah di hadapan anggota-anggota MPR pada tepat jam 6.20 petang tadi. Speaker MPR, Amien Rais menandatangani dikri pelantikan tersebut bagi pihak ahli-ahli dewan. (Berita selanjutnya akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa).
Konvensyen MCA Selangor Diganggu 
KUALA LUMPUR,Ahad 22 Julai- Kepimpinan Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik hari ini melalui satu lagi “ujian” bila ada perwakilan dalam Konvensyen MCA Selangor mengemukakan satu usul diluar jadual meminta supaya tempoh pemimpin parti itu memegang jawatan dihadkan pada tiga tahun sahaja.
Black Metal Belum Ancam Keselamatan Negara - Norian Mai 
KUALA LUMPUR, Sabtu 21 Julai - Polis menggangap kegiatan "Black Metal" satu gejala sosial yang masih berada pada tahap yang terlalu rendah untuk dikategorikan sebagai masalah keselamatan negara.
Keputusan Rasmi: Yong Teck Lee Menang Besar 
Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil Likas: Datuk Yong Teck Lee (BN) : 9,758 undi. Dr Chan Eng Leong (PBS) : 2,217 undi. Christina Liew (Keadilan) : 1,724 undi. Joshua Kong (Bebas) : 50 undi. Majoriti Undi: 7,541 undi. Undi Rosak : 114 undi.
MPR Percepat Sesi Khas Lucut Jawatan Gus Dur ;Ramai Orang Cina Keluar Negara 
JAKARTA, 21 Julai - Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) bersetuju untuk membawa ke hadapan Sesi Khas yang pada awalnya ditetapkan pada 1 Ogos, ke Isnin depan untuk melucutkan Presiden Abdurrahman Wahid daripada jawatannya.
PM: Rakyat Harus Desak Pas Jelaskan Konsep Negara Islamnya 
KUALA LUMPUR, Sabtu 21 Julai Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta seluruh rakyat Malaysia mendesak Pas supaya menjelaskan secara bertulis apa yang dimaksudkannya dengan sebuah negara Islam.
Petikan 
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Likas membuktikan rakyat Sabah menolak gaya politik Parti Keadilan. Kemenangan besar BN ini memberikan mesej kepada Keadilan bahawa itu bukanlah caranya. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata kepada para wartawan selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Likas di Dewan Maksak, Kota Kinabalu malam 21 Julai .
Ambilalih UEM & Renong tak ada kaitan dengan Daim; Jamin tak akan salahguna wang rakyat - PM 
KOTA BHARU, Jumaat 20 Julai - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan langkah pengstrukturan semula Kumpulan Renong Berhad mempunyai sebarang kaitan dengan peletakan jawatan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bulan lalu.
Indonesia: Gus Dur kelam-kabut ubah upacara angkat sumpah Ketua Polis 
JAKARTA, Jumaat 20 Julai - Presiden Indonesian Abdurrahman Wahid atau Gus Dur hari ini memperlihatkan kegawatan kepimpinan secara jelas buat kali pertama apabila beliau menarik balik upacara mengangkat sumpah ketua polis republik itu yang baru dan menangguh rancangannya untuk mengisytiharkan darurat sehingga hujung bulan ini.
Mahasiswa: AUKU tak perlu diperketatkan kerana memang telah ketat 
KUALA LUMPUR, Jumaat 20 Julai - Kerajaan tidak perlu memperketatkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang berusia 30 tahun itu tetapi memadai membuat kajian semula secara ilmiah yang melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
“Siapa makan cili…dialah merasa pedas?- Khir Toyo 
Laporan Oleh ROSLAN BIAN SHAH ALAM, Jumaat 20 Julai - “Siapa makan cili, dia yang rasa pedas ? Itulah reaksi spontan Menteri Besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo ketika diminta mengulas cabaran Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang, Dr Shafie Abu Bakar dari Pas yang mahu beliau buktikan bahawa gejala sakit jiwa yang melanda orang Melayu berpunca daripada tindak tanduk parti pembangkang.
Kehadiran Pak Lah dan Wan Azizah Pencetus Semangat Hari Terakhir Kempen 
KOTA KINABALU, Jumaat 20 Julai - Hanya tinggal tidak sampai 24 jam sahaja lagi untuk para pengundi di Likas membuat penentuan terakhir, Barisan Nasional (BN) dan pencabar terdekat mereka Parti Keadilan Nasional (Keadilan) penuh yakin bahawa calon masing-masing berpeluang untuk memenangi pilihan raya kecil tersebut.
Petikan 
Parti Keadilan tidak sepatutnya meletakan seorang calon dalam pilihanraya kecil ini memandangkan kedua parti berkongsi satu musuh bersama - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata di Kota Kinabalu 20 Julai ketika menafikan laporan 28 ketua cawangan parti itu dari Likas melompat masuk Parti Keadilan Nasional semalam.
Danaharta Sahkan Kerajaan Akan Ambilalih UEM & Renong 
KUALA LUMPUR, Khamis 19 Julai -Danaharta hari ini mengesahkan bahawa kerajaan kini sedang dalam proses untuk mengambil alih konglomerat yang dibebani dengan hutang yang mengunung - United Engineers Malaysia Berhad (UEM).
DAP desak rancangan pengambilalihan UEM-Renong oleh kerajaan dibentangkan di Parlimen 
KUALA LUMPUR, Khamis 19 Julai - DAP hari ini mendesak Kerajaan supaya membentangkan pelan tindakannya untuk mengambilalih dan menstrukturkan semula United Engineers Malaysia Bhd (UEM) dan syarikat induknya, Renong Bhd kepada Parlimen untuk kelulusan.
Indonesia haramkan import daging dan produk haiwan dari Malaysia 
JAKARTA, Khamis 19 Julai - Indonesia telah mengharamkan pengimportan daging dan produk haiwan dari Malaysia dan Turki berhubung kebimbangan penyakit mulut dan kuku, demikian menurut seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian republik itu.
Jangan pasang angan-angan untuk jadi PM, nasihat Dr M kepada anggota parlimen 
PUTRAJAYA, Khamis 19 Julai - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad malam tadi menasihati anggota-anggota Parlimen agar jangan terlalu memasang angan-angan untuk menjadi perdana menteri.
Likas: Salleh Tun Said tak nafi pembangkang bekerja keras 
Laporan Oleh: INTAN RUSLI KOTA KINABALU, Khamis 19 Julai - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sabah, Datuk Salleh Tun Said Keruak tidak menafikan bahawa pihak pembangkang telah bekerja keras untuk menarik pengundi bagi memenangkan calon mereka pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Likas 21 Julai ini tetapi pada masa yang sama menyatakan bahawa kelebihan masih di pihak Barisan Nasional (BN).
Satu lagi laman web baru reformasi muncul? 
KUALA LUMPUR, Khamis 19 Julai - Sebuah lagi laman web reformasi muncul di layar skrin dengan alamat http://iqportal.tripod.com dengan menggunakan slogan Gerbang minda reformis?
Saya Suka Berangan Tapi Bukan Berangan Nak jadi Menteri Kewangan... 
Boleh bertutur dalam empat bahasa, anak kelahiran kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang ini sama sekali menolak sanjungan yang diberi kepadanya di atas kejayaan Bank Rakyat yang diterajuinya. Malah di atas pencapaian itu juga nama beliau telah disebut-sebut salah seorang calon Menteri Kewangan menggantikan Tun Daim yang meletakkan jawatan 1 Jun lalu. Ikuti wawancara eksklusif wartawan AgendaDaily, INTAN RUSLI dengan Dr Norraesah Mohamad sekarang...
ISA: Ibarat Madu dan Racun... 
Dewan Rakyat petang Khamis 19 Julai benar-benar gamat dengan perbahasan apabila para penyokong kerajaan dan pembangkang berhujah tentang keperluan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mereka punya hujah masing-masing. Ikuti sedutan perbahasan itu. Klik sekarang untuk laporan lanjut
Kesuraman ekonomi M'sia dan isu Renong jadi fokus media asing 
DARI JENDELA MEDIA ASING Susunan: ABU BAKAR RASHID Nilai ringgit diramal jatuh, belanjawan Malaysia akan mengalami defisit yang lebih besar, ekonomi Malaysia sekali lagi mengalami penguncupan dan kerajaan pula dilaporkan akan mengambilalih kepentingan dalam United Engineers Malaysia (UEM) serta Renong Berhad
Mohamad Sabu kini anjur lawatan sosial beramai-ramai ke Iran 
KUALA LUMPUR, Khamis 19 Julai - Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamad Sabu yang baru-baru ini ditahan polis di Kuala Klawang, Negeri Sembilan kerana mengambil bahagian dalam satu ceramah tanpa permit kini sedang menganjurkan rombongan ke Iran pada bulan Disember “untuk bermain salji” dan lawatan sosial.
Omar Jaafar dibebaskan atas jaminan polis 
MELAKA, Khamis 19 Julai – Ketua Parti Keadilan Nasional Melaka, Omar Jaafar yang ditahan polis semalam untuk siasatan lanjut kerana disyaki melepaskan tiga das tembakan ke udara di Kampung Pondok Kempas telah dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
PM minta ibu-bapa & guru cari punca remaja terbabit jenayah serta kegiatan anti tuhan 
KOTA BAHARU, Jumaat 20 Julai - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta semua pihak, terutama ibu bapa dan guru, mencari punca dan menyelesaikan segera masalah yang dihadapi golongan remaja hingga terbabit dalam kes jenayah dan anti agama.
Bukan Pelajar Melayu Saja Yang Aktif – Asia Times 
Susunan: ABU BAKAR RASHID Akhbar Asia Times (AT) hujung minggu lalu cuba mengemukakan sesuatu yang menarik dan tidak disedari ramai mengenai kebangkitan pelajar dalam tahun-tahun 70an dan pada masa ini, di mana kebangkitan kedua-dua era itu mempunyai faktor pendorong yang sama iaitu seorang yang bernama Anwar Ibrahim.
Haji Hadi Awang Bohong - Karpal Singh 
Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang kebelakangan ini berdiri di barisan depan sekali dalam perang mulut dengan Pas mengenai isu Negara Islam hari ini secara terbuka mendakwa Timbalan Presiden Pas, Haji Hadi Awang berbohong kerana memberitahu kepada media mereka berdua pernah duduk berbincang mengenai isu tersebut.
MCA: “Tutup Barisan” Tetapi Pertarungan Jelas Berterusan 
Analisa Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Rabu 18 Julai- Pemimpin-pemimpin MCA nampaknya pandai menutup perbalahan mereka dengan mengisytiharkan slogan “tutup perbarisan” setelah Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) 24 Jun memberi kemenangan tipis kepada penyokong Presiden, Datuk Sri Dr Ling Liong Sik.
Perubahan Besar Sedang Berlaku Pada Renong & UEM? 
Oleh Wartawan AgendaDaily KUALA LUMPUR, Rabu 18 Julai Setelah Tun Daim Zainuddin meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan pada 1 Jun lalu hari ini kedudukan tokoh korporat terkemuka yang dikenali umum sebagai anak emasnya, Tan Sri Halim Saad pula menjadi tanda tanya.
Speaker hantar keputusan pindaan perlembagaan negeri kepada Sultan Kelantan Ahad lalu 
KUALA LUMPUR, Rabu 18 Julai - Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menghantar salinan keputusan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu berhubung pindaan perlembagaan negeri kepada pejabat Sultan Kelantan Ahad lalu.
Tembakan: Ketua Keadilan Melaka Ditahan 
MELAKA,Rabu 18 Julai-Ketua Parti Keadilan Nasional negeri Melaka,Omar Jaafar telah ditahan polis hari ini kerana disyaki melepaskan tiga das tembakan ke udara di Kampong Pondok Kempas ,Jasin pagi semalam kerana dipercayai marah berhubung pengeluaran permit untuk menganjurkan perhimpunan.
Undi Cina dikatakan jadi penentu di Likas 
KOTA KINABALU, Rabu 18 Julai- Apakah pengundi Cina di Likas akan berperanan sebagai penentu dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri itu Sabtu ini? Sekurang-kurangnya itulah analisa awal Agensi Berita Nasional (Bernama) hari ini.
Video Haram: MB Selangor dan Wakil Rakyat Diugut  
Laporan Oleh ROSLAN BIAN SHAH ALAM, Rabu 18 Julai - Menteri Besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo dan beberapa orang wakil rakyat menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit dipercayai dilakukan oleh pengusaha dan pengedar video haram dan lucah di negeri itu.
Dewan Rakyat diberitahu Mokhzani tiada kaitan dengan penswastaan Pos Malaysia 
KUALA LUMPUR, Rabu 18 Julai - Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa anak perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir tiada sebarang kaitan dengan pembelian saham-saham Pos Malaysia oleh Phileo Allied Bank (PAB) di bawah projek penswastaan kerajaan.
Pak Lah: Permit Ceramah Politik Tak Akan Dikeluarkan Lagi 
KOTA KINABALU, Rabu 18 Julai– Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengesahkan kerajaan telah melaksanakan peraturan tidak lagi membenarkan parti-parti politik mengadakan majlis ceramah terbuka.
Jumlah Pengawal Keselamatan di Thailand Sama Banyak Dengan Jumlah Penduduk Bandar Melaka… 
Kalau buka buku panduan telefon mungkin kita boleh bilang dengan senang sahaja jumlah syarikat pengawal keselamatan yang ada di Malaysia. Tahukah anda di Thailand syarikat pengawal keselamatan ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Jumlahnya semua di seluruh Thailand ialah sekitar 2,000 syarikat – besar dan kecil. Menurut akhbar Bangkok Post, 2,000 buah syarikat ini mempunyai kakitangan berjumlah kira-kira 300,000 orang. Jumlah ini hampir sama banyak dengan jumlah penduduk bandar Melaka.
AgendaDaily Catat Setengah Juta "Pageview" Dalam Tempoh Sebulan 
KUALA LUMPUR, Selasa 17 JulaiAgendaDaily.Com – akhbar elektronik harian yang pertama di negara ini yang dipaparkan dalam bentuk sebuah akhbar cetak telah mencapai 554,783 “pageview” dalam tempoh sebulan selepas ia dilancarkan.
Apabila Ketua Pemuda luahkan perasaan dalam Kwong Wah Yit Poh 
ANALISA BERITA Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Selasa 17 Julai - Peguam-peguam yang menjadi anggota Jawatankuasa Pusat Pergerakan Pemuda MCA nampaknya benar-benar memerah otak untuk membantu ketua kumpulan mereka mentafsirkan Perlembagaan MCA dan peraturan Pemuda MCA bagi menjustifikasikan keputusan politik masing-masing.
Betapa hebatnya veto dan kuasa kediktatoran lelaki dalam soal talak? 
Ulasan Berita: ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Selasa 17 Julai - Malaysia tiba-tiba mendapat liputan luar biasa media-media asing dan agensi-agensi berita antarabangsa dengan isu yang boleh dikira luar biasa. Biasanya isu-isu yang menarik minat mereka ialah pergolakan politik, masalah ekonomi atau isu perkauman yang sering ditonjolkan melebihi apa yang sebenarnya berlaku.
PMUM Sahkan Presiden Mereka Dibebaskan 
KUALA LUMPUR, Selasa 17 Julai- Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohamad Fuad Mohd Ikhwan yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seminggu selepas kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) telah dibebaskan kira-kira jam 2.30 petang semalam.
Polis Sahkan Penahanan Muhamad Sabu; Dibebaskan Dengan Ikat Jamin 
KUALA LUMPUR, Selasa 17 JulaiTimbalan Persuruhjaya Pas Kedah Haji Mohamad Sabu yang ditahan polis kerana menghadiri perhimpunan tanpa permit di Kampung Chenor, Kuala Klawang, Negeri Sembilan malam semalam telah dibebaskan dengan ikat jamin RM 2,000 pada jam 2 pagi tadi.
Satu lagi peraturan baru untuk mahasiswa & pensyarah 
MELAKA, Selasa 17 Julai – Kerajaan sedang merangka satu peraturan yang lebih jelas dan terperinci agar ia dapat bertindak ke atas para pelajar dan pensyarah institusi pengajian tinggi yang tidak menunjukkan prestasi yang seharusnya.
Dua Puluh Tahun & Terus Menjawab Soalan Pemberita 
Pada jam 11 pagi, 16 Julai 1981 - genap 20 tahun lalu - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-pertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Istiadat yang berlangsung selama 30 minit itu telah disaksikan oleh Raja Permaisuri Agong, perdana menteri yang digantinya, Tun Hussein Onn dan Toh Puan Suhaila serta isteri Dr Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Sebaik sahaja Pegawai Agama Istana Negara, Haji Ahmad Shahir Daud selesai membacakan doa, upacara pemindahan kuasa jawatan perdana menteri pun berlangsung di Jabatan Perdana Menteri, Jalan Dato Onn. Ketika dalam perjalanan keluar dari JPM, keretanya telah ditahan oleh sekumpulan wartawan tempatan yang mahu mendapatkan reaksi segera di atas pelantikannya itu. Salah seorang daripadanya ialah Penerbit AgendaDaily, ROSLI ISMAIL (gambar - dua dari kiri) yang ketika itu berkhidmat dengan akhbar Utusan Melayu. ROZAID RAHMAN yang mengikuti perjalanan politik Dr Mahathir selama 17 tahun sebagai seorang wartawan menyingkap kembali sejarah politik beliau sebagai perdana menteri. Klik sekarang untuk laporan penuh.
Isu Anwar Jadi Bahan Kempen di Likas 
KUALA LUMPUR, Selasa 17 Julai - Sungguh pun kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Likas sudah 16 tahun menjadi milik Barisan Nasional (BN) dan kedudukan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) agak asing bagi penduduknya, namun tidak siapa boleh menyangkal seribu satu macam kemungkinan boleh terjadi menjelang hari mengundi 21 Julai ini.
Senator Jamilah Ibrahim akan dilantik penasihat Dewan Muslimat Pas Pusat 
Eksklusif Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Selasa 17 Julai ?Senator Jamilah Ibrahim akan dilantik sebagai Penasihat Dewan Muslimat Pas Pusat - menjadikan beliau sebagai orang pertama yang dilantik ke jawatan itu dalam sejarah Dewan Muslimat.
Tiga belas kementerian & jabatan telah berpindah ke Putrajaya 
KUALA LUMPUR, Selasa 17 Julai - Dewan Rakyat hari ini diberitahu, 13 buah kementerian dan jabatan persekutuan telah berpindah ke pusat pentadbiran Putrajaya manakala 20 lagi masih kekal di ibu negara.
"Saya tidak menyesal walaupun hilang sokongan"- PM 
KUALA LUMPUR, Isnin 16 Julai – Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari menyambut ulang tahunnya yang ke-20 sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan jadual acara kerja yang ketat. Tetapi beliau kemudiannya menegaskan kepada para wartawan yang menanti reaksi spontannya dengan berkata apa jua keputusan yang dibuatnya selama ini adalah untuk kebaikan negara dan tidak menyesal jika ia merupakan satu keputusan yang tidak popular sehingga menyebabkannya kehilangan sokongan.
30 orang bagi setiap 100 rakyat Malaysia akan guna telefon bimbit menjelang 2003 
KUALA LUMPUR, Khamis 12 Julai - Bayangkan menjelang tahun 2003 seramai 30 orang dari setiap 100 orang rakyat Malaysia begitu mudah dihubungi walau di mana jua mereka berada dan semuanya adalah kerana kemudahan telefon bimbit.
Bandar Tokyo Semakin “Ganas” 
Pada kacamata orang-ramai Tokyo adalah sebuah bandaraya besar yang dihuni oleh masyarakat yang tekun, rajin dan gigih berusaha. Ia tidak pernah diklasifikasikan dalam kelas Bronx atau Harlem di New York yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Mengikut laporan akhbar Mainichi Shimbun, Tokyo sekarang semakin dihantui oleh segala macam kejadian jenayah termasuk kes jenayah ganas dan para penduduknya semakin ketakutan menghadapi situasi ini. Kini imej bandaraya terbesar di Jepun itu sebagai tempat yang selamat dari jenayah semakin terhakis.Ikuti rencana penuh yang dipetik dari akhbar popular Jepun itu sekarang.
BBC London Cari AgendaDaily Untuk Tanya Isu Cerai Melalui Khidmat SMS 
KUALA LUMPUR, Khamis 12 Julai – Soal sah atau tidaknya lafaz cerai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit yang hangat diperdebatkan di Malaysia sekarang telah menjadi satu polemik antarabangsa apabila berbagai media asing turut menyiarkan pandangan mengenainya.
Indonesia diselubungi kekusutan & kekeliruan dengan isu terbaru Ketua Polis Negara 
JAKARTA, Khamis 12 Julai - Kekeliruan dan kebingungan menyelubungi rakyat dan pasukan polis Republik Indonesia hari ini apabila media massa menyiarkan laporan bahawa Presiden Indonesian, Abdurrahman Wahid telah mengarahkan pihak berkuasa menangkap Ketua Polis Negara, Saroyo Bimantoro tetapi kemudiannya berita itu dinafikan oleh Setiausaha Kabinet Marzuki Darusman.
Kebakaran DTC: Laporan Media Undang Kenyataan Politik… 
KUALA LUMPUR, Khamis 12 JulaiSatu “ketegangan” politik telah berbangkit berhubung isu kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya berikutan kekeliruan yang dicetuskan oleh laporan sebuah akhbar harian kelmarin mengambarkan ia berpunca dari litar pintas.
Kempen Untuk Membersihkan Nama PMUM Bermula 
KUALA LUMPUR, Khamis 12 JulaiMajlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) akan menyerahkan Deklarasi Misi Keamanan Universiti Malaya (UM) kepada pihak-pihak berkaitan bermula minggu ini dalam usaha diplomasi untuk membersihkan nama presiden mereka yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Jumaat lepas.
Likas: BN & Keadilan saling yakin mereka akan menang… 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Isnin 16 Julai - Dengan kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Likas masuk hari keempat hari ini, para pengurus kempen parti utama yang bertanding masing-masing mendakwa bahawa calon mereka berpeluang untuk memenangi kerusi tersebut pada 21 Julai ini.
Mat Sabu ditahan polis di Kuala Klawang Negeri Sembilan 
JELEBU, Isnin 16 Julai – Timbalan Persuruhjaya Pas Kedah, Haji Muhamad Sabu dilaporkan telah ditahan polis dalam satu majlis ceramah di Markas Pas, Kampung Kuala Klawang kira-kira jam 10 malam tadi.
MPP Dari 11 Universiti Tempatan Minta Media Hentikan Label Negatif ke Atas Mahasiswa 
KUALA LUMPUR, Jumaat 13 Julai - Kesemua 11 buah Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari universiti-universiti awam tempatan hari ini buat pertama kalinya mengeluarkan kenyataan bersama menuntut pihak media menghentikan tindakan melabel mahasiswa dengan kata-kata “mahasiswa militan” dan “anti kerajaan”.
Operasi AgendaDaily Tergendala Sehingga Tengahari 16 Julai 
KUALA LUMPUR, Jumaat 13 Julai - Operasi AgendaDaily terpaksa dihentikan seketika hingga tengahari Isnin 16 Julai kerana Asiaonline, syarikat yang mengendalikan webhosting laman web ini sedang dalam proses memindahkan sebahagian severnya ke tempat lain.
Pemuda MCA: Krisis Berterusan Apabila 25 AJK Pusat Kata EGM Pemuda 23 Jun Lalu Tidak Sah 
KUALA LUMPUR, Khamis 12 Julai - Dua puluh lima (25) ahli Jawatankuasa Pusat Pergerakan Pemuda MCA hari ini mengisytiharkan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) pergerakan itu 23 Jun lalu sebagai tidak sah di sisi perlembagaan parti dan meminta ketuanya, Datuk Ong Tee Keat mengubah sikapnya demi kepentingan semua.
“Kalau Tentu Nak Kalahkan BN Mesti “One By One” – Nik Aziz 
KOTA BAHARU, 13 Julai-- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyuarakan rasa tidak puashatinya terhadap tindakan parti pembangkang tidak bersatu hati dalam menentang Barisan Nasional(BN) dalam di pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN)Likas, Sabah pada 21 Julai ini .
Malaysiakini Lancar Produk Baru “Analysis Malaysia” 
KUALA LUMPUR, Isnin 16 Julai – Laman web berita Malaysiakini.Com hari ini melancarkan sebuah laman baru “Analysis Malaysia” di mana pengunjung akan dikenakan bayaran sebanyak seribu dolar Amerika atau RM 3,800 setahun sebagai yuran akses.
Dr Khir Toyo diingatkan jangan buat kenyataan sebarangan – Adun Pas 
KAJANG, Isnin 16 Julai - Menteri Besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo telah dicabar untuk membuktikan dakwaan gejala sakit jiwa yang semakin serius dalam masyarakat Melayu berpunca kerana sentimen kebencian yang disebarkan oleh parti pembangkang di masjid-masjid.
Menjelang Sidang MPR: Jakarta mula berjaga-jaga  
JAKARTA, Isnin 16 Julai - Polis Indonesia telah memulakan langkah meningkatkan kawalan keselamatan menjelang sidang istimewa Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) yang akan menentukan masa depan politik Presiden Abdurrahman Wahid. Sidang itu akan diadakan dua minggu lagi.
DAP - The Real Force Against Islamic State 
The proposed merger between Parti Rakyat Malaysia (PRM) and Parti Keadilan Nasional (Keadilan) is expected to be a "third force" in Barisan Alternatif (BA) to counter Parti Islam SeMalaysia’s (Pas) Islamic state. PRM is expected to focus on the proposed merger with Keadilan during its 34th national congress here this Sunday.
Gangguan Teknikal AgendaDaily Hingga Khamis Ini – Asiaonline 
KUALA LUMPUR, Rabu 11 Julai – Gangguan teknikal yang menyukarkan pengguna internet untuk melayari laman web AgendaDaily kebelakangan ini dijangka akan berterusan sehingga hari Khamis. Seorang jurucakap Asiaonline yang mengendalikan webhosting laman web Agendadaily memberitahu hari ini mereka sedaya upaya sedang berusaha memperbaiki gangguan berkenaan dengan kerjasama Telekom Malaysia.
Apakah sahabat karib ini akan menjadi harimau yang ingin menguasai bukit? 
Ramai anggota MCA sebenarnya terkejut apabila Presiden mereka Datuk Sri Dr Ling Liong Sik memberi amaran tentang sifat ikan yang akan mula busuk dari bahagian kepala dahulu dan dengan itu pucuk pimpinan parti tidak harus saling bercakaran sekiranya mereka mahu menyelamatkan parti berkenaan. Ini kerana, kata Dr Ling, sekiranya kepala ikan sudah busuk, badannya tidak boleh diselamatkan lagi. Maksud pepatah ini cukup mendalam. Tetapi nampaknya persaingan untuk tempat yang lebih tinggi akan berlaku menjelang pemilihan parti tahun depan. Ikuti Analisa ALEX HOO
Likas: Sah 4 Calon Tanding 21 Julai Ini 
KOTA KINABALU, Khamis 12 Julai – Seramai empat orang calon iaitu dari Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah(PBS), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan seorang lagi wakil bebas akan bertanding dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri kawasan Likas pada 21 Julai ini.
Percantuman PRM-Keadilan: Kongres Nasional PRM Bersidang Ahad 
KUALA LUMPUR, Khamis 12 Julai - Isu percantuman PRM dengan keADILan akan menjadi tumpuan utama para perwakilan ke Kongres Nasional PRM ke-34 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.
"Saya tak berangan nak jadi Menteri Kewangan"- Pengerusi Bank Rakyat 
EKSKLUSIF AGENDA DAILY KUALA LUMPUR, Rabu 11 Julai - Pengerusi Bank Rakyat, Dr Norraesah Mohamad menolak spekulasi dan desas-desus yang mengaitkannya dengan jawatan menteri kewangan sebaliknya berkata, beliau tidak pernah berangan-angan untuk memegang jawatan kontroversi itu.
Malaysiakini dedah ada cubaan menceroboh sistem keselamatan laman web mereka 
KUALA LUMPUR, Rabu 11 Julai – Penceroboh Siber telah mencuba untuk menggodam sistem keselamatan laman web akhbar elektronik Malaysiakini sejak semalam, demikian menurut satu kenyataan laman web tersebut hari ini.
BA bantah cadangan sekat pelajar berpersatuan dan penubuhan universiti untuk parti politik 
KUALA LUMPUR, Selasa 10 Julai - Barisan Alternatif (BA) hari ini menyifatkan rancangan kerajaan untuk menghalang bakal-bakal mahasiswa daripada terlibat dalam aktiviti siasah hanya akan menghasilkan graduan yang tidak peka kepada kehendak dan keperluan masyarakat.
Berita Gembira Buat Mahasiswa: Rafzan Ramli Dibenarkan Kembali ke UiTM 
KUALA LUMPUR, Rabu 11 Julai - Rafzan Ramli, mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang disingkir 22 Jun lalu atas dakwaan mengambil bahagian dalam perhimpunan bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menerima berita gembira semalam – dia kini boleh meneruskan semula pengajiannya di universiti itu.
Likas: BN Ambil Risiko Calonkan Semula Yong Teck Lee 
KOTA KINABALU, Rabu 11 Julai – Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan untuk mencalonkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Likas selama empat penggal, Datuk Yong Teck Lee sebagai wakil mereka pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung 21 Julai ini.
Peguam Wanita Christina Liew Calon Keadilan di Likas 
KOTA KINABALU, Rabu 11 Julai - Calon Parti Keadilan Nasional (Keadilan) untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Likas adalah seorang peguam wanita yang merupakan anak tempatan yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan, demikian diumumkan oleh Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar di sini hari ini.
Suara Nik Aziz Berkumandang Setiap Hari di Selatan Thailand 
KOTA BHARU, Rabu 11 Julai – Sekalipun tidak mempunyai stesen radio sendiri tetapi kuliah agama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkumandang ke udara setiap hari mulai 1 Julai menerusi Radio Yala di Selatan Thailand.
Syarikat penerbangan kedua terbesar Jepun hidupkan semula operasinya ke KL 
KUALA LUMPUR, Rabu 11 Julai - All Nippon Airways (ANA) – syarikat penerbangan kedua terbesar Jepun yang telah menamatkan perkhidmatannya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang Mac lalu hari ini mengumumkan bahawa ia akan menghidupkan semula operasinya dari Tokyo-Kuala Lumpur, demikian menurut jurucakapnya di sini.
Ulama dan ilmuan Islam juga tidak patut dianggap ‘perfect’ atau ‘infallible’ 
Dewasa ini perkembangan politik di Malaysia dan Indonesia ketara sekali bergerak pantas. Sejak jatuhnya kerajaan Presiden Soeharto di Indonesia, telah berlaku berbagai perubahan yang tidak dijangka di negara jiran ini. Dalam masa tiga tahun yang lepas, masyarakat Indonesia telah didedahkan kepada ide-ide yang sebelum ini dianggap tabu (apa lagi disebut secara terbuka). Ahli akademik, DR FARISH A NOOR yang berada di kota Leiden, Belanda telah menemubual seorang tokoh agama muda dari Indonesia yang bersifat progresif dan terbuka. Syafiq Hasyim, walaupun hanya berumur tiga puluh tahun, telahpun menulis beberapa buah buku yang menyentuh topik-topik yang dianggap sensitif. Ikuti temuramah Farish dengannya...
"Kita Bersikap Positif Selagi Tiada Hitam-Putih" - Kelantan 
KOTA BAHARU, Isnin 9 Julai – Kerajaan Pas Kelantan tidak akan memperakui sebarang pengumuman mengenai penolakan Sultan Kelantan untuk memperkenankan pindaan perlembagaan kerajaan negeri yang diluluskan oleh dewan udangan negeri pada 25 Jun lalu selagi tidak mendapat surat hitam putih dari istana dalam jangka waktu yang diperuntukkan.
Azalina Minta Pihak Berkuasa Tidak Benarkan Cerai Melalui SMS 
KUALA LUMPUR, Selasa 10 Julai – Selepas kenyataan kontroversi mengenai kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya baru-baru ini, Puteri Umno hari ini bersuara pula mengenai isu lafaz cerai melalui khidmat pesanan suara telefon bimbit (SMS).
Dr Chandra Sahkan Keadilan Tanding di Likas; Nama Calon Diumum Khamis Ini 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Selasa 10 Julai – Parti Keadilan Nasional (Keadilan) mengesahkan calon parti tersebut akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Likas yang dijadualkan pada 21 Julai ini. Timbalan Presiden Keadilan, Dr Chandra Muzaffar ketika dihubungi oleh AgendaDaily tengah hari ini memberitahu bahawa calon Barisan Alternatif (BA) di Likas nanti adalah dari parti berkenaan.
Hishamuddin Rais Akan Catat Sejarah... 
Oleh AR RONGGOWARSITO KUALA LUMPUR, Selasa 10 Julai - Filem arahan dan karya aktivis sosial yang paling popular buat masa ini, Hishamuddin Rais berjudul Dari Jemapoh ke Manchestee yang dibikin pada tahun 1996 akhirnya akan ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan awal bulan depan selepas diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Negara, demikian menurut pengkritik filem dan kolumnis, Amir Muhammad.
Ini satu rampasan kuasa-Biro Undang-undang Pemuda MCA 
KUALA LUMPUR, Selasa 10 Julai – Pergeseran dalam Pergerakan Pemuda MCA mengenai isu kesahihan Perhimpunan Agung Luar Biasa Pemuda pada 23 Jun lalu untuk membincangkan soal pembelian Nanyang Press Holdings berterusan dengan biro undang-undang Pemuda itu pula mempertikaikan cadangan 25 ahli jawatankuasa pusatnya hendak mengadakan mesyuarat Khamis ini.
Islamic State – Ask Pas What’s Wrong With Democracy, Freedom and Equality 
As expected, Barisan Alternatif (BA)’s top leadership meeting yesterday (Mon. July 9) failed to reach any consensus. It is too difficult a problem to resolve when each of the four parties have different, and most of the times, conflicting objectives. The three BA partners – DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) and Parti Rakyat Malaysia (PRM) – seem to be interested in demanding Pas to explain the basic tenets of the so-called Islamic State.
Pelajar UUM dakwa namanya diperalatkan; Kenyataan akhbar melalui e-mail ternyata tidak selamat 
ALOR SETAR, Selasa 10 Julai – Siapakah sebenarnya penghantar e-mail “hantu” berhubung satu kenyataan media kepada laman web Malaysiakini dengan mengunakan nama Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Husnul Hadi Halim pada 30 Jun lalu?
Petronas duduki tangga ke 254 dunia; Cukai korporat akan dikurangkan 
KUALA LUMPUR, Selasa 10 Julai - Petronas - syarikat gergasi minyak dan gas yang memiliki hak mutlak untuk mencari gali minyak di Malaysia, naik lebih 50 anak tangga untuk menduduki tempat ke-254 dalam senarai syarikat-syarikat gergasi dunia sebagaimana yang disenaraikan dalam 500 Fortune Global 2001.
PM Jejakkan Kaki ke Kementerian Kewangan 
KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai – Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad buat pertama kali melangkah ke Kementerian Kewangan sejak memangku jawatan tersebut berikutan peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin pada 1 Jun dengan membayangkan bahawa beliau tidak akan lama memegang jawatan kontroversi itu.
Straits Times: Ada tugas yang Daim lakukan tidak diketahui secara mendalam oleh Dr M 
Susunan: ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai - Ada perkara yang dilakukan oleh Tun Daim Zainuddin selaku menteri kewangan yang tidak diketahui secara terperinci oleh perdana menteri. Demikianlah kesimpulan yang dibuat oleh akhbar berbahasa Inggeris Singapura, The Straits Times (ST) tiga hari lalu.
Apakah Ini Menjadi Punca Segala-galanya? 
Isu kebakaran Dewan Tunku Canselor (DTC) Universiti Malaya kini dikatakan menjadi penyebab untuk pihak berkuasa bertindak ke atas gerakan mahasiswa Malaysia. Bermula dengan isu kebakaran itu dan pelbagai dakwaan yang dibuat kononnya ia ada hubung kait dengan majlis yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri sehari sebelum tragedi itu, mahasiswa kini menjadi perhatian umum ekoran penangkapan dua orang aktivisnya minggu lalu. KLIK sekarang untuk laporan penuh...
Hisham Umum Ketua Biro & Unit Baru Pemuda Umno 
KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai – Pergerakan Pemuda Umno Malaysia telah memperkuatkan biro penerangan di bawah pengstrukturan semula biro-biro bagi merealisasikan hala tujunya yang telah ditetapkan dalam perhimpunan pergerakan itu bulan lalu.
Mahasiswa Tidak Boleh Dipenjarakan di Sebalik Tembok Kampus 
Komentar: MOHD RAFIZI RAMLI Minggu lalu adalah minggu yang paling pahit bagi gerakan mahasiswa Malaysia. Rata-rata yang faham erti 'aktivisme' dan 'idealisme' pelajar - sama ada yang masih menuntut atau yang telahpun meninggalkan dunia siswa - merasa pedihnya tamparan apabila dua orang rakan siswa di tanah air - Khairul Anuar Ahmad dan Mohamad Fuad Ikhwan, kedua-duanya pemimpin gerakan mahasiswa yang disegani ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Makin Gawat Makin Menjadi (Bahagian Akhir)... 
Ahmad Lutfi Othman yang mengusung keranda Detik dan Al-Wasilah ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) nampaknya sampai kiamat pun tidak akan memperolehi permit penerbitan atas namanya daripada Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional (BN). Satu-satunya yang boleh Ahmad Lutfi cari makan ialah menerbitkan majalah atau akhbar tidak berkala. Ikuti bahagian ketiga dan terakhir catatan AR RONGGOWARSITO ini untuk mengetahui kesudahan Makin Gawat Makin Menjadi...
Pas-DAP gagal sepakat mengenai Negara Islam tapi setuju berpegang kepada manifesto bersama BA 
KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai - Pas dan DAP hari ini gagal menyelesaikan isu Negara Islam yang menjadi titik kebuntuan kerjasama di antara mereka selama ini selepas berakhirnya mesyuarat empat jam kepimpinan tertinggi Barisan Alternatif di Taman Melewar dekat sini.
Penahanan pelajar di bawah ISA akan jejaskan kredibiliti kerajaan – Persatuan Pelajar Islam 
KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyifatkan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua orang pelajar pusat pengajian tinggi hanya akan menjejaskan kredibiliti kerajaan pada kaca mata masyarakat.
Rayuan 5 Tahanan ISA Ditunda Esok Pagi 
KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai - Rayuan oleh lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk mengenepikan penahanan mereka yang dijadualkan untuk didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini telah ditangguhkan kepada esok pagi.
Syarat Baru Masuk Universiti: Petanda Berakhirnya Gerakan Mahasiswa? 
LANGKAWI, Isnin 9 Julai - Kerajaan semalam telah mengumumkan ia sedang menimbang untuk meletakkan syarat baru kepada semua bakal mahasiswa pada masa hadapan bahawa mereka tidak boleh mengambil bahagian dalam kegiatan yang tiada kena mengena dengan pelajaran.
Tahniah! Dua Kejayaan Serentak Untuk MCA dan Liong Sik 
Analisa Berita: ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Isnin 9 Julai – Dalam tempoh sebulan ini sahaja parti kaum Cina terbesar di Malaysia, MCA telah mengharungi seribu satu macam gelora dan badai - tetapi kesemuanya berakhir dengan kemenangan.
BN JADI PARTI TUNGGAL... 
Barisan Nasional (BN) suatu hari nanti akan menjadi satu parti tunggal dan bukan lagi gabungan komponen parti-parti campuran seperti mana sekarang, demikian kata Pengerusinya, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini. KLIK sekarang untuk baca laporan penuh...
Dari kubu Inggeris kepada pejabat pos besar dan kini hotel mewah lima bintang… 
Pada abad ke 19, ia dikenali sebagai Fort Fullerton. Pada awal abad ke 20 pula, ia dikenali sebagai pejabat pos besar. Kini di abad ke 21, ia dikenali dengan nama The Fullerton Singapore – hotel mewah lima bintang di atas bangunan kolonial yang dikelilingi oleh pencakar langit sebagai latarbelakangnya.
Has the State of Human Rights Improved in Malaysia? 
By RAMDAS TIKAMDAS (Hakam) KUALA LUMPUR, Monday July 9 - The Human Rights Commission of Malaysia Act 1999, (“the Act”) which gave birth to Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam)was gazetted on 9 September 1999. Thereafter on 3 April 2000, the Government announced the appointment of the Commissioners.
Isu Menteri Kewangan: “Semuanya tak berasas tapi di negara ini orang bebas buat spekulasi” - PM 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai – Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad yang tiga hari berturut-turut ditanya oleh para wartawan mengenai siapa yang bakal dilantik sebagai menteri kewangan hari ini menyifatkan semua spekulasi yang dibuat mengenai isu tersebut kebelakangan ini adalah tidak berasas.
Keng Yaik selamatkan suasana Konvensyen BN yang hambar 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai – Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang diadakan semula hari ini sejak kali terakhir berlangsung pada tahun 1995 ternyata berlangsung dalam suasana kurang bertenaga dan meriah seperti mana Perhimpunan Agung Umno, MCA ataupun MIC.
Konvensyen BN Jadi Platform “Bantai” Pembangkang 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - Parti-parti pembangkang hari ini sekali lagi menjadi sasaran “serangan” Perdana Menteri apabila beliau menggunakan platform Konvensyen Barisan Nasional (BN) untuk menyifatkan gabungan Barisan Alternatif (BA) sebagai gabungan palsu yang cuba meniru BN dan menuduh pemimpin Pas telah memperalatkan DAP serta Parti Keadilan Nasional (Keadilan) untuk kepentingan politik.
Sebuah laman web anti ISA umum akan anjur perarakan besar-besaran mahasiswa 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - Laman Web Anti ISA (http://nt_isa.tripod.com) telah mengirim satu kenyataan kepada laman-laman web yang lain termasuklah laman-laman web berita memaklumkan bahawa ia akan menganjurkan satu perarakan besar-besaran mahasiswa untuk memprotes siri penangkapan ke atas para aktivis pelajar di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Sikap Tidak Tamak Tunku Benih Perpaduan Kaum Hari Ini 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - Rakyat Malaysia pelbilang kaum hari ini dapat berkongsi kuasa dan kemakmuran negara kerana wawasan jauh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang tidak tamak dan tidak hanya memikirkan soal orang Melayu ketika menuntut kemerdekaan.
Apa yang akan dilakukan PM lebih penting dari rekod 20 tahunnya - ST 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - Ketidakhadiran Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Konvensyen Barisan Nasional (BN) di sini hari ini menimbulkan spekulasi bahawa pilihan raya negeri itu semakin hampir. Sementara itu, wakil dari Parti Maju Sabah (SAPP) sekali lagi dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Likas pada 21 Julai ini.
Ramalan Media Asing Mengenai Tangkapan ISA Tepat 
Susunan: ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - "Ada titisan air mata pada wajahnya", itulah yang digambarkan oleh agensi berita AFP ketika melaporkan keadaan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 24, yang ditahan oleh polis di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Khamis lalu.
Bukit Aman Sahkan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UM Ditahan Bawah ISA 
KUALA LUMPUR, Sabtu 7 Julai - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tengah hari ini mengesahkan dalam satu kenyataan media bahawa Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), Mohamad Fuad Mohd Ikhwan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Apakah hubungan Tangga Cina dengan Datuk Keramat di Kuala Lumpur?  
Cuba tanya warga ibu kota di mana Tangga Cina, sudah pasti ramai yang mengeleng kepala. Mungkin ada yang membayangkan tempat itu mesti di Melaka kerana di sana ada Lubuk Cina. Namun yang pasti, tentu ramai yang tidak percaya jika diberitahu bahawa Tangga Cina satu ketika dulu adalah satu nama tempat di ibu negara. Sebenarnya, Tangga Cina adalah nama asal bagi Datuk Keramat yang merupakan penempatan orang Melayu yang terkenal dan salah satu yang tertua di pinggir Kuala Lumpur. Melihat pada segala kemudahan sekarang termasuk laluan LRT di situ ,siapa sangka dulunya kawasan ini adalah kawasan lombong dan hutan.
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
SUNGKAI, Jumaat 6 Julai – Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan memperluaskan program “Anakku Ahli Umno” yang diperkenalkan oleh Umno Bahagian Tanjong Malim ke seluruh negara bagi menambah ahli parti itu.
Dr M: Penahanan Bukan Untuk Tutup Mulut; KPN Sahkan Khairul Ditahan Dibawah ISA 
KUALA LUMPUR, Jumaat 6 Julai – Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan para pelajar, mereka juga boleh dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti sesiapa juga jika terlibat dalam kegiatan yang boleh mengugat keselamatan negara.
Mesyuarat BA Minggu Depan Akan Tentukan Halatuju Kerjasama Pembangkang – Kit Siang 
KUALA LUMPUR, Jumaat 6 Julai - Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif (BA) minggu depan akan menjadi titik tolak ke arah menentukan sama ada pakatan pembangkang itu yang pertama kali diwujudkan menjelang pilihan raya umum 1999 akan dapat dipertahankan, kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang.
Negara Islam: Isu Yang Tidak Relevan - ASIA TIMES 
Susunan: ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Jumaat 6 Julai - Riuh-rendah pertelagahan mengenai Negara Islam telah mengalihkan perhatian umum dari rentetan keputusan mahkamah yang telah menimbulkan keraguan terhadap kebebasan dan integriti beberapa institusi kerajaan yang utama, Asia Times (AT) edisi 5 Julai melaporkan.
Nik Aziz Edarkan Surat Terbuka; Enggan Terlibat Dalam Kontroversi Istana Lagi 
KOTA BAHARU, Jumaat 6 Julai – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengeluarkan satu surat terbuka mengenai isu pindaan perlembagaan negeri menghadkan kuasa sultan dengan menegaskan beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan politik yang menentang pindaan yang diluluskan oleh dewan undangan negeri pada 25 Jun lalu itu.
Pak Lah Isytihar K’jaan Akan Perangi Rasuah & Salahguna Kuasa 
SEREMBAN, Jumaat 6 Julai – Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata usaha akan ditingkatkan bagi memerangi perbuatan menyalahgunakan kuasa dan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan tanpa diskriminasi terhadap sesiapa untuk menjaga kewibaan pentabiran kerajaan.
Pengumuman AgendaDaily: Anda Mungkin Hadapi Masalah Akses ke Laman Web Ini 
KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai - Sejak beberapa hari kebelakangan ini server AgendaDaily di Asiaonline sering mengalami gangguan teknikal dari semasa ke semasa yang boleh menyebabkan kelembaban untuk mendapatkan laluan masuk ke laman web ini.
PMUKM minta polis hentikan tindakan mengeledah bilik pelajar dan kediaman pensyarah 
KUALA LUMPUR, Jumaat 6 Julai - Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) hari ini meminta pihak polis supaya menghentikan tindakan mengeledah kediaman pelajar dan pensyarah kerana ia memberi gambaran kepada masyarakat bahawa negara ini sedang berada dalam situasi “negara polis”.
Why Are BA Leaders Not Calling For Public Discussion on Islamic State? 
An important factor is totally neglected during the current debate about Islamic state. No one mentions about what the people want. And why are none of the opposition leaders calling for a public discussion or debate on the Islamic state issue?
Anwar Adu Kelewatan Ariffin Jaka Keluarkan Penghakiman Bertulis pada Ketua Hakim Malaya 
KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan aduan rasmi ke kamar Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Wan Adnan Wan Ismail. Aduan itu adalah ke atas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka berhubung kelewatan beliau mengeluarkan penghakiman bertulis kes sodominya, demikian menurut peguam Anwar, Sankara Nair hari ini.
Apakah Institusi Kehakiman Akan Menjejaskan Kuasa Dr M? -ASIAWEEK 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai - Majalah berita mingguan, Asiaweek meramalkan jika keputusan-keputusan penghakiman dalam mahkamah Malaysia tidak lagi memihak kepada pihak berkuasa, ia akan melonggarkan pengaruh serta kuasa Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad.
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
KOTA KINABALU, Khamis 5 Julai - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, suruhanjaya itu akan terus menerima aduan berhubung daftar pemilih bagi kawasan Likas sekalipun pada hari pengundian pada 21 Julai untuk memastikan semua pihak berpuashati dengan pengendalian pilihanraya kecil itu.
Jonah Yang Kita Semua Kenali… 
Oleh AR RONGGOWARSITO KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai – Beliau adalah seorang anak muda yang agresif tetapi bersopan-santun. Menghormati orang tua dan memandang tinggi kepada mereka yang lebih tua daripadanya. Khairul Anuar Ahmad Zainudin atau lebih dikenali sebagai “budak Hisham” (Hishamuddin Rais) di kalangan aktivis reformasi, wartawan dan juga pengerak hak asasi kemanusiaan sering kali “melepak-lepak” di sekitar Bangsar Utama.
Khalid Jafri tetap terbitkan buku skandal rasuah Exco Selangor; Buku Daim pula habis dijual 
Laporan Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai – Penulis buku politik paling sensasi sekarang, Khalid Jafri berkata beliau akan tetap menulis sebuah buku khusus untuk mendedahkan apa yang didakwanya sebagai penglibatan ahli-ahli exco dan pegawai Kerajaan Negeri Selangor dalam rasuah.
Parlimen Eropah tuntut K’jaan benarkan Anwar memilih kaedah rawatannya sendiri 
KUALA LUMPUR, Khamis 5 Jun - Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Ahli-ahli Parlimen, Inter-Parliamentary Union, yang berpangkalan di Geneva telah mengambil ketetapan dalam sesinya yang ke-94 pada pertengahan bulan lalu menuntut Kerajaan Malaysia membenarkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dirawat oleh pakar dan menurut kaedah pilihannya sendiri.
Perlembagaan Kelantan: Ibrahim Ali Sahut Cabaran Pas Untuk Debat  
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Khamis 5 Julai - Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Datuk Paduka Ibrahim Ali menyahut cabaran mana-mana pemimpin Pas untuk berdebat secara terbuka mengenai isu pindaan perlembagaan negeri itu yang akan menghadkan kuasa Sultan.
SH ALATTAS: Tidak Lulus Tingkatan 3 Tapi Telah Hasilkan 39 Bestseller 
Pengarang buku politik paling kontroversi, Syed Hussein Alattas merupakan antara celebrity di Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di PWTC baru-baru ini. Dicelah-celah kemeriahan orang-ramai berebut untuk bergambar dengan beliau dan meminta autografnya ketika beliau sibuk menjual bukunya yang paling panas DIAM DIAM DAIM, beliau sempat meluahkan perasaannya dalam satu wawancara panjang lebar dengan AgendaDaily. Beliau juga bercakap tentang Dr Mahathir Mohamad. “Saya ibaratkan PM macam Allahyarham Tan Sri P. Ramlee…” Kenapa Syed Hussein bercakap begitu? KLIK SEKARANG untuk ikutilah wawancara penuh ROSLI ISMAIL dengannya.
Amaran Khir Toyo kepada Khalid Jafri: “Saya ambil tindakan jika tidak betul” 
Laporan Oleh ROSLAN BIAN SHAH ALAM, Rabu 4 Julai – Menteri Besar Selangor Datuk Sri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis buku, Khalid Jafri jika dia menulis ramai exco dan pegawai kerajaan negeri terlibat dalam rasuah tanpa mengemukakan butir-butir dan fakta yang betul.
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
KUALA TERENGGANU, Rabu 4 Julai – Kerajaan Terengganu akan membentangkan enam rang undang-undang syariah semasa sidang dewan undangan negeri pada hujung Ogos ini untuk mengemaskini sistem perundangan syariah negeri bagi membolehkannya menjadi rujukan secara lebih terperinci untuk perlaksanaan.
Calon Likas Mungkin Dari Parti Keadilan Nasional 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR Selasa, 3 Julai – Parti Keadilan Nasional (Keadilan) mempunyai peluang yang cerah meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas yang telah ditetapkan pada 21 Julai depan.
Dari perang senjata, India-Pakistan beralih ke perang siber  
NEW DELHI, Rabu 4 Julai – India dan Pakistan bukan sahaja merupakan jiran yang bersengketa dan askarnya di sempadan sering tembak menembak terutama sekali di kawasan Kashmir tetapi pertikaian mereka kini sudah melarat sampai ke alam siber.
Dasar Liberal Malaysia Telah Jadikan Rakyat Keturunan Cina Paling Laris Di Pasaran... 
Orang-orang Cina di Malaysia yang hidup di bawah dasar-dasar pemerintah yang liberal terhadap kebudayaan, pendidikan bahasa ibunda dan bahasa asing, kini muncul sebagai sumber manusia yang paling laris diambil sebagai eksekutif atau rakan kongsi oleh pelabur-pelabur luar negara kerana penguasaan bahasa dan dialek mereka. KLIK sekarang untuk ikuti ulasan ALEX HOO
Isu Buku Tun Daim Penyangak Wang Negara Kini Hangat Diperkatakan… 
KUALA LUMPUR, Rabu 4 Julai - Berita mengenai penulis yang telah “menjatuhkan” Datuk Sri Anwar Ibrahim melancarkan buku barunya berjudul Tun Daim Penyangak Wang Negara kini menjadi semakin hangat diperkatakan orang apabila agensi berita antarabangsa, Reuters menyiarkan petikan temuramah eksklusif AgendaDaily dengannya semalam.
Lupakanlah Hajat di Hati…Ucaptama Dr M Sabtu Ini Akan Membondongkan BN ke Likas 
Analisis Berita Oleh ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Rabu 4 Julai - Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad yang telah memberikan ucapan berjam-jam lamanya mengenai bangsa Melayu yang mudah lupa, Sabtu ini akan membentangkan satu lagi ucaptama – kali ini kepada anggota-anggota parti pelbilang kaum dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang dipimpinnya.
Nampaknya Pemuda MCA masih terus berbalah… 
KUALA LUMPUR, Rabu 4 Julai – Pergerakan Pemuda MCA masih lagi berbalah mengenai kesahihan mesyuarat agung luar biasanya pada 23 Jun lalu yang menolak rancangan membeli Nanyang Press Holdings Berhad sekalipun terdapat usaha di peringkat atasan untuk menyatukan semula parti setelah isu itu dianggap selesai baru-baru ini.
Negara Islam: Straits Times Singapura Sifatkan Akhbar Malaysia Ada Muslihat Politik 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Rabu 4 Julai - Mengulas mengenai perdebatan terbuka antara Pas dan DAP mengenai matlamat parti Islam itu untuk menegakkan sebuah Negara Islam jika ia berkuasa, akhbar Singapura, The Straits Times (ST) 3 Julai menganggap wujudnya motif politik di pihak akhbar-akhbar di Malaysia apabila isu itu dimanipulasikan berulang-ulang.
Pemegang Amanah Huaren Sahkan Pembelian Nanyang: Selepas Liong Sik Menggunakan Kuasa Vetonya 
KUALA LUMPUR, Selasa 3 Julai - Huaren Holdings – sayap pelaburan MCA – hari ini secara rasminya mengesahkan pembelian Nanyang Press Holdings pada harga RM230 juta walaupun dua daripada empat pemegang amanahnya mengambil keputusan untuk tidak mengundi.
Pengeluar Cip Komputer Terbesar Dunia, Intel Corp. Tidak Akan Buang Pekerjanya di Malaysia 
KUALA LUMPUR, Rabu 4 Julai - Pengeluar cip komputer terbesar di dunia, Intel Corp. memaklumkan hari ini bahawa operasinya di Malaysia tidak akan membuang 8,000 pekerja mereka walaupun ekonomi Amerika Syarikat sekarang sedang mengalami proses putaran kelembapan.
“Saya kesal jika benar Sultan enggan tandatangan pindaan kerana tekanan” – Nik Aziz 
GUA MUSANG, Rabu 4 Julai - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau kesal kerana campur tangan dan tekanan politik telah menyebabkan Sultan Kelantan tidak menandatangani surat kelulusan Dewan Undangan Negeri Kelantan meminda perlembagaan negeri baru-baru ini.
DAP’s Futile Resistance Against Pas’ Islamic State 
Analysis: By WAN HAMIDI HAMID KUALA LUMPUR, Monday July 3 - Parti Islam SeMalaysia’s (Pas) struggle has always been to set up an Islamic state. To believe otherwise is either being naive or plain stupid. Mr Lim Kit Siang, chairman of secular Democratic Action Party (DAP) is surely an intelligent person. If not, he would not have brought in his party to join Pas to form Barisan Alternatif BA).
Lunas: BN Mudah Lupa? 
Setelah tujuh bulan pilihanraya kecil Lunas yang heboh satu Malaysia itu berlalu, mungkin namanya tenggelam sikit dalam arus perdana politik tanah air. Soalnya, apakah wakil rakyat muda Parti Keadilan Nasional yang lantang dan bijak berpidato itu turut “hanyut” dalam kesunyian kawasan yang diwakilinya, setelah terkeluar dari fokus politik semasa? Ramai juga yang bertanya mampukah beliau mempertahankan kerusi sensasi itu dalam pilihanraya umum akan datang kerana “bala tentera” Barisan Alternatif mungkin tidak dapat membelainya seperti waktu perang merebut kerusi Lunas dulu. Saifuddin memberi gambaran sepintas lalu yang boleh menjadi “wake-up call” bagi Umno Kedah khususnya di bahagian Padang Serai. KLIK SEKARANG untuk ikuti wawancara penuh INTAN RUSLI dengannya.
Negara Islam: Jangan Pura-Pura Kata Isu Ini Direka Oleh BN - Kit Siang 
KUALA LUMPUR Selasa, 3 Julai – Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang mahu semua parti dalam pakatan Barisan Alternatif (BA) tidak berpura-pura menggangap kontroversi isu penubuhan Negara Islam yang kini menjadi isu perang mulut antara parti itu dengan Pas sebagai satu masalah yang direka oleh Barisan Nasional (BN).
Pas & DAP Akan Terus Bersengketa Kerana Tiada Titik Persamaan – Pak Lah 
KUALA LUMPUR, Selasa 3 Julai – Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi yakin Pas dan DAP akan terus bersengketa sesama sendiri kerana tidak ada titik persamaan antara mereka kecuali membenci Barisan Nasional (BN).
Pemuda Keadilan Syor Kementerian Pendidikan Bentuk Piagam Hak Asasi Pelajar 
KUALA LUMPUR, Selasa 3 Julai - Pergerakan Pemuda Keadilan Malaysia hari ini mencadangkan agar suatu “Piagam Hak Asasi Pelajar” dibentuk oleh Kementerian Pendidikan sebagai asas Rang Undang-undang Hak Asasi Pelajar.
Satu Lagi Buku Mengenai Daim Muncul: “Saya sedia ke mahkamah kalau tidak betul” – Khalid Jafri 
Penulis buku kontroversi “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri” Khalid Jafri telah menerbitkan sebuah lagi buku politik - kali ini mengenai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pula. Buku bertajuk Tun Daim Penyangak Wang Negara setebal 282 halaman itu telah mula dipasarkan di beberapa buah kedai buku sekitar ibukota sejak beberapa hari lalu. Ia dijual pada harga RM30 senaskhah. klik sekarang untuk baca laporan EKSKLUSIF ini.
SENSASI: Tengku Mahkota Pahang Beli Rumah RM350 juta di England - AFP 
LONDON, Selasa 3 Julai – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibn Sultan Ahmad Shah telah membeli sebuah rumah yang disifatkan sebagai paling mahal pernah terjual di Britian dengan harga RM 350 juta. Agensi berita AFP melaporkan pengumuman mengenai pembelian itu telah dibuat oleh pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di sini hari ini.
UM: The Fire and the Aftermath 
Commentary: By FARQAN LATIFF All Malaysians are appalled at the Friday blaze that engulfed the Dewan Tunku Cancelor (DTC), one of the prestigious buildings associated with the country’s oldest university, University Malaya (UM). The fire which destroyed not only a monumental building but a huge chunk of history of the university is believed to have been deliberately started.
Yong Teck Lee Kini Hampir Pasti Tak Terpilih - Lajim Ukin 
KUALA LUMPUR, Isnin, 3 Julai - Bekas penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Likas, Datuk Yong Teck Lee hampir pasti tidak akan terpilih semula untuk menjadi calon dari Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil 21 Julai ini.
Cara China Guna Isteri Pegawai Perangi Rasuah… 
BEIJING, Isnin 2 Julai- “Di belakang kejayaan setiap lelaki, terdapat seorang wanita”. Para pegawai badan pencegah rasuah China nampaknya telah mengunakan cogankata yang popular ini dalam usahanya untuk memerangi gejala rasuah di negara itu.
Gus Dur Mungkin Umum Pilihan Raya Umum: Bimantoro Tolak Pelantikannya ke Malaysia 
JAKARTA, Isnin 2 Julai - Presiden Presiden Indonesia yang sedang tertekan dengan pelbagai masalah, KH Abdurrahman Wahid hari ini sekali lagi mengeluarkan kenyataan baru dengan mengatakan bahawa beliau mungkin akan membubarkan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) bagi membolehkannya mendapat mandat baru daripada rakyat kerana pemecatannya hanya akan menjurus ke arah kemusnahan Republik Indonesia.
Internet Café Cukup Popular di Bangkok 
Di negara jiran kita Thailand, jumlah pengguna internet dianggarkan antara 800,000 hingga 1.2 juta orang sahaja. Jumlah ini pastilah kecil kalau nak dibandingkan dengan penduduk negara itu yang berjumlah 65 juta orang. Manakala pemilikan komputer peribadi lebih kecil, kira-kira separuh dari jumlah pengguna internet. Tahukah anda kerana jumlah orang yang memiliki komputer amat sedikit, internet café seperti yang banyak juga terdapat di Malaysia cukup popular sekali di kalangan orang Thai khususnya para pelajar. Apa lagi jumlah komputer di universiti mereka tidak seimbang berbanding dengan jumlah pelajar.
Konsesi LRT: Kerajaan Mungkin Tidak Bayar Pampasan Pada Renong & STAR - AWSJ 
KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - Kerajaan Malaysia mungkin mengambil keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada dua buah syarikat pengendali konsesi transit aliran ringan (LRT) – satu langkah yang bakal mencetuskan perbalahan perundangan yang merumitkan di antara kerajaan dan pemegang konsesi penswastaan itu, demikian menurut laporan The Asian Wall Street Journal (AWSJ) hari ini.
Masa Depan BA Bergantung Sejauh Mana Pas Hendak Teruskan Dengan Negara Islamnya – DAP 
KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, masa depan pakatan Barisan Alternatif (BA) kini bergantung sepenuhnya kepada bagaimana rakan pakatannya yang terbesar iaitu Pas akan berlembut dalam soal menegakkan sebuah Negara Islam.
Masa Depan BA Bergantung Sejauh Mana Pas Hendak Teruskan Dengan Negara Islamnya – DAP 
KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, masa depan pakatan Barisan Alternatif (BA) kini bergantung sepenuhnya kepada bagaimana rakan pakatannya yang terbesar iaitu Pas akan berlembut dalam soal menegakkan sebuah Negara Islam.
Negara akan hilang kemerdekaan jika asyik minta pandangan negara asing - PM 
KUALA LUMPUR, Isnin 2 JulaiDatuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata sikap suka meminta pandangan kuasa asing dalam menyelesaikan isu dalaman negara yang menjadi trend parti-parti pembangkang kebelakangan ini akan menyebabkan negara ini hilang kemerdekaan.
Negara Islam: Pendirian PRM Ialah Semua Pihak Harus Berpegang Pada Manifesto BA 
KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - “Perbahasan” terbuka yang kadang-kadang tidak terkawal antara Pas dengan DAP mengenai Negara Islam sudah berlarutan dan diperbesarkan oleh media utama milik pemerintah sehingga amat jelas sekali menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Surat Laman Utama: Apakah Negara Islam Ada Kedudukan Istimewa Kaum? 
Oleh CK TAN: Dua minggu yang lalu, ketika para ahli Umno berhimpun di PWTC, Kuala Lumpur mendengar ucapan penggulungan Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agungnya yang ke-55, bertemakan “Melayu Mudah Lupa”, sekumpulan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang agama dan bangsa telah berhimpun di sebuah kuil Buddha di ibu kota untuk menghadiri satu dialog antara agama yang bertajuk “Dialog Antara Agama: Kepentingannya Bagi Masyarakat, Siasah dan Kerohanian Dalam Alaf Ini”.
“Kerajaan Pas tidak wujud…yang wujud ialah kerajaan BA” – Dr Hatta Ramli 
KUALA LUMPUR, Isnin 2 Julai - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dalam satu majlis dialog di London hari ini berkata isu penubuhan negara Islam bila parti itu mendapat mandat dari rakyat adalah satu pengucapan politik yang sengaja digembar-gemburkan untuk menakutkan rakyat dan pengundi.
Makin Gawat Makin Menjadi (Bahagian II)... 
AR RONGGOWARSITO cuba menyingkap kembali dalam bahagian kedua rencananya ini bagaimana kegawatan politik telah melahirkan beberapa nama prolifik dalam dunia penerbitan antaranya Ahmad Lutfi Othman, Tarmizi Mohd Jam, MSO dan Suria Janib. Malah mereka telah mencipta sejarah yang tidak pernah dicipta oleh para penulis bebas Malaysia sebelum ini. Mereka telah menjadi satu ikon dalam dunia penulisan alternatif
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
KOTA BAHARU, Ahad 1 Julai – Kerajaan Kelantan setakat ini belum menyerahkan lagi kepada Sultan Kelantan pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam sidang dewan undangan negeri pada 25 Jun lalu kerana baginda masih berada di luar negeri.
Bukan Mudah Laksana Hukum Hudud Zaman Ini – Dr M... 
Dalam majlis dailog bersama para pelajar dari 15 institusi pengajian tinggi dari seluruh negara di Simposium Penegasan Arah Tuju Idealisme Mahasiswa di Alaf Baru, Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad menjawab berbagai soalan yang ditujukan termasuk penubuhan negara Islam yang menjadi perdebatan antara Dap dan Pas kebelakangan ini. Beliau berkata setakat ini tiada sebuah negara Islam di seluruh dunia mampu melaksanakan sepenuhnya hukum hudud.
Ketua Polis Indonesia Yang Enggan Letak Jawatan Diarah Ke Malaysia Sebagai Duta Besar 
JAKARTA, Ahad 1 Julai - Presiden Indonesian KH Abdurrahman Wahid hari ini mengumumkan pelantikan Ketua Polis Indonesia, Jeneral Bimantoro sebagai duta republik itu yang baru ke Malaysia. Keputusan itu sudah tentulah akan mencetuskan satu lagi polemik di kalangan pemerhati dan juga ahli politik di Indonesia kerana sebelum ini, Bimantoro enggan mematuhi dikri yang dikeluarkan oleh pejabat presiden yang melucutkan jawatannya sebagai ketua polis negara.
Negara Islam: Parti Keadilan Nasional Pula Tolak Hasrat Pas 
KUALA LUMPUR, Ahad 1 Julai – Setelah perang mulut antara DAP dan Pas mengenai isu penubuhan negara Islam berlarutan selama beberapa hari, Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional, Dr Chandra Muzaffar hari ini bersuara menyatakan pendirian partinya menolak cadangan itu.
Permainan Korporat & Keruntuhan Hubungan Mahathir-Daim –Majalah Antarabangsa 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Ahad 1 Julai - Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sektor korporat memperlihatkan bahawa wujudnya perbalahan yang serius antara Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangannya Tun Daim Zainuddin, lapor Far Eastern Economic Review (FEER) keluaran terbarunya 5 Julai.
PM Berdialog Lebih Sejam Dengan Pelajar: Tiada Demo Di Kampus UM 
Laporan Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Ahad 1 Julai- Beliau datang, beliau beri ucapan kemudian berdialog lebih sejam bersama pelajar, jauh melangkau batas waktu setengah jam yang ditetapkan. Tiada demo tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
PM Berdialog Lebih Sejam Dengan Pelajar: Tiada Demo Di Kampus UM 
Laporan Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Ahad 1 Julai- Beliau datang, beliau beri ucapan kemudian berdialog lebih sejam bersama pelajar, jauh melangkau batas waktu setengah jam yang ditetapkan. Tiada demo tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Presiden Gloria Arroyo Akan Datang ke Malaysia 
MANILA, Ahad 1 Julai - Presiden Filipina Gloria Arroyo telah memilih Malaysia sebagai negara Asean pertama yang akan beliau kunjungi tahun ini. Beliau membuat pengumuman itu semasa dikunjungi oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Sri Najib Tun Razak di Istana Malacanang semalam, demikian menurut Agensi Berita Nasional (Bernama).
Profesor Dr Ishak Shari Yang Aku Kenali… 
Oleh DR SYED HUSIN ALI, KUALA LUMPUR, Ahad 1 Julai - Tidak siapa yang akan menafikan bahawa beliau adalah seorang insan yang sangat bersih serta amanah dalam hidup dan dalam menjalankan tugas. Beliau tidak pernah takut untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Semua orang yang mengenali Ishak sangat-sangat memandang tinggi kepadanya.
“Saya tidak suruh guru wanita berhenti lahir anak”- Aziz Shamsudin 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Ahad 1 Julai - Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Aziz Shamsudin menjelaskan hari beliau tidak bermaksud hendak menyekat guru-guru wanita melahirkan anak bila mencadangkan agar mereka menyusun cuti bersalin yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Apa Kata Ketua Pengarah IKIM Mengenai “Cerai SMS”  
KUALA LUMPUR. Sabtu, 30 JunKetua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada lafaz talak melalui sistem pesanan ringkas telefon bimbit (SMS) boleh diguna pakai di Malaysia atau sebaliknya.
Kegawatan Politik Tidak Bermakna Melayu Lemah – The Straits Times  
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Sabtu 30 Jun - Kehilangan sokongan Melayu kepada Umno adalah satu peringatan bahawa keadaan politik, sosial dan ekonomi Malaysia telah melalui perubahan besar sejak beberapa dekad lalu, kata akhbar Singapura, The Straits Times(ST)semalam (29 Jun).
Pas and BA: Towards Islamic State? 
Opinion: By A. HAIRI ZAINUDDIN KUALA LUMPUR, Sat. June 30-Despite assurance to its partners in Barisan Alternatif (BA), Parti Islam Se-Malaysia (Pas) is adamant that the future of Malaysia must be in the form of an Islamic state. Whether the model would be based on either Afghanistan’s Taliban or Iran’s Council of Ulama’, the core struggle of Malaysia’s Islamic party has always been to set up an Islamic governance based on the Quran and Hadith, as interpreted by its religious scholars.
Pas-DAP: “Seperti Perkongsian Antara Perompak”- PM 
KUALA LUMPUR, Sabtu 30 Jun – Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan pakatan Pas-Dap ibarat “perkongsian antara perompak” yang akhirnya akan berkelahi juga.
Prof. Ishak Shari Meninggal Dunia 
KUALA LUMPUR, Sabtu 30 Jun - Profesor Ishak Shari, profesor dan tenaga pengajar ekonomi serta pengarah IKMAS, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah meninggal dunia pada pukul 6.15 pagi tadi di Hospital UKM, Cheras. Beliau berusia 53 tahun.
Siapakah gerangannya yang merasa jadi wanita pertama di dua buah negara?  
Tahukah anda sejarah telah mencatatkan pemimpin yang paling muda mengetuai sebuah negara ialah King Mswati III dari Swaziland dekat Afrika Selatan yang ditabalkan sebagai raja pada 24 April 1986 . Ketika itu King Mswati berusia 18 tahun enam hari. Ratu termuda yang pernah ditabalkan pula ialah Ratu Margrethe II dari Denmark yang berusia 31 tahun pada 14 Januari 1972. Manakala ketua sebuah negara republik yang termuda ialah Lt. Yaya Jammeh.Beliau menjadi presiden kerajaan sementara Gambia berikutan satu rampasan kuasa tentera ketika usia 29 tahun pada 26 Julai 1994. Dua tahun kemudian pada 27 September 1996 Lt. Yaya Jammeh telah menang pilihanraya dan menjadi presiden yang sah. Presiden tertua di dunia mengetuai negara republik pula ialah Presiden Kiro Gligorov, ketua negara Republik Macedonia. Beliau berusia 83 tahun .
TERBARU: Pilihan Raya Kecil Likas 21 Julai - SPR 
KUALA LUMPUR, Sabtu 30 Jun - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Likas, Sabah telah ditetapkan pada 21 Julai ini, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.
Amaran NAib Canselor UM : Jangan Halang Kedatangan Perdana Menteri 
Perhatian pagi ini bertumpu ke Universiti Malaya bila Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad melangkah masuk ke kampus itu ketika ia masih diselubungi oleh tandatanya dan polimek mengenai kebakaran Dewan Tunku Canselor awal pagi kelmarin.
Apa Kata Ketua Pengarah IKIM Mengenai “Cerai SMS”  
KUALA LUMPUR. Sabtu, 30 JunKetua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Ismail Ibrahim berkata terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada lafaz talak melalui sistem pesanan ringkas telefon bimbit (SMS) boleh diguna pakai di Malaysia atau sebaliknya.
Bekas bos NTV7 tolak spekulasi beliau bakal ganti Taib Mahmud 
SIBU, Jumaat 29 Jun - Bekas tauke NTV7 yang kini merupakan Menteri Pertanian Datuk Mohd Effendi Norwawi hari ini membuat kenyataan yang mematikan spekulasi kemungkinan beliau akan mengantikan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud selepas pilihanraya negeri itu yang akan diadakan tidak lama lagi.
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
PULAU PINANG, Sabtu 30 JunMCA tidak perlu mengadai bangunan ibupejabatnya, Wisma MCA di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menampung pembiayaan mengambilalih Nanyang Press Holding.
Bila Menteri Cina Tidak Tahu Baca Suratkhabar Cina... 
Analisa Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Sekarang kehendak Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad untuk mendapatkan khidmat dan input seorang pembantu khas yang berketurunan Cina sudah dikabulkan.
Wan Azizah dan Dr Hatta berucap di Seminar ISA di London esok  
KUALA LUMPUR, Sabtu 30 Jun - Presiden Parti Keadilan Nasional Datin Sri Dr. Wan Azizah dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Dr Hatta Ramli akan memberi ucapan di satu seminar anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) anjuran Gerakan Mansuhkan ISA UK (AIM-UK) di ibupejabat Amnesty International diLondon esok.
Mujahid Yusuf sifatkan tuduhan Mingguan Melaka berniat jahat 
KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Timbalan Pesuruhjaya Pas Melaka, Mujahid Yusuf Rawa, menyifatkan tuduhan akhbar Mingguan Melaka bahawa berlakunya penyelewengan balak di Negeri Kelantan dengan menamakan beberapa orang pemimpin negeri itu terlibat dengan pelbagai penyelewengan sebagai satu laporan yang keterlaluan dan berniat jahat.
Pemboikotan Nanyang dan China Press telah bermula… 
Oleh WARTAWAN AGENDADAILY KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Apakah benar penjualan akhbar-akhbar Nanyang Siang Pau dan juga China Press kini mula diboikot secara perlahan-lahan oleh masyarakat Cina? Hakikat ini tidak dapat ditolak lagi apabila tinjauan rambang yang dilakukan oleh AgendaDaily mendapati, para pekedai dan penjual suratkhabar “merungut” bahawa penjualan dua buah akhbar ini agak merosot sejak Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) MCA Ahad lalu membuat keputusan untuk memberikan lampu hijau kepada parti itu meneruskan pengambilalihan Nanyang Press Holdings yang bertanggungjawab menerbitkan akhbar-akhbar berkenaan.
Ulasan Media Asing Mengenai Kerajaan Pas 
Susunan: ABU BAKAR RASHID Sementara para penyokong PAS mempercayai bahawa kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang bukan lagi sesuatu yang mustahil, Far Eastern Economic Review (FEER) keluaran semalam (28 Jun) menyatakan, sebahagian penyokong Umno mengakui bahawa lebih banyak negeri akan jatuh ke tangan pembangkang.
Bayar Letak Kereta Dan Beli Coke Guna Handphone Pula… 
SINGAPURA, Jumaat 29 JunCuba bayangkan anda boleh menambah bayaran duit letak kereta dan beli coke dikotak mesin minuman yang diletakan di merata tempat itu hanya dengan mengunakan Khidmat Mesej Ringkas (SMS) menerusi telefon bimbit anda.
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Kira-kira 80 peratus daripada Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya yang bersejarah,dimana Perdana Menteri dan timbalannya dijadual menghadiri satu simposium pelajar esok dan lusa, musnah dalam satu kebakaran yang berlaku sekitar jam 3 pagi.
Gagal Peroleh Undi Dua Pertiga Bukan Halangan - Wanita Keadilan 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Jumaat 29 JunPergerakan Wanita Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menyifatkan kegagalan Perhimpunan Agung Khas parti itu Ahad lalu untuk memperolehi undi dua pertiga dalam resolusi kedua bagi membolehkan pindaan di buat kepada perlembagaannya bukanlah halangan besar untuk mereka bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Perang Mulut Negara Islam Terus Membara: DAP Ugut Nak Keluar BA  
KUALA LUMPUR, Jumaat 29 Jun - Perang mulut antara DAP dan Pas mengenai pendirian masing-masing berhubung penubuhan negara Islam di Malaysia berterusan hari ini apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat pula menegur DAP kerana membawa polemik ini ke media massa.
Terbaru: Haji Hadi tolak bantahan Karpal Singh mengenai penubuhan negara Islam 
Timbalan Presiden Pas Haji Hadi Awang menegaskan hari ini sekalipun menerima tentangan partinya tetap dengan pendirian hendak menubuhkan sebuah negara Islam di Malaysia jika ia diberi mandat pada pilihanraya umum akan datang.Timbalan Presiden Keadilan Chandra Muzaffar pula nafi Barisan Alternatif ada berunding mengenai penubuhan negara Islam sementara Setiausaha Agung Dap Kerk Kim Hock berkata pendirian partinya adalah jelas sebuah negara Islam tidak sesuai dan praktikal bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.
Ada Masalah Tidak Semestinya Tidak Telus – Pak Lah 
KUALA LUMPUR, Khamis 28 JunTimbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta mereka yang gemar mendakwa kurangnya ketelusan dalam urusan di jabatan-jabatan kerajaan supaya melihatnya dari prespektif yang betul.
Azim Zabidi Kekal Sebagai Pengerusi BSN  
KUALA LUMPUR, Khamis 28 JunDatuk Azim Zabidi telah menerima surat untuk menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) selama satu penggal lagi.
Dap Terus Bantah Cadangan Pas Tubuh Negara Islam  
KUALA LUMPUR, Khamis 28 JunDap nampaknya tidak masih tidak dapat menelan penjelasan Timbalan Presiden Pas Haji Hadi Awang mengenai soal penubuhan negara Islam di Malaysia.
Nama Dan Lambang Parti Keadilan Tetap Sama 
KUALA LUMPUR, Khamis 28 JunNama dan lambang Parti Keadilan Nasional tetap sama sekalipun perhimpunan agung khas parti itu Ahad lalu bersetuju untuk bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
PM Nafi Kerajaan Kaji Semula Semua Keputusan Daim 
Kuala Lumpur,Khamis 28 JunPerdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menolak desas desus bahawa kerajaan akan mengkaji semula semua keputusan yang dibuat oleh Tun Daim Zainuddin sewaktu memegang jawatan Menteri Kewangan dulu.
Saya tidak benci “Kumpulan Lapan” – Ling Liong Sik 
TAIPING, Khamis 28 Jun - Presiden MCA Datuk Seri Dr Ling Liong Sik menafikan mempunyai perasaan benci terhadap “Kumpulan Lapan”, yang cuba menggagalkan usaha MCA mengambil alih kepentingan Nanyang Press Holdings Berhad(Nanyang).
Berita-Berita Ringkas Sekitar Negara 
KUALA LUMPUR, Khamis 28 Jun – Majlis Peguam hari ini mengeluarkan satu kenyataan menyatakan pendapatnya bahawa pendedahan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang berkaitan agar beliau menolak petisyen pilihanraya negeri Sabah 1999 kawasan Likas tanpa perbicaraan mencemarkan imej badan kehakiman.
Dr Mahathir beri sebab mengapa perlu lama berkuasa 
Kuala Lumpur,Rabu 27 JunDiketika ada sesetengah pihak di dalam dan luar negara merasakan beliau wajar meletakan jawatan, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari memberi sebab mengapa perlunya seseorang Perdana Menteri itu memegang jawatan agak lama.
Halim Saad Letak Jawatan Naib Pengerusi Eksekutif UEM 
Kuala Lumpur,Rabu 27 Jun – Tan Sri Halim Saad yang sering dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan , Tun Daim Zainuddin hari ini meletakan jawatan sebagai Naib Pengerusi Eksekutif United Engineers (Malaysia) Berhad setelah 16 tahun mengetuai syarikat gergasi itu.
Saya Bukan Orang Baru Dalam Politik Untuk “Dijolok” – Rais Yatim 
Kuala Lumpur, Rabu 27 Jun“ What is so wrong about that ” – inilah reaksi spontan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Rais Yatim ketika diminta mengulas surat terbuka Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Annual Bakri Haron yang antara lain mempertikaikan kredibilitinya mempersoalkan pindaan perlembagaan negeri itu untuk mengurangkan kuasa Sultan.
Surat Terbuka SUP MB Kelantan Kepada Rais Yatim 
Kuala Lumpur Selasa,26 JunSetiausaha Politik Menteri Besar Kelantan ,Annual Bakri Haron telah menghantar “surat terbuka” kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim mempertikaikan kredibilitinya campurtangan dalam isu pindaan perlembagaan negeri dengan membahasakan beliau sebagai “awak” sahaja.
Telefon Bimbit Punya Hal Pula… 
DUBAI, Khamis 28 Jun – Kalau di internet macam-macam hal timbul…telefon bimbit pun ada ceritanya yang tersendiri. Seorang lelaki di negara Timur Tengah yang terkenal sebagai tempat membeli belah bebas cukai telah menceraikan isterinya hanya dengan meninggalkan mesej bertulis di telefon bimbitnya.
Petikan 
“Pemimpin Barisan Alternatif terutamanya Pas memang tidak pandai membina jalanraya kerana yang arif dalam bidang tersebut adalah Jabatan Kerja Raya.”Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Gombak Setia ,Datuk Ismail Kamus ketika menolak dakwaan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang disiarkan dalam sebuah akhbar tabloid bahawa kepimpinan ulama tidak peka dengan projek pembangunan sebaliknya pandai berceramah sahaja.
Ah Lek Hulur Tangan Berdamai: Tapi Hanya Jika Ling Ambil Langkah Yang Sama 
KUALA LUMPUR, Selasa 26 Jun - Timbalan Presiden MCA Datuk Lim Ah Lek hari ini menghulurkan tangannya kepada presiden parti, Datuk Dr Ling Liong Sik untuk “berdamai” dan “bersatu semula” dengan mencadangkan langkah itu hanya akan berhasil seandainya Dr Ling mengambil langkah pertama dalam menyatukan parti.
Apa Kata Umno Bila Melayu Mengadu Masalah Pada MCA…  
KUALA LUMPUR. Selasa, 26 Jun - Sekumpulan 25 orang mengadu kepada MCA hari ini bahawa mereka ditipu oleh seorang wanita pemilik agensi pelancongan sehingga tidak dapat mengerjakan umrah.
Keluarga Anwar Serah Rayuan Baru Pada TPM 
KUALA LUMPUR. Rabu, 27 Jun Keluarga Datuk Sri Anwar Ibrahim telah menghantar rayuan baru kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi supaya membenarkan beliau menjalani pembedahan segera di luar negara.
Kementerian Pakai “Spy” Kesan Cetak Rompak Vcd 
Muar,Selasa 26 Jun – Awas !….siapa yang terlibat dalam kegiatan cetak rompak vcd .Setelah beberapa usaha membenteras didapati kurang berkesan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mendapat satu cara baru untuk menjejak mereka.
Macam-Macam Hal Dalam Dunia Internet…. 
London,Selasa 26 Jun- Kalau di Malaysia internet sudah menjadi satu saluran baru untuk mencari jodoh – di Newport ,Selatan Wales pula ,kelamrin seorang wanita telah mengambil tindakan yang gempar tetapi melucukan bila dia mengunakan teknoloji siber ini untuk membalas dendam terhadap teman lelakinya.
Mirzan tidak akan ikut jejak Mokhzani 
Kuala Lumpur,Selasa26 JunSetelah adiknya,Datuk Mokhzani Mahathir meninggalkan dunia koprat dan politik ramai yang tertanya-tanya bagaimana pendirian anak lelaki sulong Perdana Menteri iaitu Mirzan Mahathir yang aktif dalam bidang perniagaan.
Nanyang yang selama ini anti-MCA apakah sama dengan anti-kerajaan? 
Analisa Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Selasa 26 Jun - Selepas Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) MCA memberi sokongan kepadanya untuk membeli Nanyang Press Holdings kini parti itu sedang berusaha mengemukakan bukti melalui analisa kandungan berita Nanyang Siang Pau dan China Press bahawa selama ini kedua-dua media harian itu adalah “anti-MCA”.
Cadangan Tubuh Negara Islam Di Malaysia “Goncang” Barisan Alternatif ? 
Soal penubuhan sebuah negara Islam di Malaysia nampaknya terus menjadi duri dalam daging yang mengoncang bahtera Barisan Alternatif (BA) apabila orang kuat DAP ,Karpal Singh hari ini mempertikaikan kenyataan Presiden Parti Keadilan Nasional, Datin Sri Dr Wan Azizah yang dianggapnya membayangkan tentang kemungkinan itu.
Undi Di Dalam, Lobi Di Luar – Satu Senario Luar Biasa di Wisma MCA 
Sepanjang minggu lalu sahaja tiga buah parti utama di negara ini mengadakan perhimpunan agung masing-masing. Yang terbesar dan paling meriah nampaknya Umno yang baru sahaja menyelesaikan perhimpunan agung mereka yang ke-55 selama empat hari dan berakhir Sabtu lalu. Kelmarin (Ahad) MCA pula mengadakan persidangan mereka. Tetapi persidangan ini adalah persidangan luar biasa – hanya yang ketiga dalam sejarah 52 tahun penubuhan MCA. Agendanya – untuk menentukan sama ada ahli-ahli sokong atau tidak tindakan parti itu membeli akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press. Ikuti pemerhatian ROZAID RAHMAN yang berada di Wisma MCA waktu itu.
"Lapor kepada saya kalau takut"- Dr M. 
KUALA LUMPUR,Isnin 25 Jun -- Perdana Menteri Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang telah mencemarkan imej mahkamah dengan mendedahkan bahawa beliau diarahkan oleh seorang pegawai atasannya untuk membatalkan tanpa perbicaraan dua petisyen pilihanraya."
Kerinchi Link DiBuka Mulai Khamis 3 Petang 
KUALA LUMPUR, Isnin 25 JunSetelah menunggu sekian lama akhirnya wargakota dapat menikmati satu lagi kemudahan asas bila Lebuhraya Sprint, iaitu Hubungan Kerinchi sejauh 11.5km dan Hubungan Damansara sejauh 9km dibuka kepada trafik pada hari Khamis mulai 3 petang.
Media Asing & Agensi Berita Antarabangsa Masih Minat Ulas Perhimpunan Agung Umno 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Selasa 26 Jun - Walaupun Perhimpunan Agung Umno telah beberapa hari berlalu, tetapi media-media asing termasuk agensi-agensi berita antarabangsa terus mengulas peristiwa yang dianggap penting dalam senario politik Malaysia itu.
PM Yakin Dr Ling Liong Sik Tidak Balas Dendam …… 
KUALA LUMPUR,Isnin 25 Jun -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berharap isu pembelian Nanyang Press Holdings Bhd oleh bahagian pelaburan MCA , Huaren Holdings Sdn Bhd, yang sudah selesai semalam tidak akan menjadi faktor yang boleh memecahkan parti itu.
Serang Reformasi Bukti Kekuatan Anwar - Guardian 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Isnin 25 Jun - Sesiapa yang memikirkan Datuk Sri Anwar Ibrahim telah menjadi sejarah,hanya perlu mendengar ucapan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini untuk menilai sendiri betapa berpengaruhnya beliau sebagai pencatur politik, walaupun dari belakang jerejak penjara, kata akhbar Britain, Guardian, dalam sorotannya terhadap ucapan Dr Mahathir itu.
Dr M Gagal Memahami Perubahan Yang Rakyat Inginkan… 
Bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang menulis, tatkala Dr Mahathir Mohamad bersuara lantang menentang reformasi dan bercakap tentang bayang-bayang pertempuran, bencana dan pembunuhan yang mengerikan di sebuah negara jiran, beliau gagal menyedari bahawa reformasi dan perubahan yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia bukannya reformasi ala-negara jiran tetapi reformasi dan perubahan dalam konteks dan budaya politik Malaysia sepenuhnya untuk memulihkan keyakinan awam terhadap kedaulatan undang-undang, sistem keadilan, hak asasi manusia, demokrasi dan kerajaan yang baik dan tidak korup.
Kontroversi Pindaan Perlembagaan Kelantan: Semua 40 ADUN Pas Undi Sokong 
KOTA BHARU, Isnin 25 Jun - Dewan Undangan Negeri Kelantan yang bersidang hari ini menyaksikan 40 daripada 43 anggotanya mengundi untuk menyokong pindaan Perlembagaan Negeri Kelantan manakala dua wakil rakyat dari Umno tidak masuk ke dalam dewan sebaliknya memberikan ucapan mereka di luar dewan.
MCA dan Nanyang: Jangan Menang Sorak Kampung Tergadai Sudahlah… 
Analisa Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Isnin 25 Jun - Dua perkembangan penting telah menggugat keyakinan pucuk pimpinan MCA yang diketuai Datuk Seri Dr Ling Liong Sik untuk memperoleh sokongan selesa daripada para perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM) MCA semalam.
PRM: Percantuman Dengan Keadilan Akan Ubah Wajah Politik Negara 
KUALA LUMPUR, Isnin 25 Jun - Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Husin Ali menyifatkan keputusan Persidangan Agung Khas Parti Keadilan Nasional (Keadilan) semalam untuk bergabung dengan partinya adalah merupakan satu keputusan yang bersejarah dan mempunyai pengertian besar bagi memulakan langkah yang mampu mengubah wajah politik negara pada masa akan datang.
Azim Zabidi sahkan beliau belum terima surat sambung tugas di BSN 
KUALA LUMPUR, Ahad 24 JunPengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) Datuk Azim Zabidi mengesahkan setakat ini bahawa beliau masih belum mendapat surat untuk melanjutkan tempoh khidmatnya. Tempoh khidmatnya di BSN selama dua tahun akan tamat hujung bulan ini.
Kerinchi Link DiBuka Mulai Khamis 3 Petang 
KUALA LUMPUR, Isnin 25 Jun – Setelah menunggu sekian lama akhirnya wargakota dapat menikmati satu lagi kemudahan asas bila Lebuhraya Sprint, iaitu Hubungan Kerinchi sejauh 11.5km dan Hubungan Damansara sejauh 9km dibuka kepada trafik pada hari Khamis mulai 3 petang
Rakyat Malaysia Gemar Layari Internet Untuk Cari Jodoh 
KUALA LUMPUR, Isnin 25 Jun – Nampaknya dunia siber telah mencetuskan macam-macam pembaharuan dalam watak manusia .Satu kajian mendapati internet telah menjadi satu saluran baru bagi rakyat Malaysia bercinta untuk mencari jodoh
Engkar Arahan Presiden & Sabotaj Calon Sendiri Punca Kalah Pada Pas 
KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun - Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan, calon-calon Umno tewas pada calon Pas dalam pilihan raya umum 1999 adalah kerana ahli-ahli di peringkat bahagian tidak mendengar arahan presiden dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon mensabotaj parti mereka sendiri.
Majoriti Undi Sokong Penggabungan: Keadilan akan dinamakan Parti Keadilan Rakyat Malaysia 
KUALA LUMPUR, Ahad 24 Jun - Parti Keadilan Nasional (Keadilan) akan dikenali dengan nama Parti Keadilan Rakyat Malaysia apabila majoriti perwakilan ke persidangan khasnya hari ini mengundi menyokong percantuman dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Perhimpunan Agung Umno: Apa Kata South China Morning Post dan Agensi Berita Asing 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Ahad 24 Jun - Para perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno yang selesai semalam mengharapkan isyarat dari Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, bahawa beliau mempunyai strategi untuk memperbaiki imej partinya yang tercemar setakat ini merasa kecewa, South China Morning Post (SCMP) semalam (23 Jun) melaporkan.
Pinda Perlembagaan Negeri: 2 Wakil BN Tak Akan Hadir 
KOTA BHARU,Ahad 24 Jun – Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan Isnin ini di mana cadangan pindaan keatas perlembagaan negeri bagi mengurangkan kuasa Sultan akan dibentangkan, tidak akan dihadiri oleh dua wakil rakyat Barisan Nasional.
Setuju Cantum: Ahli PRM akan diterima secara enbloc dalam Keadilan 
KUALA LUMPUR, Ahad 24 Jun - Keputusan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hari ini menerima usul untuk bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada sidang khasnya di Kelana Jaya bermakna ahli-ahli PRM akan diterima sekaligus secara enbloc walaupun proses penerimaan teknikal memerlukan pengisian borang secara individu.
Perbadanan Penyiaran Australia dakwa Dr Mahathir masalah terbesar Umno 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun- Selepas melalui pembukaan perhimpunan agung tahunan partinya dengan puji-pujian yang seragam daripada para ahli dan juga akhbar-akhbar tempatan, Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, buat kali pertama, tidak menolak kemungkinan menawarkan diri sekali lagi untuk terus memimpin Malaysia pada tahun 2004 nanti, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan semalam (22 Jun).
Dr M beri amaran kepada akhbar Cina: Jangan kaitkan namanya dalam isu Nanyang 
KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun - Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran keras kepada akhbar-akhbar Cina dan juga pihak-pihak tertentu jangan cuba melibatkan namanya dalam konflik pembelian akhbar Nanyang Siang Pau dan China Press.
EGM Pemuda MCA Tolak Pembelian Nanyang; Liong Sik Enggan Terima Keputusan Itu 
KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun – Kini sah sudah, sayap kanan MCA telah menolak secara rasmi pengambilalihan Nanyang Press oleh badan induk parti itu walaupun perhimpunan agung luar biasanya yang baru sahaja selesai sebentar tadi masih dipertikaikan kesahihannya.
Keadilan akan bawa kes pelajar UiTM yang dipecat ke mahkamah 
KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun - Biro Hak Asasi Manusia, Pergerakan Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan) memandang serius tindakan Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dipengerusikan oleh Prof Nasuddin Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM yang disifatkan telah berlaku tidak adil dengan membuang seorang pelajar UiTM, Rafzan Ramli di atas tuduhan kononnya beliau menyertai perhimpunan haram.
Menggunakan Perisai Lau Ma Untuk Agenda Tersembunyi 
Analisa Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun - Apakah pula agaknya alasan yang akan diberi oleh pucuk pimpinan MCA kepada masyarakat Cina dan para perwakilan ke persidangan agung luar biasanya esok setelah Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad berkata; “Saya tidak arah MCA membeli Nanyang dan China Press.”
“Hentikan Fitnah Antara Saya Dengan Puteri Umno” – Rafidah  
Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Sri Rafidah Aziz meminta diberhentikan segala fitnah dan adu-domba tentang perhubungan pergerakan itu dengan Puteri Umno. Untuk sekian kalinya, beliau berkata, Wanita dan Puteri Umno tidak boleh terus menerus membuang masa bertelagah ke atas isu-isu yang dicipta oleh mereka yang mahu melihat mereka terus berpecah dan tidak bersatu.
Perbadanan Penyiaran Australia dakwa Dr Mahathir masalah terbesar Umno 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Sabtu 23 Jun- Selepas melalui pembukaan perhimpunan agung tahunan partinya dengan puji-pujian yang seragam daripada para ahli dan juga akhbar-akhbar tempatan, Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, buat kali pertama, tidak menolak kemungkinan menawarkan diri sekali lagi untuk terus memimpin Malaysia pada tahun 2004 nanti, Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) melaporkan semalam (22 Jun).
Di Sebalik Kemelut MCA & EGM: Siapa Sebenarnya Berkuasa 
Analisis Berita Oleh ALEX HOO KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun - Ramai pemerhati dari kalangan bukan masyarakat Cina (dan di luar MCA) mungkin merasa kedudukan Datuk Sri Dr Ling Liong Sik yang dicabar kumpulan lapan orang anggota Jawatankuasa Pusat MCA pimpinan Timbalan Presiden, Datuk Lim Ah Lek akan terjejas menjelang mesyuarat agung luarbiasa (EGM) Ahad ini.
IBRAHIM ALI BUAT HAL LAGI… 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun - Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali hari ini buat hal lagi – kali ini beliau cari gaduh dengan Pemuda Umno – dengan mendakwa bahawa kelembikan pergerakan itu adalah punca bermaharaja lelanya Pas mengembang sayap dalam masyarakat Melayu.
Kehadiran Mokhzani & Mukhriz Tarik Perhatian Ramai… 
Tidak seperti Tun Daim Zainuddin yang meminggirkan dirinya dari Perhimpunan Agung Umno sejak meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan dan bendahari agung parti itu 1 Jun lalu, bekas Bendahari Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Mokhzani Mahathir kelihatan mengikuti persidangan tersebut sejak Pemuda dan Wanita bersidang Rabu lalu.
Pemimpin Pembangkang Kata Kelemahan Bangsa Melayu Kerana Dasar Umno 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun - Pemimpin-pemimpin parti pembangkang hari ini menyalahkan sistem pentadbiran Umno sebagai puncak kepada masalah orang Melayu hari ini sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno yang ke-55 semalam.
Perwakilan Umno Mula Menyerang Pas: Minta parti itu isytiharkan “Jihad”… 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun - Perhimpunan Agung Umno yang masuk hari kedua hari ini menyaksikan seruan jihad berkumandang di Dewan Merdeka apabila wakil dari Kedah, Datuk Badruddin Amiruddin menyeru parti itu mengisytiharkan “jihad” ke atas Pas.
Tiada Sebab Untuk Tangkap: Daim Bebas ke Luar Negara 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini yang dihujani sekali lagi dengan pelbagai soalan mengenai Tun Daim Zainuddin berkata bekas menteri kewangan itu tidak akan ditangkap dan beliau bebas keluar masuk ke luar negara.
“Pak Lah akan ganti saya teruskan Wawasan 2020” – Dr Mahathir 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun – Soalan seorang wartawan Australia kepada Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad tentang siapa yang akan meneruskan Wawasan 2020 yang diilhamkannya bila beliau sudah bersara dalam sidang akhbar di akhir hari kedua Perhimpunan Agung Umno – bunyinya macam satu soalan yang terlalu umum dan biasa sahaja.
“Satu tragedi bagi Umno jika bukan ahli jadi Menteri Kewangan” – Shahrir Samad 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ia adalah satu tragedi bagi Umno sekiranya Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad mengimpot orang luar mengisi jawatan menteri kewangan yang dikosongkan oleh Tun Daim Zainuddin pada 1 Jun lalu.
“Saya hanya macam kerani besar” – Nik Aziz Nik Mat  
KOTA BAHARU, Jumaat 22 Jun - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan dirinya hanya sebagai "kerani" di Pejabat Menteri Besar kerana tidak “berkuasa” ke atas pegawai negeri. Beliau berkata sebagai contoh, pertukaran seseorang pegawai kerajaan negeri tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dahulu, sebaliknya beliau hanya diberi salinan senarai pertukaran itu sahaja.
Isu Panggilan "Awak": Rais Kata Tak Perlu Minta Maaf Pada Nik Aziz 
KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim tidak akan meminta maaf kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana membahasakan beliau sebagai “awak” baru-baru ini.
Putera Shah Iran Yang Terakhir Bercita-cita Untuk Kembali Sebagai Maharaja 
Ia mungkin satu angan-angan tinggi tetapi Reza Pahlavi, putera kepada Shah Iran yang terakhir menyimpan satu cita-cita besar iaitu untuk kembali ke tanah tumpah darahnya sebagai seorang maharaja. Reza Pahlavi, kini 41 tahun, baru berusia 19 tahun ketika revolusi meletus di negaranya yang telah menyaksikan Shah Iran yang terakhir, Mohammad Reza Pahlavi terpaksa turun dari takhta dan melarikan diri dari Iran pada saat-saat terakhir sebelum istananya dirempuh dan ditawan oleh rakyat kebanyakan.
Dr M Mulakan Ucapan Dengan Menyerang Reformasi & Demonstrasi Jalanan 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun – Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini memulakan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno dengan terus “menyerang” reformasi dan juga demonstrasi jalanan.
Lagi Gambar-Gambar Menarik Sekitar Perhimpunan Agung Umno 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun - Lagi gambar-gambar menarik dan kandid sekitar Perhimpunan Agung Umno di PWTC.
Membetulkan persepsi buruk cabaran terbesar PM – Channel News Asia 
JOHOR BAHRU, Khamis 21 Jun - Memperbetulkan persepsi buruk golongan muda terhadap kepimpinan Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad merupakan antara cabaran terbesar perdana menteri itu sejak hampir 20 tahun beliau menerajui negara.
Minta Maaf! Dr Mahathir Masih Belum Nak Pencen… 
Bagi mereka yang berangan-angan bahawa Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh yang terdekat ini akan mengosongkan jawatan perdana menteri, maka mereka sebenarnya sedang bermimpi di siang hari.
PEMUDA MAHU ANGGOTA PARTI BERHENTI KRITIK SESAMA SENDIRI 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun - Pergerakan Pemuda Umno mahu anggota parti berhenti daripada mengkritik sesama sendiri secara terbuka dan mendedahkan masalah dalaman parti kepada umum. Ini kerana perbuatan itu dikhuatiri boleh melemahkan Umno dari dalam dan tidak menguntungkan parti.
Selepas Serang Reformasi, Dr M Balun Pas Pula… 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun - Setelah menghabiskan separuh masa pertama ucapan dasarnya membalun pengerak reformasi dan juga demonstrasi jalanan, Presiden Umno Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad kemudiannya mengalih perhatiannya kepada Pas pula dengan mencabar parti Melayu kedua terbesar itu supaya membuat pernyataan bertulis mengenai bentuk kerajaan yang ingin didirikannya.
Undi Sulit Untuk Perwakilan Tentukan Pengabungan Keadilan-PRM: Wan Azizah 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun - Presiden Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Datin Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hari ini bahawa perwakilan ke Persidangan Agung Khas parti itu Ahad ini akan mengundi secara undi sulit sama ada untuk bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Walau dilarang namun kelibat Pak Ya tetap kelihatan di PWTC 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun - Seperti yang diduga, sekalipun akhbar tabloid miliknya, Bebas dilarang membuat liputan sepanjang Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung di PWTC semalam, namun Yahaya Ismail merupakan antara ribuan pemerhati yang membanjiri sekitar kawasan aras satu kompleks Ibu Pejabat Umno itu.
Pemuda Keadilan Desak Letak Calon Parti Itu di Likas 
Laporan Oleh ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Khamis 21 Jun - Naib Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Malaysia, Hamdan Taha hari ini mendesak pucuk pimpinan parti itu mengemukakan nama daripada Keadilan sebagai calon pada pilihan raya kecil Likas, Sabah yang akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh terdekat ini.
Ucapan Dasar Mahathir Contoh Klasik Sikapnya Yang Suka Nafikan Orang Lain- DAP 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 JunBekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Lim Kit Siang menyifatkan ucapan Dr Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agung Umno Ke-55 hari ini mencerminkan kebenciannya yang keterlaluan ke atas kuasa asing dan tindakannya menyerang parti-parti pembangkang sebagai satu lagi contoh klasik sikapnya yang suka menafikan orang lain.
Ucapan Dasar Presiden: Apa Kata Media Luar Negeri... 
Susunan ABU BAKAR RASHID KUALA LUMPUR, Jumaat 22 Jun - Ucapan Presiden Umno, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad, ketika merasmikan perhimpunan agung parti pimpinannya dilaporkan sebagai mengecewakan perwakilan. Perkara-perkara penting yang menjadi tanda-tanya di kalangan perwakilan terus dibiarkan tidak berjawab oleh presiden Umno yang paling lama berkhidmat itu
“Ini bukan jawatan glamor, saya sekadar perantara” – Wan Khairil Anuar 
Orang mungkin melihat tempat yang didudukinya sekarang sebagai glamor dan berprestij malah boleh jadi juga sebagai batu loncatan kepada penyandangnya untuk naik setapak ke atas. Tetapi bagi sesetengah orang, kerusi tersebut bukan sekadar panas malah mungkin juga satu “bencana” besar. Manakan tidak, ia menjadi tumpuan dan tempat di mana ahli-ahli meminta wang dan bayangkanlah jika tuntutan itu tidak tertunai yang akan mendapat nama buruk dan menjadi punching bag nanti ialah orang yang memegang dana. Jadi ada orang kata, sipemegang jawatan ini kena pandai bersilat untuk elak serangan dan juga pukulan bertubi-tubi. Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad, pemimpin muda yang baru dilantik sebagai bendahari Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang baru, mungkin sudah mula terasa bahang kerusi bendahari di sisi ahli-ahlinya.
"Cara mudah untuk membersihkan MT ialah jangan pilih orang yang tidak bersih" 
KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun – Harapan kalangan ahli UMNO yang dikenakan tindakan atau sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin parti itu kerana terlibat dalam politik wang atau salah laku sewaktu kempen pemilihan bahagian baru-baru ini untuk melihat ia lebih berlembut pasti tidak kesampaian bila Presiden Umno Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi “backing” sepenuhnya kepada lembaga itu.
Isu Pindaan Perlembagaan Kelantan: Setiausaha Kerajaan Negeri Bantah Secara Terbuka  
KOTA BHARU, Rabu 20 Jun – Isu cadangan kerajaan Pas Kelantan hendak meminda perlembagaan negeri untuk mengurangkan kuasa Sultan melangkah ke episod baru hari ini bila Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud menyuarakan secara terbuka bantahannya terhadap langkah itu.
Cemas Bila Naik Pentas – Pengalaman mereka yang pertama kali dipilih untuk berucap 
KUALA LUMPUR, Khamis 21 JunNampak macam mudah saja….bangun dan berucap. Namun begitu, di sebalik suara yang berapi-api itu ada yang mengaku bahawa mereka terpaksa berulangkali “masuk ke bilik air” dan rehearsal apabila diberi tanggungjawab untuk naik ke pentas dan berucap di hadapan lebih 2,000 manusia.
Hisham Garis 4 Halatuju Pemuda; Wanita Mahu Tawan Semula Kerusi Yang Tewas 
KUALA LUMPUR, Rabu 20 JunKetua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengariskan empat agenda utama sebagai halatuju baru pergerakan itu menghadapi ujian yang lebih hebat dan mencabar.
Kerajaan akan kekalkan ISA, hubungan antara kaum masih rapuh kata TPM 
KUALA LUMPUR, Rabu 20 Jun - Malaysia akan terus mengekalkan undang-undang yang melibatkan soal keselamatan negara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sebalik kempen-kempen hebat yang meminta ia dihapuskan. Menteri Dalam Negeri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan masih memerlukan ISA tetapi akan menggunakannya secara bijaksana dan adil.
Perwakilan Ke EGM MCA Ahad Ini Diberi Kata Dua?  
KUALA LUMPUR, Rabu 20 Jun - Setiausaha Agung MCA Datuk Sri Dr Ting Chew Peh hari ini berkata, penolakan pembelian Nanyang Press Holdings Sdn Berhad pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu Ahad ini adalah sama seperti mengundi tidak percaya terhadap Jawatankuasa Pusat (CC) parti.
Buku Mengenai Daim Jadi Tumpuan… 
Walaupun Perdana Menteri telah membuat pelbagai macam penjelasan dan penafian berhubung kedudukan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam namun ia masih tidak dapat mematikan minat orang ramai untuk mengambil tahu apa saja hubungan yang dikaitkan dengan beliau. Ini terbukti apabila penjualan buku berjudul DIAM-DIAM DAIM karya SH Alattas atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Habib menjadi tumpuan ramai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana sedang berlangsungnya Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno sekarang. Baca laporan lanjut oleh ROSLI ISMAIL sekarang.
“Kami Sokong Seratus Peratus Pengabungan PRM-Keadilan” – Zahid Md Arip 
Eksklusif Oleh ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Rabu 20 JunPergerakan Pemuda Keadilan Malaysia telah membuat keputusan muktamad bahawa perwakilan dan jurucakapnya ke Persidangan Agung Khas parti itu Ahad ini akan menyokong penuh cadangan pengabungan dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Bagaimana hendak mengesan jumlah pembaca laman web, bila mereka membaca dan dari mana! 
Siapa sahaja yang mengendalikan laman web pasti hendak tahu berapa ramai orang yang melayari atau membaca laman web mereka. Begitu juga halnya di AgendaDaily.Tahukah anda untuk tujuan ini ada macam-macam software dipasaran untuk sistem tracker bagi mengesan jumlah itu.
Corat-coret Perhimpunan Agung Pemuda & Wanita Umno 
Laporan Bergambar AgendaDaily KUALA LUMPUR, Rabu 20 Jun – Perhimpunan Agung Umno sentiasa menarik perhatian ramai kerana sejarahnya yang panjang dan juga pelbagai kegiatan serta corat-coret yang berlaku di sekitarnya sepanjang empat hari ia berlangsung.
“Politik wang dan percakaran sesama sendiri pesongkan Umno dari matlamatnya” – Pak Lah 
KUALA LUMPUR, Rabu 20 Jun - Timbalan Presiden Umno Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi berkata, politik wang dan percakaran sesama sendiri telah menjadi satu penyakit yang memesongkan Umno dari matlamat asal penubuhannya sehingga menjauhkan orang Melayu daripada mendekati parti itu lagi.
ANALISA BERITA: Antara Tauke Kertas & Tauke Politik Apa Bezanya? 
Nampaknya, seorang tauke kertas terkemuka Malaysia telah cuba menyelamatkan MCA daripada kemelut politik dan perniagaan yang sedang mereka hadapi sekarang dengan menawarkan sejumlah RM234.3 juta kepada MCA untuk membeli Nanyang Press daripada Huaren Holdings. Tetapi apa bezanya? Klik ANALISA BERITA untuk laporan penuh.
Pindaan Perlembagaan Negeri: Tidak perlu perkenan sultan tapi Exco akan tetap mengadap 
KOTA BHARU, Isnin 18 Jun - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, pindaan perlembagaan negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) 25 Jun ini, membabitkan kuasa-kuasa raja boleh dibuat tanpa memerlukan perkenan sultan.
Isu Daim Kuasai Suasana Menjelang Perhimpunan Agung Esok 
KUALA LUMPUR, Rabu 20 Jun - Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa isu peletakan jawatan Daim Zainuddin dan juga khabar angin mengenai penangkapannya telah menguasai suasana sekitar majlis taklimat menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok. Namun di sebalik hiruk pikuk itu, PM masih mampu muncul dengan wajah yang tersenyum malah beliau sentiasa kelihatan ceria sepanjang majlis tersebut.
Isu Daim Kuasai Suasana Menjelang Perhimpunan Agung Esok 
KUALA LUMPUR, Rabu 20 Jun - Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa isu peletakan jawatan Daim Zainuddin dan juga khabar angin mengenai penangkapannya telah menguasai suasana sekitar majlis taklimat menjelang Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula esok. Namun di sebalik hiruk pikuk itu, PM masih mampu muncul dengan wajah yang tersenyum malah beliau sentiasa kelihatan ceria sepanjang majlis tersebut.
Kasino Australia harap Pas tunai janji – Australian Financial Review 
KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun - Kasino-kasino utama Australia begitu berharap agar Pas menunaikan janjinya untuk menutup kasino di Genting Highlands, akhbar Australian Financial Review (AFR) semalam (18 Jun) melaporkan.
Perhimpunan Agung Umno: Apakah isu hukuman pemimpin bahagian bakal warnai debat? 
Analisis Berita Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun – Di ketika para perwakilan Umno dari seluruh negara mula tiba di ibu negara untuk menghadiri Perhimpunan Agung Umno Khamis ini, sudah kedengaran suara-suara yang mempersoalkan mengenai keputusan Lembaga Disiplin Umno berhubung hukuman yang mereka jatuhkan ke atas nama-nama yang disiasat.
Satu lagi kes mahkamah menanti Ezam M Nor 14 Julai depan 
KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun - Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ezam M. Nor akan menghadapi satu lagi dakwaan di Mahkamah Sesyen di sini – kali ini atas kes mendedahkan fakta yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
“Saya mahu kontroversi ini ditamatkan” – Perdana Menteri 
KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun – Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, nasihatnya kepada MCA berhubung kes pembelian Nanyang Press ialah beliau tidak mahu melihat pembelian tersebut menjadi satu isu kontroversi.
Bekas Setiausaha Politik Daim Nafi Disoal Siasat Polis 
Eksklusif Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun Datuk Arzmi Hamid, bekas setiausaha politik kepada Tun Daim Zainuddin berkata, beliau tidak pernah dipanggil atau disoal siasat oleh polis sebagaimana yang didakwa oleh laman web HarakahDaily baru-baru ini.
KEMELUT MCA: Tauke Kertas Tawar RM234.3 Juta Untuk Beli Nanyang 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun – Tauke kertas terkemuka Malaysia telah menawarkan sejumlah RM234.3 juta kepada MCA untuk membeli Nanyang Press daripada Huaren Holdings – hampir dua peratus melebihi jumlah yang dilaburkan oleh parti itu untuk memperolehi akhbar harian Nanyang Siang Pau dan China Press.
Kes Rawatan Anwar Masuk Dimensi Baru: Tindakan Mahkamah Jalan Terakhir Beliau 
KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim nampaknya tidak mempunyai banyak pilihan melainkan untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Penjara Malaysia apabila rayuannya untuk mendapatkan rawatan perubatan di Jerman ditolak hari ini.
Kita Siang nasihati MCA jual semua saham Nanyang kepada Tan Sri Lim Guan Teik 
KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun - DAP hari ini menasihati MCA supaya menjual kesemua kepentingannya dalam Nanyang Press kepada konsortium tujuh tokoh kebudayaan dan korporat Cina yang membuat tawaran untuk membeli saham-saham tersebut daripada Huaren Holdings.
SURAT LAMAN UTAMA: Bahasa kunci kepada masyarakat madani beragama 
Oleh CK TAN: Tahniah kepada para wartawan dan tenaga media yang telah memperkenalkan AgendaDaily.Com secara rasmi pada 15 Jun 2001 kepada masyarakat siber Malaysia. Rakyat Malaysia dan warga siber menaruh harapan yang tinggi agar AgendaDaily akan menjadi satu lagi media alternatif online yang dinamik selain daripada Malaysiakini yang kini telah memenangi hati kebanyakkan pengguna internet yang menguasai bahasa Inggeris.
Syarikat Yang Dikaitkan Dengan Daim Hadapi Ancaman – BT Singapura 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun - Tiada lagi perlindungan, tiada lagi tempat mengadu, pandai-pandailah membawa diri. Barangkali kata-kata itu masih tidak memadai untuk membayangkan nasib yang akan menerkam syarikat-syarikat yang dipelihara dan mempunyai hubungan dengan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Isu Akhbar BEBAS Dilarang Buat Liputan: Yahaya Ismail Kata HQ Umno Kebudak-budakan 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun – Ketua pengarang akhbar tabloid Bebas, Yahaya Ismail menyifatkan keputusan Ibu Pejabat Umno melarang media yang dicopnya pro-pembangkang meliputi Perhimpunan Agung Umno 21 Jun ini sebagai satu tindakan “kebudak-budakan” yang boleh menjejaskan kredibiliti parti itu sendiri.
THE OTHER SIDE OF NANYANG... 
Some newspapers in Malaysia are seem to be more liberal than others, particularly in terms of political reporting. For example The Star is more “open” than the New Straits Times while The Sun can be more critical than The Star at times.
Ibrahim Ali akan ketuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan bantah pindaan 
Laporan Oleh INTAN RUSLI KUALA LUMPUR, Selasa 19 Jun – Majlis Tindakan Rakyat Kelantan akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan solat hajat dan perarakan bagi menyuarakan bantahan terhadap cadangan kerajaan negeri itu untuk meminda perlembagaan bagi mengurangkan kuasa Sultan Kelantan.
Kita mengambil jalan mudah kerana itu less complicated... 
Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah adalah seorang yang low profile walaupun beliau menduduki kerusi lembaga pengarah Utusan Melayu, aktivis Umno dan juga pengiat seni di negeri asalnya, Perak. Tetapi inisiatifnya mengerakkan para seniman dan juga karyawan mengumpul tandatangan meminta jasa baik perdana menteri supaya membenarkan Anwar Ibrahim menjalani rawatan berdasarkan pilihannya sendiri tiba-tiba telah menjadikannya tumpuan umum. (KLIK SEKARANG UNTUK RENCANA PENUH)
Perwakilan Konvensyen Umno Johor Tidak Senang PM Ditekan Media 
JOHOR BAHARU, Isnin 18 Jun - Tindakan media massa tempatan mendesak-desak Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad membuat penjelasan berhubung isu peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin dan siapa penggantinya telah mencetuskan rasa kurang senang para perwakilan yang menyertai sesi perbahasan Konvensyen Umno Johor semalam.
Tengku Adnan sahkan Daim tak akan hadir perhimpunan 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun – Tun DaimZainuddin yang menyepikan diri dan dilanda berbagai spekulasi termasuk ditahan polis sejak meletakan jawatan sebagai menteri kewangan dan bendahari Umno 1 Jun lalu tidak akan menghadiri perhimpunan agung parti itu Khamis ini.
Tiada Kejutan Dalam Pelantikan Pegawai Pas Pusat 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun – Pelantikan pegawai-pegawai kepimpinan Pas pusat tidak memperlihatkan sebarang perubahan drastik sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini melainkan untuk jawatan ketua penerangan yang diserahkan kepada Pesuruhjaya Pas Kedah, Azizan Razak.
“Sudah Semestinya Tidak Betul” – Azalina Othman 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun - Ketua Puteri Umno, Azalina Othman Said sahaja yang mengetahui jumlah keahlian puteri setakat ini. Azalina ketika dihubungi oleh AgendaDaily berkata, beliau tidak tahu menahu tentang pengumuman Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Sri Rafidah Aziz yang melibatkan keahlian entiti secara terperinci mengikut negeri.
Ghani Othman bimbang teras Umno mulai reput & terancam 
JOHOR BAHARU, Sabtu 16 Jun- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman melahirkan rasa bimbang melihat teras kekuatan Umno yang mulai reput ekoran trend perjuangan campur-aduk ahli dan pemimpinnya yang masih menjurus ke arah kepentingan diri, kebendaan, pangkat dan kuasa.
MAS: Tiada rundingan jual saham kepada syarikat penerbangan asing buat masa ini 
KUALA LUMPUR, Sabtu 16 Jun – Syarikat Penerbangan Malaysia yang mencatatkan kerugian yang besar untuk tahun kewangan 2001 tidak mengadakan sebarang rundingan penjualan sahamnya dengan mana-mana syarikat penerbangan asing buat masa ini, kata pengerusinya, Tan Sri Azizan Zainul Abidin hari ini.
Anwar kata hukuman kes sodominya satu penghinaan kepada sistem kehakiman negara 
KUALA LUMPUR, Sabtu 16 Jun – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri anwar Ibrahim mendakwa, hukuman kes sodomi yang dijatuhkan ke atasnya tahun lalu adalah merupakan satu penghinaan ke atas sistem kehakiman negara akibat daripada tekanan politik ke atas para hakim Mahkamah Tinggi.
Shahrir Samad menyingkap kembali perbualannya dengan PM mengenai Daim 
KUALA LUMPUR, Isnin 18 Jun– Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kontrovesial, Datuk Shahrir Abdul Samad menyingkap kembali satu perbualannya dangan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad tentang mengapa beliau memilih Tun Daim Zainuddin sebagai menteri kewangan.
Tahukah anda kebanyakkan orang Jawa Malaysia ada dua nama? 
Ada kawan-kawan wartawan di Jabatan Pengarang AgendaDaily yang tertanya-tanya sesama sendiri bila diberitahu oleh seorang rakan lain bahawa adik bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Negeri Perak yang baru. Semua orang hairan apabila dimaklumkan tentang perkara itu kerana di dalam senarai pelantikan yang diumumkan oleh Datuk Hishammuddin Tun Hussein petang Selasa, 12 Jun itu tidak ada terbaris pun sesiapa yang bernama ….bin Hamidi.
“Saya tak perlu jadi jambatan Pak Lah – Hisham” 
Siapakah Khairy Jamaluddin? Inilah yang menjadi tandatanya kebanyakan orang bila terbaca senarai pelantikan tiga Exco Pergerakan Pemuda Umno yang baru sebagaimana yang diumumkan oleh ketuanya Datuk Hishammuddin Tun Hussein petang Selasa, 12 Jun baru-baru ini.
Ketua Umno Muar digantung jawatan 6 tahun, ahli MT & timbalan menteri diberi amaran 
KUALA LUMPUR, Sabtu 16 Jun – Ketua Umno Bahagian Muar, Abdul Malek Munip yang baru sebulan diserahkan jawatan ketua Umno bahagian hari ini secara rasmi dilucutkan semula setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau turut bersalah kerana melanggar peraturan pemilihan dalam pertandingan bahagian April lalu.
The Other Side of Nanyang 
By DANIEL YONG ABDULLAH KUALA LUMPUR, Saturday 16 June - Some newspapers in Malaysia are seem to be more liberal than others, particularly in terms of political reporting. For example The Star is more “open” than the New Straits Times while The Sun can be more critical than The Star at times.
Pak Lah ingatkan supaya tidak cepat gelabah 
JOHOR BAHARU, Sabtu 16 Jun - Timbalan Presiden Umno, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan ahli-ahli Umno supaya tidak terlalu gelabah dengan serangan pelbagai khabar angin yang kini disebarkan oleh mereka yang ingin menganyang parti itu.
BERITA UTAMA: PAK LAH TOLAK KHABAR ANGIN DAIM DITAHAN POLIS... 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menolak khabar angin bahawa bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin telah ditahan polis. Klik BERITA UTAMA untuk laporan lanjut
Dr Hatta disebut-sebut bakal Setiausaha Agung Pas, Hishamudin Bendahari Agung 
KUALA LUMPUR, Jumaat 15 Jun – Parti Islam SeMalaysia (Pas) akan menyaksikan kemunculan beberapa muka baru memegang jawatan-jawatan penting termasuk menganggotai lembaga pengarah organ rasminya Harakah apabila Dewan Hariannya (Majlis Presiden) yang bersidang esok dijadualkan membincang dan memutuskan nama-nama yang bakal dilantik untuk diserah kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.
BUYER EMERGES FOR MALAYSIAN CHINESE PARTY'S DAILIES 
KUALA LUMPUR, Friday 15 June (Reuters) - A potential buyer emerged on Friday for a Mandarin language newspaper group controversially taken over late last month by Malaysia's main ethnic Chinese political party.
Penghakiman bertulis kes Anwar sembilan bulan lewat – Sankara Nair 
KUALA LUMPUR, Jumaat 15 Jun – Peguam Datuk Sri Anwar Ibrahim, Sankara Nair berkata hari ini, hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas anak guamnya itu dalam kes perbicaraan sodomi telah mengeluarkan penghakiman bertulis (written judgement) hampir sembilan bulan lewat.
Teka-Teki Siapa Bakal Pengerusi BSN Yang Baru: Kontrak Azim Zabidi tamat menjelang 20 Jun 
Oleh MISNAH UMAR KUALA LUMPUR, Jumaat 15 Jun – Kedudukan Datuk Azim Zabidi sebagai pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) menjadi tandatanya apabila sehingga hari ini beliau belum mendapat surat pelantikan semula ke jawatan itu.
AgendaDaily Kini Online 
KUALA LUMPUR, Sabtu 16 Jun – Setelah berlaku sedikit kelewatan kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, akhirnya AgendaDaily.com - sebuah akhbar elektronik yang pertama di negara ini memperkenalkan konsep e-media mirip sebuah akhbar harian - kini muncul “online” secara rasmi.
Malaysiakini dilarang buat liputan Perhimpunan Agung Umno 
KUALA LUMPUR, Jumaat 15 Jun - Umno hari ini mengeluarkan arahan tegas melarang akhbar elektronik harian, Malaysiakini.com daripada membuat liputan sepanjang perhimpunan agung parti itu minggu depan dengan alasan wartawan syarikat itu tidak memiliki kad perakuan akhbar daripada Jabatan Penerangan Malaysia.
HISHAMUDDIN RAIS: Spesis Yang Mengancam Atau Terancam? 
Analisa Oleh ROZAID RAHMAN KUALA LUMPUR, Jumaat 15 Jun – Benarkah seorang makhluk bebas seperti Hishamuddin Rais benar-benar merbahaya sehingga mampu mengancam keselamatan negara?
KEMELUT MCA: Ah Lek dan Chua Jui Meng dakwa pembelian Nanyang tidak sah, Liong Sik umum Perhimpunan Agung Luar Biasa 24 Jun 
KUALA LUMPUR, Jumaat 15 Jun Kemelut pengambilalihan Nanyang Press oleh sayap pelaburan MCA, Huaren Holdings masuk ke babak baru hari ini apabila Timbalan Presiden, Datuk Lim Ah Lek dan Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng masing-masing mendakwa ia adalah satu urusan perniagaan yang haram, tidak sah dan tidak sah di sisi perlembagaan parti itu.
Dakwaan Langgar Disiplin: Empat lagi ahli MT Umno sedang disiasat 
EKSKLUSIF Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Khamis 14 Jun - Empat lagi nama ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang disiasat oleh Lembaga Disiplin parti itu kerana dituduh terlibat dengan pelbagai pelanggaran syarat-syarat pertandingan semasa pemilihan pucuk pimpinan bahagian April lalu.
Nik Aziz sifatkan PM seperti suami yang terpaksa pikul kerja isteri 
PASIR PUTEH, Khamis 14 Jun-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad kini seperti seorang suami yang mengambil alih tanggungjawab isteri dalam menyediakan masakan untuk keluarga.
"Eusoff Chin perlu beritahu Hakim Besar Sabah & Sarawak bukan saya," - Hakim Muhammad Kamil 
KUALA LUMPUR, Khamis 14 Jun – Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Muhammad Kamil Awang hari ini berkata, sekiranya bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Eusoff Chin benar-benar mahu beliau mempercepatkan kes dua petisyen berhubung keputusan pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Likas, ia sepatutnya dilakukan menerusi Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
KEMELUT PEMBELIAN NANYANG: Kesemua 11 bahagian MCA Pulau Pinang hantar petisyen bantahan 
BUTTERWORTH, Rabu 13 Jun – Kemelut kes pembelian Nanyang Press oleh sayap pelaburan MCA, Huaren Holding tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyelesaian malah kini semakin kalut apabila 11 bahagian di negeri ini menyatakan bantahan secara terbuka terhadap pembelian tersebut.
Kes Hakim Diarah Batalkan Petisyen: Polis Mulakan Siasatan 
KUALA LUMPUR, Rabu 13 Jun – Polis telah memulakan siasatan ke atas dakwaan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Muhammad Kamil Awang bahawa beliau telah menerima panggilan daripada seseorang yang jauh lebih tinggi daripadanya agar menguggurkan dua petisyen pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Likas.
Mesyuarat Lembaga Amanah Huaren Holdings: Kumpulan penentang ingin teruskan majlis bantahan di negeri-negeri 
KUALA LUMPUR, Khamis 14 Jun – Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Huaren Holdings – sayap pelaburan MCA – petang ini berakhir tanpa sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan melainkan Datuk Sri Dr Ling Liong Sik menekankan bahawa ia telah berlangsung dalam suasana mesra dan berterus-terang.
Segala yang aneh, unik dan yang mencatat rekod dalam dunia internet 
Di era siber dan dunia tanpa sempadan sekarang, boleh kata internet telah menjadi sebahagian daripada resam hidup harian kebanyakan orang. Malah ada yang kata siapa yang masih buta komputer dan tidak tahu mempergunakan kemudahan internet akan ketinggalan zaman.
Seorang ahli MT & Exco Pemuda Umno antara yang disiasat Lembaga Disiplin 
EKSKLUSIF Oleh ROSLI ISMAIL KUALA LUMPUR, Rabu 13 Jun - Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno dan seorang Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah di antara nama yang telah disoalsiasat oleh Lembaga Disiplin parti itu yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen kerana didakwa melanggar etika berkempen pada pemilihan bahagian April lalu.
"Ini semua kuasa tuhan" 
kata Datuk Aziz Shamsuddin ketika ditemui selepas keputusan MT Umno melayakkan beliau menyandang jawatan ketua Umno Bahagian Gopeng semula. Baca tulisan ROZAID RAHMAN yang terserempak dengannya di Shah Alam baru-baru ini
Desas-desus rumah Daim diserbu polis muncul kembali 
KUALA LUMPUR, Selasa 12 Jun – Desas-desus kononnya rumah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin di Taman Melawati dekat sini diserbu oleh pihak polis sekali lagi tersebar luas semalam dan hari ini sehingga pejabat beberapa organisasi media menerima panggilan bertanyakan kesahihan berita tersebut.
Musa Hitam: Suara pembaharuan tidak harus dilabel sebagai anti-nasional 
KUALA LUMPUR, Selasa 12 Jun – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam menegaskan, golongan yang menyuarakan perubahan dan kesedaran baru dalam masyarakat tidak harus dilabel sebagai anti nasional atau ditentang sebagai musuh masyarakat.
Orang Misteri Tidak Tinggalkan Jejak... 
Kali ini para spekulator nampaknya tidak terbabas berhubung spekulasi mereka mengenai peletakan jawatan Tun Daim Zainuddin. Mereka telah menghidu apa yang sedang bermain di fikiran Dr Mahathir
Raja Petra Kamaruddin "Lepas Geram" menerusi tulisan terbarunya dalam Berita Keadilan 
KUALA LUMPUR, Sabtu 9 Jun – Bekas tahanan ISA, Raja Petra Raja Kamarudin nampaknya tidak mengambil masa yang panjang untuk memperolehi semula “ketagihannya” menulis apabila nukilan pertamanya sejak dibebaskan tanpa syarat pada 2 Jun lalu muncul dalam Berita Keadilan edisi terbaru.
ROMBAKAN PEMUDA UMNO Mokhzani letak jawatan, Wan Khairil Anuar Bendahari baru 
KUALA LUMPUR, Selasa 12 Jun –Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno yang memenangi undi terbanyak pada pemilihan lalu, Wan Khairil Anuar Wan Ahmad telah dilantik sebagai bendahari Pemuda yang baru mengantikan Datuk Mokhzani Mahathir.
Isu Panggilan Misteri: Ketua Hakim Negara kata beliau tak wajar campurtangan 
KUALA LUMPUR, Isnin 11 Jun – Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah berkata hari ini bahawa beliau tidak berada di dalam posisi untuk mengarahkan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mendedahkan identiti orang yang membuat panggilan telefon kepadanya meminta beliau menguggurkan petisyen pilihan raya kerusi Dewan Undangan Negeri Likas, Sabah.
Menteri Kewangan baru mungkin sebelum perhimpunan: Tokoh Neutral Jadi Pilihan Dr M 
KUALA LUMPUR, Isnin 11 Jun - Perdana Menteri Datuk Sri Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa calon yang bakal dilantik menjadi Menteri Kewangan mengantikan tempat Tun Daim Zainuddin adalah seorang tokoh yang “neutral” dalam konteks politik Umno.
Rombakan Pemuda Umno: Azimi Daim dijangka kekal ketua penerangan 
KUALA LUMPUR, Isnin 11 Jun – Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Azimi Daim dijangka mengekalkan jawatannya dalam rombakan pergerakan itu yang bakal diumumkan esok (Selasa) sungguh pun desas desus sebelum ini meramalkan Datuk Hishamuddin Hussein selaku ketua pergerakan pemuda akan melantik ketua penerangan yang baru.
Breakaway Agenda Malaysia team launches new website 
A breakaway team of online news website Agenda Malaysia today launched an Internet news portal Agenda Daily.
Jalan ke rumah Pak Lah ditutup: Wakil GMI tidak dibenarkan serah memo 
KUALA LUMPUR, Sabtu 9 Jun – Rancangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) untuk menyerah satu memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi di kediamannya di sini tidak tercapai apabila polis yang pada mulanya membenarkan wakil mereka (GMI) berbuat.
Petikan 
“Kita tidak dapat bayangkan mempunyai sebuah kumpulan seperti itu yang beroperasi dan mengancam keselamatan kita di negara ini.Tidak ada rakyat Malaysia yang suka pada kemusnahan.Apa yang membimbangkan kita ialah operasi mereka mungkin lebih besar dari apa yang kita dapat bongkar. Islam sendiri melarang umatnya mencetuskan kemusnahan.” - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi mengenai penangkapan sembilan orang anggota sebuah kumpulan yang dipercayai merancang untuk melancarkan perang jihad di Malaysia.
VARSITI 2001: TPM sifatkan majalah itu tidak ada kelas 
KUCHING, Sabtu 9 Jun – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyifatkan majalah Varsiti 2001 terbitan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sebagai sebuah majalah yang tidak mempunyai mutu atau kelas.
Petikan 
"Hari ini kita jual undi semasa pemilihan Umno.Bila sudah menjadi tabiat,kita akan jual undi semasa pilihanraya.Lepas itu nak jual apa ? Akhirnya,maruah kita jual," kata Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dalam amanatnya kepada hampir 7,000 orang ahli Pergerakan Pemuda Umno Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 30 Mei lalu.
Islam tidak mungkin maju hanya melalui syarahan dan khutbah semata-mata...
Hubungkait Islam, politik dan kenegaraan sentiasa menjadi bahan perbincangan sejak berkurun lamanya dan tetap relevan dalam perkembangan tamadun manusia. Malah akhir-akhir ini, ia menjadi perdebatan di kalangan pelbagai pihak dengan asas-asas kepercayaan masing-masing sehinggakan ada yang lupa kepada perkara pokok yang menjadi paksi dalam Islam. MB Johor Abdul Ghani Othman ada pandangannya sendiri...
Analysis: US walks tightrope

By David Shukman, BBC world affairs correspondent.

If there is one thing that the leaders of the new global anti-terror coalition must be dreading it is the sight and sound of large, angry Muslim mobs forcing their governments to stop supporting America. If this campaign against terrorism comes to be seen as a struggle between the West and Islam, it is bound to fail. In fact it could make everything worse, creating a breeding-ground for ever more hostility. The past day or so have seen noisy and sometimes violent demonstrations in the Palestinian territories, Pakistan and many other locations.
In Next Phase of Attacks, an Emphasis on Helicopter Strikes

By STEVEN LEE MYERS,New York Times

The Pentagon is preparing to launch risky raids into Afghanistan using low-flying Army helicopter gunships to find and attack forces allied with Osama bin Laden's terrorist network and the Taliban government, two senior Pentagon officials said today. The helicopters, operated by special operations forces from bases near — but not in — Afghanistan, would be able to strike pockets of forces after the American air and missile strikes have made more progress at wearing down the Taliban's air defenses and other major military targets.